Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*12 RESEPI MASAKAN AYAM*
=========================

*1) Ayam Masak Ungkep*

๐Ÿ— Blendkan atau tumbuk halus bebawangs, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis
๐Ÿ— Kemudian tumiskan bersama serai hingga naik bau dan kekuningan. make sure bahan bahan ni ditumis sehingga masak betul betul dan naik minyak ya.
๐Ÿ— Masukkan air, cbs dan ayam pula, tunggu hingga ayam masak.
apabila ayam telah masak, masukkan asam keping dan daun limau purut. gaul gaul lagi.
๐Ÿ— Last sekali, masukkan sawi pakchoy, angkatkan asam keping dan daun limau purut, serta pasamkan api. Siap.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #Menu8Bulan

*2) Butter Chicken*

๐ŸŒธ Cairkan unsalted butter dan masukkan bawang putih bersama daun kari.
๐ŸŒธ Naik bau, masuk ayam.
๐ŸŒธ Ayam dah separuh masak, masukkan cfs (chicken feet stock)
๐ŸŒธ Masuk air (optional: susu FM/ fresh milk)
๐ŸŒธ Lastly, masukkan cream cheese & mixed herbs. Mixed herbs untuk kurangkan rasa buttery tu. Takut anak muak.
๐ŸŒธ Doneee.

#aujimamam #10months9days

*3) Ayam Goreng Daun Kari*

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,serbuk kari&bawang putih (tumbuk)
2) Goreng ayam sehingga masak
3) Celur lobak&bunga kubis sekejap
4) Tumis bawang holland&daun karikemudian masukkan ayam yang telah digoreng
5) Masukkan sayur yg telah dicelur, kacau sekejap&tutup api.

#QhairaFoodJourney

*4) Ayam Kukus Chinese*

๐Ÿœ Perap Ayam bersama minyak bijan bawang putih bawang holland lada sulah setengah jam(lagi lama perap lagi sedap)
๐Ÿœ Panaskan pengukus. Masukkan hirisan halia dan puree kurma dan kukus sampai empuk..

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #14months

*5) Tauhu Kukus Ayam Cincang*

๐Ÿ™ Panaskan minyak, tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
๐Ÿ™ Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot.
๐Ÿ™ Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
๐Ÿ™ Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
๐Ÿ™ Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak. Siapp!

#RubyFoodDiary #1y3m

*6) Nugget Ayam Homemade*

Nasi 3 senduk
Dada ayam 1
Bawang besar 1
Bawang putih 2 ulas
Telur sebiji
Air masak agak2 dalam suku cawan comel (untuk mudahkan proses kisar)
Bayam (bersihkan, racik halus)
(nak guna sayur lain pun boleh)
Serbuk bilis 1 sudu kecil

๐Ÿ˜Masuk je semua bahan dalam blender, blend sampai hancur.
๐Ÿ˜Masuk adunan dalam dulang, ratakan then kukus 20 minit.
(Dalam dulang sapu minyak sikit, elak melekat).
๐Ÿ˜Selepas 20 minit, keluarkan dari periuk kukus.
๐Ÿ˜Sejukkan, dah sejuk betul2 baru potong cube, celup telur, goreng..
(tak celup telur pun boleh, boleh je terus goreng) ๐Ÿ˜‰
*** klau ada breadcrumb lepas celup dalam telur tu boleh tabur breadcrumb then goreng..
*adunan yang lepas blend tu tak nak kukus pun boleh, boleh trus sudukan sikit sikit, buat cucur, pun sedap! ๐Ÿ˜‹

#babykika1y #sigigi10 ๐Ÿ˜‰

*7) ๐Ÿ”๐Ÿ”Nasi Lembik & Ayam goreng kunyit๐Ÿ”๐Ÿ”*

Bahan - bahan
๐Ÿ”Isi Ayam
๐Ÿ”Kunyit serbuk
๐Ÿ”Carrot
๐Ÿ”Kacang Panjang
๐Ÿ”Kobis Bunga
๐Ÿ”Tomato

Cara - Cara
๐Ÿ”Basuh ayam kemudian lumurkan dgn sedikit serbuk kunyit.
๐Ÿ”Panaskn minyak masukkan ayam goreng hingga garing.
๐Ÿ” Sayur sayur saya steamkan 10 minit.
๐Ÿ” Tumiskan bebawang kemudian masukkan sayur yg dah di steam & gaulkan bersama ayam yag siap di goreng, last sekali baru saya masukkan tomato, siap๐Ÿค—.

Anak saya masih makan makanan yang di blend kasar, jadi dah sejuk baru sy blend.

#Muhammadrealfoodjourney
#Muhammadmakanapa #9months

*8) Masak Lemak Ayam, Labu dan Sawi*

๐Ÿ— Panaskan minyak, tumis bebawangs dan masukkan ayam. ๐Ÿ— Masukkan air dan celery,
2 bahan ni dah masak dan empuk, masukkan santan dan labu.
๐Ÿ— Kacau2 sehingga labu empuk dan last sekali masukkan sawi.
Sawi dah layu. Tutup api
Doneeee ๐Ÿ˜˜

P/s: semua bahan mami cincang halus sebab cik ruby dah x makan makanan blend. So if anak2 mommies semua masih makanan blend, boleh je potong potong ikut suka hati anda semua๐Ÿคฃ

#RubuFoodDiary

*9) Rendang Ayam Tanpa Kerisik*

๐Ÿฒ Tumis bebawang dan serai hingga naik bau, masukkan capsicum yang sudah diblend.
๐Ÿฒ Masukkan ayam dan ubi kentang.
๐Ÿฒ Kemudian masukkan santan dan sediki
t air
๐Ÿฒ Masak hingga ayam dan ubi kentang empuk. Masukkan sedikit kelapa parut. Gaul rata.
๐Ÿฒ Siap untuk dihidangkan.

*Kalau nak tambah serbuk ikan bilis atau serbuk ayam pun boleh, mummy tak letak sebab kuah rendang dah rasa manis manis dari ayam.

#AidansFoodJourney #13months

*10) Ayam Masak Kurma*

๐Ÿฅ• Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 4 sekawan hingga naik bau.
๐Ÿฅ• Masukkan bancuhan rempah kurma dan sedikit air.
๐Ÿฅ• Masukkan isi ayam, carrot dan ubi kentang. Masak hingga empuk.
๐Ÿฅ• Akhir sekali masukkan sedikit tomato dan sedikit serbuk ikan bilis.

#AidansFoodJourney #menu8bulan

*11) Bubur Ayam*

๐Ÿš Rebus ayam hingga empuk. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan.
๐Ÿš Basuh beras. Masukkan beras dalam periuk bersama air rebusan ayam. Kalau tak cukup tambah air.
๐Ÿš Masak beras hingga kembang, masak bubur ikut texture yang dikehendaki.
๐Ÿš Bila bubur hampir masak masukkan halia, bebawang dan lobak merah.
๐Ÿš Hidangkan bubur bersama ayam yang dah direbus (dicarik), bawang goreng dan daun bawang. Titiskan sedikit minyak bijan. Siap!

#AidansFoodJourney #Day326

*12) Ayam Bakar Daun Pisang*

Bahan Bahan :
โ€ข 1 ketul ayam
โ€ข Sedikit serbuk ayam*
โ€ข Sedikit serbuk kari*
โ€ข Sedikit serbuk cinnamon*
โ€ข 1 ulas bwg putih (ditumbuk)*
โ€ข 1 biji bawang kecil (ditumbuk)*
โ€ข Daun Pisang
โ€ข Unsalted Butter

Cara Cara :
๐Ÿ— Gaul dan perapkan seketika ayam dengan semua bahan *
๐Ÿ— Sapukan unsalted butter pada daun pisang.
๐Ÿ— Balutkan ayam dengan daun pisang dan grill dengan menggunakan api perlahan.

#AidansFoodJourney
*RESEPI MENGGUNAKAN DAGING UNTUK USIA 7-12 BULAN KEATAS*

*1) BUBUR DAGING with VEGGIE - 7 bulan*

Tumis bawang putih bawang merah. Dah naik bau, masukkan daging yang dah dicincang. Dah kering sikit, masukkan air mug. Pastu masukkan 1 bekas beras frozen. Then add CFS. Agak agak dah nak masak, masukkan sayur sayur

*2) Bubur Lambuk Daging - 8 bulan keatas*

๐ŸŒนbebawangs (dimayang halus)
๐ŸŒนhalia (dimayang halus)
๐ŸŒนrempah sup
๐ŸŒนrempah kurma
๐ŸŒน4 sekawan
๐ŸŒนberas
๐ŸŒนdaging
๐ŸŒนkacang tanah (optional)
๐ŸŒนlobak merah
๐ŸŒนkentang
๐ŸŒนsantan fresh
๐ŸŒนair secukupnya
๐ŸŒนdaun bawang
๐ŸŒนdaun sup
๐ŸŒนbawang goreng

mulaยฒ tumiskan 4 sekawan hingga naik bau. kemudian masukkan bebawangs dan halia dan kacau hingga kekuningan.
satukan rempah sup dan kurma dan tambahkan air utk jadikan pes. barulah dimasukkan ke dalam periuk. masak hingga rempah pecah minyak.
barulah masukkan daging dan beras, kentang serta carrot dan tambahkan air secukupnya utk membuatkan bahanยฒ masakan masak sempurna.
Boleh taburkan sekali kacng tanah jika suka.
apabila kesemua bahan telah empuk, pastikan air tidak terlalu banyak. jika banyak keringkan sedikit ya barulah tuangkan santan fresh. gaulยฒ lagi.
padamkan api dan taburkan daun sup, daun bawang juga bawang goreng dan sedia utk dimakan.

SELAMAT MENCUBA. โค๏ธ

p/s: menu sesuai utk baby 8m+ krn ada penggunaan santan dan rempahยฒ.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

*3) DAGING MASAK BLACKPEPPER 10-12 bulan*

Daging masak black pepper

Daging(diperap bersama madu & black pepper)
โš pengunaan madu untuk 1yr ke atas
Kentang( digoreng dahulu)
Capsicum hijau
Bunga kobis
Daun bawang
Tomato
Bwg besar *dicincang
Bwg putih *dicincang
Halia *dicincang
Minyak bijan
Sedikit bancuhan tepung jagung

Panaskan minyak.. Tumis bwg besar, bwh putih & halia.. Masukan daging goreng selama 20min smpi lembut. Ummi potong nipis so daging Seng masak. Selepas itu masukkan capsicum, bunga kobis.. Letak sedikit air. Bila sayur dah masak masukkan minyak bijan, tomato, daun bwg & kentang. Last sekali bancuhan tepung jagung utk memekatkn kuah. Siap. Aroma minyk bijan & manis daging memg sedap. X payah letak perasa .. Selamat mencuba

#ammar 1yr++

*4) ASAM PEDAS DAGING 10-12 bulan*

๐ŸDaging fresh batang pinang
#daging ni dah lembut jd kita tk rebus ya
๐ŸBawang merah hiris
๐ŸBawang putih hiris
๐ŸHalia ketuk
๐ŸTomato paste( kita blend capsicum + tomato) dah hncur masukkan dlm bekas ice kiub simpan.. Nk guna senang
๐ŸSerai atau daun limau purut
๐ŸTomato
๐ŸCarrot
๐ŸBrokoli
๐ŸKentang kita goreng dulu
๐ŸSedikit serbuk kunyit

Cara2
------------
๐ŸTumis bebawang hingga kekuningan
๐ŸMasukkan tomato paste dan sedikit kunyit serbuk biar hingga kluar minyak.. Tkperlu letak air ya
๐ŸDah kluar minyak masukkn daging.. Kacau rata dan br masukkan sedikit air
๐ŸMasukkan carrot dan brokoli masak hingga lembut sayur2 tu
๐ŸLetakkan tomato dan akhir sekali br letak kentang yg telah di goreng... Siap

#HannanHumairahFoodJourney

*5) BIHUN DAGING GORENG - 8 bulan keatas*

โœ… bihun organic (rendam bg lembut)
โœ… daging kisar @ daging cincang
โœ… brokoli
โœ… sawi jepun
โœ… bawang putih & bawang merah
โœ…unsalted butter

๐Ÿฅฆtumis bawang, daging, brokoli dgn UB .
๐Ÿฅฆmasukkan sawi jepun & bihun . tambah air sikit2 kalau terlalu kering & siap!

๐Ÿ‘๐Ÿปjgn lupa titiskan evo mommies
๐Ÿ‘๐Ÿปsawi jepun lg sedap dari sawi lain

simple je menu tapi bertambah selera anak oiiiii. nak pakai sayur carrot/tomato & etc pun boleh mommies ๐Ÿค—

*6) NASI DAGING & KURMA DAGING*

Anak tak nak makan nasi putih? Apa kata mommies cuba buat nasi daging ni. Selain daripada tu, boleh juga buat nasi minyak, nasi tomato, nasi arab, nasi ayam ke. Ada anak lebih gemar makan nasi macam ni. Sebab bau dan rasanya yang sedap. Actually nasi daging ni selalu orang buat makan dengan sup, tapi harini mummy buat makan dengan daging masak kurma.

i) NASI DAGING

โ€ข Daging (dihiris nipis)
โ€ข 1 ยฝ cup beras
โ€ข Bawang Merah
โ€ข Bawang Putih
โ€ข Halia 1 inci
โ€ข Daun Pandan
โ€ข Bunga Lawang & Buah Pelaga
โ€ข Rempah Kurma ยฝ sb (nak kurangkan pun boleh)
โ€ข Santan 2-3 sb
โ€ข Serbuk Ikan Bilis

๐Ÿ– Rebus daging sampai lembut, masuk bawang merah & halia.
๐Ÿ–
Basuh beras, ketepikan, tumis bawang merah& bawang putih, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga sampai bawang garing, masukkan bancuhan rempah kurma masak sampai pecah minyak, masukkan beras dan santan.
๐Ÿ– Masukkan air rebusan daging bersama sedikit isi daging dan serbuk ikan bilis. Masak dalam ricecooker.

ii) DAGING MASAK KURMA

โ€ข Daging yang direbus tadi
โ€ข Bawang Merah & Bawang Putih
โ€ข 4 sekawan
โ€ข Halia
โ€ข Ubi Kentang
โ€ข Lobak Merah
โ€ข Serbuk Kurma
โ€ข Air
โ€ข Santan
โ€ข Serbuk Ikan Bilia

โ€ข Tumiskan bebawang dengan rempah 4 sekawan, masukkan serbuk kurma tumis hingga garing.
โ€ข Masukkan lobak merah, ubi kentang dan air. Bila dah lembut masukkan daging, santan dan serbuk ikan bilis.

#AidansFoodJourney #10months

7) *DAGING MASAK Kari 8-10 bulan*

Menu lunch harini, kari daging. Tak tumis harini, semua campak campak je apa yang ada. Simple but tasty!

๐Ÿ–Rebus daging hingga lembut.
๐Ÿ– Kemudian masukkn ubi kentang
๐Ÿ– Bila ubi kentang dah empuk masukkan serbuk kari, bebawang, daun kari, kalau kuah agak sedikit dan pekat masukkan air panas.
๐Ÿ– Masukkan santan. Dah mendidih tutup api. Siap!

#AidansFoodJourney

*8) RENDANG DAGING VERSI Baby - 10 bulan*

Bahan-bahan :
๐Ÿ”น1 sudu pure olive oil/minyak masak
๐Ÿ”นdaging (direbus)
๐Ÿ”น1 biji bawang holland/bawang besar (dikisar)
๐Ÿ”น1 ulas bawang putih (dikisar)
๐Ÿ”นrempah 4 sekawan
๐Ÿ”น1 biji tomato (dikisar)
๐Ÿ”น1/2 inch kunyit (dikisar)
๐Ÿ”น1 batang serai (diketuk)
๐Ÿ”น1 sb kerisik
๐Ÿ”น1sk serbuk kari
๐Ÿ”น3cube santan frozen/ 1/2cup santan fresh
๐Ÿ”น1 helai daun limau purut
๐Ÿ”น1 helai daun kunyit (hiris halus)

๐ŸŒธkisar bawang holland , bawang putih , tomato & kunyit sekaligus dan ketepikan .
๐ŸŒธdaging rebus dahulu sehingga empuk

Cara-cara :
1. Panaskan olive oil/minyak masak , tumis bahan yang dikisar bersama rempah 4 sekawan dan serai sehingga naik bau
2.masukkan kerisik dan santan , kemudian serbuk kari .
3. Masukkan daging , kacau hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tabur daun kunyit .

Selamat mencuba โค๏ธ

#10month

*9) PASTA FUSILI BERSAMA DAGING 7 bulan keatas*

Resepi yang ni sangat mudah sebab rebus je semua.... Daging dan fusili tu rebus sekali.... Daging memang part yang mudah masak... Jadi tak perlu rebus dulu... Masak sekali je semua....

Pasta fusili 2 tbs

Daging cube 3 ketul size 1 inci(slice nipis)

Carrot 1 inci (hiris halus)
Corn 1 tbs
Pumpkin 1 inci (dadu kecil)
Broccoli 1 kelopak besar (potong kecik)
Bawang holand (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Unsalted butter 1 tsp
Mixed herbs secubit

Cara2nya:

Rebus pasta bersama daging sehingga lembut sedikit... Masukkan sayur, bawang dan unsalted butter... Masak lagi sehingga pasta kembang dan sayur lembut.... Tutup api baru tabur mixed herbs sikit.... Siap.... Nak makan boleh blend mengikut texture yang di ingini..... Saya blend kasar je semua..... Hilman suka sangat makan....

#muhammadhilmanfaqih
#7month

*10) Nasi Goreng Daging 8-9 bulan keatas* for dinner
Sedap macam beli dekat kedai ๐Ÿ˜‚

Bahan bahan
3 biji bawang putih
1 biji bawang merah kecil
Organic pearl brown rice (masak dalam rice coooker)
Unsalted butter
Shiitake mushroom
Daging
Broccoli
Garlic Powder

Tumis mushroom dengan unsalted butter sampai naik bau dan agak kering.. Kemudian masukkan bawang putih dan merah.. bila dah kekuningan masuk daging.. Tambah air sampai daging tenggelam dan masukkan broccoli.. Letakkan sedikit garlic powder.. Bila daging dah masak dan broccoli dah lembut angkat dan blend halus..

Sy simpan dalam peti chiller selalunya untuk 2 hari saja.. Simpan siap2 dalam tupperware kecil 3oz per feeding. ๐Ÿ˜„

Jasmine Arissa belum ada gigi lagi so masih kena blend.. Makanan ni full of iron tau! Penting untuk bayi. ๐Ÿ˜

#JasmineArissa
Puding roti kukus + sos banjir version baby ๐Ÿฎ

Bahan-bahan:
๐ŸŒท6 keping roti
๐ŸŒท2 biji telur
๐ŸŒท1 kotak susu fullcream
๐ŸŒทKismis
๐ŸŒทStrawberi (Optional)

Cara memasak:
๐ŸŒทSapukan loyang dengan unsalted butter
๐ŸŒทKacau telur dan susu hingga sebati
๐ŸŒทPotongkan roti dan susun ke dalam loyang
๐ŸŒทTuang adunan ke atas roti
๐ŸŒทTaburkan kismis
๐ŸŒทRehatkan adunan roti sementara air kukusan mendidih
๐ŸŒทKukus selama 30min

Sos banjir

Bahan-bahan:
๐ŸŒท2 kotak susu fullcream
๐ŸŒท2 sdb unbleached flour

Cara memasak:
๐ŸŒทGaulkan susu dan tepung bersama pastikan tidak berketul
๐ŸŒทBila sos dah pekat, tutupkan api
๐ŸŒทAkhir sekali boleh tuangkan ke atas roti yang telah siap dipotong
๐ŸŒทSedap dimakan sejuk2

P/s: Baby suka makan bread jd mommy tukar menu untuk breakfast

#8month28days
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kat tepi pantai, macam mana nak masak untuk baby ye?
Takkan baby nak makan barbeque pula..kesian baby lapar. Tapi ibu nak juga bawa abang dengan kakak baby mandi laut kan..family time ๐Ÿค—
Jadi..ibu ini dengan bijak sekali memilih bubur bayi #fawwaz. Mudah disediakan. Hanya tambah air panas, dah boleh rileks, berkelah di tepi pantai yang indah sambil suap baby makan ๐Ÿ˜„
Dengan babyfood fawwaz, mudah sangat nak pergi jenjalan bawa baby. Ibu tak perlu risau lagi ๐Ÿ˜

#fawwazbabyfood
#easy #healthy #yummy
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak ibu dah sarapan?
Ini ada resepi ringkas menu sarapan Oat Barley Pancake.

Boleh jadi finger food baby juga โ˜บ๏ธ
Selamat mencuba ๐Ÿ˜„
*Sweet potato fingers*

1. Any potato (i use purple sweet potato + potato)
2. Tepung gandum + tepung jagung (agak2)
3. Breadcrumbs (i use cracker- hancurkan)
4. Cheese (optional)

Cara-cara:
1. Rebus potato + lenyekkan
2. Masukkan tepung. Saya letak air sikit bagi senang bentuk. (Nak letak cheese pun boleh)
3. Bentukkan.
4. Golekkan atas breadcrumbs
5. Panaskan minyak (saya guna olive oil. Letak sikit je tanak bagi oily)
6. Golek2 bagi garing.
7. Tapis atas tisu bagi serap minyak.
Done! #8m
*Mihun Goreng (8bulan dah boleh bagi, make sure anak dah pass telur, blackpepper)*

๐Ÿง‚Mihun direndam dalam air suam sehingga kembang
๐Ÿง‚Goreng telur dan hancurkan, kemudian ketepikan

๐Ÿฅฆ Bebawangs
๐Ÿฅฆ Carrot
๐Ÿฅฆ Pok choy
๐Ÿฅฆ Blackpepper
๐Ÿฅฆ Air
๐Ÿฅฆ Minyak

๐Ÿฅข Panaskan minyak kemudian tumiskan bebawangs sehingga naik bau
๐Ÿฅข Masukkan carrot yang dipotong dadu dan masak sehingga lembut
๐Ÿฅข Masukkan mihun, telur, blackpepper dan sedikit air kacau sehingga sebati
๐Ÿฅข Masukkan pok choy yang telah dicincang halus, gaul sekejap dan siap
Sweet vege cekodok balls. Itโ€™s natural sweetness with honey topping and guarantees finger licking good for your little ones! Ok, hereโ€™s the recipe & selamat mencuba!

Ingredients:
1. Sweet potato - 1 pc (steamed, size sederhana besar)
2. Broccoli - (steamed)
3. flour - 1 cup , 2 tbsp
4. Baking powder - 1 tsp
5. Cheddar cheese - 1/3 cup
6. Honey - topping (1y)

Directions:
1. Smash broccoli & sweet potato while still hot, add flour, baking powder & cheddar cheese and mix it well.
2. For fry, gunakan corn oil. Boleh menyediakan 15-17 pcs cekodok balls.
3. Setelah siap goreng, letakkan honey sebagai topping.
4. Boleh dihidangkan sebagai snack for your little ones.

#8months #12months
RESEPI UNTUK BAYI 6 BULAN
~~

๐Ÿ‘‰Guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 1-3: air kanji nasi
(Ambik air nasi yg mendidih tu ( tggu suam2) , bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby)

๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 4-7 : bubur nasi
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 8-11 : bubur nasi + kentang
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 12- 15 : bubur nasi + carrot
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 16-19: bubur nasi +bayam
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 20- 23: bubur nasi + bilis
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
๐Ÿ‘ถ๐ŸปHari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, tapis/Blender semua makanan.

๐Ÿ‘‰Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

๐Ÿ‘‰Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.
~~
RESEPI 7 BULAN
~~

๐Ÿ‘‰BREAKFAST

1) Puri kentang๐Ÿฅ”

๐Ÿ‘‰Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot ๐Ÿฅ• (sama mcm puri kentang)

3) Puri brokoli ๐ŸŒณ

4) Puri bayam ๐ŸŒฑ

๐Ÿ‘‰ (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) Puri epal๐ŸŽ

6) Puri pisang ๐ŸŒ

๐Ÿ‘‰(pisang tak perlu dimasak)

7) Puri betik

LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis

๐Ÿ‘‰Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) bubur+ sayur + ikan

๐Ÿ‘‰masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus
(potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)

๐Ÿ‘‰Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.
Menu ini boleh jadi pengganti nasi.
juga sumber karbo yg baik serta dapat menyejukkan badan.

*BUBUR BERAS BARLI CAMPUR JAGUNG DAN KURMA SEGAR*

๐Ÿตberas barli
๐Ÿตjagung segar
๐Ÿตkurma segar
๐Ÿต2 sudu puree kurma
๐Ÿตsusu full cream@fresh milk@santan fresh
๐Ÿตair secukupnya

1. basuh dan rendamkan beras barli selama 1-2 jam utk mempercepatkan proses memasak.
2. setelah itu, rebus dalam periuk dgn air secukupnya bersama jagung segar.
3. apabila beras barli mulai empuk, boleh masukkan hirisan kurma segar dan juga puree kurma.
4. last sekali masukkan susu dan padamkan api.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
#10bulan
Sarapan untuk Amsyar Pagi Nie *Oat + Barli + Dragon fruit*. Alhamdulillah Habis Semangkuk Dan Paling Penting Anak makan Benda berkhasiat Dan Mengenyangkan..

ยฐAriqAmsyar
ยฐ1tahun1bulan

Cara
๐Ÿ“ŒRebus Barli Sampai Kembang Dan Bila Dah Kembang Masukkan Oat Sampai Likat..
๐Ÿ“ŒLetak Dragon Fruit Dan Taburkan Susu Formula/ Ebm

#7bulan
Ramai yang keliru anak cukup ke terlebih makan. Dalam poster ni gambaran ringkas tentang portion makanan
6-8 bulan cukup 2 kali makan sehari.
9-11 bulan 3 kali sehari
masuk 11 bulan dah boleh makan 5 kali dan mula wean off susu terutama yang formula. Kalau susu ibu ni tubuh ibu pandai adjust based on demand.
kalau FM kena jaga2 kalau tak wean nanti anak jadi ketagih dan kurang makan.

Sharing is Caring
#hernyhafiz
Wholemeal bread with homemade strawberry ๐Ÿ“ jam

*๐Ÿ“Strawberry Jam๐Ÿ“* 10m

- strawberry ๐Ÿ“
- puree kuma
- sedikit air

Masak strawberry ๐Ÿ“ + sedikit air atas dapur dengan api yang sederhana. Selepas strawberry ๐Ÿ“lembik & agak hancur, masukkan puree kurma. Kacau selalu supaya tak jadi hangus. Last, sejukkan & boleh masukkan ke dalam botol. Done! Boleh makan dengan roti nanti..

By Nurul Hajar Mohamad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Morning mommies!
Dah sediakan sarapan untuk baby?
Tak sempat sediakan? Pening tak tahu nak beri baby makan ape? ๐Ÿค”
Jom bersarapan pantas dengan cookies susu.
Cookies ni boleh makan macam tu je..atau tambah susu..terus siap sarapan baby.
Nyum nyum ๐Ÿ˜‹

#fawwazbabyfood #cookies #banana #kurma #dates #coklat
KEREPEK PAGODA VERSI BABY

๐Ÿด10 sudu tepung gandum unbleached
๐Ÿด3 sudu minyak masak (dipanaskan dahulu)
๐Ÿดdaun sup (cincang)
๐Ÿด1 ulas bawang putih
๐Ÿด5 ekor bilis saiz besar
๐Ÿดยฝ sudu serbuk kari
๐Ÿดair biasa

mulaยฒ tumbukkan bawang putih dan bilis hingga lembut. kemudian satukan di dalam bekas bersama tepung gandum, serbuk kari juga daun sup.
masukkan minyak yg telah dipanaskan. gaul sehingga rata dgn menggunakan senduk. (panas ya)
kemudian masukkan air biasa sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg sesuai utk dicanaikan.
canaikan nipis, kemudian potong ikut saiz@bentuk kegemaran masingยฒ.
goreng dgn minyak penuh hingga masak kekuningan.

๐ŸŒธgorengkan dgn minyak yg cukup panas dan api kecil supaya goreng lebih lama, cukup masak sempurna luar dan dalam agar kekal rangup.
๐ŸŒธkerepek ni rangup ya, tak keras namun sesuai utk baby yg telah pandai mengunyah dgn baik.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
#8bulan