Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Haii.. selamat petang.. mami lagiiii😂😂.. Alang2 semua bahan2 dah ade kat rumah , so mami buatkan Tauhu Berlauk utk kudapan cik ruby❤️.. Petang2 ni layan *tauhu berlauk*, terbayang2 kesedapan tauhu bergedil😂.. yg ni pulak bukan anak je suka, mak2 pun suka ni💃🏻.. So mami sertakan resepi sekali ok

Bahan2

Isi ayam
Tofu telur
Tauhu petak
Sawi
Baby spinach
Bwg merah
Bwg putih
1 biji telur
Sedikit lada sulah ( yg ni xnak letak pun xpe )
Cara2

🥚kisar kesemuanya sehingga lumat. Perasakan dengan sedikit lada sulah ( jgn banyak takut pedas , xnak letak pun xpe )
🥚Tuangkan bancuhan ke dlm bekas pengukus yang dah disapu sedikit minyak
🥚Kukus selama 15-20minit atau sehingga nampak tauhu sudah pejal (tekan dengan sudu. Kalau tak lembik, maknanya dah okey). Keluarkan daripada loyang dan sejukkan sebentar
🥚Bila sudah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dalam telur sama seperti celup bergedil. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Toskan
🥚Taraaaa. Ini lah hasilnyaa❤️❤️
#RubyFoodDiary
#1y3m
Pengat Sagu Keledek Dan Labu Berkismis❤️
Makan petang utk cik ruby. Bg sejuk dulu, nanti bangun tidur terus boleh makan😊

Bahan2
3 sudu besar sagu biji ( rendam dlm 1/2jam)
5-6 biji kismis ( rendam dgn air panas bg lembut, dan blend )
1 biji keledek
3/4 labu kuning
( 2 bahan ni mami steam bagi empuk dulu )
Santan fresh

Cara2
Rebus dulu sagu sehingga bertukar jernih. Masukkan santan dan puree kismis. Biarkan santan mendidih sekejap dan masukkan ubi2an yang telah di steam tadi. Kacau2 kejap dan tutup api
Siappp
#RubyFoodDiary
#1y3m
Creamy Sweet Corn Pudding for Adelia's dessert today 🌽 Sedap sangat makan sejuk2 😋

Ingredients :-

Jagung
Fresh milk
Agar-agar
Tepung jagung
Esen Vanilla
Telur kuning
Cream Cheese
Madu
*kuantiti agak2 je bergantung pada berapa cup mummy nak buat

Cara-cara :-

Layer 1 (bawah)
- Rebus/stim jagung
- Sisir biji jagung dan blend dengan susu. Tapis dan bahagi kan dua bahagian
- Masak 1 bahagian campuran jagung dan susu atas dapur. Masuk kan agar-agar. Bila dah masak tuang dalam bekas dan sejuk kan sampai lapisan keras (set)

Layer 2 (atas)
- Masak campuran susu dan jagung bahagian 2 atas dapur.
- Masuk kan tepung jagung, cream cheese dan esen vanilla.Bila dah menggelegak tutup api
- Pukul kuning telur dan campur kan dalam adunan tadi.
- Bukak semula api dan masuk kan madu dan kacau sampai likat
- Dah masak tuangkan keatas lapisan agar-agar yg pertama tadi
- Tabur kan sedikit jagung dan sejuk kan dalam chiller

#wanadeliakhayra
#adeliasolidfooddiary
#1y3m
Tauhu Kukus Dengan Ayam Cincang❤️. Cik ruby pun dah kenyang. Dinner awal harini😁. Baju basah lencun, mami tengah masak dia duk main air guna botol dia, sedut sembur sedut sembur, gitu lah rupanyaa🙄🤣

1 kotak tauhu putih lembut
Bwg putih
Bwg merah
( di tumbuk lumat )
Isi ayam ( di cincang )
Cendawan ( xnak letak pun xpe )
Sawi
Carrot
Tomato

Cara Memasak

Panaskan minyak , tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot. Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak
Siapp
#RubyFoodDiary
#1y3m
Harini papa cik ruby cuti. Mami buatkan pancake utk di makan seisi familia❤️

Bahan2

1 cup tepung gandum
Susu fernleaf full cream
1 biji telur
1sk baking powder
I ketul unsalted butter ( dicairkan )

Cara membuatnya

Masukkan ke semua bahan ke dlm mangkuk dan kacau sebati. Lengserkan kuali dgn ub dan masukkan sesudu adunan dan masak sehingga keperangan😁
Siappp
#RubyFoodDiary
#1y3m
*12 RESEPI MASAKAN AYAM*
=========================

*1) Ayam Masak Ungkep*

🍗 Blendkan atau tumbuk halus bebawangs, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis
🍗 Kemudian tumiskan bersama serai hingga naik bau dan kekuningan. make sure bahan bahan ni ditumis sehingga masak betul betul dan naik minyak ya.
🍗 Masukkan air, cbs dan ayam pula, tunggu hingga ayam masak.
apabila ayam telah masak, masukkan asam keping dan daun limau purut. gaul gaul lagi.
🍗 Last sekali, masukkan sawi pakchoy, angkatkan asam keping dan daun limau purut, serta pasamkan api. Siap.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #Menu8Bulan

*2) Butter Chicken*

🌸 Cairkan unsalted butter dan masukkan bawang putih bersama daun kari.
🌸 Naik bau, masuk ayam.
🌸 Ayam dah separuh masak, masukkan cfs (chicken feet stock)
🌸 Masuk air (optional: susu FM/ fresh milk)
🌸 Lastly, masukkan cream cheese & mixed herbs. Mixed herbs untuk kurangkan rasa buttery tu. Takut anak muak.
🌸 Doneee.

#aujimamam #10months9days

*3) Ayam Goreng Daun Kari*

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,serbuk kari&bawang putih (tumbuk)
2) Goreng ayam sehingga masak
3) Celur lobak&bunga kubis sekejap
4) Tumis bawang holland&daun karikemudian masukkan ayam yang telah digoreng
5) Masukkan sayur yg telah dicelur, kacau sekejap&tutup api.

#QhairaFoodJourney

*4) Ayam Kukus Chinese*

🍜 Perap Ayam bersama minyak bijan bawang putih bawang holland lada sulah setengah jam(lagi lama perap lagi sedap)
🍜 Panaskan pengukus. Masukkan hirisan halia dan puree kurma dan kukus sampai empuk..

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #14months

*5) Tauhu Kukus Ayam Cincang*

🍙 Panaskan minyak, tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
🍙 Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot.
🍙 Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
🍙 Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
🍙 Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak. Siapp!

#RubyFoodDiary #1y3m

*6) Nugget Ayam Homemade*

Nasi 3 senduk
Dada ayam 1
Bawang besar 1
Bawang putih 2 ulas
Telur sebiji
Air masak agak2 dalam suku cawan comel (untuk mudahkan proses kisar)
Bayam (bersihkan, racik halus)
(nak guna sayur lain pun boleh)
Serbuk bilis 1 sudu kecil

🍘Masuk je semua bahan dalam blender, blend sampai hancur.
🍘Masuk adunan dalam dulang, ratakan then kukus 20 minit.
(Dalam dulang sapu minyak sikit, elak melekat).
🍘Selepas 20 minit, keluarkan dari periuk kukus.
🍘Sejukkan, dah sejuk betul2 baru potong cube, celup telur, goreng..
(tak celup telur pun boleh, boleh je terus goreng) 😉
*** klau ada breadcrumb lepas celup dalam telur tu boleh tabur breadcrumb then goreng..
*adunan yang lepas blend tu tak nak kukus pun boleh, boleh trus sudukan sikit sikit, buat cucur, pun sedap! 😋

#babykika1y #sigigi10 😉

*7) 🐔🐔Nasi Lembik & Ayam goreng kunyit🐔🐔*

Bahan - bahan
🐔Isi Ayam
🐔Kunyit serbuk
🐔Carrot
🐔Kacang Panjang
🐔Kobis Bunga
🐔Tomato

Cara - Cara
🐔Basuh ayam kemudian lumurkan dgn sedikit serbuk kunyit.
🐔Panaskn minyak masukkan ayam goreng hingga garing.
🐔 Sayur sayur saya steamkan 10 minit.
🐔 Tumiskan bebawang kemudian masukkan sayur yg dah di steam & gaulkan bersama ayam yag siap di goreng, last sekali baru saya masukkan tomato, siap🤗.

Anak saya masih makan makanan yang di blend kasar, jadi dah sejuk baru sy blend.

#Muhammadrealfoodjourney
#Muhammadmakanapa #9months

*8) Masak Lemak Ayam, Labu dan Sawi*

🍗 Panaskan minyak, tumis bebawangs dan masukkan ayam. 🍗 Masukkan air dan celery,
2 bahan ni dah masak dan empuk, masukkan santan dan labu.
🍗 Kacau2 sehingga labu empuk dan last sekali masukkan sawi.
Sawi dah layu. Tutup api
Doneeee 😘

P/s: semua bahan mami cincang halus sebab cik ruby dah x makan makanan blend. So if anak2 mommies semua masih makanan blend, boleh je potong potong ikut suka hati anda semua🤣

#RubuFoodDiary

*9) Rendang Ayam Tanpa Kerisik*

🍲 Tumis bebawang dan serai hingga naik bau, masukkan capsicum yang sudah diblend.
🍲 Masukkan ayam dan ubi kentang.
🍲 Kemudian masukkan santan dan sediki
1Y3M 10.5kg!!! Ibu Terharu berat fateh makin naik. Alhamdulillah syukur🤲

Ibu x pandai nk share tips berat anak naik, tapi apa yg ibu blh share adalah breakfast.. ibu mmg x kan skip breakfast fateh..untuk meal fateh hari2 ibu mmg ibu menumis untuk fateh, kdg guna minyak, kdg guna unsalted butter dan kdg2 menu bersantan.. untuk snack or western food pula mmg kebanyakan ibu add on cream cheese..

Kekerapan fateh makan pula 3x heavy meal (breakfast, lunch, dinner), dan 3x snack.. untuk snack kdg fateh mkn cookies, buah, cucur, puding dan sbgainya..

Alhamdulillah fateh mmg berselera makan especially menu2 yg berasaskan santan dan cream cheese.. Untuk menu hari ni pula ibu buat bekal untuk fateh 👇

Breakfast : Cheezy ball + nudget ayam
Lunch: Nasi putih + ikan goreng + sayur masak lemak
snack: buah- buahan + mix fruits cookies

More recipe at instagram
http://instagram.com/syazalwidad_bukhri

#fatehajakmakan
#1Y3M