Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ada yang plan nak pergi travel dalam masa terdekat tapi tak tahu nak bawa ape untuk makanan baby yg mudah?
Boleh ikut jejak langkah ibu ni.
Sambil tunggu order makanan ibu ayah tiba..sambil siapkan makanan baby sepantas 5 minit je πŸ˜„.
Sebab ape tau kena siapkan bubur baby cepatΒ²?
Sebab baby dah tepuk tepuk meja..tanda dia dah lapar la tu..comel sangat 😍

Dalam 1 pek ni dah siap semua complete. Tak perlu bawa asingΒ². Ada nasi + sayur + bilis/ayam/daging/keju. Nak buah pun ada. Boleh pilih mana suka. Tambah air panas je tau.

#fawwazbabyfood #nosugar #nosalt
KEREPEK PISANG VERSI BABY

🍌bawang putih
🍌air
🍌pisang

Tumbukkan bawang putih hingga halus.
Tambah air sedikit.
Kemudian kupas kulit pisang, dan sagatkan. Masukkan pisang yg tlh disagat dlm minyak penuh yg dah cukup panas dgn sesudu air bawang putih (untuk tambah rasa pisang, tak perlu banyak nanti cepat hangus).
Goreng hingga masak.

Tips kekal rangup : sagat nipis dan goreng hingga betul betul masak.

#EhsanFoodJourney
#Budak2Pusar
#8bulan
RESEPI KEREPEK KELADI

πŸ₯”keladi
πŸ₯”bawang putih
πŸ₯”serbuk kunyit
πŸ₯”serbuk bilis
πŸ₯”air

πŸ”…tumbuk bawwng putih dan serbuk kunyit sehingga halus. masukkan serbuk bilis (utk rasa masin) dan sedikit air utk membuatkan pes bawang putih tersebut tidak terlalu pekat.
πŸ”…kupaskan kulit keladi dan rendamkan keladi ke dalam air biasa dalam setengah jam. setelah itu, cucikan bersihΒ² dan sagatkan.
πŸ”…panaskan minyak masak di dalam kuali.masukkan keladi y telah disagat tadi berserta sedikit pes bawang putih.
πŸ”…gorengkan dgn api sekata dan perlahan sehingga masak kekuningan.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
#8bulan
Kerepek Suci Dalam Debu πŸͺ

(Nuh suka kunyah2 so umi buatkan kerepek nampaknya dia suka dok bunyi "krupp krapp 2Γ—" πŸ˜‹)

Resepi πŸ“

Kulit Popia
Susu Tepung

πŸͺPotong kulit popia dan goreng sampai kekuningan..
πŸͺBiar sejuk seketika dan keringkan minyak semasa angkat kulit popia..
πŸͺGaulkan bersama susu tepung.. siap dihidangπŸ˜‹

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #8bulan
Cek Mek Molek inti kurma utk breakfast dan minum petang Iris hari ni..
Utk umi ngn kakak isi gula mcm biasa la kan.. 😁😁

Alhamdulillah abis jgak dua ketul breakfast tadi.. .bukan main selera mengunyah..

Cek Mek Molek versi baby
πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”πŸ₯”

Keledek Oren
Tepung gandum
Sedikit unsalted butter
Sedikit cream cheese
Pes kurma

😁

#Irissyafiafoodjourney
#nosaltnosugar
#8bulan
#babybreakfast
#fingerfood
Rahel’s Lunch : *Nasi putih & telur bistik* versi baby.
.
.
Telur Bistik
🌺 Telur 2 biji.
🌺 Brokoli.
🌺 Pes tomato homemade.
🌺 Sweet pepper/yellow capsicum (hiris).
🌺 Cendawan butang (hiris)
🌺 1 sudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
🌺 Beef bone stock.
🌺 Daging cincang .
🌺 Pes bebawangs.
.
.
🌼 Dadar telur dan ketepikan
🌼 Guna kuali yang sama, tumis pes bebawangs hingga wangi dan masukkan pes tomato, beef bone stock & daging cincang & kacau & biar seketika hingga daging masak
🌼 Tambah cendawan, brokoli, capsicum & 1 cawan kecil air. Biar mereneh hingga sayur lembut.
🌼 Tambah bancuhan tepung jagung, kacau sekata, tutup api. Siap!
.
.
Rahel makan nasi putih & telur saja πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈπŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ. Brokoli dia buang. Rasanya dia suka brokoli as it is, steamed atau rebus tanpa apa-apa perasa.
.
.
Dia makan jugak la sikit-sikit sayuran yang lain tu. Yang pasti anak ibu kenyang dan belahak dua kali πŸ˜….
.
Kawan-kawan makan apa tu?
.
.

#solidfoodforbaby
#solidfoodjourney
#4DaysRule
#rahelmakanapat
#9bulan
#Gigi10Batang
Bubur nasi lauk ayam masak kurma untuk Malik Mikael.
No salt
No sugar
No msg

Resepi
Bawang merah
Bawang putih
(hiris je)
Rempah kurma (1 sudu teh)

Seketul isi ayam bhgian dada (ptg kecik2)
Carrot
Brokoli
Santan fresh

Cara:
1.Tumis bawang & rempah kurma sampai naik bau.
2.masukkan ayam bagi sparuh masak
3.masukkan santan.
4. Santan mendidih masuk carrot dan brokoli.
(brokoli dgn carrot tu sy dah steam awal2) jd dah tutup api baru saya masuk carrot n brokoli.

Malik berselera kalau menu ada santan.

#8bulan
#barunaktumbuhgigi
Breakfast pagi ni utk dik Hannan... *SUP NASI KEPAL*... buat kelainan sikit kat dia... 7 ketol ummi letak dlm sup ayam tu habis juga di makannya... Alhamdulillah syukur dan seronok rasanya ☺️😍

*Nasi Kepal si manja*
-------------------------------
🌸Nasi
🌸Sudu matrik @ apa2 la yg ada☺️

Cara2
-----------
🍁Basah kan tangan dgn air dan padatkan nasi dlm sudu matrik
🍁Ketok2 sikit kluar lah nasi tu nnti
🍁Sejukkan dulu dlm peti supaya tak hancur bila goreng
🍁Pecah kan sebiji telur Kacau2 rata dan celup kan nasi kepal td... Goreng hingga kekuningan..
🍁Siap

*Sup Ayam Bersayur*
-------------------------------
🌸Bawang putih
🌸Halia
#2 bhn ni tumbuk lumat
🌸Isi ayam
🌸Carrot
🌸Brokoli
🌸Sawi pak choy
🌸Tomato
🌸Sedikit rempah sup
🌸Sedikit lada sulah(putih)

Cara2
-----------
🍁Tumis dulu bebawang yg tumbuk td hingga naik bau dan kekuningan
🍁Masukkan ayam dan sedikit rempah sup.. Kacau rata
🍁Masukkan air, carrot, brokoli dan juga lada sulah... Biar hingga lembut sayur nya
🍁Akhir sekali baru masukkan sawi dan tomato... #10m
Nugget Nasi
Kepada mummy2 yg pening nk masak menu apa hari ni boleh try *Sup Tofu Telur* ni..sebab senang & mudah..

Bahan2
Tofu telur
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Brokoli
Carrot
Sawi
Celery
Garlic Powder
Sedikit isi ayam

Cara2
Goreng tofu telur. Ketepikan
Tumis bawang merah & putih. Kemudian masukkan ayam..biar masak sekejap
Masukkan air 1 1/2cawan (ikut berapa banyak sayur)
Masukkan sayur pilihan mummy..
Kemudian masukkan tofu telur yg sudah digoreng.
Taburkan sedikit garlic powder..siap.!

*Mummy boleh je guna sayur apa pun..

#10bulan
VID-20200301-WA0076.mp4
11.8 MB
Anak dah lapar. Jem pulak πŸ€¦πŸ½β€β™€οΈ Alamak! Nak buat macam mana ni? Jom tonton πŸ‘†πŸ½
*PETUA LEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK DENGAN MINYAK BAWANG PUTIH.*

Acik lienda nak kongsi sikit petua dengan ibu-ibu, petua tradisional untuk hilangkan batuk dan selsema anak.

Alhamdulillah memang berkesan kalau dibuat untuk bayi umo 1 bulan hingga 4 tahun.

Yang belom pernah cuba, jom kita amalkan.

1. Amik 2 3 biji bawang putih, buang kulit.

2. Kemudian bakar atas dapur gas.

3. Ketuk bawang putih yang dah di bakar tadi.

4. Letak minyak keatas bawang putih yang dah di ketuk tadi tu. (minyak apa pon boleh, minyak zaitun, minyak masak, minyak rambut)

5. Boleh la sapu pada anak.

Cara sapu
Sapu pada batang hidung, dada dan tapak kaki anak.
Ulang selang setengah sejam ataw setiap sejam

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu.
FAKTA SUPPLEMENT ANAK

'Saya beli supplemen sebab anak tak cukup amkan dari sumber real foods'
'Saya bagi anak supplemen nak naikkan selera makan'
'Saya bagi anak supplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana...'

Ada ke mommie tergolong dalam kumpulan di atas?
.
.
Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi supplemen dan menyalahgunakan supplemen tersebut untuk anak anak

Berikut fakta supplemen:

Supplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin

Tujuan
Untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu sepeti

1. Sakit (demam ,selsema, iron deficeincy anemia etc)
2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc
3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma

TAPI SUPPLEMEN

1. TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak
.
.
Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori
Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein.
Kalau ambil supplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya....

2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods
.
.
Anda sentiasa focus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa..
Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama
Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit,tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik
.
.
3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI

DHA banyak dalam bentuk supplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.
Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja.
Stimulus datang dalam bentuk
- komunikasi
- hands in bermain
- problem solving (menyelesaikan masalah)
- main di luar
- bertanya
Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je...mana datang stimulus komunikasi...
.
.
4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN

Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan.
Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia
Yang ada hanya dalam haiwan...
Anak anak akan berselera jika mereka
- makan on time
- aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya
- menu yang balanced
Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak

SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods
Galakkan anak makan real foods...

Antara tips tips.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
1. Jangan paksa anak untuk asik makan menu yang sama..asik nasi nasi nasi....kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced

2. Sentiasa ada buah standby

3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby

4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan,chocolate,gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND

5. Galakkan mereka aktif main di luar.

Good luck mommies
Jangan asik bergantung pada supplemen je tau..
Rahel’s Breakfast : Chicken & egg porridge
.
.
πŸ“ Beras sumo
πŸ“ Pes bebawangs & halia
πŸ“ Minyak bijan
πŸ“ Dada ayam rebus (carik)
πŸ“ Telur
πŸ“ Black pepper & white pepper powder
πŸ“ 3 kiub chicken feet stock
πŸ“ Serbuk ayam
πŸ“ Daun bawang
πŸ“ Carrot sagat
.
.
.
Moi untuk sarapan sebab ibu tengah train dia pakai sudu 😘
.
#8bulan
#13BatangGigi
*BERAPA LITER AIR ANAK KENA MINUM?*

Untuk baby 6 ke 8 bulan, yang baru mula kenal kenal je dengan makanan, air masak yang mereka kena minum ialah MINIMA 4 TEGUK saja (US Food Agriculture). Atau senangnya, dalam 2 ke 4oz 1 hari (Tomme Tippee website). Ini minima ye. Eh sikit je? Ye ibuuu, sebab usia ni bayi kena minum susu banyak lagii. Susu MASIH SUMBER utama nutrisi anak ye. Dan dalam susu ibu pun kan 80% ialah air kann.

*lebihkan jugak cecair dalam pemakanan anak mcam bubur cair cair, puree cair cair ni untuk elak sembelit dan beri anak hidrasi jugak.

*jangan melampau sangat lebihnya air masak sampai 2,3 botol. Tak bagus sebab boleh sebabkan anak kurang sangat menyusu & dikhuatiri sebabkan masalah masalah lain pulak haa.

Bila dah 8 bulan ke 12bulan tu ELOK SESANGAAATTT SANGAT anak mula diajar minum dalam cawan & guna straw. Suruh anak pegang sendiri. Biasala kalau anak tumpah, lencun, celup tangan dlm air tu semua. Jangan la mak mak menSINGAkan diri pulak.

Ini memang kekdah dia nak ajar anak minum air 0 ye. Lapik tuala siap2 kalau risau basah lantai serumah hehe.

**bayi perlukan lebih kurang 3 cawan air masa ni. Lebih jika banyak berpeluh / anak tak sihat.

Bila anak 13 bulan ke atas, purata dia perlukan dlm 1.3L cecair. Haa tapi tak payah la sumbat anak dengan air msk sampai 1.3L pulakk. Kesian diaa wehh.
1.3L ni semua sekali dari makanan, susu & air masak.
So ada hari hari yang anak duk rajin makan sup ayam contohnya, maybe dia akan kurang minum air 0.
Ada hari anak asyik nak cucur labuu aje contohnya maka lebihkan air masak pulak.
Gitula naa jangan strict sangat2 nak jugak anak telan air 0 bergelen. Kesian dia πŸ˜…

#fatienbftips
#amnaminumair
HOMEMADE CHOCOLATE WAFFLESπŸ₯žπŸ«

Waffles
===========================
1 Cup Susu Fullcream
1 Cup Tepung Gandum Unbleach
I Biji Telur
Sedikit Minyak Masak

Blend & Kacau Semua Bahan Hingga Sebati. Sapu Sedikit Minyak & On Waffle Maker. Bila Lampu Dah Padam, Waffle Maker Dah Panas Boleh Tuang Adunan & Tutup. Bila Lampu Dah Off Semula Boleh Angkat Waffle. Siap!

Chocolate Homemade
===================================
1 Sudu Besar Unsweetened Cocoa Powder
2 Sudu Besar Madu
Susu Fullcream
1 Sudu Kecil Tepung Jagung

Campurkan Semua Bahan Dah Buka Api Perlahan. Kacau Sehingga Pekat. Siap, Boleh Sapu Pada Waffles.

#MelurFoodJourney #12bulan
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Resepi Cheesekut untuk bayi 8 bulan
==============================

BahanΒ²
Cream cheese tatura + susu fm (kisar)
Biskut fawwaz (banana/kurma/coklat)
Puri kurma

Done. Simple. Sedap πŸ˜‹

P/s . Biskut Fawwaz tiada gula dan garam tambahan. Selamat untuk bayi πŸ€—

#fawwaz #cookies #healthy #yummy