Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Cara buat serbuk ayam
Cara buat serbuk ikan bilis
~21 Resipi untuk bayi 8bln keats

~mummy2 boleh cuba

1) Nasi ayam sempoi
Bahan-bahan : Beras + Isi Ayam + Carrot + Celery + Tomato + Stok Ayam + Air secukup rasa
Resepi: Tanak nasi menjadi bubur..Kina biasanya lenyek2 masa nak bagi shahadah makan..Tambahkan 1 cube isi ayam (kina biasanya dah buat stok dalam cube2, senang bila masak campak aje..patutnya buat post pasal frozen + stok dulu tapi saje je bagi resepi dulu..kihkih)..Part nasi ayam dah siap..Part sup plak, masukkan 1 stok ayam (dah ada unsalted butter, bawang, kayu manis segala),air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot tu empuk. Dah siap!

2) Snowgurt chintaku
Bahan-bahan: Yogurt greek (atau plain/natural yogurt) + Puree apple
Resepi: 1 Cube frozen puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap!

3) Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Isi ikan tenggiri + Stok ikan bilis
Resepi: Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pon boleh. Kita nak isi die je ye puan-puan. Tanak beras jadi bubur. Kalau tengok gambar ni, kina pakai nasi sebab tu nampak berstruktur gitu kan. Masa bagi makan kina lenyek2. (Ikut cakap MIL..hehe). Kalau prefer hancur buat hancur ye. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis ni untuk bagi rasa masin2 ikan bilis tu. Cara penyediaan, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk bekas. Selalu kalau takde bahan nak masak buat bubur nasi ikan bilis pun sodap.

4) Caramelized apple & banana with cinnamon
Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api sebab kita taknak die jadi pisang goreng ke goreng pisang kata kak lisa. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.

5) Nasi tomato untuk si cilik
Bahan-bahan: Nasi + Tomato + Stok ayam + Puree Isi Ayam + Puree Peas + Unsalted butter
Resepi: Sila tengok gambar. Hahaha. Malas betul nak menaip..Kina campak je semua. Kacau2 sampai tomato tu lembut betul. Siap! Sedap tau. Sebijik rasa nasi tomato.

6) Pasta shrek
Bahan-bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni kina pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke. .

7) Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot
Bahan: Beras+ Cheedar cheese + Puree Carrot + Stok ikan bilis
Resepi: Macam biasa. Tanak bubur. Campakkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu half dari 1 slice dalam burger tu. Simple tapi sedap. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak disukai ramai. Masa ni kina campur je ape yang ade. Akhirnya mama yang lebih-lebih makan sebab ade cheese.

8) Volcano mash potato with chessy chicken gravy
Bahan: Puree potato + Puree isi ayam + Cheddar cheese + Stok ayam + Oregano
Resepi: Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese & stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi. Sedappppp sangat2. Gravy tu buat banyak sket nanti tak cukup.

9) Greek potato salad
Bahan-bahan: Puree potato + Egg (alert2 elergik) + yogurt + carrot + brokoli

Resepi: Masukkan puree potato, carrot, brokol
i & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau2 bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api. Sesuai dimakan untuk breakfast, lunch atau dinner.

10) Puding kastad banananana TV9
Bahan: Setengah sudu kecik tepung kastad + 3 oz Susu Ibu/Susu formula+ Puree banana
Resepi: Bancuhkan tepung kastad dengan susu dan pisang. Tambah air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Best makan masa minum petang si kecil.

11) Pumptato
Bahan-bahan: Puree Potato + Puree Pumpkin + SI
Resepi: Rujuk pada gambar. Bongkah tu puree potato, bulat macam telur tu puree pumpkin. Tapi yang shahadah tak suka sangat. Sebabnya rasa pumpkin tu kuat die tak suka. Actually kina sendiri tak makan pumpkin. Hahaha. Resepi ni baby 7 bulan pun boleh makan.

12) Chicken curry with carrot & aspalela asparagus
Bahan-bahan: Unsalted butter sikit + Puree isi ayam + Yogurt + Cheese cheddar + Puree carrot + Puree asparagus + Air sikit.
Resepi: Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap. Yogurt tu 1 teaspoon je tapi die acts macam santan. Jadi sebab tulah die rasa macam curry. Boleh makan begitu saja atau dengan bubur nasi.

13) Spagetti bolognaise simple
Bahan-bahan: Pasta+Puree Isi Ayam + Tomato +Stok ayam+ Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Sama macam pasta shrek. Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang dipotong dadu, stok ayam, cheese & akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano & blend. Great for lunch or dinner.

14) Carrot cek mek molek
Bahan-bahan: Keledek + Carrot + Cinnamon
Resepi: Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ade air susah nak bentuk. Lenyek2 dan kepal2 menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ade kurma letak inti kurma macam etty. .

15) Chessy carrot as finger food
Resepi: Potong carrot bentuk jejari. Rebus sehingga empuk. Potong cheese memanjang & halus. Bila carrot dah masak & ditoskan terus masukkan cheese supaya cheese mencair sebab panas. Sila perhatikan kalau anak makan finger food takut tercekik kalau baru introduce finger food.

16) Tomato soup
Bahan-bahan: Half tomato + 1 cube potato puree + 1 cube chicken stok + air
Resepi: Potong dadu tomato. Masukkan semua bahan dengan air. reneh sehingga masak sebati. Sambil tu lenyek2 tomato. Sedap dicicah bersama roti. (kalau bagi anak makan roti la kan)

17) Chicken & broccoli pasta with apple sauce
Bahan-bahan: Pasta + Puree ayam + Puree brokoli + Puree apple
Resepi: Resepi ni dari website annabelkarmel. Cara masak sama macam pasta yang lain. Just campur camtu je. Tapi masa ni shahadah tak mau makan sangat. 1-2 sudu je die makan. Maybe boleh test balik campur dengan cheese sebab masa ni belum intro cheese.

18) Bubur nasi aneka warna
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Brokoli + Kismis + Kentang
Resepi: Resepi ni ramai je rasanya dah buat. Ilham dari group HSFFYB yang sekarang ni dah ade fanpage.

19) Bubur lambuk baby
Bahan-bahan: Beras+Isi Ikan tenggiri+ Cheese + Brokoli + Stok ikan bilis + Kuning telur
Resepi: Tanak beras jadi bubur, masukkan isi ikan tenggiri, puree brokoli, cheddar cheese, kuning telur & stok ikan bilis. Pastika kuning telur tu masak dan alergic alert on.

20) Banana split for baby
Bahan-bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket.

21) Steak ikan tenggiri for baby
Bahan-bahan: Isi ikan tenggiri + Puree kentang + Unsalted butter + Oregano
Resepi: Panaskan unsalted butter, masukkan isi ikan tenggiri & kentang. Tambah sedikit air. Tutup api. Taburkan oregano.

Kredit to shakinahfarhan.blogspot.com
Malam semalam lepas balik kerja mama terus buat aiskrim mangga + dragon fruit. First time bagi Eva makan aiskrim sebab dia macam gatal gusi je. So mama bagi dia gigit benda sejuk nyummss πŸ˜‹ Kakak dengan Mama pun join sekaki πŸ₯°πŸ€—

πŸ₯­ Blend mangga susu 1 biji
πŸ₯­ Natural yogurt
πŸ₯­ Dragon fruit potong dadu

#PuteriNurEvaCamelia
#PuteriNurIexaraAleesya
#8bulan
#4years
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Resepi Aiskrim Yogurt Fawwaz
=========================
(Untuk bayi 8 bulan ke atas)

Buah naga
Serbuk buah mangga #fawwaz
Yogurt natural
Snek buah mangga #fawwaz

Cara
Blend semua
Masukkan dalam acuan aiskrim. Bekukan.
Siap! πŸ˜‹

#fawwazbabyfood
#nosalt
#nosugar
#healthy
Malam tadi ibu tengok satu youtube channel orang korea masak, ibu tertarik dengan satu resepi mushroom enoki pancake.. pagi ni ibu try buat untuk makan pagi anak2..

Orang korea layan pancake masa winter tapi kita layan musim hujan pon boleh lah... Feeling2 sejuk jugak kan

Ibu share jugak la resepi kat bawah

1 paket enoki mushroom potong 1 atau 2 inci (potong buang akar)
2 sudu unbleached flour
2 biji terlur
Daun bawang dipotong halus
Cream cheese
Mix herbs
Lada putih

Masukkan semua bahan, kacau sebati
Panaskan kuali, letak adunan dan goreng sampai masak.

#UmarBaihaqiEats
Happy 9 months, Muhammad Asyraf Mikhail!!
.
.
Harini mummy masakkan lauk kari ayam utk asyraf.. selera sungguh asyraf makan.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Resepi Ayam masak kari

1. Tumbuk atau blend bawang merah, putih and halia. Letak sikit rempah kari.
2. Panaskan periuk letak minyak and letak 4 sekawan and tumis bahan blend tadi.
3. Agak2 dah naik bau, saya masukkan air sikit and kentang. Agak2 kentang dah nak empuk, masukkan ayam.Masukkan cbs
4. Masukkan santan. Biakan mendidih and siap😁
.
.
Asyraf xda gigi lagi 😁😁😁
Siapa geng dgn saya xda gigi lagi πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹
ANAK TAKNAK MAKAN NASI???

Stress rupanya kalau anak reject nasi. Baru paham perasaan mommy yg anaknya taknak makan. So, ibu terdetik nak buatkan fishball homemade. Senang je rupanya. Ibu sertakan sekali dengan resepinya.

πŸ§† Nasi panas 2 senduk
πŸ§† Ikan tenggiri 2 ketul (direbus & dibuang tulang dan kulit)
πŸ§† Sayur (carrot & brokoli)
πŸ§† Serbuk bawang putih (optional)
πŸ§† Tepung beras & tepung jagung (nisbah 2:1)

πŸ₯˜ Blend nasi , carrot & brokoli. Masukkan air sikit untuk bagi senang hancur.
πŸ₯˜ Gaulkan bahan blend dengan ikan tengggiri , tepung beras & tepung jagung.
πŸ₯˜ Gaul sampai rasa boleh dibentukkan. Sapukan sedikit minyak di tapak tangan.
πŸ₯˜ Rebus sampai fishball timbul.

βœ… Sesuai untuk anak yang suka pegang makanan sendiri.
βœ… Sesuai untuk anak yang dah pandai kunyah makanan.
βœ… Sesuai untuk anak yang dah pass semua bahanΒ² (8m above)
βœ… Sesuai untuk anak yg taknak makan nasi.
βœ… Boleh simpan dalam fridge.
βœ… Boleh bagi makan begitu sahaja atau digoreng.
βœ… Boleh bagi makan sebagai finger food.
βœ… Boleh dimasukkan dalam makanan yg lain (contoh sup sayur).

#1year5months
πŸ’“ ROTI SANGKAYA VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

Bahan A :
roti wholemeal secukupnya dibelah 2

Bahan B :
1/2 cawan air pati pandan
1/4 cawan santan
1/4 cawan susu penuh krim
1 biji telur
1 1/2 sb tepung jagung non gmo

Bahan Lain :
susu penuh krim suam / ASI

Cara Cara :

kukus seketika Bahan A anggaran dalam 5 - 7 minit .
letakkan di dalam pinggan .
ketepikan seketika .
di dalam periuk , satukan pula ke semua Bahan B dan kacau sebati .
kemudian masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan meletup letup .
tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit susu penuh krim suam / ASI .
siap , sedia dimakan bersama roti πŸ’“ #8m
Pisang - just lenyekkan dan boleh terus bagi.

6 bulan
ADA APA DENGAN RIBENA?

haaa ada juga yg nak bagi ribena pulak. vitamin c katanya. tengok gambar tu ribena ni adik sikit je dengan coke uols.

pikir balik..

_Herny Hafiz_
CIRI CIRI FINGER FOODS BABY SELAMAT
.
.
Haaa kan banyak kali dah kan saya cerita kepentingan finger foods nak bantu anak kembangkan skill mereka.
.
Kait rapat dengan baby led weaning dan boleh dimulakan seawal 6 bulan tapi WAJIB mula waktu 8 bulan.
.
.
Penggunaan finger foods penting sebab
1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang
2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut
3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)
4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat takleh kunyah nanti)
5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka

Dan banyaaaak lagi...
.
.
Tapi waktu buat finger foods takleh senang senang potong bagi.
Baby bukan macam orang besar semua dah pandai.
Mereka masih lagi dalam fasa belajar
.
Maka waktu nak buat finger foods pastikan ada ciri ciri berikut

1. Saiz finger foods lebih besar dari genggaman baby
senang baby nak pegang, nak belek, nak gigit. Ingat baby tak boleh pegang guna jari / pinch seperti kita. Mereka masih belajar.
Bila dah pandai menyuap dan gigit baru saiz dari potongan panjang jadi kiub besar (waktu ini usia lebih kurang 10bulan)

2. Lembut
Tahap kelembutan adalah makanan tersebut boleh dilenyek untuk jadi makanan baby.
Kalau tak boleh lenyek,maka makanan tersebut keras dan perlu di stim/rebus untuk lembutkan lagi.
Tak kisah makanan tersebut dari kumpulan karbohidrat ke sayur ke protein ke...pastikan lembut

3. Jangan beri dalam bentuk bulat
Contoh buah anggur, buah kiwi, pasta makaroni, kacang...
Bentuk bulat ni meningkatkan risiko untuk baby tercekik.

4. Beri dalam kuantiti sedikit
Jika terlalu banyak sukar untuk anak capai satu satu. Baby capai banyak sekali dan akhirnya bukan belajar menyuap masuk mulut, nanti bagi meja and lantai makan🀣

5. Sentiasa pantau anak
Walaupun anak sudah pandai makan finger foods,suap sendiri, parents tetap kena pantau untuk elak risiko anak tercekik
Tapi harus tahu perbezaan gag reflex dan tercekik.
Gag relfex apabila anak makan terlalu banyak atau perkenalkan makanan baru yang mereka tak kenal. Akan buat aksi muntah dan berbunyi wuek..air liur selalu meleleh.
Relax..tengok anak dulu..jangan terus ambil makanan.
Tapi cekik tiada bunyi dan nampak anak sukar nak bernafas, tiada air liur meleleh dan senyap. Perlu ambil tindakan segera.

.
.
SELAMAT HARI PERTAMA TAHUN 2020πŸ₯³πŸ₯³

Saya doa moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnyaπŸ’πŸ’

Sekian
Happy new years
Dietitian fizah
*Roti Puri Cheese*

Bahan-bahan
Tepung gandum unbleached (1/2cup)
Minyak masak (1 sudu besar)
Cream cheese (1 sudu besar)
Madu❗❗❗ (penggunaan madu untuk 1 tahun keatas shj)
Air

Cara memasak
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi doh. Air masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
2. Biarkan doh seketika dalam 15min.
3. Ambil sedikit doh ikut kesesuaian size yang dikehendaki. Leperkan guna penggelek doh.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan doh.
5. Siram doh dengan minyak semasa menggoreng untuk jadikan roti puri kembang.
6. Goreng sehingga kekuningan.

Sedap makan begitu sahaja sebab rasa lemak2 cream cheese tu. Mommy pun join sekaki 🀭

#AleesaMakanMakan
#1y7m
Happy breakfast!

Ibu buat mini chicken currypuff untuk breakfast aqeef pagi ni. Gigih pagi-pagi lagi dah menguli tepung. Janji anak ibu makan berselera. Buat kecik-kecik pocket size bagi mudah dia pegang. 3ketul dah selamat masuk perut.

Bahan -bahan inti :
Isi ayam
Ubi kentang
Carrot
Kobis bunga (optional sayur)
Mirepoix
Rempah kari
Daun kari
Minyak/ub

Cara masak :
Rebus isi ayam,ubi kentang, carrot. Dah empuk, masukkan kobis bunga. Rebus sekejap.toskan semua. Tumis mirepoix bersama rempah kari dan daun kari sampai pecah minyak. Masukkan bahan2 rebus tadi, gaul sebati. Siap.

Bahan-bahan pastry :
1cwn Tepung gandum (sy guna organic wholemeal wheat)
2sudu besar ub
2sudu air sejuk

Cara :
Cairkan ub, tuang dlm tepung hingga jadi habuk, masukkan air sikit demi sikit uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan. Bulat2kan, canai doh. Masukkan inti, kelim ikut kreativiti. Goreng. Siap dihidang.

#10bulan14hari
#6gigi
#Menu 7 bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*πŸ’“ MEE LABU GORENG SIMPLE VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

mee labu fatboi
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
isi ayam
mirepoix
sayur kailan
lobak merah
sedikit air
serbuk ayam / ikan bilis
minyak zaitun untuk menumis

Cara Cara :

rebuskan mee dan juga lobak merah sehingga empuk .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau .
masukkan isi ayam dan juga mirepoix .
kacau sebati .
tambahkan sedikit air .
apabila isi ayam sudah masak , masukkan mee dan juga lobak merah .
kacau rata .
perasakan dengan serbuk ayam / ikan bilis .
masukkan sayur kailan .
masak seketika .
tutupkan api .
siap , sedia dihidang πŸ’“

#Menu 8 bulan
#Makan Tengahari
#Makan Malam

*πŸ’“ BUBUR NASI JAGUNG VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

beras
1/2 ketul jagung ( ambil isi sahaja )
1/2 batang lobak merah ( potong kecil )
1 ketul cfs
isi ayam
1 sk krim keju / santan
air secukupnya

Cara Cara :

basuh beras bersih bersih dan masak bubur seperti biasa .
apabila bubur hampir masak , masukkan lobak merah dan juga isi jagung .
masak sehingga lembut .
kemudian masukkan isi ayam dan juga cfs .
kacau sebati dan masak sehingga bubur masak sepenuhnya .
masukkan pula krim keju / santan .
masak seketika .
tutupkan api .
siap , mudahkan ? 😁
sedia dihidang πŸ’“

#Menu 10 bulan
#Makan Tengahari
#Makan Malam

*πŸ’“ SAMBAL IKAN TENGGIRI VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 keping ikan tenggiri
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit herba campuran

Bahan B :
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
pes tomato
serbuk ayam / serbuk ikan bilis
minyak zaitun

Cara Cara :

satukan Bahan A dan gaul sebati .
panaskan minyak dan goreng separuh masak .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
baki minyak tadi , tumiskan bahan bawang sehingga naik bau .
kemudian masukkan pes tomato .
masak sehingga terbit minyak .
tambahkan sedikit air jika perlu .
masukkan ikan yang telah digoreng tadi .
kacau sebati .
masukkan pula bahan serbuk .
masak seketika .
tutupkan api dan tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang πŸ’“

#Menu 8 Bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*πŸ’“ FLUFFY CARROT PANCAKE VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji putih telur

Bahan B :
1 biji kuning telur
3 sb lobak merah ( dah direbus dan dilenyek )
1 sb pisang mas ( boleh guna puree kurma )
2 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan susu penuh krim
1/2 sk minyak zaitun
sedikit esen vanilla

Cara Cara :

pukul Bahan A sehingga kembang dan gebu .
ketepikan seketika .
di dalam bekas lain , satukan Bahan B dan kacau sehingga sebati .
kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga adunan habis .
panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan .
masak menggunakan api yang kecil sahaja .
terbalikkan adunan apabila permukaan atas sudah kelihatan buih buih dan berlubang .
masak seketika kemudian angkat dan letakkan di dalam pinggan .
ulang sehingga habis .
siap , sedia dihidang πŸ’“

#Menu 7 bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*πŸ’“ SOFT TOFU WITH GRAVY MANGO SAUCE VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

1/2 ketul tofu organik
1/2 biji buah mangga manis
1/2 cawan susu penuh krim ( dah dimasak )
1 sk krim keju ( optional )

Cara Cara :

stimakn tofu selama 10 minit .
angkat dan letakkan di dalam pinggan .
ketepikan seketika .
satukan buah mangga , susu dan juga krim keju ke dalam bahan pengisar dan kisar sehingga sebati .
tuangkan ke atas tofu tadi .
mudah bukan ?
kalau mommy2 nak tukar buah lain pun boleh , ikut citarasa masing masing 😘
siap , sedia dihidang πŸ’“

#Menu 8 Bulan
#Makan Tengahari
#Makan Petang

*πŸ’“ SALMON GRILL VERSI BABY πŸ’“*

Bahan Bahan :

1 keping ikan salmon

Bahan Perap :

bawang putih ditumbuk
serbuk lada hitam
serbuk ikan bilis
herba campuran
serbuk paprika

Cara Cara :

basuh ikan bersih bersih dan perapkan bersama Bahan Perap selama 40 minit atau lebih .
kemudian bakar di atas pemanggang sehingga masak .
sambil bakar , renjiskan sedikit minyak zaitun .
angkat dan letakkan di dalam pinggan .
hiaskan bersama bawang holland yang digoreng dan juga lobak
merah jika suka .
taburkan herba campuran .
siap , sedia dihidang πŸ’“

#ResepibyFarishaSofea
#BabyToddlerFoods