Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*Gluten Free Banana Carrot Pancake 8m++*

🥞 Pisang
🥞 Carrot
🥞 Potato Starch sikit je dlm 1 ke 2 sudu byk nnt liat
🥞 1 Telur Selinium Organik
🥞 Secubit ceylon cinnamon powder

Cara :
Blend smua skali masak atas pan
Mase pancake panas2 tu potong sedikit unsalted butter dah biar kan ia mencair🤤
.
💥 ​SELAMAT MENCUBA​ 💥
💋FB:NURIZZIATY ABD RAUP💋
#tipsmummymikayla
#mikaylasolidfoodjourney
Kuih Ketayap In The House❤️. Minum petang utk cik ruby. First time mami buat , kulit pun x berapa nak jadik jekk.. dan first time jugak utk cik ruby rasa kuih ni.. Tu yg mcm pelik sikit ghupenya tu😂😂.

Bahan2
5 sd besar tepung gandum
Air daun pandan ( ni mami blend sendiri )
1 biji telur
Air

Cara membuatnya

Campurkan kesemuanya dan kacau sebati
Kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti
Siapp

Utk inti
Puree kurma
Buah naga
( nak letak pisang pun boleh )
#RubyFoodDiary
#1y4m
Tauhu Kukus Dengan Ayam Cincang❤️. Cik ruby pun dah kenyang. Dinner awal harini😁. Baju basah lencun, mami tengah masak dia duk main air guna botol dia, sedut sembur sedut sembur, gitu lah rupanyaa🙄🤣

1 kotak tauhu putih lembut
Bwg putih
Bwg merah
( di tumbuk lumat )
Isi ayam ( di cincang )
Cendawan ( xnak letak pun xpe )
Sawi
Carrot
Tomato

Cara Memasak

Panaskan minyak , tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot. Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak
Siapp
#RubyFoodDiary
#1y3m
Harini papa cik ruby cuti. Mami buatkan pancake utk di makan seisi familia❤️

Bahan2

1 cup tepung gandum
Susu fernleaf full cream
1 biji telur
1sk baking powder
I ketul unsalted butter ( dicairkan )

Cara membuatnya

Masukkan ke semua bahan ke dlm mangkuk dan kacau sebati. Lengserkan kuali dgn ub dan masukkan sesudu adunan dan masak sehingga keperangan😁
Siappp
#RubyFoodDiary
#1y3m
Stick labu...
ni fav anak...tapi harini die suap mommy makan dulu baru die makan😅..eee teharu lak rase 🥰🥰..

Unbleaced flour 2sb
Tepung jagung 1sb
Kurma 2bj
Unsalted butter 1/2sb
Labu sepotong

Kukus labu dan kurme ... angkat kurme dulu buang kulit gaulkan dgn butter masukkan labu tepung jagung tepung gaul2 bentukkan dan goreng.

#11m
Memandangkan stok Labu tengah banyak ummi buatkan Pumpkin Stick untuk makan petang Insyirah tadi. Sedap sebab tambah cream cheese.

🧡PUMPKIN STICKS🧡

Labu
Cream Cheese
Tepung Gandum (unbleached)
Susu Segar / Air

🔸 Labu direbus sehingga lembut.
🔸 Lenyek labu kemudian masukkan cream cheese.
🔸 Masukkan tepung dan gaul.
🔸 Boleh masukkan susu/air masa ni. Gaul sebati. Jangan terlalu cair.
🔸 Guna piping bag dan paipkan adunan tadi ke dalam kuali dan gunting panjang mana kita nak.
🔸 Masak dan goreng sambil dibalik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.

#jannatul_insyirah
#13bulan
🍪 Biskut Kurma 🍪

Nk share jgk resipi cookies yg sya ambil dlm group nie jgk 😊sgt mudah cair dlm mulut 😇

Bahan2
🌼1 buku unsalted butter
🌼3 cwn unbleached tepung gandum(sya guna faiza)(sya tapis)
🌼3 sdb tepung jagung(sya tapis)
🌼Kurma 10biji (steam n buang biji/kulit)

Gaul semua skali..uli2 ikot bentuk yg mommies2 suka(saya xkreatif tu jadi mcm tu😂) then bakar selama 30minit dgn suhu 180°C

Masalahnyaa ibu pon sama naik mkn jgk sbb sedap sgt 😂

#noSaltnoSugar
#8month++
#adaGigiSebatang
Baby rice fritter ni mmg sesuai untuk anak2 yg susah nak makan nasi.

Ingredients:
Nasi
Unbleached flour
Ayam
Tomato (10m)
Daun bawang
Telur
Mama adelia buat chicken nugget homemade je utk kudap2 ptg pastu frozen kn ptg nnti goreng je smbil msk2..bhn2 pun mudah je...dpt laa 15 ketul nugget ayam..
-dada ayam*
-bawang holland*
-telur
-daun bawang*
-daun sup*
-bawang putih*
-serbuk roti
-lobak*
-tauhu*
-daun sup*
-mixed herbs
-serbuk lada putih

*blend bhn bertanda
*siap blend ltk mixed herbs n serbuk lada ptih
*kukus dlm loyang dlm 15mnt
*sejukkan
*dh sejuk blh terap ngan acuan kesukaan
*kacau telur n msuk kn nugget yg d kukus td
*salutkn ngan serbuk roti..dh blh frozen..
Ghee ( Minyak Sapi ) untuk baby

ghee ni ada 2 jenis pure and blend. yg blend tu ada campuran minyak sawit. pilih yg pure ghee atau minyak sapi tulen.

masa baby, saya letak 1-2 sudu teh sehari. kalau dah guna butter kurang sikit la ghee. Ghee saya suka buat masak nasi. letak kulit kayu manis & halia wangi je..

GHEE BENEFITS

🍀Ghee Has a High Smoke Point.
Ghee is Rich in Fat Soluble Vitamins A, D and E.
🍀Ghee is Suitable for Individuals with Casein and Lactose Sensitivities.
🍀Ghee Made From Grass-Fed Cows Contains CLA.
🍀Ghee Contains Butyrate, an Essential Short-Chain Fatty Acid.
🍀Ghee Tastes like Butter, But is “Butterier”

more infor about GHEE boleh google je.

Herny Hafiz
Peminat Minyak Sapi

#DayyanFoodDiary
Naurah punya breakfast pagi tadi.

Yogurt Mango Pancake

Bahan:
Unbleach flour
Fresh milk/formula milk
Natural yogurt
Honey
(bawah setahun tak perlu letak)
Mango

Cara:
Campurkan semua bahan. Gaul sebati
Masukkan mango dipotong dadu
Masakkan atas pan. Siap
Hiaskan dengan mango & honey.

#NaurahFood #NaurahBreakfast
Happy holiday 😍
Deejah merengek2 pagi2... Ummi tanya nak mam mam ke? Die tunjuk luar bilik sebut mam mam.. Lapar rupanya.. 😂😂

Sepantas kilat super yummy 😋

🌹Simple Cheese Pasta 🌹

Bahan :

Pasta
2sudu besar tepung gandum
Cheese beqa agak2 bpe byk nak..
Susu full cream agak2 jugak nk kuah bpe byk..
1sudu besar unsalted butter
1 sudu teh mix herb/italian herb

1. Guna api kecil shj.. Cairkn butter, masukkan mix herb.. Tepung gandum tanpa gaul dgn air ya. Masukkan terus tepung gandum 2sudu..
2.masukkan susu full cream ikut nak byk mana kuah...
3. Masukkan air sekiranya terlalu pekat.
4. Masukkan Cheese
5. Gaul sebati dah siap!

Ummi termasak banyak.. Separuh dah deejah makan.. Lunch sambung makan ya😉

#ummideejah
#1year3month
#khadeejahsolidfoodjourney
Disebabkan Maryam dah mula sembelit, mama memang usaha untuk bagi Maryam membuang.

Buah pear
Buah naga

Maryam juga kurang minum air. Minum susu pun main-main. Bila dah bagi buah pear dan buah naga, Maryam membuang sikit sangat malam tadi. Tu pun selepas mama buat urutan ILY dan senaman basikal.

Mama stop bagi nasi, sebab sebelum ni Maryam ada sejarah sembelit disebabkan beras putih.

So mama pun cari inisiatif lain. Baru teringat haritu mama ada beli singo pear kat Aeon.

Mama buat sup singo pear harini. Singo pear ni elok untuk sembelit. Dan ada yang kata sup singo pear ni elok juga untuk mengurangkan kahak dan selesema.

SUP SINGO PEAR

Bahan-bahan:
- Singo pear
- Bawangs
- Isi ayam
- 4 beradik
- Cbs
- Baby corn dan celery (optional)
- Minyak masak (untuk menumis)
- Serbuk ikan bilis homemade

Rasanya sedap. Singo pear tu rasanya macam pear yang lain. Manis-manis. Tapi bila dah buat sup, sup tu rasa macam sup ayam ja sebab dah letak sup ayam kan.

_Syaza Yasmin_
Alhamdulillah..Adelia baru masuk umur setahun ni baru nak introduce dia dengan seafood..Sebelum ni pernah bagi ikan je..So hari ni Mama try bagi udang pulak..Alhamdulillah dia suka..makan bnyk 😍

Resepi :-
=======
🍤 Sweet & Sour Prawn 🍤
=====================
1.Tumis bawang putih dan bawang holland
2. Masuk kan carrot dan capsicum dan biar sampai lembut
3. Masuk kan home made tomato paste dan kurma yang dilenyek (buang kulit dan biji)
4. Masuk kan udang dan last sekali tomato
5. Kalau kuah pekat sangat tambah sedikit air

🌿Sup bayam dan carrot 🌿
======================
1. Tumis bawang putih
2. Masuk kan carrot biar sampai lembut
3. Masuk kan air dan last sekali bayam

#wanadeliakhayra
#adeliasolidfooddiary
#1y13d
*Bebola ikan*. Boleh frozen siap2. Boleh buat fishball soup, mee calong, goreng pon sedap.
.
Cara :
🐟 ikan diperisi buang tulang semua. Agak leceh. Ikot la nak guna ikan apa. Mama guna selayang sbb Papa beli banyakkkkkk sgt ikan selayang
🐟 blend kering. Kalau xde blend kering nak letak air sikit pon boleh tp nnt tapis. Nak tumbuk pon boleh.
🐟 perasakan dgn garlic powder and blackpepper
🐟 letak dua sudu tepung jagung. Agak2 je asal x lembik sgt
🐟 gentel bulat2 pastu rebus. Dah timbul, dah boleh angkat dah masak. Siap

#MenuIkanOpa #FrozenFoodOpa #10m
Petua Hilangkan Batuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Ini alternatif daripada pemberian madu. Sebab madu tak boleh untuk anak bawah 1 tahun. Delima ini trgolong dalam kategori yang boleh hilangkan mukus.

Caranya:

1. Ambil beberapa biji buah delima
2. Mak bersihkan tangan dulu. Pastu picit buah delima sampai keluar jusnya. Biji-biji tu buang ambil pati jusnya.
3. Masukkan jus pati delima dalam syringe ubat. Berikan pada anak yang batuk.

Kata ibu yang dah cuba, Farhany Ami Murad anaknya alami hingus cair (perlu disedut dan lap selalu), lendir akan keluar ikut poopoo baby.

Nasihatnya, kalau makin teruk please refer doktor ya.

Kredit petua/foto : Farhany Ami Murad
Hye mommies. Just nk share makanan baby yg simple and baby sy suke sgt

Harini suap makann tak berperang pn
Biasanye smpai ke sudah nk suapkn mknn
🤣🤦‍♀️

Potato cheese

Bahan2
Potato (potong dadu)
Ub
Cheese

1. Rebus potato
2. Bile air kering, buh ub, buh cheese
3. Gaul2. And its done 😬 #8m
Alhamdulillah.. siap 3 jenis cookies raya utk eshan.
asyik buat biskut mak je kan, anak pun nak juga tauu. tapi biskut anak semestinyalah yg healthy tnpa GARAM GULA, dan kriteria yg seterusnya haruslah SENANG DIBUAT, TANPA MIXER, HANYA GUNA SENDUK KAYU SAHAJA. 😉
tapi maaflah eshan oii, german cookies tu mami buat tatkala oven mami dah betul² panas, so merekah lah sedikit. dan semperit dahlia tu pula maybe kurang tepung, so jadilah dahlia layu di hujung mekar. 🤣 tapi rasa kesemuanya sedappp ok! 😜
lusa dah nak balik beraya di kampung, sempat kot nak buat 1 macam lagi. 🤭

GERMAN CHOC RAYA COOKIES
❤️60g unsalted butter
❤️70g tepung kentang
❤️50g tepung gandum unbleached
❤️1 sudu tepung jagung
❤️3 sudu madu (penggunaan 1yr n above)
❤️1 sudu teh esen vanila
❤️unsweetened choc (penggunaan 1yr n above)

mula² satukan unsalted butter dgn madu. pastikan unsalted butter tlh defrost sepenuhnya, dan tiada beku atau ketul². gaul² sedikit sehingga sebati.
kemudian masukkan esen vanilla diikuti oleh tepung² secara sedikit demi sedikit. gaul dgn senduk kayu sehingga sebati kesemuanya.
kemudian bahagikan kpd dua bahagian. 1 bahagian warna asli dan 1 bahagian lagi campurkan dgn sedikit serbuk unsweetened choc dan gaul sehingga warna sekata. jangan banyak² ya.
kemudian bentukkan dgn mengambil kedua2 doh. letakkan di atas tray yg tlh dilengserkan dgn sedikit ub dan tekan menggunakan garfu.
bakar dgn menggunakan suhu 150 selama 25mnt atau mengikut kesesuaian oven msg².

CRISPY CHOC CHIP RAYA COOKIES
💙120g unsalted butter
💙10g unsweetened choc (penggunaan 1yr n above)
💙1 biji kuning telur
💙organic dried cranberry
💙raisin
💙1 sudu teh esen vanilla
💙4 sudu madu (penggunaan 1yr n above)
💙choc chip homemade
💙1 sudu tepung jagung
💙14 sudu tepung gandum unbleached @sehingga mencukupi

mula² satukan unsalted butter dgn madu. pastikan unsalted butter tlh defrost sepenuhnya, dan tiada beku atau ketul². gaul² sedikit sehingga sebati.
kemudian masukkan esen vanilla,kuning telur dan serbuk unsweetened choc pula. gaul² biasa sahaja, jangan pukul sebab nanti biskut akan jadi kembang meleper apabila dibakar.
seterusnya masukkan cranberry, raisin dan juga choc chip homemade. barulah diikuti oleh tepung² secara sedikit demi sedikit. apabila tlh menjadi doh yg diingini, sudukan doh mengikut saiz yg diingini ke dlm tray yg tlh dilengserkan dgn ub. bakar dgn suhu 160 selama 20mnt atau mengikut kesesuaian oven msg².
*adunan doh lembik ya, sbb tu mudah guna sudu.

SEMPERIT DAHLIA RAYA COOKIES
🧡3 sudu unsalted butter
🧡2 sudu madu (penggunaan 1yr n above)
🧡2 scoop besar susu formula
🧡1 cup tepung jagung (cup rice cooker)
🧡1 sudu tepung gandum unbleached
🧡1 sudu tepung kastard
🧡1 sudu teh esen vanilla

mula² satukan unsalted butter dgn madu. pastikan unsalted butter tlh defrost sepenuhnya, dan tiada beku atau ketul². gaul² sedikit sehingga sebati.
kemudian masukkan esen vanilla diikuti oleh susu formula. gaul² lebih kurang dgn senduk, jangan pukul sbb nanti biskut akan meleper bila dibakar.
last sekali masukkan tepung² sedikit demi sedikit. gunakan acuan semperit dan tekankan di atas tray yg tlh dilengserkan dgn ub. dan bakar dgn menggunakan suhu 160 selama 18minit atau mengikut kesesuaian oven msg².

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
*CHOCOLATE BABY BISCUITS*

Bahan bahan :
🍪 100g unsalted butter
🍪 7 biji kurma (puree)
🍪 1 biji telur kuning ⅓ cawan unsweetened cocoa
🍪 1 cawan tepung gandum
🍪 1 sudu tepung jagung

Cara cara :
• Pukul unsalted butter dengan puree kurma hingga sebati. Saya pukul guna senduk sahaja.
• Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
•Setelah sebati masukkan unsweetened cocoa dan gaul hingga mesra.
• Masukkan sedikit sedikit tepung tepung dan uli hingga jadi doh. • Terap ikut kreativiti masing masing dan bakar suhu 180 selama 20 minit.

*Biskut sesuai untuk teething, tak melt in mouth*

#EshanFoodJourney #1y