Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Dapat 24biji tapi half dari tu ibu yang makan 😅 Manis berlemak secukup rasa 😋

💞 SWEETY COOKIES 💞

🍪 1cup tepung wholemeal
🍪 5sb tepung jagung
🍪 50g unsalted butter
🍪 2sb minyak masak
🍪 3scoop susu tepung
🍪 1sb puri kurma/ madu (12m+)
🍪 1sb cheese

♨️ panaskan oven selama 10min bersuhu 180c

1. Uli sebati kesemua bahan dengan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. Boleh tambah tepung jagung if adunan masih melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 30min bersuhu 180c atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2

* gelek nipis2 untuk hasil texture yang sedap rangup

#1y6m
#riangriaalfatehraya
Kelebihan buah kurma
BABY COOKIES BABY COOKIES 🍪
.
Ni antara product yang mommy2 cari.
Baby cookies #fawwazbabyfood mempunyai tiga flavour.
.
1) kurma
2) pisang
3) coklat
.
Harga cookies RM25, 25-28pcs.

Ada dua cara guna baby cookies fawwaz. Yang pertama sebagai kudapan boleh makan mcm tu je yang kedua boleh buat mcm bubur. Incase dalam kereta ke dalam flight ke baby dah menangis2 lapar, boleh jadikan mcm bubur. Cara dia pecahkan dan tambahkan air
.
Bahan2 untuk cookies ni adalah
.
Cookies kurma - unsalted butter, unbleach flour,tepung jagung. Oatmeal, kurma
.
Cookies banana - unsalted butter pisang berangan, unbleach flour, tepung jagung.
.
Oatmeal&kurma
Cookies coklat - unsalted butter, susu kambing multi coklat. Unbleach flour. Tepung jagung
.
Setiap cookies kita seal elok dgn plastik supaya tak pecah dan tak hancur.
.
Boleh pm admin jika berminat 🥰
'Sedapnya makan cookies kurma. Wawa rasa pun ehhh sedapnyaaaa.

Takde gula, takde garam, takde perasa tambahan. TAPI,TAPI,TAPI.......RASA SEDAP SANGAT!!!!!

Mommy, u olls wajib cuba untuk anak u ollss.

Lagi2 yang dalam fasa menggigit tu... mesti dia suka dapat snek best mcm biskut Fawwaz.

Nak pegang pun senang je. Tak mudah pecah dan biskut melt in mouth.'

- Puan Najwa


#fawwaz
#snekbayi
#snackbaby
Bekal ke rumah pengasuh, Mihun singapore simple, telur rebus & cheese stick.

Resipi ringkas Mihun:

Bawang putih
Isi ayam
Sayur

Masak mcm biasa

Siap!

ps: kalau mommy ada cbb ke, serbuk bilis / serbuk ayam, boleh tambah. Kakak guna mihun tajuk faiza saja. Kalau nak beli noodles organic pun boleh. Cari dekat grocery store okay.

#2yrs
💓 NASI GORENG PATTAYA VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji telur
herba campuran
pati minyak zaitun

Bahan B :
bawang putih
bawang merah
isi ayam
nasi sejuk
sayur pilihan
serbuk ayam
pati minyak zaitun

Cara Cara :

satukan Bahan A . kacau sebati .
letakkan sedikit minyak di sekeliling kuali dan tuangkan Bahan A tadi .
pusing pusingkan kuali agar telur dadar menjadi besar dan nipis . padamkan api . biarkan seketika .
di dalam kuali lain , panaskan minyak dan tumiskan bahan bawang sehingga layu .
masukkan pula isi ayam .
apabila ayam hampir masak , masukkan sayur pilihan . kacau rata .
kemudian masukkan nasi , kacau hingga semua bahan sebati .
masukkan serbuk ayam . kacau rata . tutup api .
sendukkan Bahan B ke dalam Bahan A tadi .
kemudian ambil sudip dan tolakkan keliling telur dadar menutupi nasi .
letakkan pinggan dan terbalikkan .
siap 💓 #8m
BABY REJECT SAYUR??.
BABY REJECT BUBUR??.
BABY TAKNAK MAKAN??.
BABY TAKNAK MAKANAN HALUS??.
.
.
Mummy2 jgn risau, Baby Noodle Fawwaz sedia membantu😉😉.
.
.
Didatangkan dgn 5 jenis sayur:
✔️Spinach / bayam
✔️Pumpkin / labu
✔️Carrot / lobak
✔️Sweetcorn / jagung
✔️Beetroot / ubi bit
.
.
Dgn hanya RM20 sekotak (5 ikat = 10 servings).
.
.
🌸💯Natural ingredients
🌸Tanpa gula
🌸Tanpa garam
🌸Travel friendly
🌸Tanpa pengawet
🌸Tanpa perisa tambahan.
.
.
📲Boleh pm admin utk pertanyaan 🤗
.
.
💓 BERGEDIL DAGING VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan A :
2 biji ubi kentang
lobak merah

Bahan B :
pati minyak zaitun
daging dikisar
bawang merah / bawang holland dihiris
sawi dicincang
serbuk lada hitam
serbuk ayam
serbuk paprika
herba campuran

Bahan C :
1 biji telur dipukul sekejap

Cara Cara :

rebuskan Bahan A sehingga empuk .
kemudian lenyekkan . ketepikan seketika .
panaskan minyak , tumiskan bawang merah .
masukkan daging .
masak sehingga daging lembut .
masukkan pula sawi , herba campuran dan bahan serbuk .
tumis seketika .
toskan minyak , campurkan ke dalam Bahan A tadi .
gaul rata .
ambil sedikit adunan , bulatkan dan leperkan sedikit .
ulang sehingga habis .
simpan di dalam peti sejuk seketika .
panaskan minyak .
celupkan adunan tadi ke dalam Bahan C , goreng sehingga masak .
kalau nak buat frozen , goreng separuh masak . sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam peti bahagian sejuk beku .
bergedil nie lembut sebab sy tak gunakan tepung .
siap , makan dengan bubur pun sedap 💓 #8m
Resepi simple 4bahan ! 😍

🍪 unbleached flour
🍪 tepung ubi kentang
🍪 unsalted butter
🍪 susu tepung

1. Pukul butter dan susu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli sehingga tidak melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 15min bersuhu 180c/sehingga masak

* resepi campak2 takde sukatan yang tepat 😄

#1y6m
#riangriaalfatehraya
'Baby Riana suka bubur Fawwaz.
Alhamdulillah.'

- Puan Sheeda

#fawwaz
#babyfood
#easy
Alhamdulillah berjaya juga buat biskut baby ni.. 😆
Boleh buat travel nak balik kampung atau berjalan raya nanti.. Mommies yang xtau nak bawa apa untuk anak kalau duk atas jalan raya boleh try standby biskut ni buat kudap2.. Insyaallah anak kenyang sebab ada beras dlm dia.. 😋

Bahan2 :

*unsalted butter 1/2 daripada 227g ( rujuk gambar)
*tatura cream cheese 50g ( rujuk gambar )
*puree labu 2 sudu makan membukit ( saya lenyekkan je )

Serbuk beras yang disangai tanpa minyak 1cwn ( cawan saya guna cawan sukatan beras boleh rujuk gambar beras yg disangai dan selepas diblend halus serta gambar cawan sukatan )
Tepung jagung 5sudu makan membukit
Tepung gandum 3sudu makan membukit

Cara2 :
Satukan bahan yang bertanda * gaul sebati tak pakai mixer pn takpe guna sudu je. Dah sebati kemudian masukkan serbuk beras gaul sebati, masukkan tepung jagung gaul sebati dan akhir sekali masukkan tepung gandum kemudian uli sebati sehingga menjadi doh. Bentukkan ikut kreativiti. Bakar suhu 170 darjah celcius selama 10minit.
Done.. Bubur Ayam❤️. Ini lah bubur yang cik ruby suka makan lepas baik dari demam. Mami bg nasi biji2 tu x berapa nak makan, so bila bg bubur mcm ni laju dia bukak mulut. Xpe lah nak, bubur pun bubur lah. Janji awak makan habis jugak semangkuk😆😘

Bahan2
Setengah cup beras
Carrot
Sawi
Ayam ( potong halus )
Tomato ( buang kulit dan biji dan potong dadu ) 10m
Bwg merah
Bwg putih
Halia ( sikit je dlm 1 inci )

Basuh beras bersih2, dan masukkan air. Masak dulu sehingga beras separuh masak
Dlm periuk lain, panaskan minyak dan tumis bebawangs dgn halia smp naik bau
Masukkan sikit air dan carrot
Bg carrot empuk dulu dan terus masukkan ke dlm periuk bubur tadi
Masukkan tomato dan ayam
Last sekali masukkan sawi
Siap masak, taburkan bawang goreng utk rasa yg lebih umphhh👍🏼
Siappp
#RubyFoodDiary
#1y4m
Fluffy Carrot Pancake 😂

Menu ni kalau dah pass telur 9 bulan boleh dah. Asalkan boleh bawak bau telur tu. hehe

Bahan-bahan

Tepung gandum (2 sudu makan)
1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
Lobak (cincang/blend- guna sayur lain pun boleh)
Puri kurma / madu ⚠️ 1yr keatas (agak-agak manis nak mcm mana, ibu letak 1 sudu kecil madu)
Susu fullcream (agak-agak)

Cara-cara

1. Pukul putih telur sampai berbuih sungguh dan masukkan puri kurma/madu) dan pukul sebati
2. Dalam bekas lain, satukan kuning telur, tepung gandum, dan susu fullcream. Tuang susu sedikit2 sampai adunan x pekat x cair
3. Masukkan lobak dan putih telur tadi. Gaul-gaulkan
4. Panaskan pan dan tuang adunan. Bila dah agak kering boleh terbalikkan.

Macam tu la cerita dia. Ibu sarapan sekali dengan nuhumar tadi. Redha ja makan menu sama 😂

#nuhumarfoodjourney #9bulan
Menu tengahari untuk si teruna saya😍😍😍 mama yer pening cari menu baru sebab baby tolak bubur 😔😔

TELUR KUKUS CHESSE
* Resepi saya ambik dalam Guzel baby..
•telur 2 biji
•carrot potong dadu
•daun bawang
•unsalted butter (dicairkan)
•susu fresh milk
•chesse

*pukul telur , masukan carot & daun bawang..lpas tu fresh milk & unsalted butter .. gaulkan semua..
*masukkan dlm bekas untuk kukus & taburkan chesse
*kukus selama 30mnit sehingga masak ..

😍anak saya habiskan 1 bekas tu tadi😘😘

#9bulan
Egg tofu/ taufu telur homemade.

Bahan2:
1. 400ml susu soya (tanpa gula/ pemanis).
2. 5 biji telur.

Pukul 5 biji telur. Masukkan 400ml susu soya dan gaul sebati.
Tapis dan tuang ke dalam bekas/ acuan yang di oles sedikit minyak.
Steam. Siap!
*tips untuk permukaan taufu yang cantik: masa steam tu jangan tutup habis. Bagi ruang sikit pada penutup untuk asap keluar.

Susu soya tu homemade from scratch mommy buat. Kalau tiada susu soya boleh ganti dengan full cream milk.
Resepi sesuai untuk 8 bulan keatas yang pass telur/soya.
Boleh buat sup taufu. Taufu goreng pun sedap. Satu keluarga join makan 😋
#CeraFoodJourney #NoSaltAdded #NoMsgAdded #NoSugarAdded #tofu #eggtofu #recipe
20 Resepi Makanan Bayi Usia 8 Bulan Ke Atas.

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan.
Mereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi.

Kesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas.
Semoga bermanfaat!


1. *Bubur Lemak Manis*
Masak bubur dengan kismis dan ‘virgin coconut oil’ (VCO).
Kemudian campurkan dengan EBM (expressed breast milk) semasa ingin dihidangkan kepada si comel.


2. *Bubur Labu & Leek*
Masukkan beras, seulas bawang putih, sedikit hirisan leek dan sedikit labu yang dipotong dadu.
Masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing dan biarkan bubur masak sempurna. (Resepi ini menggunakan 1 ‘pot’ kecil beras dan 5 ‘pot’ air.)
Apabila bubur sudah masak, blend sedikit / lenyek semasa ingin dihidangkan kepada anak.
*Resepi ini sesuai dijadikan ‘travel food’ kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja.


3. *Bubur Lambuk*
Resepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.
Tumis bawang putih, halia dan sedikit isi ayam.
Setelah naik bau, masukkan hasil tumisan tadi ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.
Tambahkan santan (Sukatan santan mengikut kepada berapa banyak air untuk beras).
Masukkan bahan lauk pilihan. Resepi ini menggunakan kentang, labu, brokoli, lobak, jagung, dan kacang peas.
Masukkan sesudu teh serbuk masak kurma ‘homemade’.
Tutup periuk nasi, tekan ‘cook’ dan tunggu sehingga bubur masak.
#menu10bulan


4. *Pumpkin Pie Oatmeal*
Hanya masukkan ‘rolled oat blend’, labu, kurma atau kismis ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak mereneh.
Siap dan sedia untuk dimakan!
*Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang.


5. *Apple Pie Oatmeal*
Renehkan ‘rolled oat blend’, epal merah dan serbuk kayu manis sebentar di atas dapur.
Kemudian, ‘mash’ , gaul rata dan siap!
#menu8bulan


6. *Mash Potato Mix*
Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
‘Blend’ kesemua bahan dengan 1 sudu teh ‘Extra Virgin Olive Oil’ (EVOO) & ‘cream cheese’.
Hidangkan bersama sedikit ‘homemade kurma syrup’.
#menu8bulan


7. *Mash Labu, Carrot With Cream Cheese*
Kukus labu dan lobak.
‘Mash’ bersama dengan ‘cream cheese’.
#menu8bulan


8. *Mash Potato WIth Chicken Cheese*
‘Steam’ kentang dan isi ayam.
‘Blend’ kedua-dua bahan bersama ‘full fat yogurt’ dan ‘cream cheese’.
#menu9bulan

9. *Steam Tofu With Kurma Gravy*
Potong tofu organik mengikut bentuk yang digemari dan ‘steam’ seketika.
‘Steam’ kurma seketika dan ‘blend’ dengan air. Memandangkan rasa kurma adalah manis, kuah tersebut dibuat cair sahaja.
Tuangkan kuah kurma ke atas tofu organik yang telah siap di‘steam’ tadi.
#menu8bulan


10. *Tofu Plumberry*
Potong tofu organik mengikut bentuk kegemaran dan kukus seketika.
Untuk kuah, ‘blend’ buah plum dan blueberry. Kepekatan kuah terpulang kepada piihan masing-masing.
Memandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis.
#menu9bulan


11. *Rice Pudding Pumpkin*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan EBM (expressed breast milk) apabila nasi hampir masak (sukatan air – 1 beras : 2 EBM). Tekstur nasi ini akan menjadi agak lembik.
Jika anak tiada alah dengan santan, boleh masak beras tadi bersama dengan santan (sukatan air – 1 beras : 2 santan).
Setelah nasi masak, boleh dimakan bersama puree buah kegemaran anak.
#menu8bulan

12. *Pumpkin Coconut Rice*
Resipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam ‘slow cooker’.
Bahan-bahan :
Beras yang sudah dibasuh bersih.
Labu dipotong dadu.
Sedikit endamame.
Sedikit isi ayam atau isi udang (‘seafood’ seperti udang pada kebiasaannya sesuai untuk anak usia 1 tahun ke atas. Jika ingin beri lebih awal kepada anak, pastikan buat ‘4 days rule’ dan pantau sama ada anak mengalami alahan atau tidak kepada udang).
Sedikit ‘baby spinach’ (dihiris halus).
Santan segar mengikut sukatan yang s
esuai dengan beras. (Boleh diganti dengan ‘full fat yogurt’ atau susu segar).

Langkah-langkah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam ‘slow cooker’.
Tambah sedikit serbuk ikan bilis ‘homemade’dan tekan ‘cook’.
Setelah nasi masak sempurna, gaul rata dan taburkan bawang goreng.


13. *Mushroom Rice*
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi atau ‘slow cooker’.
Tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan dengan ‘unsalted butter’.
Kemudian masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
Tambah sedikit isi ikan salmon yang telah dimasak sebagai sumber protein.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


14. *Multigrains Chicken Rice*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan isi ayam dan labu ke dalam ‘slow cooker‘.
Masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


15. *Baby Lemak Labu*
Tumis bawang merah.
Masukkan santan dan serbuk ikan bilis‘homemade’.
Gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak.
Masukkn labu dan reneh sehingga empuk.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit ‘homemade’.
Setelah siap dimasak, boleh dimakan bersama nasi lembik.



16. *Shell Pasta With Anchovies Cheese*
Rebus pasta dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB).
Masukkan ‘cream cheese’ dan sayuran pilihan.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah serbuk ikan bilis ‘homemade’ dan masukkan pasta.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.



17. *Creamy Spinach Pasta*
Bahan-bahan :
Pasta
Sedikit keju
1 cawan air
1 ulas bawang putih
Sedikit ‘baby spinach’
1 cawan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) – boleh tambah sekiranya ingin lebih berkuah

Langkah-langkah :
Masukkan semua bahan ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak sempurna.
Boleh taburkan sedikit ‘homemade chicken floss’ sebelum dihidang.
#menu8bulan


18. *Vege Pasta Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Masak cendawan bersama ‘homemade chicken bone broth’ (CBB), ‘cream cheese’ dan ‘full fat yogurt’.
Gaul rata kesemua bahan sehingga mendidih dan masukkan pasta.
Sagat keju di atasnya semasa ingin dihidang kepada si manja.
#menu10bulan


19. *Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Cairkan ‘unsalted butter’.
Masukkan 1 sudu besar ‘homemade rice cereal’.
Masukkan seulas bawang putih yang dicincang dan tumiskan bersama kesemua bahan tadi.
Masukkan isi ayam dan air (boleh diganti dengan susu segar / santan)
Masukkan keju dan biarkan ia pekat (jika terlalu pekat, tambah sedikit air).
Masukkan pasta yang telah direbus tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


20. *Potato Creamy*
Kentang dipotong dadu.
Rebus kentang seketika dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan tumiskan sekali.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB) dan reneh sehingga semua bahan empuk.
Masukkan sayuran pilihan.
Masukkan ‘full fat yogurt’ / susu segar.
Setelah semua bahan masak sebati, boleh taburkan keju yang telah disagat ke atasnya dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


TIPS BUAT IBU AYAH

Pastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak.
Jika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, ‘hold’ dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak.
Hari ni ummi masak aglio olio untuk Ruzain..nasi xnak makan dah..kalau spaghetti / pasta laju je makan..

Bahan2 :-
Spaghetti
Bawang putih
Udang (12m++)
Brokoli
Carrot
Oregano
Parsley
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 :-
1. Tumis bawang putih, masukkan udang.
2. Bila udang sedikit masak, masukkan spaghetti yg telah direbus.
3. Masukkan sayur yg telah distim, sedikit parsley dan oregano
4. Kacau dlm 5 minit siap!

#muhammadfurqanruzain
Hi Mommies 😍

#menurayaummideejah ada lagi ni...

Adunan brownies boleh jadi cookies dan mini bites brownies jugak tau 😊

Adunan untuk Crunchy Brownies Raya & Mini bites sama sahaja..
Adunan Brownies versi baby ummi dah post semalam boleh search ya..

🍫Crunchy Brownies Raya & Mini Brownies Bites🍫

🍫 1/3 cup madu asli (4-5 sudu besar)
🍫 Tepung kek/tepung gandum 1/2 cup dan tambah 3 sudu besar tepung lagi. *Guna measuring cup*
🍫 serbuk koko unsweetened 1/3 cup
🍫 telur gred B 2biji
🍫 minyak jagung 1 sudu besar sahaja
🍫 unsalted butter 3sudu besar

1. Cairkan butter, biarkan suam.. Dan gaul bersama madu..
2. Masukkan telur..
3. Kemudian masukkan koko gaul sebati.. Masukkan minyak jagung..
4. Masukkan tepung dan gaul sebati...
5. Masukkan adunan dalam piping bag.. Piping seperti dalam video diruang komen.. Template brownies boleh print untuk lapikkan bawah kertas minyak, sebelum bakar tarik template cookies kluar perlahan2.. Bakar cookies pada suhu 150° C api atas bawah selama 20-25minit.. Biskut nipis jadi sy guna suhu rendah.. 180° C cookies sedikit hangit 😂

#menurayaummideejah
#khadeejahsolidfoodjourney
#ummideejah
#1year3month
#resepibrownies

Selamat mencuba! 😊