Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
esuai dengan beras. (Boleh diganti dengan ‘full fat yogurt’ atau susu segar).

Langkah-langkah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam ‘slow cooker’.
Tambah sedikit serbuk ikan bilis ‘homemade’dan tekan ‘cook’.
Setelah nasi masak sempurna, gaul rata dan taburkan bawang goreng.


13. *Mushroom Rice*
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi atau ‘slow cooker’.
Tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan dengan ‘unsalted butter’.
Kemudian masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
Tambah sedikit isi ikan salmon yang telah dimasak sebagai sumber protein.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


14. *Multigrains Chicken Rice*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan isi ayam dan labu ke dalam ‘slow cooker‘.
Masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


15. *Baby Lemak Labu*
Tumis bawang merah.
Masukkan santan dan serbuk ikan bilis‘homemade’.
Gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak.
Masukkn labu dan reneh sehingga empuk.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit ‘homemade’.
Setelah siap dimasak, boleh dimakan bersama nasi lembik.



16. *Shell Pasta With Anchovies Cheese*
Rebus pasta dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB).
Masukkan ‘cream cheese’ dan sayuran pilihan.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah serbuk ikan bilis ‘homemade’ dan masukkan pasta.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.



17. *Creamy Spinach Pasta*
Bahan-bahan :
Pasta
Sedikit keju
1 cawan air
1 ulas bawang putih
Sedikit ‘baby spinach’
1 cawan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) – boleh tambah sekiranya ingin lebih berkuah

Langkah-langkah :
Masukkan semua bahan ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak sempurna.
Boleh taburkan sedikit ‘homemade chicken floss’ sebelum dihidang.
#menu8bulan


18. *Vege Pasta Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Masak cendawan bersama ‘homemade chicken bone broth’ (CBB), ‘cream cheese’ dan ‘full fat yogurt’.
Gaul rata kesemua bahan sehingga mendidih dan masukkan pasta.
Sagat keju di atasnya semasa ingin dihidang kepada si manja.
#menu10bulan


19. *Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Cairkan ‘unsalted butter’.
Masukkan 1 sudu besar ‘homemade rice cereal’.
Masukkan seulas bawang putih yang dicincang dan tumiskan bersama kesemua bahan tadi.
Masukkan isi ayam dan air (boleh diganti dengan susu segar / santan)
Masukkan keju dan biarkan ia pekat (jika terlalu pekat, tambah sedikit air).
Masukkan pasta yang telah direbus tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


20. *Potato Creamy*
Kentang dipotong dadu.
Rebus kentang seketika dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan tumiskan sekali.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB) dan reneh sehingga semua bahan empuk.
Masukkan sayuran pilihan.
Masukkan ‘full fat yogurt’ / susu segar.
Setelah semua bahan masak sebati, boleh taburkan keju yang telah disagat ke atasnya dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


TIPS BUAT IBU AYAH

Pastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak.
Jika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, ‘hold’ dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak.