Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Day 302

SPAGHETTI OGLIO OLIO (10m+)
====================
• Pasta
• Bawang Putih
• Bawang Merah
• Carrot
• Broccoli
• Zucchini
• Tomato
• Bebola Ayam
• Serbuk Ayam | Serbuk Ikan Bilis
• Daun Sup
• Sedikit air

🍀 Rebus pasta, kemudian toskan
🍀 Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga layu
🍀 Kemudian masukkan carrot, zucchini, broccoli, tomato dan sedikit air
🍀 Bila sayur dah lembut masukkan pasta dan bebola ayam gaul rata
🍀Masukkan serbuk ayam atau serbuk ikan bilis dan juga oregano flakes
🍀 Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Tutup api. Hidangkan

#AidansFoodJourney #gengmemasakuntukanak #babysolidfood
#menu10bulan
Nasi lemak ini yang paling anak suka. Boleh bertambah dua pinggan 😅. Kalau nasi biasa, bergaduh lah juga untuk habiskan. Rasanya dia suka rasa lemak-lemak santan tu. Ibu boleh cuba masakkan nasi lemak untuk anak. Mana tahu anak suka kan? 😊
.
NASI LEMAK - 10 bulan ke atas

Beras - basuh & tos seperti biasa
Halia - hiris nipis
Bawang merah - hiris nipis
Daun pandan - simpul
Santan asli
Air.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.

SOTONG KUNYIT - 1 tahun ke atas

Sotong - hiris kecil atau halus terpulang.
Bawang putih - racik
Bawang merah - hiris nipis
Ikan bilis
Sayur - potong kecil
Serbuk kunyit
.
Perap sebentar sotong dengan serbuk kunyit. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau. Masukkan sedikit air. Masukkan sayur. Akhir sekali, masukkan sotong. Sotong dah layu, tutup api. Siap!

Tip: untuk elakkan sotong liat, masak sekejap sahaja dalam beberapa minit.

#homemadebabyfood #mylittlefoodie #resepibaby #resepianak #nasilemak #menu10bulan #menu1tahun
20 Resepi Makanan Bayi Usia 8 Bulan Ke Atas.

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan.
Mereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi.

Kesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas.
Semoga bermanfaat!


1. *Bubur Lemak Manis*
Masak bubur dengan kismis dan ‘virgin coconut oil’ (VCO).
Kemudian campurkan dengan EBM (expressed breast milk) semasa ingin dihidangkan kepada si comel.


2. *Bubur Labu & Leek*
Masukkan beras, seulas bawang putih, sedikit hirisan leek dan sedikit labu yang dipotong dadu.
Masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing dan biarkan bubur masak sempurna. (Resepi ini menggunakan 1 ‘pot’ kecil beras dan 5 ‘pot’ air.)
Apabila bubur sudah masak, blend sedikit / lenyek semasa ingin dihidangkan kepada anak.
*Resepi ini sesuai dijadikan ‘travel food’ kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja.


3. *Bubur Lambuk*
Resepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.
Tumis bawang putih, halia dan sedikit isi ayam.
Setelah naik bau, masukkan hasil tumisan tadi ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.
Tambahkan santan (Sukatan santan mengikut kepada berapa banyak air untuk beras).
Masukkan bahan lauk pilihan. Resepi ini menggunakan kentang, labu, brokoli, lobak, jagung, dan kacang peas.
Masukkan sesudu teh serbuk masak kurma ‘homemade’.
Tutup periuk nasi, tekan ‘cook’ dan tunggu sehingga bubur masak.
#menu10bulan


4. *Pumpkin Pie Oatmeal*
Hanya masukkan ‘rolled oat blend’, labu, kurma atau kismis ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak mereneh.
Siap dan sedia untuk dimakan!
*Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang.


5. *Apple Pie Oatmeal*
Renehkan ‘rolled oat blend’, epal merah dan serbuk kayu manis sebentar di atas dapur.
Kemudian, ‘mash’ , gaul rata dan siap!
#menu8bulan


6. *Mash Potato Mix*
Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
‘Blend’ kesemua bahan dengan 1 sudu teh ‘Extra Virgin Olive Oil’ (EVOO) & ‘cream cheese’.
Hidangkan bersama sedikit ‘homemade kurma syrup’.
#menu8bulan


7. *Mash Labu, Carrot With Cream Cheese*
Kukus labu dan lobak.
‘Mash’ bersama dengan ‘cream cheese’.
#menu8bulan


8. *Mash Potato WIth Chicken Cheese*
‘Steam’ kentang dan isi ayam.
‘Blend’ kedua-dua bahan bersama ‘full fat yogurt’ dan ‘cream cheese’.
#menu9bulan

9. *Steam Tofu With Kurma Gravy*
Potong tofu organik mengikut bentuk yang digemari dan ‘steam’ seketika.
‘Steam’ kurma seketika dan ‘blend’ dengan air. Memandangkan rasa kurma adalah manis, kuah tersebut dibuat cair sahaja.
Tuangkan kuah kurma ke atas tofu organik yang telah siap di‘steam’ tadi.
#menu8bulan


10. *Tofu Plumberry*
Potong tofu organik mengikut bentuk kegemaran dan kukus seketika.
Untuk kuah, ‘blend’ buah plum dan blueberry. Kepekatan kuah terpulang kepada piihan masing-masing.
Memandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis.
#menu9bulan


11. *Rice Pudding Pumpkin*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan EBM (expressed breast milk) apabila nasi hampir masak (sukatan air – 1 beras : 2 EBM). Tekstur nasi ini akan menjadi agak lembik.
Jika anak tiada alah dengan santan, boleh masak beras tadi bersama dengan santan (sukatan air – 1 beras : 2 santan).
Setelah nasi masak, boleh dimakan bersama puree buah kegemaran anak.
#menu8bulan

12. *Pumpkin Coconut Rice*
Resipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam ‘slow cooker’.
Bahan-bahan :
Beras yang sudah dibasuh bersih.
Labu dipotong dadu.
Sedikit endamame.
Sedikit isi ayam atau isi udang (‘seafood’ seperti udang pada kebiasaannya sesuai untuk anak usia 1 tahun ke atas. Jika ingin beri lebih awal kepada anak, pastikan buat ‘4 days rule’ dan pantau sama ada anak mengalami alahan atau tidak kepada udang).
Sedikit ‘baby spinach’ (dihiris halus).
Santan segar mengikut sukatan yang s
esuai dengan beras. (Boleh diganti dengan ‘full fat yogurt’ atau susu segar).

Langkah-langkah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam ‘slow cooker’.
Tambah sedikit serbuk ikan bilis ‘homemade’dan tekan ‘cook’.
Setelah nasi masak sempurna, gaul rata dan taburkan bawang goreng.


13. *Mushroom Rice*
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi atau ‘slow cooker’.
Tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan dengan ‘unsalted butter’.
Kemudian masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
Tambah sedikit isi ikan salmon yang telah dimasak sebagai sumber protein.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


14. *Multigrains Chicken Rice*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan isi ayam dan labu ke dalam ‘slow cooker‘.
Masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


15. *Baby Lemak Labu*
Tumis bawang merah.
Masukkan santan dan serbuk ikan bilis‘homemade’.
Gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak.
Masukkn labu dan reneh sehingga empuk.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit ‘homemade’.
Setelah siap dimasak, boleh dimakan bersama nasi lembik.



16. *Shell Pasta With Anchovies Cheese*
Rebus pasta dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB).
Masukkan ‘cream cheese’ dan sayuran pilihan.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah serbuk ikan bilis ‘homemade’ dan masukkan pasta.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.



17. *Creamy Spinach Pasta*
Bahan-bahan :
Pasta
Sedikit keju
1 cawan air
1 ulas bawang putih
Sedikit ‘baby spinach’
1 cawan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) – boleh tambah sekiranya ingin lebih berkuah

Langkah-langkah :
Masukkan semua bahan ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak sempurna.
Boleh taburkan sedikit ‘homemade chicken floss’ sebelum dihidang.
#menu8bulan


18. *Vege Pasta Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Masak cendawan bersama ‘homemade chicken bone broth’ (CBB), ‘cream cheese’ dan ‘full fat yogurt’.
Gaul rata kesemua bahan sehingga mendidih dan masukkan pasta.
Sagat keju di atasnya semasa ingin dihidang kepada si manja.
#menu10bulan


19. *Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Cairkan ‘unsalted butter’.
Masukkan 1 sudu besar ‘homemade rice cereal’.
Masukkan seulas bawang putih yang dicincang dan tumiskan bersama kesemua bahan tadi.
Masukkan isi ayam dan air (boleh diganti dengan susu segar / santan)
Masukkan keju dan biarkan ia pekat (jika terlalu pekat, tambah sedikit air).
Masukkan pasta yang telah direbus tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


20. *Potato Creamy*
Kentang dipotong dadu.
Rebus kentang seketika dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan tumiskan sekali.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB) dan reneh sehingga semua bahan empuk.
Masukkan sayuran pilihan.
Masukkan ‘full fat yogurt’ / susu segar.
Setelah semua bahan masak sebati, boleh taburkan keju yang telah disagat ke atasnya dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


TIPS BUAT IBU AYAH

Pastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak.
Jika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, ‘hold’ dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak.
Antara menu yang mommy masakkan untuk Adam sepanjang Adam 10 bulan.. 😋

[MAIN DISH]

Mi goreng : Organic baby noodles, unsalted butter, telur, tomato paste, sweet peas
Kari ikan merah : Ikan merah, minyak masak, tomato paste, carrot, serbuk kari, santan
Ayam goreng kunyit : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, sweet peas, serbuk kunyit
Buttermilk prawn : Unsalted butter, bawang besar, bawang putih, udang, sweet peas, fresh milk, daun kari
Stir fried chicken : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, cauliflower, sweet peas, black pepper
Butter fried chicken : Unsalted butter, bawang besar, nasi, telur, cauliflower, sweet peas, black pepper
Ikan kembung goreng + sweet peas goreng : Ikan kembung, serbuk kari, serbuk kunyit. Sweet peas, bawang putih
Mi bandung : Organic baby noodles, minyak masak, tomato paste, ayam, ikan bilis, carrot, cauliflower, sweet peas
Ayam goreng kari : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, carrot, serbuk kari
Ikan kembung masak merah + stir fried pak choy : Ikan kembung (goreng dengan serbuk kari dan kunyit), tomato paste. Bawang putih, pak choy
Mi goreng Singapore : Organic baby noodles, unsalted butter, bawang besar, ayam, black pepper, carrot
Rice egg muffins : Nasi, telur, carrot, saderi, black pepper
Sup ayam : Minyak masak, bawang besar, ayam, carrot, cauliflower, rempah sup, lada sulah

[FINGER FOOD/FRUITS/SNACKS/KUIH-MUIH]

Nugget ikan : Isi ikan, tepung jagung, telur, saderi, carrot, mixed herbs
Bergedil telur : Kentang, telur, carrot, saderi, lada sulah, daun sup
Tauhu berlauk : Tauhu, ayam, saderi, carrot, black pepper, mixed herbs
Mashed potato with chicken gravy and baby corn : Kentang (steam dan lenyek). Unsalted butter, bawang besar, tepung gandum, formula milk, ayam, black pepper, mixed herbs. Baby corn (steam dan potong)
Vege pancake : Tepung gandum, pak choy
Dates pancake : Tepung gandum, kurma
Potato pancake : Tepung gandum, kentang
Apam kurma : Tepung gandum, kurma, telur, fresh milk, baking powder, esen vanila
Apam labu : Tepung gandum, labu, telur, fresh milk, yis, esen vanila
Cheesecake : Cream cheese, telur, formula milk, esen vanila
Dragon fruit muffins : Buah naga, telur, tepung gandum, formula milk, baking powder, yis
Dates muffins : Kurma, minyak jagung, telur, tepung gandum, baking powder
Biskut kurma : Kurma, unsalted butter, tepung gandum, tepung jagung
Buah naga, pisang emas

*Tomato paste : Bawang besar, bawang putih, capsicum, carrot, tomato, saderi
*Tepung gandum brand Faiza (unbleached)
*Semua rempah brand Adabi

#adammakanmakan #10bulan #10months #menu10bulan #realfood