Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
MUFFIN PISANG BLUEBERRY
------------------------------

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan minyak zaitun
3 biji pisang (dilecek)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Buah Blueberry secukupnya
Acuan guna la pape pon hihi

Cara-cara buat:
1. Pukul telur masukkan minyak dan pukul lagi.
2. Masukkan pisang dan mix perlahan sambil masukkan tepung yng diayak bersama soda bikarbonat.
3. Tuang ke dalam cawan acuan dan masukkan blueberry.
4. Tuang lagi adunan. Boleh juga letakkan blueberry pada bahagian atas. (Mama Imani tabur atas je)
5. Bakar 160C api atas bawah 20 minit.

*muffin ni sesuai untuk baby sebab tiada gula.
*manis pisang dan masam manis blueberry.
*sesuai sebagai sarapan pagi atau minum petang.

#solidfoodforimanisyifa #1y
*10 RESEPI BARLEY*

1) *BARLEY MUFFINS*
*(sesuai untuk anak umur #12bulan ke atas)*

Bahan Bahan

2 telur
1 sudu greek yogurt
1 cawan fresh milk (1y above)
1 sudu besar madu (1y above)
2 sudu besar #toddible #quickbarley (boleh ganti dengan oat)
1 biji puri epal (bole juga gantikan dengan blueberi atau pisang)
2 sudu besar unsalted butter
1 cawan tepung penaik
Sedikit serbuk cinnamon

Caranya

Pukul telur hingga kembang di dalam mangkuk.

Dalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan dan masukkan telur yang telah dipukul.

Masukkan ke dalam muffin cup. Bakar selama 18minit 200Β°celcius

Siap!

Selamat mencuba 😊

#Toddible #healthyfoodforbaby #nosugaradded

2) *BARLEY & OATS PANCAKE*

πŸ₯ž Rebus barli sampai empuk kemudian kisar dengan oats.
πŸ₯ž Letak sedikit olive oil/palm oil.
πŸ₯ž Masak atas non stick pan.

Kalau nak ade perisa boleh campur puree buah/kelapa parut.

#solidfoodforiskandarzulkarnain

3) *CUCUR BILIS PASTA*

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Telur
Serbuk oat (optional)
Serbuk barley sweet potato (optional)
Daun bawang
Pasta sayur bentuk star
Ikan bilis
Bawang merah
Air

Cara-cara:
1. Rebus pasta 4-5 minit. Toskan.
2. Tumbuk ikan bilis dan bawang.
3. Dalam bekas lain, masukkan semua bahan, tambah air dan gaul rata.
4. Goreng. Dah siap!

* saya campurkan serbuk oat dan barley sebab anak dah tak nak makan texture makanan lembut. Jadi dari membazir boleh buat cucur. Pasta sayur pulak untuk tambah khasiat sayur (bila stock sayur dah habis) dan kepelbagaian menu. 1 family boleh makan πŸ˜‹

Selamat mencuba.

By : Sha'a Salehah

4) *FRUITTY BARLEY DESSERT*

Bahan-bahan :
a) Quickbarley atau whole barley toddible
b) epal
c) mangga
d) yogurt asli (natural)

Cara-cara:
1) Kisar mangga dan epal untuk dijadikan puri
2) Campurkan 2 sudu serbuk quick barli dengan air panas dan kacau rata. jika guna whole barley, masak seketika di atas dapur.
3) Masukkan barli yang siap dibancuh dalam bekas
4) Campurkan yogurt asli dan puri epal dan mangga tadi
6) masukkan dessert ke dalam easysqueeze. frozenkan atau letak dalam chiller.

Selamat mencuba 😊

#resipitoddible #yogurt #yogurtforbaby #organicbarley #quickbarley #toddible #organiccereal #puree

5) *RESEPI SMOOTHIE RED DRAGON WITH #TODDIBLEQUICKBARLEY*

1. QuickBarley 2 sudu besar
2. Air panas sedikit untuk membancuh QuickBarley
3. Susu Full Cream 2 cawan
4. 2 biji pisang emas
5. Dragon Fruit 1 cawan

Caranya

1. Bancuhkan QuickBarley dengan sedikit air panas, masukkan ke dalam blender bersama-sama susu full cream, pisang dan artis utama kita, anak Senrose, e eh buah pitaya.
2. Blend-blend-blend secukup rasa. Hancurkan semua sebati ya.
3. Tidak memerlukan penambahan gula @ madu kerana sebatian ini sudah manis di mulut, bergula dihati. Cia cia cia.
4. Hahaha, boleh la jamu anak-anak burung yang sentiasa kelaparan di rumah ini. Klau bekukan, boleh la dikaup-kaup dengan sudu menjadi skerim.

#ToddibleBabyFoodAgentJohor

6) *BARLEY VEGES SOUP with BEEF STEAMED*

1. Saute bg naik bau Ghee;Bwg putih;Bwg holland;Lekio
2. Masukkan Beetroot;Potato;Carrot bg lembik sikit
3. Masukkan
BabyCorn;Sweet Peas; Oyster Mushroom, Button Mushroom
4. Masukkan homemade CBB 2 ketul
5. Masukkan Pearl Barley (dah rebus/steam/rendam)
6. Tabur sedikit lada hitam tumbuk (bg yg da pass)
7. Reneh

8. Daging stim kosong.

9. Ambil sup gabung daging stim blend halus.

*Tok baby*: bahan blend hidang dgn sup sayur kosong. fina makan dkt 3oz.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

*Tok famili*: campur lada sulah dan lada hitam tumbuk bg kaw2 pedas pada sup baby tadi. Letak garam dan cukup rasa. Reneh sekejap. Siap...

*Tok toddler* (yg xreti mkn sayur & daging) ambil bahan blend yg sama tadi dan sup shj & barley famili (kalau da pass pedas, kalau belum ambil sup & barli baby). Akid makan banyak. Pedas sup cmpur bahan blend jd separa pedas dan manis daging.

Menu afrinaMarissa8m2d
Menu Akid Muqri 2y4m

7) *BARLEY PORRIDGE WITH DATE BLUEBERRIES*

-date
-blueberry
-barley

*barley (rebus smpai lmbut)
*cmpurkan smua bahan and tmbah sikit air, blend.

Tadaaaa siap n sgt2 sdp mommy pun join skliπŸ˜‹πŸ˜‹
#sharingiscaring

8) *BER
RIES BARLEY*

Ni bahan-bahan untuk Berries Barley.
✴ Barley
✴ Kismis kuning
✴ Strawberry
✴ Blueberry.

Cara penyediaan:

- Rebus barley sampai masak. Pastu masukkan semua fruits. Kacau-kacau seminit dua. Mati api. Biar sejuk dan blend.

Ya ALlah... Dala senang yakmat. Sedap keterlaluan pulak tu. Aihhhh... Untunglah awak zareen.

By Feeda Yusof

9) *BARLEY SOUP WITH SINGO PEAR & GOJI BERRY*

🍐Barli
🍐Singo pear
🍐Goji berry
🍐Air masak

- Rendam barli 1-2 jam supaya sedikit kembang.
- Campur kesemua bahan dan renehkan menggunakan api perlahan, sehingga barli masak empuk.

Siap! ❀️

#IlhamEats
#11m5d

10) *BUBUR BERAS BARLI CAMPUR JAGUNG DAN KURMA SEGAR*

🍡beras barli
🍡jagung segar
🍡kurma segar
🍡2 sudu puree kurma
🍡susu full cream@fresh milk@santan fresh
🍡air secukupnya

basuh dan rendamkan beras barli selama 1-2 jam utk mempercepatkan proses memasak.
setelah itu, rebus dalam periuk dgn air secukupnya bersama jagung segar.
apabila beras barli mulai empuk, boleh masukkan hirisan kurma segar dan juga puree kurma.
last sekali masukkan susu dan padamkan api.

**menu ini sesuai utk 7m+ dan ke atas.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
#1y9m
muffin labu di dalam cup kertas kuih raya.. eh awal sangat mami eshan amik mood nak beraya nih. 🀣🀣
ni menu makan petang eshan harini. semua sekali dapat 45 biji dan eshan dah makan 9 biji. tak sesia mami sengaja cecomelkan dlm cup kertas kecik² ni 😜

MUFFIN LABU
____________________________

Bahan A
2 biji telur
esen vanila
β…“ cawan madu @ puree kurma
β…“ cawan yogurt
ΒΌ cawan minyak masak
*blendkan kesemua bahan

Bahan B
1 cawan tepung gandum unbleached
ΒΎ sudu teh baking powder
ΒΌ sudu teh soda bikarbonat
*ayakkan

Bahan C
Β½ cawan labu
kukus dan lenyekkan

utk hiasan (optional)
saya guna unsweetened choc

satukan kesemua bahan dalam bekas. kacau biasaΒ² shaja supaya tidak overmix. dan sudukan ke dalam cup. utk hiasan tu optional ya. panaskan terlebih dahulu oven dgn suhu 190. setelah itu boleh bakar muffin selama 25minit menggunakan suhu y sama.
p/s: jika guna cup kertas macam di atas, memadai menggunakan suhu 170 shj dn bakar slma 15mnt.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #1y
*MUFFIN PISANG BAYAM UNTUK NAURA*

Resepi :
*pisang 5 6 biji
*bayam 3 4 pokok
*telur 2 biji
*kismis 1/2 cup
*tepung gandum 1/2 cup
*oat baby 1/2 cup
*minyak 3 sb (minyak masak/olive oil)
*baking powder
*esen vanilla

Blend semua pastu bakar dlm oven 170c dlm 20minit. Pastu ibu bubuh dlm 3 4 sudu kismis dlm adunan.
Sukatan ibu agak2 ja.

Bt kali ke 2 bru mjadi, kali p'tama muffin jdi bengkang.
#ibucuba
#nosugarnosalt
#ibumasak #1y
Simple breakfast pagi tadi untuk Aidan Fayyadh.

*BANANA FRENCH TOAST ROLL-UPS*
===============================
πŸ₯– 3 keping Roti Keping
πŸ₯– 1 biji Pisang Berangan
πŸ₯– Cheese Cream
πŸ₯– 1 biji Telur
πŸ₯– 1 sb Cinnamon Powder
πŸ₯– 5 sb Fresh Milk
πŸ₯– Madu

🍞 Leperkan roti, sapukan cheese cream, susun pisang dan gulung.
🍞 Pukul telur bersama cinnamon powder dan susu.
🍞 Celupkan roti dan goreng.
🍞 Angkat dan hidangkan bersama madu.

#AidansFoodJourney #14months #breakfast
Nak keluar ni birthday tok wan Deejah.. Tok wan suka nasi arab...
Alhamdulilah banyak deejah makan tggl baki 1 2sdb je :)
So hari ni ummi buat nasi arab jugak untuk deejah makan kat kedai jap lagi πŸ˜‹πŸ˜‹ Tiada alasan tau untuk ibu2 nak bagi kt kedai punya ada garam dan perasa .. πŸ˜›

RESEPI NASI ARAB BABY VERSION
============================

Bahan2 nasi arab :

1/2 cup beras basmathi sunflower (gluten free)
1/2 cup freshmilk
1/2 cup air kosong
1sb bawang merah bawang putih halia yg dikisar
Kayu manis
Daun pandan
Serbuk kunyit & sedikit paprika

~ campur sebati dan masak guna rice cooker ya! Wangiiiiii

Bahan2 Ayam :

Bawang kecil
Unsalted butter 1sb
Ayam
Serbuk paprika
Serbuk kunyit
Lada hitam

1. Cairkan butter dalam periuk.. Tutup api. Susun bawang yg dihiris bulat2 didalam periuk..
2. Masukkan ayam yg telah diperap..
3. Tutup dengan aluminium foil.. Masak pd api kecil 10minit..
4. Bakar didalam oven 20minit suhu 150Β°C .

Setelah nasi masak..letak ayam ditengah2 dan tutup periuk nasi tu...
Siap dihidang ! πŸ˜‰

#khadeejahsolidfoodjourney
#1yearbaby
#ummideejah
#nosaltnosugarnomsg
Projek jajan Ayra untuk hari ini. Beli sweet potato last week tapi harini baru sempat buat πŸ˜‚πŸ˜‚

*Resepi Sweet Potato Chips*

1. Kupas sweet potato dan basuh bersih. Pastu boleh sagat atau hiris nipis. Nipis taw. Kalo tebal lepas goreng jadi liut.
2. Rendam dalam air + cuka masakan sikit selama 30min pastu bilas bersih.
3. Tos sehingga kering. Boleh jugak nak jemur bagi betul2 kering.
4. Pastu baru goreng. Deep fry ye. Tak perlu tambah garam gula. Macam ni pun dah sedap 😍

Selamat mencuba! 😍😘
.
#AyraKhaylaeats #journeyhomemadefoodforbudaktecik #homemadebabyfood #babyfoodideas #babyfood #babyfoodrecipes #babycook #toddlerfood #toddlerfoodideas #AyraKhaylahomemadejajan
*Resepi Chicken Veggie Nugget:*

2 keping dada ayam
1/2 pokok Brokoli (agak2 jek)
1 batang Carrot
*blend semua ni macam dalam video. Sy guna food processor Panasonic.

Bentukkan sesuka hari. Pastu stim kan nugget tu bagi masak or half cook jek. Bila dah sejuk celup dalam telur dan golek dalam breadcrumbs. Siap. Boleh la simpan untuk frozen.

#AyraKhaylaeats #homemadenugget #homemadechickennugget
Asyik ayam ikan je hariΒ², so tukar telur pulak lah harini. alhamdulillah.. selera eshan makan dgn cuaca mendungΒ² ni.
dah habis makan nasi dgn lauk ni, sambung makan telur rebus lagi sebiji. sekarang dah tersandar kenyang dah tu sambil tengok tv. 😁

*TELUR MASAK LEMAK KUNING BERSAYUR*
🍲bebawangs (hiris halus)
🍲1 sudu teh serbuk kunyit
🍲2 sudu teh serbuk bilis homemade
🍲telur (rebus dahulu)
🍲sayur pilihan msg² (sy guna carrot, cauliflower,brokoli,tomato cherry)
🍲santan fresh
🍲air secukupnya

mulaΒ² tumiskan bebawangs, serbuk kunyit dan serbuk bilis dgn mnggunakan minyak masak.
masukkan air utk elakkan kering. masukkan carrot.
apabila carrot telah separa masak boleh masukkan cauliflower dan juga brokoli.
kemudian, masukkan pula tomato cherry dan telur. last sekali masukkan santan dan kacauΒ² utk elakkan santan pecah.
matikan api dan boleh dimakan.

p/s: sesuai utk baby 8m+ krn santan dan telur recommended intro start baby umur 8m.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
Hi mommies Macam mana nak tarik minat anak makan ?
Ummi buat kan deejah roti chocolates oat 😊

Deejah Breakfast Roti Teddy bear Homemade esok 😍 ada penggunaan serbuk koko utk 1tahun sahaja ya.. Bawah 1tahun boleh buat roti ni jugak cume tak perlu letak koko boleh letak pisang dan lain2...

Bahan2 :

🐻 Tepung High protein 3cup
🐻 yis 1sudu besar
🐻 air suam kuku 1/2 cawan (untuk rendam yis sehingga berbuih)
🐻 Madu 1sudu besar (utk 1tahun ke atas sahaja)
🐻 1sudu kecil esen vanilla
🐻 Telur 2biji
🐻 susu full cream untuk bancuhan sekiranya memerlukan..
🐻 serbuk koko unsweetened 2sudu besar
🐻 Organik Instant Oat 3sudu besar

1. Masukkan yis dalam air suam kuku bersama 1sudu besar madu. Biarkan berbuih seperti gambar dibawah.
2. Sediakan kesemua bahan kering didalam bekas.
3. Setelah yis bebuih masukkan yis ke dalam adunan bahan kering sikit demi sedikit.. Sekiranya belum menjadi doh boleh tambah susu fullcream atau air masak ya.
4. Uli sehingga sebati 10minit.
5. Bentukkan ikut video yg ummi buat kt bawah.
6. Bakar pada suhu 180°c api atas bawah 20minit 😊

Selamat mencuba 😊

#khadeejahsolidfoodjourney
#1year2month
#ummideejah
*🍰CHOCOLATE BANANA MUFFIN 🍰*

BAHAN-BAHAN

πŸͺ100g tepung gandum (unbleached)
πŸͺ1 sudu teh baking powder
πŸͺ2 sudu besar cocoa powder (boleh guna unsweetened cocoa powder)
πŸͺ1 sudu teh esen vanilla
πŸͺ1 sudu madu
πŸͺ1 sudu minyak jagung
πŸͺ1 biji telur
πŸͺ4oz susu fm (boleh guna freshmilk juga)
πŸͺ2 biji pisang (saya guna pisang emas)

CARA-CARA

πŸͺcampurkan semua bahan kering dan gaul sebati.
πŸͺCampurkan semua bahan2 lain dan gaul sekata (pastikan pisang dilecek dahulu)
πŸͺmasukkan dalam paper cup or muffin tray dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170.siap 😘

#faleqfoodjourney
#1year3month
"SNACK BERKHASIAT DI PETANG HARI"

Bahan-Bahan :
- Multigrain Cereal Snack
- Fresh Milk
- Buah-Buahan pilihan ibu (Pisang,Anggur)
.
Cara Sediakan :
πŸ‘‰Masukkan multigrain snack dalam mangkuk
πŸ‘‰Tuang fresh milk
πŸ‘‰Masukkan buah-buahan
πŸ‘‰SIAP!!!
.
Resepi yang sangat mudah dan lazat untuk Si Manja.
SELAMAT MENCUBA πŸ₯°πŸ₯°

#fawwaz #babyfood
"TAK TAHU NAK BAGI MENU APA DEKAT BABY TERCINTA?"

Untuk mummy luar sana yang tak tahu nak bagi menu apa dekat bayi selain nasi, ni sis nak habaq mai, mummy semua boleh cuba Multigrain cereal Snack Fawwaz.

Multigrain cereal Snack sesuai untuk baby yang dah berumur 7 bulan, boleh dijadikan sebagai makanan pengganti bubur ataupun boleh digunakan sebagai snack untuk baby bila mummy bwk baby jalan2 ke, shopping ke.

Haa, nnti tak la meragam je baby mummy kn??😊

Multigrain cereal snack Fawwaz ni ada 2 perasa,
βœ”οΈMultigrain cereal snack Strawberry πŸ“
βœ”οΈMultigrain cereal snack Banana 🍌

Nak dapatkan boleh wasap sis laju2 ya 😍

#agentfawwaz #babyfood #healthy #cereal #snacking #kudap
Sebijik pisang emas ayah dia bawak dr ofis, hazimah buat campakΒ² je..sebab dia memang tak suka pisang.. dari pagi ke mlm berubah tempat tak makan pun duk usung ke hulu ke hilir.. Kebetulan smlm ibu buat tart nenas dan tart cadbury melting ibu terus buat cookies dia sekali.. AlangΒ² main tepi oven.. πŸ˜…dapatla 35bijik...ibu ngapp masa panasΒ² tu 5biji.. πŸ˜†

Pagi ni dia makan kemain suka lagi..habis 6keping.. Padahal dia tak sedar tu pisang.. πŸ˜‚

πŸͺpuri pisang+Madu (ΒΎcawan)
πŸͺtepung jagung (1Β½ cawan)
πŸͺtepung gandum(1Β½ cawan)
πŸͺunsalted butter.. (suku utk 250g)

βœ”pukul butter dengan puri jgn kembang sgt sedang elok
βœ”masukkan tepungΒ² (ayakΒ² taw)
βœ”uli gune tangan je (sye gune plastik masa uli sebab tak selesa nak direct tangan ke adunan)
βœ” bila doh dah selesa di tangan tak lembik.. blh dah nak bentukkan ikut kretiviti masingΒ²

Sblum bakar panaskan oven dulu dlm 10minit

βœ…Bakar suhu 180
βœ…masa 20minit
βœ…gune api atas bawah
Minum petang/breakfast eshan hari ni.

CENGKODOK KELAPA CHEESE πŸ˜‹

Sedap sangat kot sampai eshan fokuss betol makan tak toleh kiri kanan. πŸ˜…
tengahari tadi eshan makan chicken rice ball je. so petang dia habiskan semangkuk cengkodok tu.burppp.alhamdulillah. πŸ˜†

Resepi:
πŸ§€1 cawan tepung gandum unbleached
πŸ§€Β½ cawan kelapa parut
πŸ§€2 sudu makan cream cheese tatura
πŸ§€1 sudu madu (utk 1yr n above, boleh guna puree πŸ§€kurma juga)
πŸ§€fresh milk
πŸ§€minyak masak ( utk menggoreng)

caranya:
πŸ‘‰gaulkan sebati kesemua bahan di atas.
πŸ‘‰masukkan fresh milk sedikit demi sedikit, agak2 tidak terlalu lembik ya.
πŸ‘‰gorengkan di atas kuali sehingga masak kekuningan.

#12bulan
*Keria sira kurma 🍩🍩🍩*

( tidak perlu guna gula pasir, gula melaka, gula perang dan sebagainya, hanya guna manis semula jadi dari kurma)

Bahan :

Keledek
Tepung beras
Tepung gandum
Kurma & Air

1. Rebus ubi sehingga empuk. Lenyekkan dan gaul bersama tepung beras dan tepung gandum sehingga menjadi doh.
2. Cetakkan dan goreng.

3. Rendam beberapa biji kurma , kisar bersama air.. Dan masak atas api sehingga menjadi pekat.
4. Ratakan sira kurma pada kuih keria. Siap untuk dihidang πŸ˜‰

Sedap tidak berapa manis, manis tidak terlalu kuat kerana lebihkan air blend bersama kurma tadi. 😊😊

Selamat mencuba!

#nosaltnosugarforbabybelow2years
#khadeejahsolidfoodjourney
#ummideejah #8m
#ummicreatawarenessodrealfood