Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Nasi Goreng Ayam
------------------

Panaskan kuali letak sedikit mentega.Tumbuk bawang putih & merah tumis sampai naik bau.Masukkan pes tomato bersama hirisan ayam.Goreng sekejap sampai ayam masak.Masukkan sayuran seperti hirisan karot dan jagung.Masukkan nasi, goreng sekejap kemudian pecahkan telur dan goreng rata.Akhir sekali tabur serbuk bilis & sedikit serbuk lada hitam bersama daun sup/daun bawang.

*bole letak kacang peas kalau ada
*nak letak sayuran lain pon bole buat macam nasi grg biasa je.

#solidfoodforimanisyifa
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Mini Burger Ayam
————————
.
Untuk daging burger, kisar isi ayam,bawang besar dan putih.Gaul sebati bersama sedikit,mix herb,serbuk cili,lada hitam,telur dan serbuk roti.Kepal2 dan bentukan ikut ketebalan yang disukai kemudian bekukan atau sejukkan 1-2jam sebelum panggang atau goreng.
.
Untuk roti pula, sapu mentega dan bakar sekejap sehingga sedikit keperangan.
.
Untuk sayuran sampingan mama imani guna karot,bunga kobis dan brokoli kukus dan celur air sejuk kemudian tabur lada hitam.
.
Untuk tambahan rasa Mama Imani guna yogurt untuk gantikan mayonis
.
Gabungkan semua dan sedia untuk dihidang.

*untuk anak lebih dewasa 2tahun ke atas bole la makan bersama sos atau mayonis.

#solidfoodforimanisyifa
Sup Sayur bersama Tauhu
--------------------------
Potong kiub tauhu kemudian goreng shingga bahagian luar sedikit garing kemudian masukkan bawang merah dan putih,goreng kilas sekejap.Masukkan stok ayam (cbb),sedikit air dan sayuran (mama Imani guna karot,bunga kobis,brokoli,putik jagung dan cendawan inoki).Bila semuanya masak empuk tabur serbuk bilis sebagai perasa.Siap.☺️

Ps:-Musim hujan kan sekarang jadi menu sup2 je la yummy 😂Imani suka tauhu goreng rupanya.Nanti bole buat lagi.

#solidfoodforimanisyifa
Avocado +Pisang +Madu Smoothie
————————————————
.
Smootie avocado pisang ni lemak berkrim.Bagus untuk anak2 yang kurang berat badan.Lemak yang bagus untuk otak anak.
.
Cara buat mudah je,campurkan avocado,pisang,sedikit madu untuk naikkan lemak manis dan susu untuk lebih berkrim.Kisar halus dan sedia untuk dihidang.
.
Ps:-Malam ni buat lebih untuk nenek Imani secawan dan mama secawan.Buat 2 pack letak dalam easysqueeze untuk Imani.😊
.
#solidfoodforimanisyifa
*RESEPI CHAPATI*

1 cawan tepung atta
air suam secukupnya
minyak zaitun untuk sebatikan doh.
*lebih kurang 3 sudu besar*

*baki capati yg siap bole dibekukan*

CARA NAK BUAT CHAPATI:
1. Satukan tepung atta dengan air suam, gaul hingga jadi doh yang lembut.�
2. Renjiskan sedikit demi sedikit minyak sampai doh jadi sempurna, agak licin dan dah tak berapa melekat di jari.�
3. Perapkan sekejap bawah mangkuk selama 10 - 15 minit. �
4. Mula panaskan kuali leper *kuali kena betul2 panas semasa memasak chapati* saya guna pan ajaib je.�
5. Bahagikan doh pada bulat2 besar bola pingpong.Bulat2kan dan leperkan. Celup dua tiga kali dalam tepung attar semasa mencanai *agar tidak melekat di jari/penggelek.
6. Mulakan memasak chapati dengan api yang kecil.

*KARI RUSUK/KARI TULANG (lembu/kambing)*
----------------------------

BAHAN-BAHAN:
* tulang rusuk | direbus bersama bahan sedikit halia dan asam keping untuk stok.
* kentang | dipotong empat
* serbuk kari daging
* santan
* kerisik (kelapa parut sangai dan tumbuk)
* Sedikit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga | untuk menumis

BAHAN KISAR/TUMBUK
* bawang merah
* bawang putih
* halia


CARA MEMASAK:

1. Rebus tulang rusuk sehingga empuk. Ketepikan.Jika buat banyak stok daging bole simpan untuk guna di lain masa.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga berbau harum.(optional kalau anak alegik rempah perut tak tahan tak yah guna),
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan hingga pecah minyaknya.
4. Setelah garing, masukkan daging tulang rusuk yang telah direbus dan biarkan seketika.
5. Masukkan santan bersama dan biarkan hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau sekata,sedia untuk dimakan 😋

#solidfoodforimanisyifa
*NUGGET AYAM*

Rebus isi ayam sampai empuk,kemudian tumbuk isi ayam dan gaul bersama bawang merah+bawang putih tumbuk & hirisan daun bawang.

Kepal2 celup dalam kuning telur dan celup dalam serbuk oats.

Ulang2 sampai siap dan goreng.

Mama Imani guna air fryer je jimat minyak 🤣

Ps:-Serbuk oats bole je guna serbuk roti terpulang masing2,bole letak tepung jugak.

#solidfoodforimanisyifa #8m
*RESEPI DORAYAKI*
-------------------------------

Bahan2:
1 biji telur
1/2 sudu kecil Esen vanilla
*pukul hingga gebu*

1sudu kecil madu (1y ++)
1 sudu besar minyak masak
*masukkan ke dalam adunan telur tadi,pukul lagi sampai sebati*

1/2cawan tepung gandum
1/2sudu kecil baking powder
1/4 cawan air
*ayakkan tepung, masukkan air dan kacau sampai sebati ke dalam adunan telur.*

Cara masak:-
Sendukkan dan tuang adunan perlahan2.Goreng tanpa minyak dalam periuk sampai permukaan atas kering. Baru diterbalikkan.
Isi dalam guna jem nenas homemade semlaam apitkan siap untuk dimakan.(bole juga nak guna inti lain) .SELAMAT MENCUBA.

Ps:-Adunan ni dapat 4pcs dorayaki.

*bole je kalau nak blend semua bahan.

#solidfoodforimanisyifa
MUFFIN PISANG BLUEBERRY
------------------------------

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan minyak zaitun
3 biji pisang (dilecek)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Buah Blueberry secukupnya
Acuan guna la pape pon hihi

Cara-cara buat:
1. Pukul telur masukkan minyak dan pukul lagi.
2. Masukkan pisang dan mix perlahan sambil masukkan tepung yng diayak bersama soda bikarbonat.
3. Tuang ke dalam cawan acuan dan masukkan blueberry.
4. Tuang lagi adunan. Boleh juga letakkan blueberry pada bahagian atas. (Mama Imani tabur atas je)
5. Bakar 160C api atas bawah 20 minit.

*muffin ni sesuai untuk baby sebab tiada gula.
*manis pisang dan masam manis blueberry.
*sesuai sebagai sarapan pagi atau minum petang.

#solidfoodforimanisyifa #1y