Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Last buat time anak 10m dlu. Hrini datang rajin buat balik

*Kuih Cara berlauk*
Inti :
1. Tumis onion paste. Masukkan serbuk kari. Tumis smp pecah minyak
2. Masukkan minced daging dgn diced kentang dan carrot. Masak smp kentang empuk

Adunan :
1. 1 1/2 cup tepung
2. 2 cup santan sederhana pekat
3. Telur 1 biji
4. Sedikit serbut kunyit utk warna
Blend semua then tapis. Add sikit lg air if pekat sgt ye

Babyboy1y5m
#hbfmmuhammad
Hi mommies... Less than 20minutes settle bancuh *bahulu versi baby !*

Tuang2 dalam acuan dan bakar ! 😉

Ummi buat kudap kudap deejah, Healthy Snacks 😊

Bahan :

🌜Tepung Gandum Unbleached - 1cup (guna measuring cup)
🌜 telur - 1cup (4biji telur) depends on egg size
🌜 Madu secukup rasa (untuk 1tahun ke atas shj) below 1year boleh guna puree kurma.
🌜 1sudu kecil esen vanilla
🌜 sedikit serbuk penaik (x letak pun tak pe)

1. Guna mixer , pukul kembang telur sekembang2 nya 😂 sampai warna creamy.
2. Masukkan madu,esen vanilla & serbuk penaik putar lagi..
3. Masukkan tepung sikit sikit guna whisk atau spatula sahaja.
4. Ibu2 boleh masukkan koko, pisang, air perahan pandan ke,labu ke dan lain2 ikut kreativiti.
5. Sapu acuan dgn minyak.. Ummi ambil acuan nenek deejah punya 😂 Bakar 180°C 15 minit. Takde oven acuan tu boleh bakar atas dapur.. Guna api kecil dan pantau bahulu tu dalam 10-15minit.

Selamat mencuba ! 😊

#ummideejah
#khadeejahsolidfoodjourney
#1year2month
#healthyfoodforbaby #realfood #toddlermeal
*SUP IKAN SI MANJA*
-----------------------------------

☘️Ikan
☘️Bawang merah - hiris
☘️Bawang putih - hiris
☘️Halia - ketok sikit bagi pecah
☘️Sup bunjut ikan (gambar last)
☘️Sawi jepun
☘️Celery
☘️Carrot
☘️Brokoli
☘️Tomato

CARA-CARA
---------------------
🍁Bawang merah + bwg putih + halia tumis hingga kekuningan
🍁Masukkan sup bunjut Kacau2 jap hingga naik bau
🍁Masukkan air dan carrot
🍁Dah mnggelegak br masukkan ikan, brokoli dan celery
🍁Dah lembut semua... Br masukkan sawi dan tomato
🍁Sawi dah layu br tutup api... Siap

***Dah siap masak ummi kluarkan sup bunjut dan halia sbb terlalu lama nnti terasa sngat rempahnya😁... Sbb masa masak tu dah ada rasa nya

#HannanHumairahFoodJourney
#1y26d
Harini ummi buat serunding ikan utk mek aisyah. Buat macam serunding ikan biasa tp versi baby tak letak cili kering kisar, & semestinya add on sayur 🤗
.
Serunding Ikan versi baby
=====================
.
Bahan2:
🐠1 ekor Ikan kembung saiz sederhana (atau apa2 ikan yg mommy suka)
🐠1 labu Bawang besar*
🐠2 batang serai*
🐠halia sikit*
🐠kunyit hidup sikit*
🐠suku cawan pati santan
🐠1/2 keping asam keping (guna masa rebus ikan)
🐠sayur pilihan mommy (kali ni ummi masuk sawi pakchoy, cauliflower & sedikit celery utk rasa masin semulajadi, potong kecik2)
.
Cara2:
🐠Rebus ikan dgn asam keping sampai masak. Dah siap asingkan isi & tulang. Ramas isi ikan dgn jari jemari
🐠Blend bahan yg bertanda * dengan air rebusan ikan tadi
🐠Tumis bahan blended td dgn minyak sikit. Terus masuk isi ikan, sayur & santan
🐠masak sampai kering
.
P/s: resepi ni utk SATU HARI makan saja (lunch & dinner). Kalau nak buat byk, gandakan bahan. Boleh frozen 😊
.
#aisyahfoodjourney
#9bulan
JUS ALPUKAT
••••••••••••••••

panas2 ni layoqqq sikit... Pass untuk kara tau...
Buat 1 gelas,berebut 2 branak...balik nanti kena buat lagi...🤣🤣

Resepi :
1biji avocado
1kotak kecik susu fullcream sejuk (1y ++)
1sudu natural unsweetened cocoa powder (1y ++)
Madu (1y ++)

Cara:
Blend avocado dgn susu, (kalau nak manis boleh tambah kurma)
Serbuk koko tu bancuh dengan madu...
Tuang dalam tu...buat la corak2 yg digemari...🤣🤣
Bawah 1 tahun boleh pakai kurma ja. Xpayah letak madu..
#foodforkara #jusalpukat #avocado
Pagi ni tdi ummi masakkan roti puri utk cicah kurma ayam smlm... Tp yg di kerjakan nya ayam tu pulak... Sabar jela...😁😅... Macam itulah karenah anak2..

*RESEPI ROTI PURI*
--------------------------------
🍁1/2 cawan tepung gandum
🍁1 sudu besar minyak masak
🍁Air

CARA2
-------------
🌿tepung gandum,minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
🌿masukkan air..gaul rata..uli sampai adunan tidak melekat ditangan..kemudian bulat2kan dan leperkan dengan penggelek...baru perapkn selama 15minit..
🌿panaskan minyak..goreng sampai agak kekuningan..bila goreng api kecil je
#pastikan minyak betul2 panas
#nak kembung siram minyak atas roti

#HannanHumairahFoodJourney
#13m
Puding karamel pisang
1. Lenyek sebiji pisang, tambah sebiji telur, sedikit fm/fresh milk/ebm, gaul sebati.

2. Masukkan dalam bekas dan kukus sehingga masak.

3. Untuk karamel, Kurma 3 biji dibuang kulit, masak dgn secawan air, dan biarkan sehingga pekat dan ttp api.

4. Keluarkan puding kemudian dituang sedikit karamel..sedia untuk dimakan.

Tips: buah pisang blh juga ditukar dgn cheese atau buah pilihan 😁#8m
*PUDING ROTI VERSI BABY* 😘

🍞 3kpg roti wholemeal (carik2kan)
🍞 3biji kurma
🍞 1cwn susu segar
🍞 1sudu besar creamcheese
🍞 1biji telur
🍞 kismis

Blend sume bhn kecuali kismis...siap blend,msukkan dlm bekas kecik2...tabur kismis...kukus 15-20minit...siapppp!🍮

#safwanadhasnackingtime
#1y4m
😋 sarapan kami sekeluarga pagi ini😋

🍞Puding Roti Kurma🍞

Bahan-bahan
🍞 roti 4 keping
🍞 kurma 4 biji dibuang biji
🍞 susu segar satu cawan plus air suku cawan
🍞 telur 2 biji

Cara-cara
🍰 satukan semua bahan dan blend
🍰 kukus selama 15- 20minit. Puding dah masak bila cucuk dengan garfu tak der adunan melekat lagi
🍰 siap. Boleh makan macam tu jer atau makan dengan puree kurma. Nak lagi sedap simpan dalam peti ais dulu.

P/s: roti boleh guna wholmeal or roti putih. Susu untuk baby bawah setahun guna susu FM atau EBM. Untuk baby setahun ke atas guna fresh milk.
Ummi buat kan PUDING ROTI KURMA... Mula2 dik Hannan dia luahkan blk bila ummi suap... Pastu kali kedua suapan br dia tahu sedaaap🤣... Habis sepiring tu dia mkan... Itulah jngan jual mahal sngat tau... Special tu ummi masak😍🥞

PUDING ROTI KURMA
------------------------------------
BAHAN- BAHAN :-
3 keping roti wholemeal
Unsalted butter
1 biji telur
1 cawan susu fresh/full cream
3 biji kurma

CARA- CARANYA :-
------------------------------
🥞Masukkan telur,kurma dan susu ke dalam blender.. Blend hingga kurma hancur
🥞Ambil roti, potong 4 dan sapukan unsalted butter depan dan belakang susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
🥞kemudian, tuang ke semua adunan yg di blend td ke atas roti dalam loyang tu..
🥞Kukus selama 20-25 minit.
🥞Kita bakar sebab nk ianya garing2 sikit😊
# Bakar suhu 160 'c 20-25 minit - brgantung pd oven masing2

#Alhamdulillah sedaap sngat seisi keluarga pun boleh mkan ya☺️

#HannanHumairahFoodJourney
#1y1m
*Puding roti*

resepi simple mummy:
🌸roti wholemeal
🌸puree pisang sikit
🌸air @ if mommies nk pakai susu FM pun boleh
🌸kismis

mummy blend except kismis.. masa nk kukus baru letak kismis..

#9months
*💕 Muffin Telur Berlauk 🌸*

Bahan-bahan ;
• pasta
• isi ayam
• carrot
• bawang holland
• brokoli
• susu full cream

1) Rebus pasta , isi ayam & carrot hingga lembut.
2) pukul telur dan susu .
3) potong halus brokoli & bawang holland.
4) masukkan brokoli & bawang holland dlm acuan, sudukan bahan yg direbus tadi. (Klu anak belum pandai kunyah , bahan yg di rebus ni boleh blend kasar dulu) , sudukan telur dan susu hingga penuh.
5) kukus selama setengah jam .
6) SIAP ! Sedapppp 🤤🤤

*kalau mummies buat , boleh kurangkan kuantiti . Kuantiti bahan yg saya guna agak banyak sbb saya buat untuk anak kembar , plus ini bekal masa keluar rumah.

Selamat mencuba mummies ! 😘💕

#AmandaNadhifFoodDiaries
#11months
Rajin dok ggit mama sngt...bg yoghurt bark lak pulak...tambah puri kurma...xla masam sngt kn...kalau cair pun gaul semua mkn...masam manis gitu..

YOGHURT BARK + PURI KURMA

Bahan2
🍮 Puri kurma
🍮 Yoghurt
🍮 Buah - buahan (apa2 buah pun boleh)

Cara2
🍮 Sapu nipis yoghurt atas pinggan...tabur buah..simpan peti bg beku..
🍮 Dah beku keluar dan patah2 kan..siram puri kurma...jom mkn..

By Husna Md Rafi #8m
selalu potato stick. ni ala2 begedil plak ye..

Potatoes Ball
🍟Kentang
🍟tepung unbleached
cap ros atau faiza
🍟serbuk ayam homemade
(optional boleh guna serbuk apapn ikot kreativiti)
🍟daun bawang
🍟telur

🍢kentang steam sampai lembut
🍢lenyekkan kentang.
🍢tabur serbuk ayam homemade( optional)
🍢hiris daun bawang
🍢tepung gandum secukupnya
🍢sebatikan dan bulatkan smpi doh x melekat
🍢letak dalam peti ais berapa minit
🍢goreng celup telur bila nak dimakan

#ArianaFoodJourney#
#NoSaltNoSugarNoMsg#
#RealFood#
#11Month#
***tq pada share resepi.. saya ubah skit2 je.
ibu pn tmpang mkn sekali sedap lemak2 manis gitu 💞💞💞💞

🍩KERIA CHEESE SWEET POTATO🍩

🍩Sweet Potato
🍩Cream Cheese
🍩Tepung Unbleached
(cap Ros)
🍩Minyak Masak
🍩Serbuk Roti Homemade
atau susu formula(optional)

🥯🌼Sweet potato steam sampai lembut..
🥯🌸lenyekkan letak 1 sudu cream cheese tatura
🥯🌸letak tepung unbleached seckupnya agak2 smpi x melekat di tngan
🥯🌸Letak seketika dalam peti sejuk
🥯bulat2kan dan bentukkn
🥯🌸goreng dgn minyak masak jgn byak sgt
🥯agak2 kekuningan angkat dan tos kan..
🥯🌸salutkan dgn serbuk roti atau susu formula
🥯🌸semudah abc. boleh dijadikan finger food anak2 juga ye.
🥯🌸8 bulan ke atas
#ArianaFoodJourney#
#RealFood#
#NoSugarNoSaltNoMsg#
#1year6day#
Pancake oat utk late breakfast cik ruby❤️.. Separuh makan kat rumah, separuh lagi bawak bekal nak keluar kejap lagi. Abaikan lah cik ruby yg busyuk kepam mami tu🤭😂. Sebab belum mandi, bangun2 tido terus tunjuk tangan kat mulut, tau lah nak mam ler tu🙄😂

Bahan2
2 sudu besar Instant oat ( rendam bg kembang dulu )
Puree kurma/ madu ( yg ni 1yrs above yea !! )
1 cawan tepung gandum faiza
Susu full cream
1 biji telur
1sdk baking powder ( xnak letak pun xpe )

Cara2

Campurkan kesemuanya dan bancuh sehingga sebati. Jgn terlalu pekat jgn terlalu cair
Panaskan kuali, lengserkan ub/ sedikit minyak dan tuangkan 1 or 2 sudu ke dlm kuali dan masak sehingga kekuningan
Siapp
#RubyFoodDiary
#1y4m
❤️Oatmeal Cereal Yummy Recipe❤️

🍟 Oat coated sweet potato fries

Sweet potato dibuang kulit dan dipotong panjang2, sesuai untuk dipegang oleh si manja. Basuh bersih, salutkan dengan telur (jika alergik telur abaikan) dan gaulkan dengan oatmeal #ibuanis. Goreng dengan air fryer atau kuali biasa dengan menggunakan minyak zaitun atau sawit.

🥭 Mango oat eggless pancake

Ambil 2-5 sudu besar oatmeal #ibuanis. Gaulkan dengan air panas. Masukkan puri mango. Gaul sebati. panaskan kuali dengan #ponsevoo, atau bole guna virgin coconut oil. Skop 1 sudu besar adunan dan masak hingga warna keperangan.

🍑Persimmony oatmeal

Bancuh oatmeal #ibuanis dengan puri Persimmons dengan air panas hingga sebati.

Selamat mencuba!

#resepioatmealibuanis
#homemadebyibuanis
#ibuanis
#oatmeal
#oatmealpowder
#breakfast #7month
Simple breakfast 😁

*NASI GORENG TOMYAM SEAFOOD*
🐙🦐bebawangs (hiris halus)
🐙🦐serbuk bilis homemade
🐙🦐pes tomato homemade
🐙🦐daun limau purut
🐙🦐nasi
🐙🦐udang
🐙🦐sotong
🐙🦐carrot
🐙🦐kacang buncis
🐙🦐minyak masak

🌸tumiskan bebawangs dan serbuk bilis hingga naik bau.
🌸kemudian masukkan pes tomato homemade dan sayur². tunggu hingga sayur² lembut.
🌸apabila sayur tlh lembut, masukkan sotong dan udang dan kacau² lagi.
🌸masukkan daun limau purut pula.
🌸kemudian masukkan nasi. kacau² sebati.
🌸angkat daun limau purut utk dibuang. matikan api dan sedia utk dimakan.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #1y++
💗 NASI GORENG IKAN 💗
_________________

Baby Abdullah baru ada sebatang gigi tapi sekarang Mommy perasan, baby Abdullah lebih suka makan nasi kasar sebiji sebiji berbanding bubur.

Jadi hari ni Mommy decide nak masak nasi goreng😊 Hanya menggunakan bahan👇👇

Minyak
Bawang putih
Isi ikan
Tomato dicincang halus
Nasi

Nasi goreng ni baunya wangi sangat sangat. Ibu ibu boleh cuba ye😊

#abdullahfoodjourney
#10months