Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
' Sebelum ni anak memang tak makan sayur..
Tapi..mee sayur ni diorang makan pulak.. hehehe ๐Ÿ˜„
Rasa dia tak yah cakap la..memang awesome ๐Ÿ‘๐Ÿพ'
- Kak Arra

Senang je kan nak beri anak makan sayur ๐ŸŒฟ sambil makan mee ๐Ÿคซ
Puan Arra dah cuba mee sayur yumny ๐Ÿ˜„. Ada lobak merah, bayam dan labu manis. Nak cuba juga? Boleh wasap tepi โ˜บ๏ธ

๐Ÿฅ•๐ŸŽƒ๐ŸŒณ

#yumnykerteh #meesayur #meesihat #noodles #vegetables #lobak #labu #bayam #sayur #khasiat #serat #fiber #mata #vitamin #1y++
keledek rebus/stim hingga lembut
โ€ข Carrot sagat
โ€ข Isi ayam
โ€ข Telur goreng hancur
โ€ข Rempah kari
โ€ข Tomato paste
โ€ข Bawang merah (blend)
โ€ข Bawang putih (blend)
โ€ข Daun kari

1. Tumiskan dulu bebawang dan daun kari hingga kekuningan
2. Masukkan rempah kari sedikit dan isi ayam kacau hingga kluar minyak
3. Masukkan tomato paste, kacau lagi biar ia kluar minyak
4. Baru masukkan kentang/keledek dan carrot
5. Akhir sekali pecah kan telur di tepi nya... Hancur2 kan...
Satukan semua bahan... Dah siap

#HannanHumairahFoodJourney
#1y4m

*9) Keropok Lekor*
โ€ข Ikan kembung 3 ekor (saiz sederhana)
โ€ข tepung gandum 3 sudu
โ€ข tepung ubi 2 sudu (optional, takde pun takpa)
โ€ข air kukusan ikan 3 sudu

1. Kukus ikan hingga masak.
2. Dah sejuk, asingkan tulang & isi ikan (mohon cakna tulang kecil ya) . Air kukusan tu jangan buang.
3. Blend isi ikan hingga hancur.
Takde blender kering? No worries, boleh tumbuk lumat isi ikan guna lesung batu. ๐Ÿ˜‰
4. Campur semua bahan, uli serentak.
5. Gentel panjang-panjang. Letak tepung gandum sikit supaya tak lekat di tangan.
6. Sementara siap uli, rebus air hingga mendidih.
7. Masukkan keropok yang dah siap digentel.
8. Keropok yang dah masak akan timbul. Angkat & toskan.
9. Boleh simpan dalam chiller/frozen.
10. Nak makan, boleh rebus semula atau goreng. Ikut pada tekstur makanan baby. ๐Ÿค—

P/s :
Resipi ni boleh dapat 14-15 batang saiz jari hantu.
Boleh adjust jenis ikan & kuantiti tepung.
Resipi ni lebih pada rasa ikan, lembut untuk baby makan.

Psst, dari keropok lekor ni, boleh buat keropok keping baby juga tau.
Mommies potong/hiris serong nipis then jemur.
Nak makan, boleh goreng.
Krup krap krup krap baby mommies kunyah nanti ๐Ÿ˜‹

#AnggunSafiyyaFoodJurney #8m20d

*10) Hotdog Ayam*
โ€ข Isi ayam
โ€ข Bwg putih&merah-tumbuk
โ€ข Lada hitam-tumbuk
โ€ข Carrot
โ€ข Daun sup
โ€ข Tepung gandum

1. Kukus ayam+carrot 15min.
2. kemudian cincang kecil/halus.
3. Campurkan semua bahan..letakkan atas pembalut.
4. Ratakan ikut size yg dikehendaki.
5. Balut dgn kemas..ikat hujung kiri n kanan.
6. Frozenkan lebih kurang sejam untuk dptkn bentuk.
7. Kemudian keluarkan.
8. Buka plastik pembalut & kukus selama 10-15min. #Ziyad #1y

#10ResepiFrozen #BabyToodlerFoods
#HomemadeFoods
Menu lunch untuk harini โ˜บ๏ธ

UDANG MASAK KARI TANPA SANTAN
================================

Bahan Bahan :
๐Ÿฆ 7 Ekor Udang
๐Ÿฆ 1 Ulas Bawang Putih
๐Ÿฆ 1 Biji Bawang Kecil
๐Ÿฆ 3 sb Paste Bawang
๐Ÿฆ 1 Hirisan Halia
๐Ÿฆ 2 sb Serbuk Kari (Faiza)
๐Ÿฆ Sayuran (Carrot)
๐Ÿฆ Daun Kari
๐Ÿฆ Air Secukupnya

Cara Cara :
๐Ÿค Panaskan minyak, tumiskan paste bawang, serbuk kari dan daun kari, masukkan bawang kecil,bawang putih, halia, carrot dan air. Biar hingga carrot lembut.
๐Ÿค Masukkan udang. Biar seketika. Siap!

#AidansFoodJourney #ResepiUdang #ResepiMakananAnak #1y
*Puding Buah*

Semalam birthday saya..
Because cake is toooo manis letingg..
Mama buatkan saya fruit puding..
Sedappp ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ yg penting no salt no sugar.
Saya makan banyakkk..Ni resepi..
Buah buahan pilihan ibu (dragon fruit, kiwi, prun) Agar2 tali
Air..

Masak je agar^ dlm periuk. Dh larut semua blh mskkn dlm acuan. Pstu mskkn buah^ tu td.. Msk peti ais bg beku.. Siapp.. #1y
MUFFIN PISANG BLUEBERRY
------------------------------

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan minyak zaitun
3 biji pisang (dilecek)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Buah Blueberry secukupnya
Acuan guna la pape pon hihi

Cara-cara buat:
1. Pukul telur masukkan minyak dan pukul lagi.
2. Masukkan pisang dan mix perlahan sambil masukkan tepung yng diayak bersama soda bikarbonat.
3. Tuang ke dalam cawan acuan dan masukkan blueberry.
4. Tuang lagi adunan. Boleh juga letakkan blueberry pada bahagian atas. (Mama Imani tabur atas je)
5. Bakar 160C api atas bawah 20 minit.

*muffin ni sesuai untuk baby sebab tiada gula.
*manis pisang dan masam manis blueberry.
*sesuai sebagai sarapan pagi atau minum petang.

#solidfoodforimanisyifa #1y
muffin labu di dalam cup kertas kuih raya.. eh awal sangat mami eshan amik mood nak beraya nih. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
ni menu makan petang eshan harini. semua sekali dapat 45 biji dan eshan dah makan 9 biji. tak sesia mami sengaja cecomelkan dlm cup kertas kecikยฒ ni ๐Ÿ˜œ

MUFFIN LABU
____________________________

Bahan A
2 biji telur
esen vanila
โ…“ cawan madu @ puree kurma
โ…“ cawan yogurt
ยผ cawan minyak masak
*blendkan kesemua bahan

Bahan B
1 cawan tepung gandum unbleached
ยพ sudu teh baking powder
ยผ sudu teh soda bikarbonat
*ayakkan

Bahan C
ยฝ cawan labu
kukus dan lenyekkan

utk hiasan (optional)
saya guna unsweetened choc

satukan kesemua bahan dalam bekas. kacau biasaยฒ shaja supaya tidak overmix. dan sudukan ke dalam cup. utk hiasan tu optional ya. panaskan terlebih dahulu oven dgn suhu 190. setelah itu boleh bakar muffin selama 25minit menggunakan suhu y sama.
p/s: jika guna cup kertas macam di atas, memadai menggunakan suhu 170 shj dn bakar slma 15mnt.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #1y
*MUFFIN PISANG BAYAM UNTUK NAURA*

Resepi :
*pisang 5 6 biji
*bayam 3 4 pokok
*telur 2 biji
*kismis 1/2 cup
*tepung gandum 1/2 cup
*oat baby 1/2 cup
*minyak 3 sb (minyak masak/olive oil)
*baking powder
*esen vanilla

Blend semua pastu bakar dlm oven 170c dlm 20minit. Pastu ibu bubuh dlm 3 4 sudu kismis dlm adunan.
Sukatan ibu agak2 ja.

Bt kali ke 2 bru mjadi, kali p'tama muffin jdi bengkang.
#ibucuba
#nosugarnosalt
#ibumasak #1y
Simple breakfast ๐Ÿ˜

*NASI GORENG TOMYAM SEAFOOD*
๐Ÿ™๐Ÿฆbebawangs (hiris halus)
๐Ÿ™๐Ÿฆserbuk bilis homemade
๐Ÿ™๐Ÿฆpes tomato homemade
๐Ÿ™๐Ÿฆdaun limau purut
๐Ÿ™๐Ÿฆnasi
๐Ÿ™๐Ÿฆudang
๐Ÿ™๐Ÿฆsotong
๐Ÿ™๐Ÿฆcarrot
๐Ÿ™๐Ÿฆkacang buncis
๐Ÿ™๐Ÿฆminyak masak

๐ŸŒธtumiskan bebawangs dan serbuk bilis hingga naik bau.
๐ŸŒธkemudian masukkan pes tomato homemade dan sayurยฒ. tunggu hingga sayurยฒ lembut.
๐ŸŒธapabila sayur tlh lembut, masukkan sotong dan udang dan kacauยฒ lagi.
๐ŸŒธmasukkan daun limau purut pula.
๐ŸŒธkemudian masukkan nasi. kacauยฒ sebati.
๐ŸŒธangkat daun limau purut utk dibuang. matikan api dan sedia utk dimakan.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #1y++
*CHOCOLATE BABY BISCUITS*

Bahan bahan :
๐Ÿช 100g unsalted butter
๐Ÿช 7 biji kurma (puree)
๐Ÿช 1 biji telur kuning โ…“ cawan unsweetened cocoa
๐Ÿช 1 cawan tepung gandum
๐Ÿช 1 sudu tepung jagung

Cara cara :
โ€ข Pukul unsalted butter dengan puree kurma hingga sebati. Saya pukul guna senduk sahaja.
โ€ข Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
โ€ขSetelah sebati masukkan unsweetened cocoa dan gaul hingga mesra.
โ€ข Masukkan sedikit sedikit tepung tepung dan uli hingga jadi doh. โ€ข Terap ikut kreativiti masing masing dan bakar suhu 180 selama 20 minit.

*Biskut sesuai untuk teething, tak melt in mouth*

#EshanFoodJourney #1y
*RESEPI MENGGUNAKAN BUAH NAGA*

1) *Resepi Bubur Sum Sum Buah Naga tanpa guna santan*

2 kotak kecik susu full cream
4 sdb tepung beras
Buah naga (ikut la nak buh banyak mana pun)
*Masakkan susu n tepung beras. Dah masak, buh la dalam bekas. Buah naga tu potong sikit beda hiasan atas dia. Yg lain buat puri n tuang ja dalam bekas yg letak bubur sum sum tu. Buh dalam peti sejuk. Makan sejukยฒ sedap kot.
**kalo tak nak tepung tu berketulยฒ, buh tepung tu dlam susu dulu n kacau rata. Lepas tu baru masak atas api guna api kecik ja. Ok...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
.
#NurQaisaraAlisha
#10month

2) *Dragon Fruit Milk Shake*

Bahan-bahan
1. Dragon fruit
2. Fresh milk

Cara-cara
1. Campur semua bahan dalam blender & blender lah ia sampai sebati
2. Siappp ๐Ÿ˜‹

Sukatan sesuka hati sesedap rasa

* Selain dragon fruit, buah2 lain pun bole buat milk shake. Contohnye mangga, pisang, strawberry, blueberry, etc. Ummi suka guna dragon fruit sebab ummi suka color purple ๐Ÿ˜ Ok bye! ๐Ÿ˜‚

Credit : UMMI FIRASH ๐Ÿ˜˜

3) *Mashed Potato With Overload Sauce*

1. Lenyek/blend naga
2. Rebus kentang & lenyek
3. Tuang naga tadi di atas kentang & siap untuk dihidang !

#1y
#alfatehfoodjourney

4) *Bread with Dragon Fruit*

1. Lenyek/blend buah naga
2. Carikkan roti
3. Tuang naga & siap untuk dihidang !

#1y2m
#alfatehfoodjourney

5) *Baby Cookies*

๐Ÿช dragon fruit
๐Ÿช 5biji kurma (nak manis lebihkan)
๐Ÿช 250g unsalted butter
๐Ÿช 2 1/4 cup unbleached flour
๐Ÿช 2 1/4cup tepung jagung
๐Ÿช 3/4 cup puri naga + kurma

โ™จ๏ธ panaskan oven suhu 180c selama 10min

1. Blend kurma & naga.m
2. Pukul butter sehingga kembang. Nampak putih/kuning cerah dah kembang
3. Masukkan pula puri & pukul sebati bersama butter
4. Masukkan tepung gandum & jagung. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kalau terlembik tambah sedikit saja tepung gandum
5. Bentukkan mengikut citarasa. Bakar pada suhu 180c selama 20min api atas bawah atau mengikut kesesuaian oven masing2

* untuk kali pertama bakar sedikit dahulu untuk dapat suhu & masa yang sesuai dengan oven masing2
* sukat menggunakan measuring cup

#1y1m
#alfatehfoodjourney

6) *Yogurt Bark*

Musim panas ni sedapnya lahai kunyah-kunyah mende alah ni ๐Ÿ˜‹.

1. Buah pilihan + natural yogurt + sedikit air (xnak bagi masam)

2. Sapu nipis yogurt ke dalam pinggan

4. Tabur buah yang dipotong dadu. Kemudian sejuk bekukan 4/5jam

5. Patah-patahkan & makan dengan slurpnya ๐Ÿ˜‹.

#10months
#alfatehfoodjourney

7) *Agar Agar Buah*

Agar agar tali
Air
Buah Strawberry
Buah Naga
Susu fullcream

๐Ÿฎ Blendkan buah naga & strawberry (tanpa air).
๐Ÿฎ Didihkan air, masukkan agar agar tali, masak hingga agar agar larut.
๐Ÿฎ Tapis dan bahagikan kepada dua bekas. Campurkan 1 bekas bersama susu dan 1 bekas bersama buah yang diblend.
๐Ÿฎ Sejukkan agar agar yang dah dicampur dengan susu sebentar.
๐Ÿฎ Kemudian masukkan baki agar agar buah tadi semasa agar agar susu separa mengeras. Sejukkan dalam peti semula.

#AidansFoodJourney #16months

8) *Donut Dragon Fruit*

1. Gaul yis, tepung unbleach dengan unsalted butter sehingga menjadi seperti serbuk roti
2. Campurkan dragon fruit yang sudah dilenyek
3. Campurkan bancuhan susu formula.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.
5. Terap dengan acuan.
6. Tunggu sehingga kembang.
7. Goreng dalam minyak.
8. Salut bersama tepung formula.
9. Siap !

9) *Sagu Buah Naga*

Simple dessert untuk Aidan Fayyadh harini ๐Ÿจ Guna 3 bahan saja. Simple!

โ€ข Sagu
โ€ข Fresh Milk
โ€ข Buah Naga (boleh tukar buah lain)

๐Ÿจ Rebus sagu hingga kembang.
๐Ÿจ Lenyekkan buah naga.
๐Ÿจ Masuk sagu dalam bekas, masuk buah naga akhir sekali tuangkan fresh milk.
๐Ÿจ Siap! Simple kan?

#AidansFoodJourney #14months #teatime #dessertforbaby

10) *Icecream Dragon Fruit*

โ€ข Blendkan buah naga lepas tu tambahkan susu atau yogurt dan buah naga dipotong dadu. Masuk dalam bekas acuan. Sejukkan. ๐Ÿ˜‰

#AidansFoodJourney

11) *Pancakes Tower*

Bahan :
โ€ข Puree Beetroot
โ€ข Dragon Fruit (dilecek)
โ€ข Tepung Gandum (10 sudu)
โ€ข Susu Fm 2 oz

๐Ÿฅž Masukkan 5 sudu besar tepung gandum gaul bersama puree beetroot dan 1 oz susu fm. Buat bancuhan yang sama untuk flavour buah naga.
๐Ÿฅž Pana
๐Ÿ’“ UDANG MASAK LEMAK VERSI BABY ๐Ÿ’“

Bahan Bahan :

udang dibuang kepala dan kulit
bawang merah ditumbuk
bawang putih ditumbuk
kunyit hidup ditumbuk
kacang panjang
lobak merah
1/2 sk serbuk ikan bilis
1 sb santan
air secukupnya

Cara Cara :

didihkan air di dalam periuk .
masukkan bahan tumbuk , kacau sebati .
masukkan ikan bilis , kacang panjang dan lobak merah .
apabila sayur sudah empuk , masukkan udang .
kemudian masukkan santan , kacau sebati .
masak seketika sehingga udang bertukar warna .
tutup api , siap .
sedia dimakan bersama bubur nasi / nasi lembik .
jangan lupa taburkan sedikit herba campuran dan titiskan minyak zaitun .
selamat mencuba ! #1y
๐Ÿ’“ MEE REBUS VERSI BABY ๐Ÿ’“

Bahan Bahan :

mee organik ( sy guna mee fatboi )
keledek oren
tomato ceri ( dibuang kulit )
isi ayam / udang
lobak merah
sayur sawi

Cara Cara :

rebuskan keledek sehingga empuk .
angkat dan toskan .
kisar / lenyekkan keledek bersama tomato .
ketepikan seketika .
rebuskan pula mee sehingga lembut dan toskan .
air rebusan mee tersebut jangan dibuang , kita gunakan untuk membuat kuah .
masukkan bahan lenyek tadi dan kacau sebati .
apabila kuah sudah mendidih , masukkan lobak merah dan isi ayam / udang .
kacau rata .
apabila ayam / udang sudah masak .
masukkan pula sawi .
masak seketika dan tutupkan api .
siap , sedia dihidang ๐Ÿ’“ #1y
Disebabkan simanja ni dah setahun lebih dah tak nak bubur lembik. Jadi kak farah ambil pendekatan utk masak ikut selera faiha. So mommy kalau baby dah mula reject bubur bukan bermakna baby picky eater. Kemungkinan baby dah nak mula makan yang kasar.
.
So menu harini adalah *Macaroni chicken egg*
.
Bahan2 mudah je
1) macaroni
2) telur
3) fresh milk
4) tomato paste
5) chicken powder fawwaz
6) labu powder fawwaz
.
Cara masak:
1) masukkan telur. Fresh milk dan tomato paste.
2) tunggu sehingga masak
3) masukkan macaroni yang telah direbus
4) masukkan chicken dan labu powder #fawwaz
5) siap!
.
Pstttt nk sedap lagi tumis bawang tau hihi.
.
Selamat mencuba! #1y
๐Ÿ’“ SUP UDANG VERSI BABY ๐Ÿ’“

Bahan Bahan :

pati minyak zaitun ( poo )
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
lobak merah
kentang
saderi
serbuk ikan bilis / cbb
udang ( dibuang kepala dan kulit )
daun sup
tomato
air secukupnya

Cara Cara :

panaskan minyak , tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu .
kemudian masukkan lobak merah , kentang , saderi dan air secukupnya .
masak sehingga mendidih dan sayur empuk .
masukkan pula udang , tomato dan serbuk ikan bilis / cbb .
masak seketika , tutup api dan taburkan daun sup .
siap ๐Ÿ’“ #1y
Mee Rebus versi baby
~~~~~~~~~~~~~~

Baby noodles
Keledek
Bawang merah
Sawi
Lobak
Ayam
Udang
Tomato

Cara2 =

Rebus baby noodles sampai lembut..tepikan..air rebus an jangan dibuang..blend keledek yg dah Di rebus dengan tomato cherry yg dibuang kulit..masukkan bahan yg dah Di blend dlm pan yg ada air rebusan baby noodles td..bukak api..dah mendidih masukkan ayam,lobak Dan udang..last sekali masuk sawi..dah masak tutup api curahkan atas baby noodles yg dah di rebus td..

#healthyfoodforbaby
#MOTD (MEAL OF THE DAY)
#nosalt
#nosugar
#nomsg
#1y
#noodlesorganic
ORGANIC BABY NOODLE GORENG UDANG

Bahan-bahan :
Bawang holland
Bawang putih
Bilis powder
Broccoli ๐Ÿฅฆ
Organic baby noodle beetroot
Udang (potong kecik)

Caranya:
1. Tumis bawang bersama bilis powder
2. Masukkan udang & broccoli
3. Akhir sekali, masukkan organic baby noodle
4. Kacau rata, siap

Selamat mencuba mommy ๐ŸŒน

#1y #fawwaznoodles
Lama dah x up menu Ariana nie. Musim Pkp nie ibu still jaga mkanan dia even dh masuk 2 thun pun.. Organic mee murtabak nie ibu dpt idea dari murtabak megi. Tp kita ubah versi baby... Resepi smua dekat pic. Tp ibu type jgklah untuk kawan2 yg nak cuba.. Mana tahu anak2 yg tgh reject nasi leh cuba resepi nie. Senang sgt. Full of nutrient.. Full package. Carbo+protein+vitamin.. ๐Ÿฅฐ

Organic Mee Murtabak
๐ŸœMee rebus dan tos kan
๐Ÿœtelor 1 biji
๐Ÿœisi ayam cincang
๐Ÿœbrokoli cincang
๐Ÿœbunga kobis cincang
๐Ÿœbawang goreng atau nak letak daun sup pn sedap. Ibu x letak.
๐ŸœSerbuk lada hitam optional

Cara2
๐Ÿrebus mee dan toskan
๐Ÿmasukan telor dan smua bahan
๐Ÿkacau sebati
๐Ÿpanaskan kuali non stick pan. Letak minyak skit.
๐Ÿmasukkan adunan dan tekan. Biar lama skit tp api kecil. Jadi nak terbalikkan x pecah.
๐Ÿdah agak masak balikkan. Angkat dan potong. Siap..
#Arianafoodjourney#
#Realfood #noodlesorganic
#1y #8m
#1y. Pancake bayam dan pisang. Resepi ni inspirasi dari youtube mat saleh.. tapi dah diubah sikit.

Resepi:

1/4 cawan susu full cream
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 cawan bayam (agak-agak je)
1 biji pisang
1 biji telur

Masukkan semua bahan dalam blender, blend sampai halus semua bahan.
KICAP HOMEMADE ๐Ÿ˜

syukur alhamdulillah, hari ni Allah bg kesempatan share resipi kicap homemade..

bahan-bahan :
tulang ayam
air
bawang putih organik
cellery ausie
halia bentong
garam himalaya
jaggery
tepung ubi kayu

1)masak air + bawang putih + halia bentong + cellery sehingga mendidih
2)masukkan ayam biarkan sehingga sedikit pekat

3)tapis keluarkan ayam
4)air rebusan tadi + jaggery + garam himalaya

5)kacau rata
6)masukkan bancuhan air + tepung ubi kayu

7)kacau rata atau sebati sehingga sedikit pekat
8) sejukkan.. isi dlm botol

*simpan dlm peti sejuk tetapi ketahanan berape lama bukan mcm kicap komersial ya. rasanya pon xsama tp kicap homemade ini tetap ada rasa dan pilihan yg lebih sihat kan

cuba tau!
tapi maaf sgt2 tiada sukatan.. jarang sukat sebab agak2 je bahannya..

terima kasih!
inshaAllah masakan sedap tanpa msg, kiub2, secukup rasa kerana kita menggunakan bahan semulajadi atau istilahnya "real food" + doa doa doa jangan lupa tau!

Kredit tibu Adam Intan Nornie Sheika #1y #dapoumi
๐Ÿ’“ KEK PANDAN KISMIS VERSI BABY ๐Ÿ’“

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji telur
1/4 cawan madu ( 1 tahun ke atas )
1/4 cawan air pati pandan
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan mentega cair ( mentega tanpa garam )

Bahan B ( diayak ) :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk soda bikarbonat

Bahan C :
kismis secukupnya
badam cincang ( optional )

Cara Cara :

satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati .
masukkan Bahan B ke dalam Bahan A .
kacau sehingga adunan menjadi licin dan tiada tepung yang berketul .
masukkan kismis secukupnya .
aduk rata .
panaskan oven .
oleskan loyang dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan tadi .
taburkan badam cincang jika suka .
bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
jika mahukan permukaan kek yang tidak merekah , boleh kurangkan kuantiti kismis .
setelah masak , keluarkan daripada loyang dan sejukkan seketika .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
#1y