Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
ALHAMDULILLAH. BABY DAH TAK SEMBELIT LAGI DAN SELERA MAKAN PON BERTAMBAH 😋

✔️Brown Rice
✔️Oat Barley
✔️Extra Virgin Olive Oil

Fawwaz babbyfood 💯% Natural
sugar salt msg

⏲️ jimat masa
✈️ mesra travel
mudah disediakan, hanya tambah air panas sahaja

Berminat nak order, boleh pm admin 🎀

#babyfoodmalaysia #makananbayisihat #fawwazthelittlekitchen #nosugar #nosalt #nomsg #buburbayi #babycookies #serbukayam #serbukbilis #homemadebabyfood #healthyfood #makananbaby #biskutbayi #pureebaby #makanansihat #babyfoodrecipes #babysnack #babyporridge #babypuree #whitericebaby #brownricebaby #savory
Mee Rebus versi baby
~~~~~~~~~~~~~~

Baby noodles
Keledek
Bawang merah
Sawi
Lobak
Ayam
Udang
Tomato

Cara2 =

Rebus baby noodles sampai lembut..tepikan..air rebus an jangan dibuang..blend keledek yg dah Di rebus dengan tomato cherry yg dibuang kulit..masukkan bahan yg dah Di blend dlm pan yg ada air rebusan baby noodles td..bukak api..dah mendidih masukkan ayam,lobak Dan udang..last sekali masuk sawi..dah masak tutup api curahkan atas baby noodles yg dah di rebus td..

#healthyfoodforbaby
#MOTD (MEAL OF THE DAY)
#nosalt
#nosugar
#nomsg
#1y
#noodlesorganic
First time buatkan bubur sumsum untuk ain sofea.

Resepi by ibu ain : *BUBUR SUM SUM*
Santan fresh 1 cawan
Tepung gandum 2 sudu
Tepung jagung 1 sudu
Susu formula 2 sudu
Buah naga ½ biji
Buah mangga 1 biji

Kacau santan, tepung gandum dan tepung jagung sampai sebati. Panaskan atas api sederhana, kacau sampai likat (jangan tinggalkan). Tutup api dan masukkan susu formula.

Boleh layerkan dalam bekas dgn puree buah-buahan kesukaan anak dan letak buah potong.

#realfood #nosalt #nosugar #nomsg #10months
KEK PISANG KUKUS VERSI BABY

Breakfast Harith pagi ni kek/apam pisang kukus. Kalau nak texture lebih cantik boleh guna pisang berangan. Mama silap beli pisang emas. So texture tak berapa cantik. Tapi rasanya manis dan tetap sama seperti kek pisang apabila dah siap masak.😁

Bahan-bahan;
Pisang emas 5 biji/ pisang berangan 3 biji, tepung gandum unbleached 1 cawan, minyak masak 1/2 cawan, telur 1 biji, baking powder 1 sudu kecil.

Cara-cara:
1) Blend pisang bersama telur dan minyak.
2) Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3)Campurkan adunan pisang yang telah di kisar bersama tepung yang telah diayak. Gaul dengan cara kaup balik hingga sebati.
4) Kukus selama 10-15 minit.

Siap untuk dimakan!!.. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk makan semasa snacking pula.🤗

#muhammadharithfakhri
#nosalt
#nosugar
#nomsg
#11bulan
Nasi goreng telur untuk thea 😍

bahan2 :-
*nasi
*telur
*kacang buncis (cincang)
*bawang merah/putih

cara2 :-
*panaskan minyak, tumis bwg merah dan putih
*masukkn kacang buncis dah rasa layu sikit, masukkn telur dan nasik.

-boleh je nak letak sayur apa2 ekot selera masing2. 😍
-anak saya memilih nasi berbanding bubur jd sy buatkan nasi. gigi dia dh 4btg

#hbfm
#8m
#nosugar
#nosalt
#nomsg
Hari ni Chef Haura' Al Maqsurah breakfast dan lunch Spaghetti Carbonara Cheese #nosugar #nosalt #nomsg

Simple je bahan bahannya,

1. Spaghetti
2. Cendawan shitake
3. Susu Full Cream
4. Lada hitam
5. Bawang putih
6. Bawang merah
7. Mix vegetables
8. Unsalted butter (anchor)
9. Tepung jagung
10. Cheese stick

Jom buat step by step 👇👇👇

1. Rebus spaghetti hingga masak
2. Tumis unsalted butter dengan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
3. Masukkan mix vegetables dan cendawan shitake
4. Masukkan susu full cream
5. Tambah kan air sedikit
6. Masukkan cheese stick
7. Tabur lada hitam
8. Letak tepung jagung 1 sudu
9. Gaul hingga sebati semuanya

Siap!

Happy Luncheon everyone 🥰

#HauraFoodJourney
#HappyBabyFoodMalaysia