Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Breakfast hari ni. Murtabak roti cheese. 😁

Resepi :
2 keping roti
Sebiji telur
Cheese (resepi asal letak susu tp sy tkr ltk cheese)
Serbuk kari sikit (x ltj pon xpe. Sy letak nak bg ada rasa2 sikit)
Tomato cherry (ni sy saja letak sbb ada byk kat rumah)
Kalau nak tambah2 apa2 sayur pon blh.

Kocak2 telur. Masukkan cheese, serbuk kari, tomato cherry yg dah potong2. Gaul sebati.
Carik2 roti then gaulkan sekali dgn telur.
Masak atas non stick pan.
Siap!

_Kredit Yanie Yahya_ #10m
*Biskut Suji Biskut Makmor Baby Friendly 😁*
Done restock biskut anak soleh mami.
biskut susu cair di mulut2. ala2 biskut suji gitchewww ~ tapi harini mami malas sikit nak tekap guna acuan,so kita bulat2kan jela yee.. πŸ˜‚

resepi:
πŸͺΒ½ buku unsalted butter (dilembutkan)
πŸͺ7 scoop susu (sy guna fernleaf full cream)
πŸͺ2 cawan tepung jagung
πŸͺ2 sudu tepung gandum unbleached
πŸͺ2 sudu air

caranya:
potong setengah unsalted butter (sy guna brand anchor) dan make sure unsalted butter tersebut telah lembut dan tidak lagi beku teksturnya. kemudian, masukkan susu dan gaul2 bahan tersebut. tuang pula kedua2 jenis tepung sehingga sebati kesemua bahan.setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan menjadi doh dan boleh diuli2 lembut. bentukkan mengikut kesukaan masing2 dan boleh dibakar dgn mnggunakan suhu 150 slme 15-20 mnt.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #8m
Tauhu Berlauk

Bahan2:
Tauhu
Tofu telur
Bawang putih
Brokoli
Ayam
Serbuk ayam
1 biji telur

Cara2nya:
Blend semua bahan..Kukus dlm 10-15 minit..Dah siap kukus,sejukkan..Potong ikut suka hati pastu celup dlm telur dan goreng..Siap..

#FirasFirdausFoodJourney
#1y6m8d
*Donut Kentang*

Asalnya ibu nak buat smiley potato. Oleh kerana ketidakgigihan ibu, maka terhasillah donut kentang. Bolehlah ni daripada takde 🀣.

Ilham suka betul. Ibu goreng sikit je buat kudap2. Baki adunan simpan dalam peti sejuk. Petang ni kita goreng lagi ye. In shaa Allah.

#IlhamMakanApa #8m
#GengMemasakUntukAnak
Hari ni buat special skit untuk Haarra Samiyya. special tapi senang je.

*Blueberries Wholemeal Bread Pudding*

πŸ₯š Egg
🍞 wholemeal bread
πŸ‡ blueberries
πŸ₯› fresh milk
🍯 unsalted butter

Pukul telur, masukkan fresh milk, rendam roti ( potong/ tekap ikut bentuk kesukaan)
dalam bancuhan telur + fresh milk semalaman dlm peti sejuk.

Cairkan unsalted butter, masukkan dlm bancuhan tadi. Pindahkan bancuhan tadi ke dlm acuan yang diisi blueberries & finish by tabur blueberry di atas puding.

Air fry 180degc for 7-10minit.

done!
#hssolidfoodjournal
@hs.eat.play.love #10m
Bingka Pisang + Strawberry

ne buat tuk snack arissa
tuk kudapan petang
mama pun makan sekali hehe

Bahan bahan
pisang masak ranum 3 biji
telur 2 biji
unbleached flour 1 mangkuk kecil baby
blend

Pastu tuang dalam bekas
susun strawberry kat atas
bakar sampai masak

#mamarissamemasak
#arissamealsdiary #10m
TIPS TIDUR KUALITI ANAK:

β˜‘Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',

β˜‘Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),

β˜‘Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)

β˜‘Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik),

β˜‘Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),

β˜‘Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,

β˜‘Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,

β˜‘Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.

Maznah Ibrahim
8 tanda bahaya pada bayi dan kanak-kanak berumur kurang lima tahun.

Ibu bapa, pengasuh atau anda yang mempunyai adik kecil, pastikan anda semua peka tanda-tanda bahaya ini.

Segeralah bawa si kecil yang comel itu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan.
Hashbrown Potato

πŸ₯”Kentang
πŸ₯”Bwg besar / bwg holland dicincang
πŸ₯”Tepung jagung
πŸ₯”Serbuk ayam
πŸ₯”Serbuk garlic
πŸ₯”Telur gred C
πŸ₯”Lada sulah / blackpepper (optional)
πŸ₯”Pure olive oil

🍟Kupas kentang sebiji2 & rebus separa masak
🍟Sejukkn kentang kemudian sagat halus
🍟Campurkan semua bhn2 ke dlm bekas & gaul sebati
🍟Bentukkan hashbrown ikut kreativiti masing2, boleh guna acuan jgk
🍟Boleh freezekn skjp sblm masak (min 1hour), nk terus masak pun ok
🍟Panaskn olive oil dlm pan, masak hashbrown dgn api sederhana
🍟Balik2kn kedua2 belah hashbrown potato smpai masak sepenuhnya, siap !

#Aniq1y11m
#roadto2ndbirthday
#ibuCookAniqEat
Siap biskut utk bambam mama.. 2mggu lg nak travel jauh✈️✈️😍😍.. Mama nak kena siapkan fingerfood utk akeed.. Ok cair dimulut tau. 1st batch dah habis dekat mulut kakaknyaπŸ˜‚..

Resepi
1/2 buku unsalted butter
2cwan tpg gndum Unbleached
2sudu tepng jagung
Puree kurma

Cara
Pkul unsalted butter smpi kembng
Lpas tu masukkn tepung gandum n tepung jagung
Masukkan puree kurma

Bentukkan ikut kretiviti mommy

Bakar suhu 170 selama 10-15minit
Siap😍

Selamat mencuba

#homemadebabyfood
#akeed7m23d
#fingerfood
#areezakeed
*TABIAT SUKA MENGHISAP JARI ATAU PUTING ANTARA PUNCA GIGI ANAK MENJADI JONGANG*

Kebanyakan anak kecil suka menghisap ibu jari atau puting kosong.

Tabiat ini menjadikan mereka selesa dan mudah untuk tertidur.

Kebanyakan ibu bapa juga menjadikan puting kosong sebagai alat untuk β€œmemujuk” anak mereka ketika menangis.

Kebiasaan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan rahang dan pertumbuhan gigi anak.

Masalah utama yang boleh terjadi akibat tabiat suka menghisap ibu jari dan puting kosong ini ialah gigi jongang.

Gigi jongang adalah suatu keadaan di mana gigi hadapan atas berada lebih jauh kehadapan berbanding kedudukan normal sehingga seolah-olah gigitan gigi hadapan terlihat seperti terbuka.

Dalam bahasa pergigian, keadaan ini disebut sebagai β€œopen bite”.

Gigi jongang ini terjadi kerana jari atau puting kosong berada lama di dalam mulut sehingga gigi tumbuh mengikut bentuk jari atau puting tersebut.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa anda haruslah memantau keadaan ini jika anak kecil anda mempunyai tabiat suka menghisap ibu jari dan puting kosong.

Sebaiknya jika anak anda sudah mulai masuk usia 2 tahun, tabiat ini haruslah perlahan-lahan dihentikan agar apabila anak sudah menjejak usia 3 tahun, tabiat ini dapat dihentikan sepenuhnya.

Hal ini bagi mencegah anak terbawa-bawa tabiat ini sehingga gigi kekal mereka tumbuh.

Jangan lupa juga untuk membawa anak kecil anda ke klinik gigi secara rutin setiap 6 bulan sekali bagi membolehkan doktor gigi atau juruterapi pergigian memantau perkembangan serta pertumbuhan gigi anak anda seterusnya mengenalpasti masalah pergigian yang timbul di peringkat awal bagi membolehkan tindakan pencegahan serta rawatan awal dapat diberikan kepada anak anda.

Semoga bermanfaat!

~ Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM

#DakwahGigi
Baby fasa nak tumbuh gigi biasanya gatal gusi dan tak berapa nak makan. Disebabkan yogurt beli ari tu guna sikit yg selebihnya buang je dah expired (lupa nak bekukan) jadi nya ibu terpikir nak buat Yogurt Melt ni. Simple je guna 2 bahan je. Nak simpan senang bagi kimi makan pun senang. Tapi bila nak bagi tu jangan keluarkan banyak2 sebab yogurt melt ni cepat cair. Ala2 macam aiskrim jugak la. So far Kimi suka dan yogurt pun xterbuang πŸ˜‚ buat yogurt bark kimi x suka sbb berasa masam yogurt tu agaknya.

*YOGURT MELT*

Bahan
1/2cawan yogurt full fat natural - farm fresh
1tbsp puree buah-buahan
Piping bag
Pachtmen paper

**Sy buat 3 adunan puree berbeza
Hijau - Banana, spinach, dates
Pink- strawberry, pear, dates
Kuning - apple, golden kiwi, dates

Cara
1. Campurkan yogurt dan puree buah sekata.
2. Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam freezer 10min.
3. Keluarkan adunan yogurt tadi potong kecil di hujung piping bag dan paipkan di atas pachtmen paper. (Buat cepat3)
4. Bekukan selama 2jam atau semalaman.

(Ulang step yang sama bagi puree yg lain)

Anak atas 1tahun boleh tukar kurma kepada madu lg sedappp.

#8months #hakimifooddiary
*Tips pilih daging untuk anak*
========================

1) Pastikan segar bukan proses.
2) Warna mesti merah bukan pucat.
3) Bau masih segar bukan dah bau masam2 tu.
4) Cari yang kurang lemak sebab nak bagi anak kan.
5)Tekan sikit daging tu tekstur dia masih kenyal atau tidak.pilih yg kenyal
6)Pilih daging yang jusnya kurang meleleh dalam bekas tu. (Air warna merah mcm darah tu) Sebab nanti rasa kurang sedap.
7)Kalau jumpa yg grass feed lagi bagus.
8)Orang kata pilih yg tempatan,bkn import sbb lagi byk mkn rumput katanya.

Kak erin kalau beli daging kat kara beli kat aeon jela..pilih yg topside..confirm lembut,sedap,xberlemak macam gambar kat bawah tu...nak cari yg grass feed xjumpa lagi....πŸ˜…

#foodforkara #tipsmamakara
Nak tarik selera anak, mommy kena jadi super semangat,super kreatif,super rajinsss πŸ˜†. mcm Lempeng ni contohnya menu biasa je, tapi bila dah jadi bentuk 🐻, tu yang luar biasa.

*MILK PANCAKE VERSI 🐻*
β–ͺ️4 sudu tepung gandum unbleached
β–ͺ️2 sudu susu formula / fresh milk
β–ͺ️Secubit serbuk penaik
β–ͺ️Air secukupnya (kalau guna fresh milk tak perlu air)

Bancuh semua bahan, masak atas kuali nonstick.
Nak jadikan bentuk bear tu buat lempeng bulat2 macam biasa, kemudiannya letak bancuhan lempeng sikit di kiri kanan sbg telinga bear. dah siap. πŸ˜‰
psst.. tapi lempeng mami eshan senget benget la. πŸ˜‚πŸ˜‚

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #8m
Breakfast baby saya pagi ni ‡

*Lempeng Labu 2 Bahan*

Bahan2:
Labu
Tepung gandum (Unbleached)
*saya guna jenama Faiza

Cara2:
1. Stim labu sampai empuk.
2. Gaul dengan tepung gandum, agak2 je.
3. Masak atas kuali. Memandangkan saya guna kuali biasa, saya letak sikit unsalted butter supaya tak melekat. Nak guna sikit olive oil pun boleh.

Next time, nak try resepi gluten free pulak. πŸ˜‚ Atau nak tambah sayur apa2 lagi ke. Saja try sebab baby suka labu. Baby saya walau takde gigi lagi, tapi saya dah ajar mengunyah. Saya cubit sikit2 bagi makan.

Tengok penerimaan baby masing2 ye. Baby saya ok makan labu tak kembung, tak allergik & tak pernah sembelit sejak lahir.
Bayi sudah pandai buat eye contact seawal 3 bulan.. eye contact ni ada bbrp jenis
1. Eye gaze - iaitu boleh mengikut objek bergerak dngn mata
2. Eye contact dngn fungsi yg berbeza - spt nk minta sesuatu, confirmation, menunjuk sesuatu dll
3. Eye contact semasa berbual
.
Jd jangkamasa eye contact yg dilakukan oleh kanak2 bergantung kpd jenis dan fungsinya.. samaada appropriate atau pun tidak..
.
Jika slps 6 bulan masih tiada eye contact/eye gaze atau kanak2 cuba mengelak eye contact, perlu check ya.. sbb mslh tersbut mngkin ada mengganggu pembelajaran kanak2 tersebut..
.
#speechdelay #anaklambatcakap #aishahkassim #speechtherapymalaysia #speechtherapybangi #speechtherapykajang #speechtherapyselangor #occupationaltherapymalaysia
#autismmalaysia #specialneeds
Tips anak picky eater

1. Pelbagaikan bentuk makanan. Cth buat rice nugget atau bentukkan nasi menggunakan acuan bintang, ikan, bear etc

2. Letakkan makanan di dalam plate atau bowl yg menarik. Warna warni jugak memainkan peranan

3. Bagi anak pegang toys untuk alihkan perhatian dia sambil tu kita suapkan makanan ke mulut

4. Mommies bole jugak menyanyi nursery songs sambil menyuap makanan ke mulut si manja

5. Makan menu yang sama seisi keluarga. Contoh nak bagi anak makan sayur, mommies and daddies pun kena la makan sayur jugak! 😁😁

#tipsbydlas
#pickyeater
#tipsmakan
#tipspickyeater
#dlasdila
πŸ’œTOMYAM DAGINGπŸ’œ

BAHAN
Daging (direbus hingga empuk)
Tomato Paste
Bawang Besar, Bawang Putih
Sayur-Sayuran
Daun Limau Purut
Limau Kasturi

🍲 Tumis bawang dengan serai sehingga naik bau. Masuk daging.

🍲 Masukkan tomato paste (Lada benggala Merah, Tomato Ceri, bawang putih) dan air rebusan Daging.

🍲 Koyakkan Daun Limau Purut (buang bahagian tengah daun)

🍲 Bila semua dah empuk boleh perah dengan Limau Kasturi (optional). Masukkan tomato dan biarkan lagi beberapa minit. Tutup api.

#jannatul_insyirah
#10bulan