Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Cadangan Snack: Brazillian Spinach Tempura.

Mixed Tepung Gandum + Tepung Beras. Masukkan air sejuk (ais), kacau sebati. Pastikan batter tidak terlalu pekat atau cair. Add serbuk bilis, add pepper, add chia seed. Gaul rata. Celup spinach & deep fried. Toskan minyak & served.

Serbuk bilis boleh diganti dgn serbuk ayam, daging atau ikan ...

Sesuai untuk 1tahun keatas.

#hssolidfoodjournal
Soon #24months
*PUMPKIN SOUP*

1. Steam Pumpkin for 5-10 minutes.
2. Panaskan Pan, masukkan unsalted butter + garlic spread
3. Tumis butter dengan garlic paste bawang besar. (Bauuu dia so nice!)
4. Kacau sehingga bawang lembut.
5. Masukkan cbb, air, reneh sehingga mendidih.
6. Masukkan pumpkin + fresh milk + serbuk kayu manis + serbuk ayam
7. Kacau rata sehingga mendidih.
8. Perlahankan api. Biar 5-6 minit
9. Tutup api & biarkan sejuk.
10. Setelah sejuk, blend smooth.
11. Masukkan semua kedlm pan.
12. Add sedikit cheese spread
13. Guna api perlahan.
14 biarkan mereneh seketika & off flame. Siap!

#hssolidfoodjournal
#19months
Makanan Pejal Pertama untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas:

Tekstur : Puree

Puree Buah

Puree Sayur

Puree Bijirin : Beras Perang, Beras Putih.

UMUR 6 BULAN :

Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Avocado , Banana, Apple, Pear, Cauliflower, Carrot, sweet potato, pumpkin, Brown Rice, white rice.

CARA PENYEDIAAN:
Buah-buahan & Sayuran : Stimkan, Mash atau blend halus.
Rice: Masak Bubur, Mash atau Blend halus

CARA PENYIMPANAN :
masukan ke dalam bekas bertutup
Atau bekukan dalam ice tray & apabila beku pindahkan ke dalam ziplock

3-5 hari di chiller
1 - 3 bulan frozen.

Tips & Trick:
Simpan puree dalam bekas kecil 1-2 oz untuk 1 portion baby makan supaya senang nak kendalikan.

SEHARI BERAPA KALI MAKAN?

- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?

- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

#sharingbyMommyHS
#hssolidfoodjournal
#mommydanhaarra
Hari ni buat special skit untuk Haarra Samiyya. special tapi senang je.

*Blueberries Wholemeal Bread Pudding*

🥚 Egg
🍞 wholemeal bread
🍇 blueberries
🥛 fresh milk
🍯 unsalted butter

Pukul telur, masukkan fresh milk, rendam roti ( potong/ tekap ikut bentuk kesukaan)
dalam bancuhan telur + fresh milk semalaman dlm peti sejuk.

Cairkan unsalted butter, masukkan dlm bancuhan tadi. Pindahkan bancuhan tadi ke dlm acuan yang diisi blueberries & finish by tabur blueberry di atas puding.

Air fry 180degc for 7-10minit.

done!
#hssolidfoodjournal
@hs.eat.play.love #10m
5 RESEPI NASI ISTIMEWA

*NASI DAGING VCO*

🍚 Beras
🐮 Daging
🐮 Beef Bone Broth
Garlic Paste
Ginger Paste
Bawang Merah
🍶 VCO ( virgin coconut oil)
Air Secukupnya
🌱Daun Sup .
.
tumis garlic paste+ ginger + bawang merah dengan VCO sampai wangi, off flame
masukkan tumisan td dlm periuk nasi + beras yang telah dicuci + beef bone broth + air secukupnya + daging + daun sup yang dipotong halus. masuk periuk dlm rice cooker. masak macam biasa. siap! .

*NASI LEMAK PANDAN*
beras, cuci & toskan
1 sk garlic paste & ginger paste
2 ulas bawang merah di mayang.
santan
air daun pandan
air secukupnya
.
masuk semua bahan dlm periuk nasi, masak nasi mcm biasa. Mommy guna rice cooker.
.
.
*Corn Star Rice*
.
| Garlic Paste
Unsalted Butter
Sweet Corn - mommy buat puree skit, mommy letak corn biasa juga
CBB
beras
air secukupnya
.
1️⃣ Cuci beras, toskan, masukkan beras dlm rice pot
2️⃣ masukkan puree corn, corn nibbles, cbb & air kedalam rice pot
3️⃣tumis garlic paste dgn unsalted butter,
4️⃣ masukkan tumisan butter garlic ke dlm rice pot.
5️⃣ masuk pot dlm rice cooker, masak nasi seperti biasa.

*Turmeric Butter Rice*
.
.
Beras
Serbuk Kunyit
Bawang Merah
Garlic Paste
Ginger Paste
CBB
Unsalted Butter
mixed vegetables
.
.
tumis bawang merah, garlic & ginger paste dengan unsalted butter sampai naik bau, masukkan mixed vegetables & beras yg telah di cuci & toskan. kacau rata. Tutup api. masukkan bahan tadi dlm periuk nasi + cbb + serbuk kunyit. masak nasi mcm biasa. (Mommy guna rice cooker)

*Tomato Rice / Nasi Tomato*
.
unsalted butter
Garlic Paste
Bawang Merah / Onion Paste
Tomato Paste
CBB
Tomato potong dadu
Beras
air secukupnya
.
cuci beras & toskan, masukkan ke dalam periuk nasi.
tumis bawang & garlic paste dgn unsalted butter. masukkan tomato paste & CBB. kacau rata, biarkan tomato paste & cbb mencair seketika, masukkan tomato. masak sekejap, sebelum tutup api. masukkan bahan tumisan ke dlm periuk nasi. tambah air secukupnya. masak nasi seperti biasa. (Guna rice cooker)

Semua nasi diatas sesuai dimakan begitu sahaja atau di hidang dengan lauk goreng & boleh juga di hidang dengan masakan lain.

Sesuai untuk 8 bulan keatas. Mommies boleh adjust tekstur ikut umur anak.

Crdt resepi:
#hssolidfoodjournal
Ig: @hs.eat.play.love
Mommy tak sihat hari ni, tapi gagah juga bangun siapkan bekal untuk si Haarra Samiyya.

Masak simple simple je ;
Breakfast:
Fried Pumpkin Noodles
Tumis garlic dgn olive oil, masuk tomato paste & air. Reneh sebentar, masuk mixed vege & tabur serbuk ayam dan masuk #fawwaz pumpkin noodles . Gaul rata & siap.

Lunch : Orange Soup
Salmon-Carrot-tomato soup.
Makan dengan nasi putih.

Snack:
Steam corn (mommies beli brand watties)
Strawberries korea.

#hssolidfoodjournal #fawwaz #noodles #vege #serbukayam
#18months
#1year6months
CARA MENYEDIAKAN PUREE UNTUK BUAH YANG KERAS: APPLE, PEAR, CARROT & SWEET PEAS

1. cuci buah, tanggalkan kulit ( untuk sweet peas sha just buangkan urat sahaja)
2. potong & stimkan sehingga lembut (8-10minit)
3. blend sehingga lembut
4. Ready to serve @ frozen kan untuk stock
5. boleh + EBM 🍼 atau evoo semasa nk makan

#hssolidfoodjournal
#sharingbymommyHS
#shazanasir
CARA MENYEDIAKAN PUREE UNTUK BUAH YANG LEMBIK - AVOCADO, PISANG, PEACH,MANGO

1. Pilih buah yang masak
2. Cuci & potongkan
3. Keluarkan biji (jika perlu)
4. Mash/lenyek dengan garfu atau blend sampai halus
5. Hidangkan atau boleh frozenkan utk stock
6. boleh + EBM 🍼 atau evoo masa nk hidangkan pada baby .

untuk buah yang mudah teroxidize seperti pisang, elakkan menggunakan garfu besi. Boleh guna plastik instead masa mash.

#hssolidfoodjournal
#sharingbymommyHS