Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Siap apam pisang untuk minum petang adik qhairaπŸ˜‹
Mewah dengan rasa pisang,lembut je..
Kali ni pisangnya mama lenyek je&guna tepung kek pulak..sebelum ni tepung gandum biasa je..resepi macam yang sebelum ni jugak
#qhairafoodjourney
#11m28d

Bahan bahan:
Pisang(5 biji)pisang kecik2 tak pasti pisang apa maybe lemak manis
Telur(1biji)*
Minyak masak(1/2cawan)*
Tepung kek(1cawan)
Kurma(5biji)buang kulit&biji*

Lenyekkan pisang terlebih dahulu..blend bahan bertanda* sehingga gebu..masukkan bahan blend kedalam pisang yang dah dilenyek..sebelum masukkan tepung,ayak dahulu..gaul sebati..sapukan sedikit minyak pada acuan kemudian masukkan adunan kedalam acuan..kukus selama 40minit @sehingga masak
*KOLEKSI RESEPI MENGGUNAKAN TELUR 🍳*

1) *STEAM EGG PASTA*

Dalam steam egg ni ada rainbow pasta, sayur pakchoy yang telah blend, jagung, carrot dan serbuk ikan bilis homemade.

Cara buat:
1.asingkan telur kuning dan telur putih
2.gaulkan pasta yg telah dimasak , semua sayur dengan telur putih
3.masukkan ke dalam bekas kaca dan steam5-8 minit
4.gaulkan telur kuning dan tabur atas bekas tu dan steam 5 minit. Jadi boleh nampak 2 lapisan cantik.

SIAP

#babychenxinfingerfood
#1y10d

2) *TELUR PUYUH MASAK LEMAK BERSAMA SAYURAN*

Bahan bahan:
Telur puyuh
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cfs*
Santan *
Serai*
Sayuran pilihan:
Sawi jepun
Kacang buncis

~Rebus telur puyuh terlebih dahulu
~Masukkan bahan bertanda * kedalam periuk & renehkan
~Masukkan kacang buncis, dah agak nak empuk masukkan sawi jepun
~Biar mereneh sekejap&tutup api
~Masukkan telur puyuh kedalam kuah lemak

#qhairafoodjourney
#12m2d

3) *SUP TOFU TELUR DENGAN TELUR PUYUH*

🍜bebawangs (hiris halus)
🍜cbs
🍜serai (diketuk)
🍜serbuk lada putih
🍜tofu telur (goreng dahulu)
🍜telur puyuh (rebus dahulu)
🍜lobak merah
🍜brokoli
🍜air secukupnya

tumiskan bebawangs dan serai hingga naik bau.
kemudian masukkan cbs dan masukkan air.
masukkan lobak merah dan masak hingga hampir lembut. masukkan pula brokoli.
apabila lobak merah dan brokoli tlh masak sempurna, boleh masukkan telur puyuh dan tofu telur.
last sekali masukman serbuk lada putih dan padamkan api.

πŸ”Έmenu ini sesuai utk bayi berumur 8m dan ke atas dan telah pass telur.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

4) *RESEPI TELUR KUKUS*

Telur 1 biji

Carrot 1/2 inci (dadu kecik)
Brokoli 1 kelopak kecik (dadu kecik)
Sawi 1/2 kelopak daun je (hiris halus)
Isi ayam 1 ketul kecik (cincang halus)
Unsalted butter 1/2 sudu kecik
Air 2 sudu besar

Cara2nya:

Masukkan semua bahan kecuali ub ke dalam mangkuk dan kacau sebati.... Kemudian masukkan ke dalam bekas pengukus letak unsalted butter dan kukus 10-15 minit atau sehingga masak....

P/s: kalau nak letak protein lain pun boleh macam udang ke ikan ke daging ke.... Atau boleh je letak serunding ayam or ikan je sebagai bahan perasa.... Kalau anak dah pas susu boleh tukar air kepada susu..... Lagi sedap.... Nak add on cream cheese pun boleh.... Sayur tu terpulang nak letak sayur apa.... Kalau add on labu pun sedap manis2... 😊

#muhammadhilmanfaqih
#7m14d

5) *TELUR MASAK LEMAK*

πŸ₯šTelur
πŸ₯š Santan
πŸ₯šBebawangs
πŸ₯šKentang
πŸ₯šLabu
πŸ₯šPok choy
πŸ₯šAir
πŸ₯šMinyak

πŸŽƒ Tumiskan bebawangs sehingga naik bau kemudian masukkan santan dan kacau sebati
πŸŽƒ Masukkan air dan masukkan kentang sehingga kentang separa empuk
πŸŽƒ Kemudian masukkan labu dan biarkan sehingga labu, kentang empuk
πŸŽƒ Masukkan telur biarkan sehingga telur masak, masukkan pok choy dan matikan api.

#By Shezz Yusof

6) *KARI TELUR HANCUR*

🍲bebawangs (hiris halus)
🍲telur
🍲serbuk kari
🍲serbuk ikan bilis homemade
🍲cbs
🍲carrot
🍲tomato
🍲sawi pakchoy
🍲air secukupnya

mulaΒ² buat telur hancur terlebih dahulu. jgn kacau sangat supaya kepingan telur hancur agak besarΒ².
kemudian gunakan kuali yg sama utk menumis bebawangs. apabila telah kekuningan,masukkan serbuk kari, serbuk bilis dan juga cbs. masukkan air juga utk elak hangus.
apabila rempah tlh pecah minyak, masukkan carrot dan masak hingga lembut..kemudian masukkan telur hancur diikuti oleh tomato.
last sekali masukkan sawi pakchoy dan matikan api.

*sesuai utk baby 9m n above.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

7) *MASAK KURMA TELUR HANCUR*
(8m dah boleh makan masak kurma. Telur 8m dah boleh pastikan anak pass)

🍲 Telur sebiji
🍲 Bebawangs
🍲 Bunga lawang
🍲 Kayu manis
🍲 Halia
🍲 Rempah kurma Adabi
🍲 3 cube santan
🍲 Kentang sebiji
🍲 Tomato cherry 2 biji
🍲 Pok choy

πŸ₯šTelur sebiji masak atas pan dan gaul bagi hancur, kemudian ketepikan.

πŸ› Tumiskan bebawangs bersama bunga lawang, kayu manis, halia
πŸ› Dah naik bau masukkan rempah kurma Adabi, kacau sehingga sedikit garing dan masukkan air sikit
πŸ›Masukkan 3 cube frozen santan segar dan kacau sampai sebati dan tambah lagi air
πŸ› Masukkan kentang, tomato cherry dan tunggu sehingga kentang empuk
πŸ› Masukkan telur y
*12 RESEPI MASAKAN AYAM*
=========================

*1) Ayam Masak Ungkep*

πŸ— Blendkan atau tumbuk halus bebawangs, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis
πŸ— Kemudian tumiskan bersama serai hingga naik bau dan kekuningan. make sure bahan bahan ni ditumis sehingga masak betul betul dan naik minyak ya.
πŸ— Masukkan air, cbs dan ayam pula, tunggu hingga ayam masak.
apabila ayam telah masak, masukkan asam keping dan daun limau purut. gaul gaul lagi.
πŸ— Last sekali, masukkan sawi pakchoy, angkatkan asam keping dan daun limau purut, serta pasamkan api. Siap.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #Menu8Bulan

*2) Butter Chicken*

🌸 Cairkan unsalted butter dan masukkan bawang putih bersama daun kari.
🌸 Naik bau, masuk ayam.
🌸 Ayam dah separuh masak, masukkan cfs (chicken feet stock)
🌸 Masuk air (optional: susu FM/ fresh milk)
🌸 Lastly, masukkan cream cheese & mixed herbs. Mixed herbs untuk kurangkan rasa buttery tu. Takut anak muak.
🌸 Doneee.

#aujimamam #10months9days

*3) Ayam Goreng Daun Kari*

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,serbuk kari&bawang putih (tumbuk)
2) Goreng ayam sehingga masak
3) Celur lobak&bunga kubis sekejap
4) Tumis bawang holland&daun karikemudian masukkan ayam yang telah digoreng
5) Masukkan sayur yg telah dicelur, kacau sekejap&tutup api.

#QhairaFoodJourney

*4) Ayam Kukus Chinese*

🍜 Perap Ayam bersama minyak bijan bawang putih bawang holland lada sulah setengah jam(lagi lama perap lagi sedap)
🍜 Panaskan pengukus. Masukkan hirisan halia dan puree kurma dan kukus sampai empuk..

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #14months

*5) Tauhu Kukus Ayam Cincang*

πŸ™ Panaskan minyak, tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
πŸ™ Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot.
πŸ™ Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
πŸ™ Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
πŸ™ Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak. Siapp!

#RubyFoodDiary #1y3m

*6) Nugget Ayam Homemade*

Nasi 3 senduk
Dada ayam 1
Bawang besar 1
Bawang putih 2 ulas
Telur sebiji
Air masak agak2 dalam suku cawan comel (untuk mudahkan proses kisar)
Bayam (bersihkan, racik halus)
(nak guna sayur lain pun boleh)
Serbuk bilis 1 sudu kecil

🍘Masuk je semua bahan dalam blender, blend sampai hancur.
🍘Masuk adunan dalam dulang, ratakan then kukus 20 minit.
(Dalam dulang sapu minyak sikit, elak melekat).
🍘Selepas 20 minit, keluarkan dari periuk kukus.
🍘Sejukkan, dah sejuk betul2 baru potong cube, celup telur, goreng..
(tak celup telur pun boleh, boleh je terus goreng) πŸ˜‰
*** klau ada breadcrumb lepas celup dalam telur tu boleh tabur breadcrumb then goreng..
*adunan yang lepas blend tu tak nak kukus pun boleh, boleh trus sudukan sikit sikit, buat cucur, pun sedap! πŸ˜‹

#babykika1y #sigigi10 πŸ˜‰

*7) πŸ”πŸ”Nasi Lembik & Ayam goreng kunyitπŸ”πŸ”*

Bahan - bahan
πŸ”Isi Ayam
πŸ”Kunyit serbuk
πŸ”Carrot
πŸ”Kacang Panjang
πŸ”Kobis Bunga
πŸ”Tomato

Cara - Cara
πŸ”Basuh ayam kemudian lumurkan dgn sedikit serbuk kunyit.
πŸ”Panaskn minyak masukkan ayam goreng hingga garing.
πŸ” Sayur sayur saya steamkan 10 minit.
πŸ” Tumiskan bebawang kemudian masukkan sayur yg dah di steam & gaulkan bersama ayam yag siap di goreng, last sekali baru saya masukkan tomato, siapπŸ€—.

Anak saya masih makan makanan yang di blend kasar, jadi dah sejuk baru sy blend.

#Muhammadrealfoodjourney
#Muhammadmakanapa #9months

*8) Masak Lemak Ayam, Labu dan Sawi*

πŸ— Panaskan minyak, tumis bebawangs dan masukkan ayam. πŸ— Masukkan air dan celery,
2 bahan ni dah masak dan empuk, masukkan santan dan labu.
πŸ— Kacau2 sehingga labu empuk dan last sekali masukkan sawi.
Sawi dah layu. Tutup api
Doneeee 😘

P/s: semua bahan mami cincang halus sebab cik ruby dah x makan makanan blend. So if anak2 mommies semua masih makanan blend, boleh je potong potong ikut suka hati anda semua🀣

#RubuFoodDiary

*9) Rendang Ayam Tanpa Kerisik*

🍲 Tumis bebawang dan serai hingga naik bau, masukkan capsicum yang sudah diblend.
🍲 Masukkan ayam dan ubi kentang.
🍲 Kemudian masukkan santan dan sediki
Selalu mama buat potato stick je,pagi ni tambah cheese pulak..potato cheese stick&potato cheese ball untuk adik qhaira breakfast..
#qhairafoodjourney
#11m22d

Bahan bahan:
Kentang 3 biji(rebus/steam)
Tepung jagung(3sdb)
Tepung gandum(3sdb)
Ub((1sdb)
Cheese(1sdb)
Sayuran pilihan:
Lobak(sagat)
Kacang buncis(hiris nipis)

Lenyekkan kentang sewaktu panas&masukkan ub..dah suam masukkan pula sayuran,cheese,tepung jagung&tepung gandum..gaul sebati,bila dah tak melekat kat tangan boleh la bentukkan..goreng dalam minyak yang panas