Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Nasi Goreng Cina
(Sesuai 8m+)
.
Bahan²:
🍛1 ulas bawang putih, ½ biji bawang merah kecil, ikan bilis - tumbuk
🍛Sayuran pilihan (saya guna sawi pakchoy)
🍛Telur
🍛Nasi

Cara²:
1. Tumis bahan tumbuk dengan minyak zaitun sehingga naik bau
2. Masukkan telur
3. Masukkan sayur pilihan atau guna veggie powder dari Toddible
4. Masukkan nasi.
Gaul rata.

Untuk anak yg makan texture halus, ikut step yg sama sehingga masak. Kemudian blend.

#menu8bulan #mylittlefoodie #homemadebabyfood #resepibaby #toddible #nurulsyahidahramli
Menu lunch/dinner;
Sayur Sayur Telur
(sesuai 8m+)

Bahan²:
🍛 Bawang merah, putih, ikan bilis - tumbuk
🍛 1 biji telur
🍛 Sayur hijau - bayam/ sawi
🍛 Carrot -potong halus
🍛 Sedikit serbuk lada hitam - optional

Cara²:
1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan air, serbuk lada hitam dan sayur.
3. Pecahkan telur. Tunggu sampai telur betul² masak.
Siap!

#menu8bulan #homemadebabyfood #mylittlefoodie #resepimudah #resepibaby #lunch #dinner #nurulsyahidahramli
Menu breakfast/snack: Sweet Corn Soup with Garlic Stick Bread
(Sesuai untuk 8m+)

Bahan²:
🌽½ batang jagung - sagat dan rebus isi
🌽bawang merah, bawang putih - cincang halus
🌽carrot - cincang
.
Cara²:
1. Blend jagung rebus td bersama sedikit air rebusan
2. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan carrot
3. Masukkan jagung blend tadi dan masak atas api perlahan sampai likat. Siap!

Garlic Stick Bread
🍞 Potong roti secara memanjang seperi jejari
🍞 Cincang halus bawang putih dan masukkan ke dalam sedikit minyak zaitun. Kacau dan celup roti yg dipotong tadi
🍞 Bakar roti di atas kuali sehingga garing

#menu8bulan #resepibaby #homemadebabyfood #sweecornsoup #fingerfood #nurulsyahidahramli #toddible
Menu breakfast/snack:
(Sesuai 8bulan ke atas)
Banana Pancake
.
Bahan²:
🍌1 biji Pisang
🍌2 sudu besar unbleached flour
🍌1 biji telur
🍌Cinnamon powder
🍌Sedikit air suam.
.
Cara²:
1. Satukan dan blend/pukul semuanya sehingga sebati.
2. Masak atas kuali non-stick. Bila permukaan mula nampak 'bubbles', balikkan pancake.
3. Hiaskan dengan apa² buah atau makan dengan natural yogurt
.
Yummyyyhh!

Utk anak setahun ke atas, littlefoodie suka oles madu sikit 😋

#menu8bulan #mylittlefoodie #breakfast #homemadebabyfood #resepibaby
#sayajual #toddible #nurulsyahidahramli
#resepimudah
DAY 324
.
BUBUR CHA CHA KELEDEK (8m)
==========================

Bahan Bahan :
• Keledek Ungu (dipotong dadu)
• Keledek Oren (dipotong dadu)
• Beetroot (dipotong dadu)
• Ubi Kentang (dipotong dadu)
• Biji Sagu 1sb
• Santan
• Air secukupnya
• Daun Pandan

🍠 Steam keledek ungu, keledek oren, ubi kentang dan beetroot.
🍠 Kemudian, masak sagu hingga kembang
🍠 Masukkan ubi ubi yang sudah disteamkan tadi dan daun pandan.
🍠 Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih.
🍠 Siap untuk dihidangkan.
.
.
.
#AidansFoodJourney
#Babysolidfoodmalaysia
#Babysolidfood
#menu8bulan
Day 302

*SPAGHETTI AGLIO E OLIO (8m+)*
===========================
• Pasta
• Bawang Putih
• Bawang Merah
• Carrot
• Broccoli
• Zucchini
• Tomato
• Bebola Ayam
• Serbuk Ayam | Serbuk Ikan Bilis
• Daun Sup
• Sedikit air

🍀 Rebus pasta, kemudian toskan
🍀 Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga layu
🍀 Kemudian masukkan carrot, zucchini, broccoli, tomato dan sedikit air
🍀 Bila sayur dah lembut masukkan pasta dan bebola ayam gaul rata
🍀Masukkan serbuk ayam atau serbuk ikan bilis dan juga oregano flakes
🍀 Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Tutup api. Hidangkan

#AidansFoodJourney
#babysolidfoodmalaysia
#menu8bulan
Day 302

PAPRIK AYAM (8m+)
=================

• Isi Ayam (dihiris kecil)
• 2 Ulas Bawang Putih (dicincang halus)
• 1 Biji Bawang Kecil (dibelah dua dan dihiris)
• 4 helai daun limau purut
• Broccoli (dihiris kecil)
• Carrot (dihiris)
• Kacang Panjang (dipotong 1 inci)
• Tomato Paste
• 1 Batang Serai (diketuk)
• 1 Cawan Air

Cara Cara
🍅 Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
🍅 Tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga wangi.
🍅 Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
🍅 Masukkan tomato paste dan air. Masak hingga mendidih.
🍅 Masukkan daun limau purut, carrot, broccoli dan kacang panjang. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk.
🍅 Tutup api dan hidangkan.

#AidansFoodJourney #gengmemasakuntukanak #babysolidfood
#menu8bulan #Day302
DAY 302

Bangun tidur terus sarapan.
Licin semua cucur labu yang ada dalam bekas tu 👍
Alhamdullillah 💖

CUCUR LABU (8m+)
================

Bahan Bahan :
• Labu
• Unbleached Flour (Faiza | Ros | Love Earth)
• Minyak Masak

Cara Cara
🎃 Steamkan labu, kemudian lenyekkan
🎃 Kemudian masukkan unbleached flour
🎃 Panaskan minyak dan goreng

#AidansFoodJourney #gengmemasakuntukanak
#gengmemasak #babysolidfood #menu8bulan #Day302
DAY 312

AGAR AGAR MANGGA (8m)
=======================

Bahan :
• Agar Agar
• Air
• Puree Mangga
• Mangga dipotong dadu

Cara Cara :
🍮 Basuh agar agar, kemudian rebus bersama air. Kacau rata masak hingga mendidih.
🍮 Kecilkan api, kemudian tuang puri mangga dalam periuk berisi agar agar tadi. Kacau rata hingga sebati dan masak sekejap, jangan biar sampai mendidih, bila ia panas dan naik wap sahaja sudah cukup. Matikan api.
🍮 Tuang dalam acuan kegemaran anda dan biar hingga hilang wap panas. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.
🍮Hidangkan bersama isi mangga yang didadu, jika suka. Sedap dimakan sejuk

#AidansFoodJourney
#gengmemasakuntukanak
#menu8bulan
#Day312
DAY 314

BANANA ROLL-UPS (8m)
======================

Bahan Bahan :
• Roti 2 keping
• Mangga (puree)
• Pisang 2 biji
• Unsalted Butter

Cara Cara :
🍌 Gelekkan kedua dua permukaan roti menggunakan bread rolls sehingga leper.
🍌 Sapukan puree mangga pada roti.
🍌 Kemudian letakkan sebiji pisang dan gulungkan roti.
🍌 Panaskan pan, letak butter sedikit kemudian letak roti.
🍌 Roti dah garing, angkat dan potong.

#AidansFoodJourney
#menuteatimeuntukanak
#gengmemasakuntukanak
#menu8bulan
#Day314
DAY 314

NASI GORENG KAMPUNG
=====================

• Nasi
• Bawang Putih (ditumbuk)
• Bawang Kecil (ditumbuk)
• Ikan Bilis (ditumbuk halus)
• Baby Peas
• Ayam Cincang sedikit
• Air

Cara Cara :
🍚 Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan ikan bilis yang sudah ditumbuk.
🍚 Kemudian masukkan ayam cincang dan baby peas. Gaul rata dan masukkan sedikit air.
🍚 Bila baby peas dah lembut masukkan nasi. Gaul rata.
🍚 Siap untuk dihidangkan.

🚫 SALT
🚫 SUGAR
🚫 MSG

#AidansFoodJourney
#menusimpleuntukanak
#menu8bulan
#Day314
DAY 305

ORGANIC ROLLED OAT with BANANA and CHEESE (8m)
===============================================

Bahan bahan :
• 4 sudu besar Organic Rolled Oats (direndam semalaman)
• ½ biji pisang
• Cheese

Cara Cara :
🍪Rendam oat semalaman bersama 1 sudu jus lemon dan secawan air.
🍪 Kemudian masak oat bersama air rendaman dan tambah ½ cawan air lagi. Masak sampai likat.
🍪 Tabur cheese dan hidangkan bersama pisang

#AidansFoodJourney
#gengmemasakuntukanak
#babysolidfood
#menu8bulan
20 Resepi Makanan Bayi Usia 8 Bulan Ke Atas.

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan.
Mereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi.

Kesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas.
Semoga bermanfaat!


1. *Bubur Lemak Manis*
Masak bubur dengan kismis dan ‘virgin coconut oil’ (VCO).
Kemudian campurkan dengan EBM (expressed breast milk) semasa ingin dihidangkan kepada si comel.


2. *Bubur Labu & Leek*
Masukkan beras, seulas bawang putih, sedikit hirisan leek dan sedikit labu yang dipotong dadu.
Masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing dan biarkan bubur masak sempurna. (Resepi ini menggunakan 1 ‘pot’ kecil beras dan 5 ‘pot’ air.)
Apabila bubur sudah masak, blend sedikit / lenyek semasa ingin dihidangkan kepada anak.
*Resepi ini sesuai dijadikan ‘travel food’ kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja.


3. *Bubur Lambuk*
Resepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.
Tumis bawang putih, halia dan sedikit isi ayam.
Setelah naik bau, masukkan hasil tumisan tadi ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.
Tambahkan santan (Sukatan santan mengikut kepada berapa banyak air untuk beras).
Masukkan bahan lauk pilihan. Resepi ini menggunakan kentang, labu, brokoli, lobak, jagung, dan kacang peas.
Masukkan sesudu teh serbuk masak kurma ‘homemade’.
Tutup periuk nasi, tekan ‘cook’ dan tunggu sehingga bubur masak.
#menu10bulan


4. *Pumpkin Pie Oatmeal*
Hanya masukkan ‘rolled oat blend’, labu, kurma atau kismis ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak mereneh.
Siap dan sedia untuk dimakan!
*Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang.


5. *Apple Pie Oatmeal*
Renehkan ‘rolled oat blend’, epal merah dan serbuk kayu manis sebentar di atas dapur.
Kemudian, ‘mash’ , gaul rata dan siap!
#menu8bulan


6. *Mash Potato Mix*
Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
‘Blend’ kesemua bahan dengan 1 sudu teh ‘Extra Virgin Olive Oil’ (EVOO) & ‘cream cheese’.
Hidangkan bersama sedikit ‘homemade kurma syrup’.
#menu8bulan


7. *Mash Labu, Carrot With Cream Cheese*
Kukus labu dan lobak.
‘Mash’ bersama dengan ‘cream cheese’.
#menu8bulan


8. *Mash Potato WIth Chicken Cheese*
‘Steam’ kentang dan isi ayam.
‘Blend’ kedua-dua bahan bersama ‘full fat yogurt’ dan ‘cream cheese’.
#menu9bulan

9. *Steam Tofu With Kurma Gravy*
Potong tofu organik mengikut bentuk yang digemari dan ‘steam’ seketika.
‘Steam’ kurma seketika dan ‘blend’ dengan air. Memandangkan rasa kurma adalah manis, kuah tersebut dibuat cair sahaja.
Tuangkan kuah kurma ke atas tofu organik yang telah siap di‘steam’ tadi.
#menu8bulan


10. *Tofu Plumberry*
Potong tofu organik mengikut bentuk kegemaran dan kukus seketika.
Untuk kuah, ‘blend’ buah plum dan blueberry. Kepekatan kuah terpulang kepada piihan masing-masing.
Memandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis.
#menu9bulan


11. *Rice Pudding Pumpkin*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan EBM (expressed breast milk) apabila nasi hampir masak (sukatan air – 1 beras : 2 EBM). Tekstur nasi ini akan menjadi agak lembik.
Jika anak tiada alah dengan santan, boleh masak beras tadi bersama dengan santan (sukatan air – 1 beras : 2 santan).
Setelah nasi masak, boleh dimakan bersama puree buah kegemaran anak.
#menu8bulan

12. *Pumpkin Coconut Rice*
Resipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam ‘slow cooker’.
Bahan-bahan :
Beras yang sudah dibasuh bersih.
Labu dipotong dadu.
Sedikit endamame.
Sedikit isi ayam atau isi udang (‘seafood’ seperti udang pada kebiasaannya sesuai untuk anak usia 1 tahun ke atas. Jika ingin beri lebih awal kepada anak, pastikan buat ‘4 days rule’ dan pantau sama ada anak mengalami alahan atau tidak kepada udang).
Sedikit ‘baby spinach’ (dihiris halus).
Santan segar mengikut sukatan yang s
esuai dengan beras. (Boleh diganti dengan ‘full fat yogurt’ atau susu segar).

Langkah-langkah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam ‘slow cooker’.
Tambah sedikit serbuk ikan bilis ‘homemade’dan tekan ‘cook’.
Setelah nasi masak sempurna, gaul rata dan taburkan bawang goreng.


13. *Mushroom Rice*
Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi atau ‘slow cooker’.
Tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan dengan ‘unsalted butter’.
Kemudian masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
Tambah sedikit isi ikan salmon yang telah dimasak sebagai sumber protein.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


14. *Multigrains Chicken Rice*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan isi ayam dan labu ke dalam ‘slow cooker‘.
Masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
Tekan ‘cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.


15. *Baby Lemak Labu*
Tumis bawang merah.
Masukkan santan dan serbuk ikan bilis‘homemade’.
Gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak.
Masukkn labu dan reneh sehingga empuk.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit ‘homemade’.
Setelah siap dimasak, boleh dimakan bersama nasi lembik.



16. *Shell Pasta With Anchovies Cheese*
Rebus pasta dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB).
Masukkan ‘cream cheese’ dan sayuran pilihan.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tambah serbuk ikan bilis ‘homemade’ dan masukkan pasta.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.



17. *Creamy Spinach Pasta*
Bahan-bahan :
Pasta
Sedikit keju
1 cawan air
1 ulas bawang putih
Sedikit ‘baby spinach’
1 cawan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) – boleh tambah sekiranya ingin lebih berkuah

Langkah-langkah :
Masukkan semua bahan ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak sempurna.
Boleh taburkan sedikit ‘homemade chicken floss’ sebelum dihidang.
#menu8bulan


18. *Vege Pasta Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Masak cendawan bersama ‘homemade chicken bone broth’ (CBB), ‘cream cheese’ dan ‘full fat yogurt’.
Gaul rata kesemua bahan sehingga mendidih dan masukkan pasta.
Sagat keju di atasnya semasa ingin dihidang kepada si manja.
#menu10bulan


19. *Mac & Cheese*
Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
Cairkan ‘unsalted butter’.
Masukkan 1 sudu besar ‘homemade rice cereal’.
Masukkan seulas bawang putih yang dicincang dan tumiskan bersama kesemua bahan tadi.
Masukkan isi ayam dan air (boleh diganti dengan susu segar / santan)
Masukkan keju dan biarkan ia pekat (jika terlalu pekat, tambah sedikit air).
Masukkan pasta yang telah direbus tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


20. *Potato Creamy*
Kentang dipotong dadu.
Rebus kentang seketika dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan tumiskan sekali.
Masukkan ‘homemade chicken bone broth’(CBB) dan reneh sehingga semua bahan empuk.
Masukkan sayuran pilihan.
Masukkan ‘full fat yogurt’ / susu segar.
Setelah semua bahan masak sebati, boleh taburkan keju yang telah disagat ke atasnya dan sedia untuk dihidang.
#menu11bulan


TIPS BUAT IBU AYAH

Pastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak.
Jika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, ‘hold’ dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak.
*12 RESEPI MASAKAN AYAM*
=========================

*1) Ayam Masak Ungkep*

🍗 Blendkan atau tumbuk halus bebawangs, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis
🍗 Kemudian tumiskan bersama serai hingga naik bau dan kekuningan. make sure bahan bahan ni ditumis sehingga masak betul betul dan naik minyak ya.
🍗 Masukkan air, cbs dan ayam pula, tunggu hingga ayam masak.
apabila ayam telah masak, masukkan asam keping dan daun limau purut. gaul gaul lagi.
🍗 Last sekali, masukkan sawi pakchoy, angkatkan asam keping dan daun limau purut, serta pasamkan api. Siap.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #Menu8Bulan

*2) Butter Chicken*

🌸 Cairkan unsalted butter dan masukkan bawang putih bersama daun kari.
🌸 Naik bau, masuk ayam.
🌸 Ayam dah separuh masak, masukkan cfs (chicken feet stock)
🌸 Masuk air (optional: susu FM/ fresh milk)
🌸 Lastly, masukkan cream cheese & mixed herbs. Mixed herbs untuk kurangkan rasa buttery tu. Takut anak muak.
🌸 Doneee.

#aujimamam #10months9days

*3) Ayam Goreng Daun Kari*

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,serbuk kari&bawang putih (tumbuk)
2) Goreng ayam sehingga masak
3) Celur lobak&bunga kubis sekejap
4) Tumis bawang holland&daun karikemudian masukkan ayam yang telah digoreng
5) Masukkan sayur yg telah dicelur, kacau sekejap&tutup api.

#QhairaFoodJourney

*4) Ayam Kukus Chinese*

🍜 Perap Ayam bersama minyak bijan bawang putih bawang holland lada sulah setengah jam(lagi lama perap lagi sedap)
🍜 Panaskan pengukus. Masukkan hirisan halia dan puree kurma dan kukus sampai empuk..

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #14months

*5) Tauhu Kukus Ayam Cincang*

🍙 Panaskan minyak, tumiskan bebawangs sehingga naik bau.
🍙 Kemudian masukkan ayam cincang, cendawan , carrot.
🍙 Goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
🍙 Tutup api dan ketepikan.
Keluarkan tauhu daripada pek, masukkan ke dalam pinggan/mangkuk.
🍙 Cedok ayam dan bahan2 yg telah di goreng tadi bersama sawi dan tomato dan letakkan di atas tauhu. Kukus 10minit sehingga masak. Siapp!

#RubyFoodDiary #1y3m

*6) Nugget Ayam Homemade*

Nasi 3 senduk
Dada ayam 1
Bawang besar 1
Bawang putih 2 ulas
Telur sebiji
Air masak agak2 dalam suku cawan comel (untuk mudahkan proses kisar)
Bayam (bersihkan, racik halus)
(nak guna sayur lain pun boleh)
Serbuk bilis 1 sudu kecil

🍘Masuk je semua bahan dalam blender, blend sampai hancur.
🍘Masuk adunan dalam dulang, ratakan then kukus 20 minit.
(Dalam dulang sapu minyak sikit, elak melekat).
🍘Selepas 20 minit, keluarkan dari periuk kukus.
🍘Sejukkan, dah sejuk betul2 baru potong cube, celup telur, goreng..
(tak celup telur pun boleh, boleh je terus goreng) 😉
*** klau ada breadcrumb lepas celup dalam telur tu boleh tabur breadcrumb then goreng..
*adunan yang lepas blend tu tak nak kukus pun boleh, boleh trus sudukan sikit sikit, buat cucur, pun sedap! 😋

#babykika1y #sigigi10 😉

*7) 🐔🐔Nasi Lembik & Ayam goreng kunyit🐔🐔*

Bahan - bahan
🐔Isi Ayam
🐔Kunyit serbuk
🐔Carrot
🐔Kacang Panjang
🐔Kobis Bunga
🐔Tomato

Cara - Cara
🐔Basuh ayam kemudian lumurkan dgn sedikit serbuk kunyit.
🐔Panaskn minyak masukkan ayam goreng hingga garing.
🐔 Sayur sayur saya steamkan 10 minit.
🐔 Tumiskan bebawang kemudian masukkan sayur yg dah di steam & gaulkan bersama ayam yag siap di goreng, last sekali baru saya masukkan tomato, siap🤗.

Anak saya masih makan makanan yang di blend kasar, jadi dah sejuk baru sy blend.

#Muhammadrealfoodjourney
#Muhammadmakanapa #9months

*8) Masak Lemak Ayam, Labu dan Sawi*

🍗 Panaskan minyak, tumis bebawangs dan masukkan ayam. 🍗 Masukkan air dan celery,
2 bahan ni dah masak dan empuk, masukkan santan dan labu.
🍗 Kacau2 sehingga labu empuk dan last sekali masukkan sawi.
Sawi dah layu. Tutup api
Doneeee 😘

P/s: semua bahan mami cincang halus sebab cik ruby dah x makan makanan blend. So if anak2 mommies semua masih makanan blend, boleh je potong potong ikut suka hati anda semua🤣

#RubuFoodDiary

*9) Rendang Ayam Tanpa Kerisik*

🍲 Tumis bebawang dan serai hingga naik bau, masukkan capsicum yang sudah diblend.
🍲 Masukkan ayam dan ubi kentang.
🍲 Kemudian masukkan santan dan sediki
t air
🍲 Masak hingga ayam dan ubi kentang empuk. Masukkan sedikit kelapa parut. Gaul rata.
🍲 Siap untuk dihidangkan.

*Kalau nak tambah serbuk ikan bilis atau serbuk ayam pun boleh, mummy tak letak sebab kuah rendang dah rasa manis manis dari ayam.

#AidansFoodJourney #13months

*10) Ayam Masak Kurma*

🥕 Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 4 sekawan hingga naik bau.
🥕 Masukkan bancuhan rempah kurma dan sedikit air.
🥕 Masukkan isi ayam, carrot dan ubi kentang. Masak hingga empuk.
🥕 Akhir sekali masukkan sedikit tomato dan sedikit serbuk ikan bilis.

#AidansFoodJourney #menu8bulan

*11) Bubur Ayam*

🍚 Rebus ayam hingga empuk. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan.
🍚 Basuh beras. Masukkan beras dalam periuk bersama air rebusan ayam. Kalau tak cukup tambah air.
🍚 Masak beras hingga kembang, masak bubur ikut texture yang dikehendaki.
🍚 Bila bubur hampir masak masukkan halia, bebawang dan lobak merah.
🍚 Hidangkan bubur bersama ayam yang dah direbus (dicarik), bawang goreng dan daun bawang. Titiskan sedikit minyak bijan. Siap!

#AidansFoodJourney #Day326

*12) Ayam Bakar Daun Pisang*

Bahan Bahan :
• 1 ketul ayam
• Sedikit serbuk ayam*
• Sedikit serbuk kari*
• Sedikit serbuk cinnamon*
• 1 ulas bwg putih (ditumbuk)*
• 1 biji bawang kecil (ditumbuk)*
• Daun Pisang
• Unsalted Butter

Cara Cara :
🍗 Gaul dan perapkan seketika ayam dengan semua bahan *
🍗 Sapukan unsalted butter pada daun pisang.
🍗 Balutkan ayam dengan daun pisang dan grill dengan menggunakan api perlahan.

#AidansFoodJourney
.
.
DAY 321
.
Breakfast for today ❤️
.
NASI GORENG PATTAYA (8m)
========================
• 1 cawan nasi putih sejuk
• 1 sudu besar minyak masak
• ½ biji bawang kecil (ditumbuk)
• 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
• Serbuk ayam
• Telur

Cara Membuat:
🥚Panaskan minyak. Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.
🥚 Kemudian masukkan kobis. Gaul rata, dan masukkan nasi.
🥚 Taburkan serbuk ayam. Goreng sehingga masak.
🥚 Pukul telur, kemudian goreng menggunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
🥚 Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali.
🥚Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
🥚 Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Angkat dan hidangkan.
.
.
.
#AidansFoodJourney
#gengmemasakuntukanak
#babysolisfoodmalaysia
#menu8bulan
Hai Mommies!

Pagi ni ibu buatkan Ilham pengat pisang pasta. Taktau la nak buat makan pagi ke petang haha 😂. Buat je siap2.

Pengat ni takde gula atau garam. Tapi ibu dah rasa tadi. Memang cukup dah manis dari pisang tu. Bolehlah kita share sama2 ye Ilham.

Pasta tu pengganti sagu. Sagu takde. Letak jela star pasta hahaha 😆.

#IlhamMakanApa
#GengMemasakUntukAnak
#EatalianExpressPasta
#menu8bulan
#AathifsFoodJourney
[TEATIME]
.
👉 Cucur Jagung
👉 Greek Yogurt with Mulberry
.
🌽 Cucur Jagung
.
Bahan Bahan dan Cara Cara :
👉 Jagung dihiris nipis
👉 Isi Udang dicincang halus
👉 Bawang Holland dipotong dadu
👉 Anchovies Powder @baby.toddlerfoods
👉 Serbuk Kunyit
👉 Tepung Gandum
👉 Daun Sup
👉 Daun Bawang
👉 Air Secukupnya
.
👉 Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
👉 Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
👉 Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Kat mana nak dapatkan serbuk bilis/anchovies powder?Boleh pm admin group untuk order 🤗
.
#AathifsBLWJourney #blwbaby #menu8bulan #bergedildaging #menubeef #babyleadweaning #blw8months #babyfoods #breakfast #babyleadweaning8bulan #blwteatime #blw8bulan #cucurjagung #babyleadweaningideas #happytummy #blwteatime #jemputudang #babyleadweaningrecipes #blwmenu #babyleadweaningmeals #happytummy #babyfriednoodles #gengmemasakuntukanak #happybabyfoodmalaysia #blwteatimeideas
#AathifsFoodJourney
[ LUNCH]
.
👉 Steamed Rice
👉 Kurma Telur Rebus
.
🍲 Kurma Telur
.
Bahan Bahan dan Cara Cara :
👉 Telur Rebus
👉 Bawang Merah
👉 Halia
👉 3 sekawan
👉 Serbuk kurma
👉 Kentang (sudah dikukus)
👉 Tomato Cherry
👉 Santan
👉 Serbuk ikan bilis @baby.toddlerfoods
.
👉 Goreng telur rebus - toskan dan ketepikan.
👉 Tumis bawang dan 3 sekawan hingga naik bau.
👉 Masukkan pes kurma dan tumis hingga naik minyak.
👉 Masukkan kentang dan gaul sebati.
👉 Masukkan santan dan tomato, bila dah mendidih masukkan telur.
👉 Akhir sekali masukkan serbuk ikan bilis.
.
Kat mana nak dapatkan serbuk bilis dengan serbuk kurma? Boleh pm admin untuk order 🤗
.
#AathifsBLWJourney #blwbaby #8months #blw8months #menu8bulan #babyleadweaning #blw8months #babyleadweaning8bulan #blwteatime #blw8bulan #lunch #babyleadweaningideas #happytummy #blwteatime #babyleadweaningrecipes #blwmenu #babyleadweaningmeals #happytummy