Bayi Comel Sihat Ceria
482 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
#GroomyRecipe

#yazleenmakan
Cekodok Labu & Bilis
.

Bahan2: .
▪️Orgran All Purpose Flour (Gluten Free) .
▪️Labu
▪️Serbuk Bilis @groomy malaysia

Cara Msk: .
▪️Labu steam/rebus, toskan & lenyek
▪️Masukkan Serbuk Bilis Groomy
▪️Masukkan Tepung sikit2 sampai blh dijemput2kan
▪️Goreng .

Ain bentukkan jd leper & besar supaya aleen senang pegang sendiri
Actually lbh krg sama je mcm buat cekodok biasa cuma ain xde letak garam etc.
Utk aleen ain guna gluten free all purpose flour sbb dia allergic to gluten
Tpg ni sesuai jgk utk yg allergic to dairy or eggs
.
#Repost @ain.amykamal
GROOMY SEASONING POWDER 🧂
.
Serunding Ikan Salmon , Serbuk Ikan Bilis , Serbuk Ayam & Serbuk Daging Lembu Berlada Groomy 🤩🤩
.
Serbuk perasa ni sedap ditaburkan sedikit dalam bubur baby untuk khasiat dan rasa ayam, ikan bilis , daging berlada atau salmon..🐥🦈🐟🐄
.
Taburkan ketika memasak atau tumis bersama minyak / unsalted butter bersama bawang dan bahan2 lain untuk menaikkan aroma hidangan. 😍
.
Mommies yang nak dapatkan serbuk #groomy boleh pm admin🤗
MASAK LEMAK IKAN TENGGIRI 😘

🐟 Ikan tenggiri
🐟 freshmilk/santan segar
🐟 ubi kentang
🐟 carrot
🐟 bwg merah
🐟 bwg putih
🐟 minyak
🐟 serai
🐟 daun kunyit
🐟 sedikit serbuk kunyit

#safwanadhalunch
#1y4m
Menu makan petang mummy dan Aidan harini 😁

APPLE FRITTERS
==============
🍎 Apple Merah dipotong bulat
🍎 3 sb tepung gandum *
🍎 1sb tepung jagung *
🍎 1cube kecil Unsalted butter *
🍎 Cinnamon Powder *
🍎 Air Sejuk Secukupnya *

🍏 Bancuhkan bahan bertanda *
🍏 Celup epal, dan goreng hingga kekuningan
🍏 Siap! Boleh dihidangkan bersama ice cream - utk mommies 🤭

#AidansFoodJourney #teatime #snackingtime
sambil masak menu lunch, sambil main² dengan tepung. so settle masak menu lunch dan dinner, sekali muffin utk hi tea. selesai kerja mami di dapur. 😄
sebenarnya teringatkan jem blueberry yg mami buat minggu lepas. takut rosak, so mami masukkan je dalam muffin. dapat 10 biji kesemuanya dan alhamdulillah sedap.😋

BUTTER BLUEBERRY MUFFIN
🧁3 kiub unsalted butter
🧁½ cawan madu @ puree kurma (⚠️penggunaan madu utk 1yr and above, kuantiti boleh adjust ikut kemanisan yg diingini)
🧁1 biji telur
🧁125ml susu full cream (1 kotak full cream dutch lady plg kecil)
🧁1½ cawan tepung kek @ tepung gandum unbleached
🧁jem blueberi homemade
🧁1 sudu teh perahan lemon (optional)

pukul unsalted butter dan madu@puree kurma hingga sebati.
kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sedikit berbuih. part ni plg penting utk memastikan kek akan jadi gebu ataupun tidak.
masukkan pula susu dan pukul lagi.
masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berserta perahan lemon.
masukkan dalam cup kertas atau muffin tray. (cara² boleh tengok pada gambar kedua)
panaskan oven selama 10 minit. kemudian boleh bakar muffin dgn suhu 170 selama 25 minit atau mengikut kesesuaian oven masing².

**resepi ini sesuai utk baby yg 8m ke atas yg telah pass telur.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
Semalam nampak ada yang up resepi Murtabak Ayam. So, hari ni Mommy pun nak try murtabak ayam untuk breakfast Auji.

🧀 Murtabak Ayam Cheese with Pasta 🧀
Resepi:
🌸 Rebus pasta dengan sikit olive oil.
🌸 Rebus/stim jugak carrot, peas & ayam supaya confirm masak
🌸 Pecah telur, campur pasta, carrot, peas, ayam, serbuk kari & cream cheese
🌸 Lastly, panaskan pan dengam UB. Then, boleh goreng macam buat telur dadar
🌸 Siap! Yummehhhhh 😋

Untuk dessert & snack time Auji, Mommy just buat yogurt + mango + banana. Simple tapi memang favourite Auji. Happy Cooking 👩🏻‍🍳
#aujimamam #9months3days #add2hbfmalbum
Cheezy Potato Chicken

Bahan bahan
Potato
Diced Chicken
Cream Cheese
Oregano Leaves

Cara Cara
Steamkan potato and chicken
After steam campur semua bahan dan lenyekkan. Dah siap.

#aisyfoodjourney #8months #add2albumhbfm
Resepi udang masak lemak labu
* 1 tahun ke atas

Bawang kecil ditumbuk halus
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia dihiris nipis
Serai diketuk
Lengkuas diketuk
Puri labu frozen atau labu yang sudah di dadu
Santan frozen
Udang

Caranya
Masukkan udang, halia, serai, bawang kecil dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ditumbuk ke dalam periuk

Masukkan sedikit air, santan frozen dan labu

Kacau2 hingga semua cair dan sebati

Bila hampir masak bole masukkan pink himalayan salt.

Siap! Selamat menjamu selera

#masaklemaklabu
sebab ada labu banyak nauu kat rumah sampai berbiji², muffin labu sudah, labu masak lemak sudah, cookies labu sudah, pengat labu sudah, makanya petang ni mami buat menu simple ni as hi tea eshan. sedapp.. manis2 berlemak. 😋
settle 4 batang, eshan pun dah tersandar kenyang.
ALHAMDULILLAH. ☺️

*CHEESY MINI PUMPKIN STICK*
🥖1½ cawan labu (kukus)
🥖2 sudu puree kurma
🥖3 sudu tepung jagung
🥖tepung gandum unbleached (agak² sehingga doh tak melekat)
🥖3 sudu cream cheese tatura

satukan kesemua bahan dan gaul sebati. kemudian bentukkan mengikut kreativiti masing².

p/s : kena sesuaikan kuantiti tepung ya sebab kadang tekstur labu steam atau puree kurma juga mempengaruhi kejadian doh tersebut.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
Hi. Lupa nak share menu petang Naura kelmarin 😁

Pengat Labu + Kurma
(Sesuai utk baby 8m above)

Bahan2:
1. Labu
2. Santan fresh / ebm / fm
3. Molases sugar (1y above) / puri kurma

Cara2:
1. Rebus labu sehingga empuk dgn air masak sedikit
2. Bila dah lembut masukkan santan pekat
3. Then masukkan satu sudu makan molases sugar
4. Api perlahan dan sentiasa kacau pengat
5. Potong kurma ikut kreativiti dan hias on top of pengat

Utk baby yg belum ada gigi boleh blend. Boleh gantikan santan dgn ebm tapi makesure masuk bila nak bagi baby makan utk jaga khasiat ebm tersebut.

#resipimudahmummyD
#solidfoodimannaura
Pengat Sagu Keledek Dan Labu Berkismis❤️
Makan petang utk cik ruby. Bg sejuk dulu, nanti bangun tidur terus boleh makan😊

Bahan2
3 sudu besar sagu biji ( rendam dlm 1/2jam)
5-6 biji kismis ( rendam dgn air panas bg lembut, dan blend )
1 biji keledek
3/4 labu kuning
( 2 bahan ni mami steam bagi empuk dulu )
Santan fresh

Cara2
Rebus dulu sagu sehingga bertukar jernih. Masukkan santan dan puree kismis. Biarkan santan mendidih sekejap dan masukkan ubi2an yang telah di steam tadi. Kacau2 kejap dan tutup api
Siappp
#RubyFoodDiary
#1y3m
Anak siapa suka makan labu? Kalau ibu ayah nak tahu labu bagus tau. Labu membantu singkirkan cacing dalam badan. Labu pun makanan kesukaan nabi. Labu boleh bekalkan tenaga dalam tubuh. Anak kembung makan labu? Cuba masa steam / masak labu masukkan juga potongan halia. insha'Allah anak tak kembung.

MASAK LEMAK LABU
==================
• Labu
• Bebawang
• Halia
• Ikan Bilis / Serbuk Ikan Bilis
• Santan
• Air
• Daun Kunyit

🎃 Masukkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis ke dalam periuk.
🎃 Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dengan garpu).
🎃 Masukkan santan dan serbuk ikan bilis (kalau tak letak ikan bilis).Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak. Siap!

Kredit : Farhana Mohamad

#AidansFoodJourney #8m++
Organic Pumpkin Powder Groomy Malaysia ni 100% dibuat dr organic pumpkin fresh tau! Ada MyOrganic Cert dari ladang pembekal. Groomy Malaysia is the only one yang proses sayur organic untuk dijadikan powder. Khasiat organic adalah misi utama kami untuk baby! 😋
.
Rasa manis asli dari labu organik tu sebab di dehydrate dengan suhu bersesuaian bagi mengekalkan rasa, warna dan khasiat labu tersebut. Mudah sangat guna. Tabur je masa nk serve kat baby. Atau masukkan je masa tengah masak makanan baby. Nyum! 🍲
.
Nak cuba? Boleh wasap admin 🌹
.
#GroomyMalaysia #organik
lama tak buat muffin utk eshan.
kebetulan ada daun pandan banyak, so buat muffin pandan utk eshan.
oh ya.. muffin ni sangat lembut dan sesuai utk baby 8m dan ke atas ya, walaupun baby mommies belum ada gigi sekalipun. 😊

MUFFIN PANDAN BERKISMIS
🧁1 cawan tepung kek
🧁1 biji telur
🧁100 ml minyak masak
🧁50 ml air pandan (blendkan daun pandan dan ambil airnya)
🧁4 sudu madu @ puree kurma (⚠️penggunaan madu sesuai utk baby 1yr n above)
🧁kismis organik@apa² topping kegemaran

satukan minyak masak, telur dan juga madu@puree kurma. pukul dengan whisk tangan atau spatula shj.
apabila kelihatan sebati, boleh masukkan air pandan.
last sekali masukkan tepung dan sebatikan.
tuangkan ke dalam cup kertas. hiaskan dgn kismis atau apa² topping.
panaskan oven selama 10 minit.
kemudian boleh masukkan muffin utk dibakar selama 25 minit dgn suhu 160. 5minit terakhir mami alihkan kepada api atas shj utk dapatkan tekstur garing di atas.
siap.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
Muffin pisang....

* 2 1/2 biji pisang berangan
* Tepung gandum 1/2 cawan
* 5 sudu besar air
* 2 sudu minyak masak(sy guna minyak biasa je)
* 1/2 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil soda dn baking powder
Sy bakar suhu 160 selama 20 minit(ikot pd oven msg2 ye)
Rasa dia sebijik mcm kek pisang tu.....wangi..lembut je..dn tnpa telur.....

#untukanak2kembarsayayang9bulan.....
Siapa geng breakfast lempeng hari ni...
👏🏻👏🏻👏🏻
Rupa carcamerba rasanya sedap menusuk kalbu 🤪🤪

Tepung gandum (unbleach)
Air masak (secukupnya)
Pisang (sebiji potong nipis2)

_Zulaiha Esa_#8m
Breakfast for cikebum ibu Ariana ❤️
simple tp menyihatkan
ibu pn join sekali..sedap bau semerbak 1 rumah 😍

🍞 Garlic Carrot Bread 🍞
Roti wholemeal atau Gardenia
Bawang putih
Unsalted butter
Carrot sagat halus

Cara2
🍭Cincang bawang putih sehingga lumat.
🍭 sapukan ub pada kedua belah roti, dan taburkan mix herb, carrot dan bawang putih.
🍭Bakar sehingga kekuningan
🍭Siap siapa kata baby xleh mkn sedap 😊

#8bulan
#ArianaFoodJourney
#RealFood
#NoSugarNoSaltNoMsg
Simple breakfast for today.

OAT WITH MILK- RAISIN
====================
🥣 Rendam oat semalaman. Masak dan toskan.
🥣 Letak oats dalam mangkuk, tuangkan susu taburkan kismis.
🥣 Siap untuk dihidangkan. Hidang bersama buah buahan.

#7bulan
*Homemade Vitagen*
.
Sesuai dari 10 bulan keatas
.
- Blend kan anggur dengan sedikit air
- toskan air anggur yang di blend tadi
(buang kulit yang telah ditapis)& masukkan semula ke dalam blender & tambahkan yogurt
- tqah xde exact resepi tqah tambah 2 sudu yogurt td & blend semula
- boleh disimpan dalam storage botol atau food pouch .

#ruzayneat #babyfood #malaysiababyfood #blw #blwmalaysia #blw #babyfoodmalaysia #babyfoodideas #babyfoodie #babyfoodrecipes #blwjourney #gengmemasakuntukanak #kelabmakananbayidankanakkanak #resepibytqahnasir #homemadevitagen #homemadeyogurtdrink