NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Jujurnya jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain kaya dengan emas.

Kali pertama saya tengok plan bisnes PG, saya tak berminat. Komisyen cuma 1% dan 1.5%?

Sedangkan sebelum tu saya jadi ejen produk direct selling, komisyennya boleh sampai 21%, dan margin keuntungan jualan runcit cecah 25%!

Tapi bila tengok komisyen dealer cuma 1% dan 1.5%, saya tak berminat langsung buat bisnes PG. Lambat kaya...

Bayangkan lepas layan customer dengan pelbagai persoalan, bila customer menabung emas RM100, komisyen cuma dapat RM1.00?

Nak kena ada 100 customer menabung RM100 pada sesuatu bulan, barulah dapat insentif RM100!

100 customer, maksudnya 100 tanggungjawab, 100 masalah nak kena selesaikan.

Bisnes PG lebih kurang sistem ejen lain juga. Apa-apa masalah pasal transaksi customer, dealer yang kena guide, bahkan bantu settlekan bagi pihak customer dengan PG.

Mudah tak? Ianya tak mudah, kecuali dealer yang rajin datang training dan dia sendiri obses menabung emas.

Sudahlah komisyen kecil, komisyen RM100 pertama, PG bayar masuk c-wallet PGMall - macam Shopee Coins. Kalau insentif bulan tu RM110, RM100 pertama masuk c-wallet, balance RM10 barulah masuk akaun bank?

Semangat tak?

Memang tak semangat langsung...

Sebab tu saya cakap, jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain supaya kaya dengan emas.

Bisnes PG ni macam tanam pokok durian.

Hanya mereka yang sabar bina bisnes jangka panjang macam tanam pokok durian sahaja yang berbaloi buat bisnes PG.

Memang penatlah seketika... Bahkan ada ketikanya penat kerja macam kerbau... Tapi bila dah berbuah, hasilnya boleh makan sampai ke anak cucu. InsyaAllah...

Kalau buat bisnes baru 2, 3 bulan tapi fikir nak buat duit besar dengan PG, pada saya jangan buang masa. Baik buat benda lain. Bawa Grab lagi cepat dapat hasil...

Busines PG bukan macam tanam sayur; tanam bulan ni, 2, 3 bulan dah dapat tuai hasil. Bukan...

Semua dealer PG yang nak berjaya, dia kena sanggup buat bisnes tanpa apa-apa income lumayan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan.

Siapa sanggup join training (tiap-tiap minggu dan tiap-tiap bulan), buat konten, buat marketing, contact bakal customer selama 6 - 12 bulan tanpa apa-apa hasil, bisnes PG mungkin sesuai untuk dia.

Kalau tak, jadi sahaja penyimpan emas berilmu. Fokus menabung emas sahaja.

Bila ada ahli keluarga yang nak menabung emas, pass sahaja kepada dealer terlatih untuk bantu mereka mulakan tabungan emas.

Ahli keluarga kita happy dapat servis terbaik dari dealer terlatih. Dealer PG happy dapat tambah customer baharu. Kita pun happy tengok ahli keluarga kita pun sama-sama kaya dengan menabung emas tanpa sakit kepala nak settlekan masalah dia.

Pahala sebarkan kebaikan pun dapat. InsyaAllah...

Win-win...

#TestimoniDealerPublicGold
#TabungRaya

BAJET DUIT RAYA KITA BERAPA?
.
1. Buat satu bajet keseluruhan nak balik beraya ini berapa yang kita akan belanja. Bajet ini termasuk duit tol, minyak, duit mak, duit raya dan pastikan duit ini adalah duit simpanan kita bukan pinjaman peribadi punya.
.
2. Senaraikan kategori duit raya ini kita akan berikan pada siapa, keluarga terdekat, anak saudara, rombongan kanak kanak yang datang ziarah dan siapa sahajA yang layak sewaktu kita berjumpa.
.
3. Keluarga terdekat biasanya angaran duit raya antara RM50, RM20, RM15, RM10 sahaja bergantung kepada berapa ramai anak buah kita. Bagi ibubapa sebaiknya lebih dari jumlah sumbangan bulanan yang sedia kita berikan.
.
4. Bagi kanak kanak dari saudara jauh, saya kira memadai memberi sumbangan sekitar RM5 ke RM10 bergantung jumlah berapa ramai anak buah ini. Jika nak kurang lagi pun tak mengapa. Ianya bukan satu dosa.
.
5. Rombongan kanak kanak yang datang meriah kerumah ibubapa kita, sumbangkan sekitar RM1 ke RM2 sahaja sudah memadai agar mengembirakan hati mereka sahaja. Raikan mereka dengan jemput minum setidaknya jika tidak mahu makan sekalipun. Maklumlah mereka sedang bermain dengan masa!. kejar berapa rumah yang ada
.
6. Asingkan duit ikut sampul dan warna, ini memudahkan kita memberi sumbangan nanti. Utamakan golongan yang layak terima berbanding untuk kelihatan bergaya sampul bewarna.
.
7. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Jangan beri sumbangan duit raya sebab takut orang kata kita papa. Ingat lepas raya kita semua masih bernyawa. Jika kita tidak mampu beri duit raya, jangan ikut orang untuk memberi walau kereta kita paling berjenama Honda misalnya!
.
8. Sebelum sebok nak bagi duit raya ini utamakan golongan ini jika kita ingin jadi suami yang seksi dan kacak bergaya. Ini susunan kewajipan kita.
a. Isteri kita
b. Anak kita
c. Bapa kita
d. Ibu kita.
.
9. Duit raya bukan satu kewajipan tetapi menjadi budaya yang baik. Cuma pastikan sebelum sebok memberi wang raya kepada anak orang . Pastikan semua anak kita telah ada tabung pendidikan untuk masa depan.
.
Dengan memberi RM100 setiap kali raya kepada anak anak selama 18 tahun dengan kadar 8%, kita telah mengunakan RM4000 dana pendidikan anak kita. Dengan sumbangan RM200 setahun selama 18 tahun dengan kadar yang sama, kita telah belanjakan RM8017!
.
Letak keutamaan kepada tempatnya baru kita menjadi mulia kawan.
.
Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat semua agar mereka faham
#TabungHutang

PELIHARALAH 'SINGA'

1. Berhutang itu ibarat memelihara seekor singa. Jika kita pintar dan berilmu, kita boleh jana pendapatan dengan singa itu.

2. Kita boleh kutip duit tiap kali orang datang melihat, kita boleh buat dandan bulu singa dan masuk TV3.

3. Kita boleh jual tudung  gaya singa dan boleh buat acara sentuh hidung singa atau bergambar dengannya.ehm..

Kita jana pendapatan dengan singa kita.

4. Kita juga boleh dapat kecederaan jika gagal kawal singa tersebut.

5.  Lebih malang jika kita tiada ilmu, kita boleh berada dalam perut singa dalam sekelip mata.

6. Orang kaya menjana pendapatan dengan hutang mereka.

7. Wang mereka disimpan untuk ke Pulau Andaman bersama keluarga atau bercuti luar negara

8. Mereka jana kekayaan dengan ilmu hutang yang mereka ada. Ingat orang beli rumah banyak dengan tunai mereka? Tidak jawapannya.

9.Mereka bina hutang untuk jana kekayaan mereka. Tetapi hati hati, jangan sampai tercedera atau anda sedar dah dalam perut singa.

Gegadis tak suka lelaki garang seperti singa, sebab mereka susah nak bermanja.

#JanaHutangSecaraSihatDanBijak
Achik terpaling banker sila jangan beri maklumat mengelirukan

1. Islamic Financing tiada riba.

2. Para ulama dan pakar kewangan Islam telah buat yang terbaik, dengan Islamic Financing telah beri ruang dan peluang orang Islam memiliki hartanah.

3. Rasanya konsep Islamic Financing yang achik-achik ni nak adalah bayar ikut suka tanpa ada profit rate, dan sampai satu masa bank kena halalkan sebab achik-achik kata Islam galakkan sedekah.

4. Kalau rumah harga rm300k, dia nak jumlah kena bayar pun rm300k, siap bagi diskaun 50% atau bagi free baru Islamic?

5. Islamic Financing dengan keuntungan bank yang tinggi dan bayaran balik yang tinggi adalah prinsip bank. Bank bukan badan welfare. Bank sentiasa nak untung.

6. Semua benda bayar secara cash memang bagus. Nak hidup bersederhana tanpa hutang pun baik. Go for it. Atau jadilah super kaya, buka bank yang rakyat boleh pinjam 300k dan bayar balik 300k.

7. Melabelkan agamawan yang terlibat dengan perbankan Islam bersubahat dengan dosa riba sehingga menimbulkan fitnah itu sesuatu yang tidak baik dan melampau.

8. Yelah, perempuan mana pernah rasa dia salah. Tapi kalau achik-achik tidak punya ilmu muamalat yang mendalam jangan mudah menuduh. Berat di akhirat nak jumpa sorang-sorang.

9. Produk Islamic Financing ada kelemahan dan ada ruang boleh dibaiki.
BARU TAHU

Masih ingat lagi.

Masa mula menabung emas ketika tahun 2019 dulu, harga emas ketika itu 1 gram baru sekitar RM180.

Harini 2024, 1 gram yang sama dah meningkat hampir RM400!

Terbeliak biji mata!
Sebab tak sangka.

Tapi istimewa dalam Public Gold sebab kita menabung emas dengan ilmunya sekali.

Ada 2 perkara untuk kita mendapat manfaat daripada menabung emas :

1. Mulakan simpanan gram emas pertama.
Selagi tak mula, kita tak akan faham. Dalam Akaun Emas GAP, kita boleh menabung serendah RM100.

2. Fokus pertambahan gram.
Simpan emas ni auranya best! Sebab makin pandang, makin kita nak tambah. Kalau duit, makin pandang, makin kita nak belanja.

Sebab itu apabila kita menabung emas, lagi-lagi dengan ilmu, insyaAllah akan rasa seronok, secara tak langsung simpanan pun makin bertambah.

Kredit nota: Puan Farah Najiha

Hubungi saya untuk bermula
https://publicgold.me/rozitayakkop
Gais.

Hari ini saya berjumpa seorang customer lama.

Dia memilih untuk membeli 1 dinar x 10 keping sebagai simpanan.

Semasa berjumpa, dia ada sembang dengan saya.

Katanya sebelum ini (tahun lepas) dia pernah beli emas kat sebuah syarikat sebab tertarik dengan gandaan 5x ganda (beli 1 dapat 5)

Sebab kata konsultan 5x ganda nie untung berganda bila harga naik, takde risiko, patuh syariah dan macam-macam lagi plus point mereka.

Lepas test join produk tersebut, dia rasa was-was. Sebab produk nie tak dapat emas fizikal. Gandaan dalam screen aja katanya.

Lepas tu customer saya cakap sekarang nie syarikat tersebut dah delay payment ramai customer mereka.

Sebab bila customer ramai-ramai jual, duit company stuck.

“Nasib baik saya dah jual semua belian dan dah dapat duit” kata beliau.

Saya cakap “Alhamdulillah… tahniah sebab bernasib baik.

“Ada ramai lagi yang tak bernasib baik. Ada yang masih menunggu dan ada yang dapat partial payment sahaja”

Customer saya pun bijak.

Dia cakap “at least kalau ada emas dalam tangan, kalau jadi apa-apa, kita boleh cairkan kat tempat lain”

Kalau takde fizikal “macammana nak cairkan?”

Nampaknya customer saya nie dah jadi semakin bijak.

Walaupun dia pernah try beli produk ganda-ganda, namun akhirnya beliau kembali ke prinsip asas beli emas”

If you can’t hold it, you don’t own it!

18/4/2024

#NotaEmasSyukorHashim
Takut emas fizikal anda di curi?

Jika anda takut emas fizikal anda dicuri atau anda tak tahu tempat yang terbaik untuk menyimpan emas fizikal anda, baca post ini sampai habis kerana saya akan memberikan 2 jawapan terbaik untuk masalah anda.

Salah satu soalan yang sering saya terima daripada follower ialah tempat yang terbaik untuk menyimpan emas fizikal mereka.

Sudah tentunya tempat pertama untuk menyimpan emas fizikal itu ialah di rumah sendiri. But of course, kita menghadapi risiko kehilangan emas tersebut – lupa tempat simpan, emas itu dicuri atau dirompak.

Jadi tempat yang terbaik untuk menyimpan emas fizikal itu ialah di safe deposit box. Seperti namanya, safe deposit box ialah kotak besi dimana kita boleh simpan barang yang berharga termasuk emas – perhiasan dan pelaburan, wang, geran tanah, jam tangan dan malah surat wasiat. Malah anda boleh simpan apa sahaja yang anda nak simpan.

Saiz kotak berbagai – ada yang kecil, ada yang sederhana dan ada yang besar.

Berita baik yang pertamanya ialah syarikat Public Safe – anak syarikat PG – kini menawarkan servis safe deposit box ini di Menara PG di Jalan Tun Razak. Jika dahulu Public Safe menawarkan servis safe deposit box ini di Pulau Pinang, kini servis ini sudah ada disediakan HQ syarikat PG di KL.

Berita baik yang keduanya ialah caj untuk menggunakan servis safe deposit box ini adalah rendah. Berikut adalah caj yang dikenakan.

Seperti yang anda boleh lihat, cajnya adalah amat rendah. Sebagai contoh, caj untuk kotak sebesar 5 inci x 5 inci untuk setahun hanyalah RM350. Caj ini jatuh ke RM250 apabila anda sewa selama 5 tahun terus. Ini adalah amat murah sekali, ya?

Jadi saya syorkan anda untuk mengunakan servis safe deposit box ini untuk keselamatan emas anda dan juga untuk ketenangan jiwa anda.

Jadi jika anda tinggal di KL, di Selangor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, datang ke MPG dan sign up straightaway.

Kredit nota: Tuan Azizi Ali
Duit raya anak

Duit raya anak simpan di mana?

Zaman anak-anak saya, 30 tahun lalu instrumen yang saya pilih untuk simpanan anak-anak adalah di Tabung Haji.
Sebab apa Tabung Haji?
Dividen yang tinggi, sekitar 9.5% (lihat poster sejarah dividen TH sejak 1994)
Duit selamat daripada kebocoran sebab sukar untuk dikeluarkan. Perlu ke kaunter TH, tiada online transfer, lokasi agak jauh. 
Menabung daripada awal untuk menunaikan haji

Pada hari ini, instrumen yang saya syorkan adalah EMAS. 
Ini kerana emas meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas naik secara purata sekitar 10%, berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas.

Tabungan emas ini boleh digunakan untuk dana pendidikan yang akan digunakan lebih dari 10 tahun akan datang.
Pada masa tersebut harga emas pasti akan lebih tinggi.

Dividen Tabung Haji rendah. 
Untuk tahun lalu hanya 3.1%
Boleh letakkan jumlah yang sesuai untuk dapat giliran haji.

Hubungi saya
https://publicgold.me/rozitayakkop
#TabungKWSP

HABISKAN RM700,000 DUIT BERSARA?
Oleh Dr Azizul Azli

Jika dia habiskan RM700,000.00 duit persaraan dalam masa 3 tahun. Ini normal sebenarnya.

Ini bermakna setahun dia belanja RM233,333.33 atau sebulan dia belanja RM19,444.44.

Bermakna sehari dia belanja RM648 sehari. Sikit jer tu bang.

Data yang ada, memang 70% persara yang terima duit persaraan KWSP mereka habiskan duit mereka selepas 3 tahun.

Namun,

Jika dia bijak sikit, dia simpan dan bahagikan duit tu dalam ASB, ASB2 dan ASB Didik.

Secara purata katakan dapat pulangan 5% setahun.

Selepas 3 tahun duit dia bukan hilang. Malah jadi RM813,030.56 sahaja.

Dalam 3 tahun dia boleh buat profit RM113,030.56 juga.

Dah tak payah marah anak anak sebab tak tolong dia lagi.

Azizul Azli Ahmad
Anak Bukan Mesin Persaraan Kita
HARGA EMAS DIJANGKA KEKAL NAIK?

Kita belum jumpa zaman harga emas menurun, jika menurun hanya bersifat sementara.

Selebihnya akan kekal naik.

Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, ramai menjadikan emas sebagai 'safe heaven' mereka.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Jika bimbang matawang hilang nilai, buatlah simpanan emas sikit sikit buat masa depan kita.

"Sikit tu banyak mana Bang?"

Jika simpanan kita ada RM100,000, jadikan 10%-20% simpanan itu dalam bentuk emas.

Kredit: Tuan Azizul Azli Ahmad
Perkongsian mentor Tn Zulkiflie

Itulah aktiviti sepanjang hari dalam #TulipCruise ni.

Bila mengopi, tak ada apa yang kami discuss kecuali untuk jadikan bisnes dan kehidupan mereka yang bersama kami jadi lebih baik.

Multi-million dollar idea selalunya kami dapat sepanjang aktiviti begini.

Antaranya yang kami dapat setakat ni;

Emas yang disimpan melalui Akaun Emas GAP akan dapat dikeluarkan terus dari Gold ATM. PG sedang bekerja keras siapkan sistem.

Gold ATM akan diletakkan lebih banyak di branch. Dari gold ATM di branch, boleh terus keluarkan item besar-besar di Gold ATM tersebut tanpa perlu ke kaunter. Keluarkan dari akaun GAP sahaja.

Blog www.jutawasanemas.com akan dilahirkan semula dan diberikan nafas baru untuk mendidik masyarakat Malaysia dan Indonesia ilmu-ilmu terkini tentang emas.

Latihan fizikal untuk dealer akan dimulakan di Indonesia sebagaimana PG1S Education Program di Malaysia yang bermula sejak 2016.

Saya dan En Syukor Hashim akan bekerjasama dan berganding bahu membangunkan bisnes #PublicGoldIndonesia sebagaimana kami mula bekerjasama membangunkan PG dan dealer-dealer PG sejak 2016 di Malaysia. InsyaAllah.

Buku "Wang Emas" dan "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" akan diterbitkan dalam bahasa Indonesia sebagai rujukan edukasi masyarakat Indonesia tentang emas dan kewangan sebagaimana di Malaysia.

Kami masih ada berbaki lagi 4 malam atas cruise ni.

Mudah-mudahan ada lagi beberapa multi-million dollar idea dan decision yang kami dapat sebelum kembali ke tanah air. InsyaAllah.

#MisiUbahHidup1000Keluarga #PrivateTrip
#NotaEmasSyukorHashim

*Orang sekarang nak cari emas fizikal.*

Sebab terbukti emas fizikal jauh lebih bagus daripada emas bunian yang menjanjikan untung berganda-ganda tapi bermasalah.

Mulanya emas bunian ganda 10 dicanang sebagai solusi ekonomi. Ramai percaya.

Tapi bila pembeli emas bunian kena sidai 5 bulan selepas menjual emas mereka, barulah mereka sedar realiti sebenar.

Rupa tak seindah kabar.

Emas fizikal anda beli, boleh pegang dan simpan sendiri. Bila jual akan dapat duit. Tiada risiko kena sidai berbulan-bulan. Hati tenang.

Gais.

Jangan biarkan diri dikambingkan dengan janji-janji untung berganda dengan emas. Itu mengarut.

Emas straightforward sahaja gais.

Beli emas, mesti dapat emas fizikal.

Jika tiada emas fizikal, risiko anda dikambingkan sangatlah tinggi
Perkongsian ilmu dari Dr Azizul Azli

#TabungASB

ASB FINANCING MASIH RELEVEN?

Ya, ASB financing masih releven jika kita buat dengan teknik dan cara yang betul. Saya jugak pernah kongsikan sebelum ini, kenapa ASB financing masih menjadi pilihan yang baik untuk buat simpanan.

👉🏻 Boleh baca perkongsian saya di sini https://www.facebook.com/share/p/TvBNLVbjYDheK6UQ/?mibextid=oFDknk

Jika kita ada matlamat kewangan yang jelas, ASB financing boleh dijadikan sebagai salah satu platform yang baik untuk kita pilih sebagai tempat untuk menyimpan.

Selain gunakan dividen yang kita peroleh untuk simpan (reinvest) untuk kita dapatkan 'compounding', dividen ASB financing juga dapat digunakan untuk pelbagai tujuan lain.

Tapi apa yang menarik di sini, walaupun kita sudah gunakan dividen ASB financing, kita tidak akan hilang pegangan terhadap sijil pembiayaan tersebut selagi kita tidak batalkan.

Erti kata lain, walaupun dividen setiap tahun telah dikeluarkan dan dibelanjakan, nilai sijil ASB tersebut kekal menjadi milik kita jika kita terus membayar sehingga tempoh matang.

Ini ialah idea untuk pelbagaikan kegunaan dividen ASB financing.

1. Pelaburan emas

- Inilah yang dimaksudkan, sambil menyelam minum air atau 'mat salleh' cakap 'kill 2 birds with a single stone'. Kita boleh buat pelaburan dan simpanan ASB dan emas dalam 1 masa yang sama. Buat ASB financing dan bayar setiap bulan, hasil dividen ASB financing itu tadi, kita gunakan untuk buat pelaburan emas pula.

Pelaburan emas ialah pelaburan yang sangat baik sebagai platform pelaburan jangka masa panjang. Jadi setiap tahun anda boleh tambah pelaburan emas dan dalam masa yang sama anda kekal 'pegang' sijil ASB anda sehingga ASB financing anda matang.

2. Bayaran premium insuran/takaful.

- Setiap bulan, 'quarterly' atau setahun sekali mesti kita perlu buat bayaran insuran atau takaful kita sama ada untuk perlindungan nyawa, 'medical card', 'personal accident' atau sebagainya.

Jadi tidak kah 'nampak' seperti bayaran premium berkenaan 'percuma'? Sebenarnya tidaklah percuma, cuma anda tidak perlu keluarkan duit tambahan untuk membayar premium berkenaan jika anda bayar guna dividen hasil pulangan ASB financing anda.

3. Bayaran servis, cukai jalan dan insuran kenderaan.

- Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali anda perlu servis kenderaan anda dan setahun sekali anda perlu perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan anda. Jika setiap bulan anda telah membuat simpanan melalui ASB financing, hasil dividen berkenaan anda boleh gunakan untuk kegunaan kos kenderaan anda. Bukankah ini idea yang menarik?

4. Tambah simpanan/pelaburan ASB financing

- Ya! Anda boleh gunakan dividen ASB financing untuk tambah ASB financing. Sebagai contoh jika anda sudah mempunyai RM100k ASB financing, anda boleh menambah ASB financing RM80k tanpa perlu tambah budget bulanan.

Anda hanya perlu gunakan dividen ASB financing sedia ada untuk buat bayaran ASB financing yang baru. Ini salah satu teknik ASB financing yang dipanggil teknik 'hybrid' iaitu gabungan antara teknik 'rolling' dan teknik 'compounding'.

Jom mulakan simpanan yang lebih bijak melalui ASB financing supaya anda boleh menyimpan atau pelbagaikan kegunaan dividen anda.

-posting asal FB Bijak Kewangan by Faizal
“MULA DULU, FAHAM KEMUDIAN”

Saya pun sama dulu. Belum faham.
Mana boleh nak faham semua dalam 1 malam kan?

Bila dah bermula, baru saya faham.

Sebenarnya, tak perlu pun fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas. Mula sahaja walaupun 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1️⃣. Duit sentiasa habis kena belanja
2️⃣. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3️⃣. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1️⃣. Duit kita tak mudah bocor
2️⃣. Nilai emas semakin meningkat
3️⃣. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas. Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

Dah faham kan? Bermula hari ini jom! 💪🏻

Klik https://publicgold.me/rozitayakkop/akaun-gap