NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#TabungWang

TABIAT KEWANGAN WAJIB DIMULAKAN 2023

1. Belajar buat bajet dan mula ikut bajet yang ada. Selama ini kita belanja ikut duit 'selagi ada'.

2. Jimat dan mulalah melabur. Selepas menabung, belajar melabur juga. Paling asas letakkan dalam ASB atau TH sahaja dulu. Jangan terlibat dengan Forex.

3. Hindari Kad kredit dan Paylater. Ia hanya nama baru kepada istilah hutang. Diberikan nama yang lebih sedap didengar dan berbelanja tanpa rasa bersalah.

4. Bayar semua bil awal agar tidak tertangguh dan kena denda.

5. Jana pendapatan pasif. Belajar cipta sumber pendapatan baru mulai tahun ini. Jadilah ejen dropship atau affilate dan belajar menjual.

6. Banyakkan membaca waktu lapang. Cari dan belilah buku yang kita suka dan mulalah membaca. Baca buku Brainwash dan Otak Power ini dik, warna warni dalamnya disini https://bit.ly/3BOcp0l

Mulakan tahun baru dengan lebih baik dan bermakna ya

Selamat tahun Baru 2023

Azizul Azli Ahmad
Menjelang Tahun Baru

#Sampaikan agar adik kita bijak
#TabungDuit

HINDARI PERANGKAP KEWANGAN INI
Oleh Dr Azizul Azli

1. Kenderaan Mahal.

Kenderaan telan banyak duit kita jika salah beli. Pastikan kita beli kenderaan yang sesuai dengan julat gaji. Kenderaan untuk bergerak, bukan untuk bergaya.

2. Rumah Mewah.

Semakin mahal dan luas kediaman kita, semakin banyak duit kita ditelannya. Kos selengara juga jadi tinggi dan mahal. Beli yang padan dengan gaji dan senang urus bila bersara nanti.

3. Kad Kredit.

Kad Kredit masih menjadi antara hutang yang mufliskan anak muda, jika tiada keperluan elakkan guna. Jika nafsu macam kuda, lebih baik tiada.

4. Banyak Berhibur.

Hiburan selain melalaikan, ia telan banyak masa dan duit kita. Peluang jana duit dan melabur hilang bila terlalu banyak berhibur.

5. Tidal Labur Duit.

Duit yang ada tidak ditukarkan pada bentuk aset. Belajarlah melabur asas, paling mudah letak duit dalam ASB sahaja dulu sebagai permulaan.

6. Pasangan Yang Mahal

Jangan salah pilih pasangan hidup. Ada pasangan bawa kita kedepan, ada pasangan bawa kita kedalam penjara akibat suka belanja melampau. Hanya kita yang tahu menilai nanti.

7. Makanan Yang Mahal.

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hentikan budaya cuba makan viral dan pilih makanan yang berkualiti buat keluarga bukan makan untuk upload disosial media.

Kawan kawan,

Hidup ini tidak mahal, yag mahal adalah gaya hidup kita sahaja.

Nikmati hidup dengan keluarga baik baik di tahun baru 2023 ini.

Semak apa kita capai dan apa belum kita ada untuk baiki diri.

Wang ada di mana mana, hanya bagaimana kita melihatnya sahaja.

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan adik adik kita agar tak salah masuk perangkap ini.
#TabungWang

KESALAHAN KEWANGAN DIUSIA BERBEZA
Oleh Dr Azizul Azli

1. Didik generasi bawah kita dan anak anak agar memahami fungsi wang, wang sebagai alat tukar.

2. Bermain dengan anak anak dan berperanan sebagai pembeli dan penjual.

3. Bagi anak kecik, sesekali guna wang mereka untuk kita belanjakan agar mereka tahu perasaan bila wang diambil dan digunakan.

4. Buat senarai belanja dan sediakan bajet.

5.Membandingkan harga dan kualiti barang serta branda yang ada dipasaraya bersama anak waktu jalan jalan.

6. Buat akaun bank dan bina displin menabung secara tetap. 
7. Membeli barang diingini mengunakan hasil tabungan yang kita lakukan. Menabung baru beli.

8. Bila semakin dewasa, didik anak anak bezakan antara menabung dan melabur.

9. Mengenalpasti antara Keperluan dan Kehendak. Senaraikan dan bincang bersama.

10. Memahami fungsi dan kegunaan kad kredit dan budaya paylater agar tidak disalah gunakan.

11. Dididik anak anak berjualan agar mereka boleh hasil duit secara kecil kecilan.

12. Perkenalkan pelbagai jenis bayaran selain cash, debit, e-wallet dan lain lain sebagai kaedah bayaran.

13. Pamerkan bil bil rumahtangga seperti api, air dan internet untuk mereka faham perbelanjaan sebuah rumah.

14. Review bersama hasil tabungan dan pelaburan mereka setiap tahun atau awal tahun,

Selamat pagi kawan kawan.

Berhentilah ambil tahu bab rumah tangga orang lain, utamakan rumahtangga dan pendidikan kewangan anak anak dan suami tercinta.

Jaga kewangan dan keluarga kita baik baik.

Semak kita dah usia begini, 
apa simpanan dan pelaburan yang kita ada.

Mulakan tahun baru dengan naskah Wang Ada Dimana?

Wang ada di mana mana bagaimana kita melihatnya.
Dapatkan disini
https://bit.ly/3uMowsb

Kredit: Azizul Azli Ahmad

Jaga Keluarga Kita

#Sampaikan agar adik adik kita sejahtera bab kewangan mereka

---->
Pupuk tabiat menabung anak-anak dari usia kecil
#TabungPelaburan

APA INSTRUMEN PELABURAN PILIHAN KITA?
Oleh: Dr Azizul Azli

Cari instrumen yang sesuai dengan profile kewangan dan risiko kita.

Tidak semua pelaburan orang usia 20an sesuai untuk orang 45 tahun.

Bila usia 35 tahun ada penilaian folio kewangan yang kita perlu lakukan agar tidak hilang banyak duit dan silap.

Kawan kawan,

Pilih dan cari pelaburan yang kita SUKA, FAHAM dan KUASAI.

Bila kita SUKA, kita akan banyak ilmu dan suka membaca tentang itu.

Jangan masuk pelaburan yang kita tak FAHAM, banyak jargon jargon pelik yang memeningkan macam mana dia bina keuntungan. Elakkan!

Labur dipelaburan yang kita boleh KUASAI, jangan melabur ditempat yang kita tak boleh buat keputusan dan dikawal orang lain sepenuhnya.

Hidup ini jangan kuasai semua pelaburam, pilih 1-2 pelaburan kuasai dan jadilah mahir dengannya sudah memadai . Tak perlu masuk semua.

Selamat datang Feb 2023.

Mana instrumen pelaburan kita suka, buat sampai pandai dan jadi.

Kata kunci adalah kuasai.

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan pada adik kita agar tak terjemak dengan pelaburan yang tak shariah compliance
#TabungRaya

BAJET DUIT RAYA KITA BERAPA?
.
1. Buat satu bajet keseluruhan nak balik beraya ini berapa yang kita akan belanja. Bajet ini termasuk duit tol, minyak, duit mak, duit raya dan pastikan duit ini adalah duit simpanan kita bukan pinjaman peribadi punya.
.
2. Senaraikan kategori duit raya ini kita akan berikan pada siapa, keluarga terdekat, anak saudara, rombongan kanak kanak yang datang ziarah dan siapa sahajA yang layak sewaktu kita berjumpa.
.
3. Keluarga terdekat biasanya angaran duit raya antara RM50, RM20, RM15, RM10 sahaja bergantung kepada berapa ramai anak buah kita. Bagi ibubapa sebaiknya lebih dari jumlah sumbangan bulanan yang sedia kita berikan.
.
4. Bagi kanak kanak dari saudara jauh, saya kira memadai memberi sumbangan sekitar RM5 ke RM10 bergantung jumlah berapa ramai anak buah ini. Jika nak kurang lagi pun tak mengapa. Ianya bukan satu dosa.
.
5. Rombongan kanak kanak yang datang meriah kerumah ibubapa kita, sumbangkan sekitar RM1 ke RM2 sahaja sudah memadai agar mengembirakan hati mereka sahaja. Raikan mereka dengan jemput minum setidaknya jika tidak mahu makan sekalipun. Maklumlah mereka sedang bermain dengan masa!. kejar berapa rumah yang ada
.
6. Asingkan duit ikut sampul dan warna, ini memudahkan kita memberi sumbangan nanti. Utamakan golongan yang layak terima berbanding untuk kelihatan bergaya sampul bewarna.
.
7. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Jangan beri sumbangan duit raya sebab takut orang kata kita papa. Ingat lepas raya kita semua masih bernyawa. Jika kita tidak mampu beri duit raya, jangan ikut orang untuk memberi walau kereta kita paling berjenama Honda misalnya!
.
8. Sebelum sebok nak bagi duit raya ini utamakan golongan ini jika kita ingin jadi suami yang seksi dan kacak bergaya. Ini susunan kewajipan kita.
a. Isteri kita
b. Anak kita
c. Bapa kita
d. Ibu kita.
.
9. Duit raya bukan satu kewajipan tetapi menjadi budaya yang baik. Cuma pastikan sebelum sebok memberi wang raya kepada anak orang . Pastikan semua anak kita telah ada tabung pendidikan untuk masa depan.
.
Dengan memberi RM100 setiap kali raya kepada anak anak selama 18 tahun dengan kadar 8%, kita telah mengunakan RM4000 dana pendidikan anak kita. Dengan sumbangan RM200 setahun selama 18 tahun dengan kadar yang sama, kita telah belanjakan RM8017!
.
Letak keutamaan kepada tempatnya baru kita menjadi mulia kawan.
.
Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat semua agar mereka faham

#TabungEmas

"Bang, emas gold bar atau barang kemas yang bagus untuk pelaburan bang?"

"Keduanya bagus, Jika dah kahwin barang kemas buat isteri sayang berganda ganda.

Jika masih bujang, gold bar boleh buat simpanan dan pelaburan masa depan.
Isteri hanya tak suka payung emas sahaja".

"Oh ya, tapi yang paling bagus?"

"Beli gold bar nilai susutnya rendah sekitar 5%-10% sahaja berbanding barang kemas antara 20%-30% biasanya"

"Ok, faham"

Sahabat yang mulia,

Jangan buat sesuatu selagi tidak faham atau main ikut orang saja.

Ramai orang beli emas, maka kita pun beli emas sedangkan harga masih tinggi.

Semua pelaburan asasnya tetap sama, beli waktu harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Jangan tamak dalam melabur, nanti akan lebur. Kata orang kampung saya 'Gold Never Gets Old'

Belajar simpan emas bermula disini juga
https://publicgold.me/rozitayakkop

Azizul Azli Ahmad
Hati Emas

#Sampaikan buat semua agar mereka faham mengapa ramai orang beli emas kini. Jangan beli emas sampai lemas.