NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#TabungWang

7 KESALAHAN KEWANGAN BANYAK TERJADI

"Perangkap paling besar saya bang, terhutang kereta 9 tahun. Nak beli rumah pun susah sebab hutang kereta telan gaji saya"

Banyak berlaku dikalangan adik adik kita. 😁
#TabungWang

JANGAN ULANGI MASALAH KEWANGAN 2022 DITAHUN 2023.

Kita semua pernah silap bab kewangan ini.

Bab jodoh pun sama, ramai yang silap pilih calon kadang kala, belajar dan baiki bersama sama.

Bab pilih introducer pon ibarat pilih jodoh, ramai yang hubungi saya sebab introducer tak beri bimbingan. So pilih introducer yg aktif ye ☺️
Gittew 😁

#AAA
#TabungWang

PUNCA PEMBAZIRAN
Oleh Dr Azizul Azli

Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran

1. Beli kereta yang salah,
masih banyak kereta yang mampu dan murah

2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan sehari sahaja.

3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, 
dia beli aku nak beli juga. 

4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi. 

5. Suka makan luar,  dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!

6. Beli dipasaraya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak pernah guna. 

7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca. 

8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan. 

9. Percaya dengan semua produk kecantikan,  rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata. 

10. Suka baca akhbar saja,  buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya. 

11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista katanya

12. Buat sambutan hari jadi sendiri,  alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri, itu simpanan yang baik untuk masa depan.

13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun. 

14. Keluar rumah tanpa rancangan,  jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati. Enjoylah hidup ini.

15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti katanya.

16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa. 

17. Cuba amalkan doa "Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita".

Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah. 

Azizul Azli Ahmad
Jaga Mata Kita

#JagaDuitKita2023Ini
#JanganBeliSampah
#ShareJerKawan
#TabungWang

TABIAT KEWANGAN WAJIB DIMULAKAN 2023

1. Belajar buat bajet dan mula ikut bajet yang ada. Selama ini kita belanja ikut duit 'selagi ada'.

2. Jimat dan mulalah melabur. Selepas menabung, belajar melabur juga. Paling asas letakkan dalam ASB atau TH sahaja dulu. Jangan terlibat dengan Forex.

3. Hindari Kad kredit dan Paylater. Ia hanya nama baru kepada istilah hutang. Diberikan nama yang lebih sedap didengar dan berbelanja tanpa rasa bersalah.

4. Bayar semua bil awal agar tidak tertangguh dan kena denda.

5. Jana pendapatan pasif. Belajar cipta sumber pendapatan baru mulai tahun ini. Jadilah ejen dropship atau affilate dan belajar menjual.

6. Banyakkan membaca waktu lapang. Cari dan belilah buku yang kita suka dan mulalah membaca. Baca buku Brainwash dan Otak Power ini dik, warna warni dalamnya disini https://bit.ly/3BOcp0l

Mulakan tahun baru dengan lebih baik dan bermakna ya

Selamat tahun Baru 2023

Azizul Azli Ahmad
Menjelang Tahun Baru

#Sampaikan agar adik kita bijak
#TabungWang

KESALAHAN KEWANGAN DIUSIA BERBEZA
Oleh Dr Azizul Azli

1. Didik generasi bawah kita dan anak anak agar memahami fungsi wang, wang sebagai alat tukar.

2. Bermain dengan anak anak dan berperanan sebagai pembeli dan penjual.

3. Bagi anak kecik, sesekali guna wang mereka untuk kita belanjakan agar mereka tahu perasaan bila wang diambil dan digunakan.

4. Buat senarai belanja dan sediakan bajet.

5.Membandingkan harga dan kualiti barang serta branda yang ada dipasaraya bersama anak waktu jalan jalan.

6. Buat akaun bank dan bina displin menabung secara tetap. 
7. Membeli barang diingini mengunakan hasil tabungan yang kita lakukan. Menabung baru beli.

8. Bila semakin dewasa, didik anak anak bezakan antara menabung dan melabur.

9. Mengenalpasti antara Keperluan dan Kehendak. Senaraikan dan bincang bersama.

10. Memahami fungsi dan kegunaan kad kredit dan budaya paylater agar tidak disalah gunakan.

11. Dididik anak anak berjualan agar mereka boleh hasil duit secara kecil kecilan.

12. Perkenalkan pelbagai jenis bayaran selain cash, debit, e-wallet dan lain lain sebagai kaedah bayaran.

13. Pamerkan bil bil rumahtangga seperti api, air dan internet untuk mereka faham perbelanjaan sebuah rumah.

14. Review bersama hasil tabungan dan pelaburan mereka setiap tahun atau awal tahun,

Selamat pagi kawan kawan.

Berhentilah ambil tahu bab rumah tangga orang lain, utamakan rumahtangga dan pendidikan kewangan anak anak dan suami tercinta.

Jaga kewangan dan keluarga kita baik baik.

Semak kita dah usia begini, 
apa simpanan dan pelaburan yang kita ada.

Mulakan tahun baru dengan naskah Wang Ada Dimana?

Wang ada di mana mana bagaimana kita melihatnya.
Dapatkan disini
https://bit.ly/3uMowsb

Kredit: Azizul Azli Ahmad

Jaga Keluarga Kita

#Sampaikan agar adik adik kita sejahtera bab kewangan mereka

---->
Pupuk tabiat menabung anak-anak dari usia kecil
#TabungWang

KENDALI WANG KITA

Saya pernah terima pesan pesan ini waktu mula kerja dulu. Pesan orang lama.

1. Jangan pinjam wang untuk beli kemewahan.

2. Jangan pinjam wang dan laburkan pada apa yang kawan kita usahakan.

3. Jika belum mampu beli, bertahan dan jangan berhutang.

4. Lakukan kad kredit macam kad debit.

5. Laburkan 20% dari pendapatan 100% kita dapat.

6. Amalkan Rule of 10. Apa yang kita beli hanya 10% dari simpanan kita.

7. Belanja dibawah pendapatan kita.

8. Duit bukan soal gaji dan angka, ia soal bagaimana kita urus dan simpan.

9. Zaman bekerja adalah waktu kumpul duit, bukannya zaman untuk bergaya.

Azizul Azli Ahmad