NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Perkongsian Tn Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas.

MULIANYA ORANG KAYA YANG JAGA PERIUK NASI BANYAK KELUARGA

Satu ketika dulu, saya buat bisnes untuk keluarkan saya dan keluarga daripada miskin bandar.

Saya tak pandai bisnes. Tak pernah ada pengalaman buat bisnes. Nak cari extra RM10 pun saya tak tahu. Nak cari extra RM100 - RM500 sebulan jauh sekali.

Pernah sekali saya buat bisnes jadi ejen direct selling, saya dapat komisyen RM120. Punyalah happy! Saya tunjuk statement komisyen kepada kawan saya kononnya sebagai inspirasi.

Bila saya fikir balik, apalah sangat RM120. Tapi bagi saya yang tak ada pengalaman buat bisnes, dapat extra RM120 sebulan dah sangat besar!

Bagi saya yang sekadar kerja makan gaji masa tu, nak dapat extra sebanyak tu, kena tunggu setahun. Tunggu kenaikan gaji tahunan.

Inikan buat bisnes sebulan pun dah dapat sebanyak tu. Punyalah happy saya masa tu dapat komisyen RM120.

Hari ni mana-mana murid-murid saya dari #PGG100Network yang income bisnes sambilan mereka bawah RM5,000 sebulan, saya tak happy. Saya sentiasa fikir, apa lagi patut saya buat untuk bantu mereka dapat income lebih banyak?

Saya fikir, apalah sangat nak dapat extra RM5,000 sebulan tu! Tapi bila saya kenang balik, rupa-rupanya duit extra RM5,000 sebenarnya sangat besar bagi orang kebanyakan.

Sehari dua ni, saya dapat berita beberapa orang yang saya kenal rapat tak ada kerja. Yang ada kerja, gaji pula tertunggak sudah berbulan-bulan majikan tak bayar.

Ada pula yang bisnesnya tak bagus. Income tak cukup untuk tampung kehidupan mereka.

Mula datang rasa insaf...

Sehari dua ni, kepala saya dok fikir macam mana nak pastikan mereka semua ada kerja dan income yang stabil. Sekurang-kurangnya cukup untuk tampung kehidupan asas mereka sekeluarga dulu.

Apa peluang-peluang baru yang patut saya cipta untuk buka jalan untuk mereka.

Mereka sama macam saya satu ketika dulu. Ada kemahiran, tapi tak tahu nak pasarkan kemahiran mereka. Tak tahu “kerja sendiri”.

Mereka cuma harapkan orang gajikan mereka.

Jadi otak saya dok fikir, apakah peluang yang boleh saya terokai sesuai dengan kemahiran mereka.

Saya tahu bisnes, mereka pula ada kemahiran. Kerja saya sekarang nak kena explore macam mana kemahiran mereka tu boleh ‘dijual’ kepada pihak yang memerlukan supaya mereka ada kerja dan dapat pendapatan.

Bila saya ditahap ni, barulah saya realise… Betapa mulianya orang kaya-kaya pemilik bisnes.

Mereka kaya sebab mereka jaga periuk nasi berpuluh-puluh, bahkan mungkin beratus-ratus keluarga. Untuk pastikan mereka semua ada kerja, dan ada pendapatan supaya dapur mereka masih berasap...

Patutlah orang yang dah raya kaya, mereka sibuk terus membesarkan bisnes mereka. Bisnes lebih besar, maksudnya mereka buka lebih banyak peluang untuk orang lain dapat pekerjaan.

Bukan semua orang tahu bisnes.

Bisnes mereka itulah sebenarnya sediakan peluang-peluang untuk mereka yang tak tahu buat bisnes, tapi ada kemahiran.

Mungkin itulah sebab Jack Ma (orang terkaya di China) pernah sebut, kekayaan untuk kita hanyalah RM10 juta pertama sahaja. Selebihnya, kekayaan kita sebenarnya untuk masyarakat.

Untuk jaga periuk-periuk nasi mereka yang bernaung di bawah kita. Ia bukan lagi untuk kita…

Pasanglah cita-cita jadi kaya. Sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan lagi satu keluarga yang perlu dibantu, dan lahirkan lagi seorang yang dapat bantu masyarakat.

Memang benarlah kaya itu mulia (bagi siapa yang bersyukur)… Sebab lagi besar kekayaan dia, lebih banyak kebaikan yang mereka dapat limpahkan kepada orang lain…

Mudah-mudahan kita juga tergolong dari kalangan orang kaya-kaya yang bersyukur… Amiin YRA…

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur #MisiUbahHidup1000Keluarga
Perkongsian mentor Tn Zulkiflie

Itulah aktiviti sepanjang hari dalam #TulipCruise ni.

Bila mengopi, tak ada apa yang kami discuss kecuali untuk jadikan bisnes dan kehidupan mereka yang bersama kami jadi lebih baik.

Multi-million dollar idea selalunya kami dapat sepanjang aktiviti begini.

Antaranya yang kami dapat setakat ni;

Emas yang disimpan melalui Akaun Emas GAP akan dapat dikeluarkan terus dari Gold ATM. PG sedang bekerja keras siapkan sistem.

Gold ATM akan diletakkan lebih banyak di branch. Dari gold ATM di branch, boleh terus keluarkan item besar-besar di Gold ATM tersebut tanpa perlu ke kaunter. Keluarkan dari akaun GAP sahaja.

Blog www.jutawasanemas.com akan dilahirkan semula dan diberikan nafas baru untuk mendidik masyarakat Malaysia dan Indonesia ilmu-ilmu terkini tentang emas.

Latihan fizikal untuk dealer akan dimulakan di Indonesia sebagaimana PG1S Education Program di Malaysia yang bermula sejak 2016.

Saya dan En Syukor Hashim akan bekerjasama dan berganding bahu membangunkan bisnes #PublicGoldIndonesia sebagaimana kami mula bekerjasama membangunkan PG dan dealer-dealer PG sejak 2016 di Malaysia. InsyaAllah.

Buku "Wang Emas" dan "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" akan diterbitkan dalam bahasa Indonesia sebagai rujukan edukasi masyarakat Indonesia tentang emas dan kewangan sebagaimana di Malaysia.

Kami masih ada berbaki lagi 4 malam atas cruise ni.

Mudah-mudahan ada lagi beberapa multi-million dollar idea dan decision yang kami dapat sebelum kembali ke tanah air. InsyaAllah.

#MisiUbahHidup1000Keluarga #PrivateTrip
Suri rumah, tapi passive income hampir RM10,000 hanya dari rumah sambil jaga anak-anak! Dah macam ada 20 buah rumah sewa!...

Bukan sekadar tu, yang lebih penting, dia nampak jelas cara nak naikkan income RM10k kepada RM50k sebulan. Inilah yang saya maksudkan, income CEO hanya dari rumah...

Alhamdulillah...

Sambil menabung emas untuk diri sendiri, sambil bantu orang lain buat perkara sama dan kaya dengan emas. Win-win. InsyaAllah...

Inilah antara kegembiraan saya jadi guru bagi network terbesar dealer #PublicGold; #PGG100Network bersama #5GAssociates.

Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman saya ni, jadi rahmat buat orang sekeliling saya, khususnya mereka yang mempunyai saya. InsyaAllah.

#MisiUbahHidup1000Keluarga #TestimoniDealerPublicGold

Sumber
Anak muda... Kalau suka kereta Honda, jangan bunuh impian tu.

Abaikan kata achik-achik yang tak mendorong kalian untuk maju.

Sebaliknya jadikan ia motivasi untuk kalian bekerja lebih kuat, tingkat diri, dan binalah kekayaan secepat mungkin.

Cuma dapatkanlah kereta impian tu cara berbeza, bukan cara bebankan diri dengan hutang sampai 9 tahun semata-mata nak penuhi keinginan orang muda.

Murid-murid saya yang muda-muda, saya sentiasa sokong impian mereka.

Kejayaan mereka sentiasa menjadi kegembiraan saya.

Mereka menabung, ikat perut, dan kerja kuat cuma seketika. Mereka bekerja kuat bertahun-tahun juga, tapi bukanlah selama-lamanya...

Bila tiba waktunya, belilah kereta yang diimpikan tu.

Biarlah nak muda lain beli kereta sampai senak duit gaji 9 tahun. Tapi mereka beli ketika mampu bayarnya secara...

Baca selanjutnya DI SINI

#FinancialFreedom #MisiUbahHidup1000Keluarga

Sumber : Tn Zulkifli Shafie