NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Baca tulisan Tn Zulkifli Shafie.

Penerangan dan testimoni bagaimana bisnes Public Gold ini sememangnya boleh diwariskan.

"Kalau saya mati, apa jadi dengan bisnes yang saya dah bina bersama Public Gold?"

"You punya bisnes akan diwarisi oleh isteri dan anak-anak you", jawab Dato Wira Louis Ng dengan penuh yakin dan tegas.

Perbualan sekitar tahun 2012 ketika Master Dealer Forum di PG HQ Penang itulah yang menjadi point kenapa saya fokus bina masa depan bersama #PublicGold. Ia bukan sahaja untuk saya ketika hidup, tapi apa yang lebih penting ialah masa depan isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain (seorang suri rumah sepenuh masa) dan anak-anak sepeninggalan saya satu hari nanti.

Banyak bisnes yang janji boleh diwarisi. Cuma saya belum jumpa bisnes yang boleh diwarisi semudah bisnes PG.

Ketika Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail meninggal dunia, sebulan setelah itu ibunya terus mewarisi income dari bisnes beliau tanpa syarat itu dan ini.

Trip #PGLSHokkaido ini terus digantikan dengan ibu beliau. Bahkan tahun depan 2024 kami akan ikuti #PGLSSwitzerland, ibunya sudah layak untuk ikuti trip tersebut walaupun Tuan Muda Rahman sudah tiada!

Macam mana bisnes boleh terus berjalan dan menghasilkan passive income berterusan walaupun pemilik sudah meninggal dunia?

Jawapannya sudah ada. Bukan teori, tapi sudah terbukti. Kami sudah ada banyak success story dan ia bukan lagi rahsia bagi siapa yang ikuti program-program latihan yang kami #PGG100Network sediakan.

Buat bisnes dapat duit banyak itu penting. Tapi yang lebih penting apa jadi kepada bisnes disaat kita tak mampu lagi menjalankan bisnes?!

Itulah setiap pemilik bisnes perlu fikir dan bersedia sebelum tibanya hari mendung dan hujan... #FinancialFreedom #TestimoniDealerPublicGold
Jujurnya jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain kaya dengan emas.

Kali pertama saya tengok plan bisnes PG, saya tak berminat. Komisyen cuma 1% dan 1.5%?

Sedangkan sebelum tu saya jadi ejen produk direct selling, komisyennya boleh sampai 21%, dan margin keuntungan jualan runcit cecah 25%!

Tapi bila tengok komisyen dealer cuma 1% dan 1.5%, saya tak berminat langsung buat bisnes PG. Lambat kaya...

Bayangkan lepas layan customer dengan pelbagai persoalan, bila customer menabung emas RM100, komisyen cuma dapat RM1.00?

Nak kena ada 100 customer menabung RM100 pada sesuatu bulan, barulah dapat insentif RM100!

100 customer, maksudnya 100 tanggungjawab, 100 masalah nak kena selesaikan.

Bisnes PG lebih kurang sistem ejen lain juga. Apa-apa masalah pasal transaksi customer, dealer yang kena guide, bahkan bantu settlekan bagi pihak customer dengan PG.

Mudah tak? Ianya tak mudah, kecuali dealer yang rajin datang training dan dia sendiri obses menabung emas.

Sudahlah komisyen kecil, komisyen RM100 pertama, PG bayar masuk c-wallet PGMall - macam Shopee Coins. Kalau insentif bulan tu RM110, RM100 pertama masuk c-wallet, balance RM10 barulah masuk akaun bank?

Semangat tak?

Memang tak semangat langsung...

Sebab tu saya cakap, jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain supaya kaya dengan emas.

Bisnes PG ni macam tanam pokok durian.

Hanya mereka yang sabar bina bisnes jangka panjang macam tanam pokok durian sahaja yang berbaloi buat bisnes PG.

Memang penatlah seketika... Bahkan ada ketikanya penat kerja macam kerbau... Tapi bila dah berbuah, hasilnya boleh makan sampai ke anak cucu. InsyaAllah...

Kalau buat bisnes baru 2, 3 bulan tapi fikir nak buat duit besar dengan PG, pada saya jangan buang masa. Baik buat benda lain. Bawa Grab lagi cepat dapat hasil...

Busines PG bukan macam tanam sayur; tanam bulan ni, 2, 3 bulan dah dapat tuai hasil. Bukan...

Semua dealer PG yang nak berjaya, dia kena sanggup buat bisnes tanpa apa-apa income lumayan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan.

Siapa sanggup join training (tiap-tiap minggu dan tiap-tiap bulan), buat konten, buat marketing, contact bakal customer selama 6 - 12 bulan tanpa apa-apa hasil, bisnes PG mungkin sesuai untuk dia.

Kalau tak, jadi sahaja penyimpan emas berilmu. Fokus menabung emas sahaja.

Bila ada ahli keluarga yang nak menabung emas, pass sahaja kepada dealer terlatih untuk bantu mereka mulakan tabungan emas.

Ahli keluarga kita happy dapat servis terbaik dari dealer terlatih. Dealer PG happy dapat tambah customer baharu. Kita pun happy tengok ahli keluarga kita pun sama-sama kaya dengan menabung emas tanpa sakit kepala nak settlekan masalah dia.

Pahala sebarkan kebaikan pun dapat. InsyaAllah...

Win-win...

#TestimoniDealerPublicGold
Suri rumah, tapi passive income hampir RM10,000 hanya dari rumah sambil jaga anak-anak! Dah macam ada 20 buah rumah sewa!...

Bukan sekadar tu, yang lebih penting, dia nampak jelas cara nak naikkan income RM10k kepada RM50k sebulan. Inilah yang saya maksudkan, income CEO hanya dari rumah...

Alhamdulillah...

Sambil menabung emas untuk diri sendiri, sambil bantu orang lain buat perkara sama dan kaya dengan emas. Win-win. InsyaAllah...

Inilah antara kegembiraan saya jadi guru bagi network terbesar dealer #PublicGold; #PGG100Network bersama #5GAssociates.

Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman saya ni, jadi rahmat buat orang sekeliling saya, khususnya mereka yang mempunyai saya. InsyaAllah.

#MisiUbahHidup1000Keluarga #TestimoniDealerPublicGold

Sumber