NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
BELUM DAPAT, DAH BELANJA DUIT MASA DEPAN
Oleh: Tn Khaja

Inilah hakikat sebenar manusia bila rasa berduit dan belum lagi duit masuk ke dalam akaun, kita sudah pun belanja duit "masa depan".

Kata mentor saya, "Berduit itu bagus, tapi rasa berduit itu bahaya".

Bila kita sentiasa rasa berduit, kita lebih cenderung berbelanja, malah biasanya kita akan belanja berlebihan.

Sebab tu antara cara terbaik untuk kita elak daripada berbelanja berlebihan, kita "cepat-cepat" selamatkan sebahagian duit dengan tukarkan terus jadi emas.

Bila duit sudah bertukar jadi emas, keinginan nafsu kita untuk berbelanja sudah hilang. Kita akan rasa seperti tidak berduit, tapi hakikatnya emas tu adalah duit sebenar yang lebih bertahan lama.

Kita akan rasa pokai, tapi sebenarnya kita pokai berduit!

Inilah teknik yang saya guna pakai sejak kenal ilmu emas pada tahun 2012, jika tidak sebelum tu saya sangat boros berbelanja. Sehinggakan setiap bulan langsung tidak ada buat simpanan.

Dengan mengamalkan teknik potong sebahagian gaji siap-siap setiap bulan dan tukar cepat-cepat kepada emas, saya berjaya adakan simpanan setiap bulan.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk menyimpan emas?

Daftar percuma di sini:
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
BERITA: PUBLIC GOLD LABUR RM30 JUTA BINA PUSAT PENAPISAN EMAS SENDIRI.
07/05/2024 02:46 PM

BATU KAWAN, 7 Mei (Bernama) -- Syarikat logam berharga utama di Malaysia, Public Gold melabur sebanyak RM30 juta bagi pembinaan sebuah pusat penapisan emas kendiri bertaraf dunia yang pertama di negara ini di Zon Perindustrian Fasa 1 Batu Kawan di sini.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group (PG Group) Datuk Louis Ng
berkata kemudahan baharu itu akan dibina di kawasan berkeluasan 0.44 hektar dengan anggaran keluasan pembinaan 48,000 kaki persegi dan mampu menghasilkan pengeluaran 10 tan emas setahun.

"Pembinaan pusat itu bermula bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Selepas itu kita menjangkakan mampu menghasilkan pengeluaran 10 tan emas setahun bernilai sekitar RM4 bilion, malah berpotensi meningkat sehingga 20 tan setahun pada masa depan.

"Pusat penapisan emas yang akan dibina itu juga merupakan yang pertama di Malaysia dan kami melihat keperluan pembinaannya memandangkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk emas di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Penapisan Emas Public Gold di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan pusat itu akan menawarkan kemudahan penapisan pada jumlah yang lebih besar untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ng yang juga Presiden Persatuan Emas Malaysia berkata pembinaan pusat penapisan emas ini bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan Public Gold pada masa akan datang, malah menyumbang kepada ekonomi negeri dengan menarik lebih ramai pelabur dari industri logam berharga di seluruh dunia ke Pulau Pinang.

Selain itu, pihaknya dapat menawarkan peluang perniagaan yang lebih besar kepada vendor tempatan dan dalam masa sama mengukuhkan Pulau Pinang sebagai hab perindustrian emas global seterusnya di Malaysia, katanya.

"Pembinaan kemudahan baharu itu juga dapat menjimatkan pulangan lebih sejuta ringgit setiap bulan kerana jumlah itu sebelum ini digunakan oleh Public Gold mendapatkan emas daripada negara luar," katanya.

Beliau berkata selain sumbangan kepada ekonomi tempatan, kemudahan pusat itu juga antara lain dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di negeri ini.

"Di bawah persekitaran kerja yang pelbagai di pusat penapisan itu, pekerja akan didedahkan kepada budaya dan kepakaran yang berbeza melalui perkongsian pengetahuan sesama rakan sekerja," katanya.

Menurutnya Public Gold yang ditubuhkan sejak 2008 menyasarkan sebanyak 10 juta pelanggan menjelang 2030 dan ketika ini mempunyai 1.3 juta pelanggan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Sumber asal: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2295017
#TabungKereta

TAK SEMUA LOGO 'GELANG' KAYA?

1. Jangan biarkan kereta kita terlelong. Rekod CTOS kita akan buruk selamanya.

2. Jika masih ingin pakai,  struktur dengan bank tambah tempoh tahun agar bayaran bulanan rendah.

3. Mintak kedai kereta jualkan segera jika tak mampu bayar. Dapat duit langsaikan hutang.

4. Jika dapat jual sendiri lebih tinggi harganya dari jual pada kedai kereta. Hari ini dah ada Carsome dan BuyCar, ia lebih mudah.

5. Elakkan kereta ditarik bank, jika ditarik makin susah kita nak buat pembiayaan apa apa nantinya. Nak beli rumah juga susah.

6. Sewakan saja juga boleh, banyak geng MLM nak guna agar nampak berjaya dimata dunia kereta ini.

Kawan kawan yang mulia,

Bila senang dan kaya,  jangan terus beli kereta. Beli rumah kecil bila berjaya berniaga.

Memang orang tak nampak berjaya, tetapi ia adalah aset berharga dari kereta.

Jika terdesak boleh biaya semula atau jual pada nilai semasa yang baru. Ia ada peningkatan nilai berbanding kereta.

Ramai orang pandai buat duit, tapi tak ramai orang pandai simpan duit dan gandakan duit.

Salam penghujung Syawal 1445H

Azizul Azli Ahmad

#JanganBeliKeretaJikaBelumMampu
Saya mendapat soalan menarik ini tidak lama dahulu: “Apa yang diperlukan untuk melabur dalam emas?”

Pastikan anda baca post ini sampai habis kerana jawapan saya boleh menolong anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.

Jawapan pertama dan yang paling obvious ialah kita memerlukan wang untuk melabur dalam emas.

Dalam masa yang sama, kita perlu ingat yang emas adalah sejenis pelaburan, seperti pelaburan yang lain juga, seperti saham, bitcoin dan hartanah. Nilainya boleh naik, dan juga boleh turun. Jadi tidak ada gerenti pulangan tahunan dan malah gerenti yang kita akan pasti untung.

Next, harga emas tidak akan naik, naik dan terus naik, dan tak akan turun langsung. Ada masanya harga emas akan jatuh; ada masanya harga emas akan jatuh dengan ketara dan ada masanya harga emas akan kekal rendah for a period of time. Ini telah berlaku sebelum ini dan akan berlaku lagi di masa hadapan.

Bagaimanapun, mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 10% setahun (total return lebih 500%) dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi di hari-hari akan datang – based on apa yang sedang berlaku di dunia sekarang – adalah tinggi. Malah, the long-term trend untuk harga emas memang menaik.

Keduanya, oleh kerana emas adalah pelaburan (bukan simpanan), ini bermakna emas memerlukan masa untuk menunjukan hasil. Dan ‘masa’ di sini adalah 2 tahun atau lebih lama. Jadi kita tak boleh melabur dalam emas dan mengharapkan pulangan esok, minggu depan atau bulan depan. Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mendapatkan hasil daripada emas.

Ini juga bermakna jika kita memerlukan wang itu dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kita tak sepatutnya melaburkan wang itu dalam emas. Simpan sahaja wang itu dalam ASB.

Rumusannya? Ia memerlukan bukan sahaja wang untuk menjadi pelabur emas yang berjaya. Emas memerlukan wang, ilmu dan juga kesabaran.

Semoga perkongsian ini membantu anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.

Kredit : Azizi Ali
"Tak ada yang tahu!"
Emas adalah aset yang unik. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita simpan.

Kecuali,
Kita sendiri yang bagitahu.

Kalau kita penjawat awam, setiap aset dan harta kita kena isytihar kan?

Kalau emas, tak perlu.
Orang bankrap sebaiknya simpan emas sebab segala harta, aset dan akaun bank dibekukan oleh pihak terlibat.

Saya sendiri dah guide beberapa orang berada dalam situasi ni.

Nak buat pembiayaan bank pun tak layak. Jadi, emas adalah jawapannya.

Kalau berlaku kematian?
Ya, tak ada siapa yang dapat bekukan emas.

Anak-anak boleh ambil terus emas arwah berdasarkan wasiat atau hasil perbincangan antara ahli keluarga.

Mudah kan?
Sebab tu kita kena simpan aset emas banyak-banyak sebagai harta.

Kekayaan tu milik kita sepenuhnya tanpa perlu jaminan sesiapa.

Kredit : StevenBlanda
Public Gold telah meraikan kejayaan yang sangat luar biasa pada bulan April 2024  🥳

Semua rekod-rekod 16 tahun PG telah dipecahkan pada bulan April ni:

1. Nilai jualan emas fizikal RM235 juta ringgit. Rekod tertinggi 🥳 Dulu jualan RM200 juta ini adalah jualan tahunan PG sebelum 2019!

2. Nilai belian balik emas - buyback - RM70 juta ringgit - juga rekod tertinggi 🥳

3. 50 ribu pendaftaran customer baru - rekod tertinggi🥳

dan 0 delay 🤭

Ini pun rekod juga 😆

Terima kasih kepada anda semua yang menyokong Public Gold.

Beli emas dapat emas! Takde janji ganda-ganda. Straight forward sahaja.
Bagaimana emas boleh menjadi perisai ekonomi.

Pertamanya apabila kita membeli emas, kita menyimpan wang dan tidak membelanjakan semua wang kita. Menyimpan wang ini adalah satu tabiat yang baik dan murni.

Keduanya, emas adalah simpanan yang kekal dan tidak bocor.

Ramai orang menghadapi masalah apabila wang simpanan itu dalam bentuk wang – sama ada dalam bentuk cash, dalam akaun simpanan, TH atau ASB. Wang itu – tabungan itu – asyik bocor sahaja. Situasi ini tidak berlaku apabila mereka membeli emas fizikal. Emas itu kekal sebagai sebagai emas. Jadi tabung itu tidak bocor. Malah, ramai penyimpan emas yang dahulunya menghadapi masalah tabung bocor telah menambah simpanan emas mereka.

Ketiganya, emas akan kekal jika sistem kewangan dunia runtuh. Sistem kewangan dunia sekarang – matawang kertas, saham, bond, insurans – sedang tenat dan mungkin runtuh satu hari nanti. Apabila keruntuhan itu berlaku, emas fizikal yang kita pegang itu – emas yang di tangan kita itu - akan membolehkan kita untuk meneruskan hidup kita tanpa banyak masalah. Kita boleh menggunakan emas itu untuk membeli makanan, minuman dan barangan lain juga.

Jadi emas memang adalah perisai ekonomi.

Jadi anda boleh sahaja terus menerus menyimpan emas.

Kredit : Tn Azizi Ali
ORANG BIASA SIMPAN NOMBOR, TAPI ORANG KAYA SIMPAN NILAI

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan “savers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP di #PublicGold. Boleh klik ke official website untuk info2 lanjut https://publicgold.me/rozitayakkop/akaun-gap

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

#BukuWangEmas
9/5/2024 jam 8.30 malam telah keluar satu report iaitu US initial jobless claims.

Laporan ini penting kerana ia mengukur bilangan individu yang claim unemployment insurance.

Pakar ekonomi menjangkakan 212 ribu orang akan claim insurans ini.

Namun bilangan sebenar adalah 231 ribu orang.

Jadi terdapat perbezaan sebanyak 19 ribu orang.

Data ini member gambaran bawah situasi pasaran kerja yang lemah. Sebab itu ramai orang claim unemployment insurance.

Ia juga memberi gambaran bahawa ekonomi us juga melemah.

Berita ini memberi kesan positif kepada harga emas.

Sebab itu emas naik mencanak kepada USD2327.72 /OZ.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
9/5/24
Duit kertas kalau nilainya terletak pada nombor yang tertulis diatasnya, maka rakyat Indonesia antara yang terkaya di dunia.

Tapi hakikat sebenar bukan begitu..

Duit kertas nilai bukan terletak pada nombor atas kertas tapi nilainya terletak pada jaminan sesebuah kerajaan yang memerintah.

Dan nilainya sentiasa berubah-ubah mengikut kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.

Emas bernilai dengan sendirinya. Ia terletak pada berat dan ketulenan semata-mata. Tidak dikawal selia oleh sesiapa.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk menyimpan emas?

Hubungi kami,
https://publicgold.me/rozitayakkop
𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Kategori orang yang wajib simpan emas seperti dibawah:

𝗧𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗡𝗮𝗳𝘀𝘂 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮

- Orang yang macam ni wajib tukar duit jadi emas supaya nafsu suka belanja dapat dikawal. Emas kalau nak dibelanjakan ia ada tempoh bertenang. Akan ada perasaan sayang nak dijual.

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗡𝗶𝗮𝗴𝗮 𝗟𝗲𝘀𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗱𝗮𝗿

- Untuk elak untung berniaga lesap tak tahu dimana dibelanjakan, selamatkannya cepat-cepat dengan tukarkan untung niaga kepada emas. Emas boleh digunakan semula sebagai pusingan modal perniagaan kelak.

𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗕𝗼𝗰𝗼𝗿

- Niat asal nak menyimpan, tapi susah nak lupakan simpanan. Tukar kaedah simpanan duit dengan simpan emas. Simpan emas mudah untuk kita lupakan, daripada situ dapat elak duit daripada bocor.

𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴

- Simpanan jangkapanjang lebih baik simpan emas. Duit dalam jangkapanjang menyusut nilai (kuasa beli), tapi emas kuasa belinya kekal sepanjang zaman. Kalau simpan duit terlalu lama kuasa beli dimakan oleh inflasi.

𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗮𝗶𝗻

- Tak mampu nak beli aset yang besar seperti rumah dan tanah. Simpan emas dulu, kemudian bila dah  banyak tukarkan jadi aset yang lebih besar. Emas boleh dibeli dari serendah RM100 saja tak perlu modal yang besar dengan menggunakan akaun emas Public Gold.

Inilah antara sebab yang wajib dan perlu setiap daripada kita simpan emas. Beli emas bukan semata kerana harganya yang sentiasa meningkat, tapi banyak lagi sebab-sebab lain.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk menyimpan emas?

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/60122258480
Tahniah kepada para Pemenang Lucky Draw MARCH 2024.🎉🎊

Hadiah pertama : RM100 savings di Akaun GAP
SHARATUL SHIMA BT HJ SAFIROL (PG00636786)

Hadiah Kedua :
(1)    Buku Nota Dari Madinah tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim
MUHAMMAD AMIRUL BIN SHAM (PG00)

(2)   Tips Kewangan Viral oleh Syafiqah Alya
MUHAMMAD AMIRUL BIN SHAM (PG0)

(3) Raikan Cinta oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim & Pn Roza Roslan
NORASMAH BT ARIPAH

Hadiah Ketiga : C-Wallet PG Mall bernilai RM30
(1)   MUHAMMAD ADAM AFIQ BIN ABDUL RAHMAN (PG01202844)
(2)   NORAZLIN BT ISMAIL (PG00679286)
(3) MUHAMMAD ARIF HIDAYATULLAH BIN ROSLI (PG01206509)
(4) MUHAMMAD FAEZ ISYRAQ BIN NORIZA (PG00772124)

Hadiah Saguhati : 2 X Magnatic Folder PG
(1) SHAREL BIN SJAMSUL BAHAR (PG00862643)
(2)  NORASMAH BINTI ARIPAH (PG00877384)

Hadiah Saguhati 3 X Gold Card Folder
1. NORASMAH BT ARIPAH (PG00877384)
2. RATNA BINTI ROSLAN (PG00844221)
3. IRDINA ALYA MAISARAH BT ROSLI (PG00880845)


TAHNIAH SEMUA ❤️