NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungKereta

KERETA BABY AXIA SAHAJA

1. Mula kerja pakai kereta lokal sahaja sudah cukup baik.

2. Bayaran kereta yang sihat adalah 15% sahaja dari gaji kita.

3. Ramai antara kita bayaran kereta lebih dari 30% gaji yang diterima.

4.Tujuan beli kenderaan hanyalah untuk sampai ketempat kerja dengan selamat.

5. Beli kereta untuk pergi kerja, bukan pergi kerja untuk bayar hutang kereta.

6. Semua orang ada matlamat kewangan masing masing, ada orang beli kereta kecil sebab nak beli rumah cepat cepat.

7. Ada orang beli kereta besar untuk reward diri, bagi orang kagum dirinya, nak cari upline mlm dan bisnes online katanya.

8. Semakin besar kereta kita, semakin kecil peluang kita buat simpanan sebenarnya.

Kawan kawan,

Pakailah apa sahaja kenderaan yang tak bebankan hidup kita.

Tahniah dik sebab ada kesedaran yang baik.

Tiada kenderaan yang betul atau salah, yang ada hanyalah kesedaran yang baik.

Agar tidak beli kereta yang salah dan banyak simpanan. Baca naskah ini sebelum tahun 2023 dik

https://bit.ly/3GQuu0v
https://bit.ly/3GQuu0v

Azizul Azli Ahmad
#TabungKereta

TAK SEMUA LOGO 'GELANG' KAYA?

1. Jangan biarkan kereta kita terlelong. Rekod CTOS kita akan buruk selamanya.

2. Jika masih ingin pakai,  struktur dengan bank tambah tempoh tahun agar bayaran bulanan rendah.

3. Mintak kedai kereta jualkan segera jika tak mampu bayar. Dapat duit langsaikan hutang.

4. Jika dapat jual sendiri lebih tinggi harganya dari jual pada kedai kereta. Hari ini dah ada Carsome dan BuyCar, ia lebih mudah.

5. Elakkan kereta ditarik bank, jika ditarik makin susah kita nak buat pembiayaan apa apa nantinya. Nak beli rumah juga susah.

6. Sewakan saja juga boleh, banyak geng MLM nak guna agar nampak berjaya dimata dunia kereta ini.

Kawan kawan yang mulia,

Bila senang dan kaya,  jangan terus beli kereta. Beli rumah kecil bila berjaya berniaga.

Memang orang tak nampak berjaya, tetapi ia adalah aset berharga dari kereta.

Jika terdesak boleh biaya semula atau jual pada nilai semasa yang baru. Ia ada peningkatan nilai berbanding kereta.

Ramai orang pandai buat duit, tapi tak ramai orang pandai simpan duit dan gandakan duit.

Salam penghujung Syawal 1445H

Azizul Azli Ahmad

#JanganBeliKeretaJikaBelumMampu