NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Perkongsian ilmu dari Dr Azizul Azli

#TabungASB

ASB FINANCING MASIH RELEVEN?

Ya, ASB financing masih releven jika kita buat dengan teknik dan cara yang betul. Saya jugak pernah kongsikan sebelum ini, kenapa ASB financing masih menjadi pilihan yang baik untuk buat simpanan.

👉🏻 Boleh baca perkongsian saya di sini https://www.facebook.com/share/p/TvBNLVbjYDheK6UQ/?mibextid=oFDknk

Jika kita ada matlamat kewangan yang jelas, ASB financing boleh dijadikan sebagai salah satu platform yang baik untuk kita pilih sebagai tempat untuk menyimpan.

Selain gunakan dividen yang kita peroleh untuk simpan (reinvest) untuk kita dapatkan 'compounding', dividen ASB financing juga dapat digunakan untuk pelbagai tujuan lain.

Tapi apa yang menarik di sini, walaupun kita sudah gunakan dividen ASB financing, kita tidak akan hilang pegangan terhadap sijil pembiayaan tersebut selagi kita tidak batalkan.

Erti kata lain, walaupun dividen setiap tahun telah dikeluarkan dan dibelanjakan, nilai sijil ASB tersebut kekal menjadi milik kita jika kita terus membayar sehingga tempoh matang.

Ini ialah idea untuk pelbagaikan kegunaan dividen ASB financing.

1. Pelaburan emas

- Inilah yang dimaksudkan, sambil menyelam minum air atau 'mat salleh' cakap 'kill 2 birds with a single stone'. Kita boleh buat pelaburan dan simpanan ASB dan emas dalam 1 masa yang sama. Buat ASB financing dan bayar setiap bulan, hasil dividen ASB financing itu tadi, kita gunakan untuk buat pelaburan emas pula.

Pelaburan emas ialah pelaburan yang sangat baik sebagai platform pelaburan jangka masa panjang. Jadi setiap tahun anda boleh tambah pelaburan emas dan dalam masa yang sama anda kekal 'pegang' sijil ASB anda sehingga ASB financing anda matang.

2. Bayaran premium insuran/takaful.

- Setiap bulan, 'quarterly' atau setahun sekali mesti kita perlu buat bayaran insuran atau takaful kita sama ada untuk perlindungan nyawa, 'medical card', 'personal accident' atau sebagainya.

Jadi tidak kah 'nampak' seperti bayaran premium berkenaan 'percuma'? Sebenarnya tidaklah percuma, cuma anda tidak perlu keluarkan duit tambahan untuk membayar premium berkenaan jika anda bayar guna dividen hasil pulangan ASB financing anda.

3. Bayaran servis, cukai jalan dan insuran kenderaan.

- Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali anda perlu servis kenderaan anda dan setahun sekali anda perlu perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan anda. Jika setiap bulan anda telah membuat simpanan melalui ASB financing, hasil dividen berkenaan anda boleh gunakan untuk kegunaan kos kenderaan anda. Bukankah ini idea yang menarik?

4. Tambah simpanan/pelaburan ASB financing

- Ya! Anda boleh gunakan dividen ASB financing untuk tambah ASB financing. Sebagai contoh jika anda sudah mempunyai RM100k ASB financing, anda boleh menambah ASB financing RM80k tanpa perlu tambah budget bulanan.

Anda hanya perlu gunakan dividen ASB financing sedia ada untuk buat bayaran ASB financing yang baru. Ini salah satu teknik ASB financing yang dipanggil teknik 'hybrid' iaitu gabungan antara teknik 'rolling' dan teknik 'compounding'.

Jom mulakan simpanan yang lebih bijak melalui ASB financing supaya anda boleh menyimpan atau pelbagaikan kegunaan dividen anda.

-posting asal FB Bijak Kewangan by Faizal