NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungHutang

HUTANG TAK NAMPAK

Terdapat hutang liabiliti yang tidak boleh di pulihkan, ia jadi beban yang ketara.

Hutang peribadi untuk ;

1. Masuk MLM dan bisnes 'beutipu'. Dah masuk kena tipu dan duit hilang begitu saja. Kita redha, kononya rezeki tak ada.

2. Hutang Kahwin. Kenangan yang ada cuma album kahwin dan memori indah dalam kepala. Lepas kawin tidur rumah mertua sepanjang masa.

3. Rawatan Perubatan. Jika lepas rawat sihat alhamdulilah tapi hutang berganda menanti anda.

4. Masuk Skim Cepat Kaya . Duit hilang hujung bulan bayar bunga. Nak report muka tebal rasanya, biarkan sajalah biar ramai yang kena sama.

5. Renovasi Rumah. Ruang dalaman jadi cantik menawan, cuma dapat banyak pujian. Hutang itu kekal menawan.

Jika hutang kereta boleh jual semula atau pajak dikedai sewa.
Pesan buat semua adik kita jangan buat hutang peribadi untuk tujuan diatas tadi.

Hutang budi tak nampak dimata, tetapi ia kekal hati. Gegadis cukup suka, selalulah bina hutang budi sampai mati :-p

#BanyakBacaDanJanganJadiHambaHutang

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
#TabungHutang

TENANG SAHAJA

Selagi kita ada kawalan terhadap hutang kita, jangan risau. Semuanya terkawal.

Siapa yang buat hutang lebih dari kemampuan, layak beli sebuah rumah. Rempit sampai 3 bijik akan mula terbeban nanti.

Kawal Dana Kecemasan kita, sediakan 6-12 bulan gaji agar hidup kita tenang.

Jangan buat hutang liabiliti baru, kawal dan elakkan.

Kawan kawan,

Waktu begini boleh kita bertahan (berjimat) atau tambah pendapatan.

Itu pilihan.

"Ekonomi begini kita kena banyak belanja bang, bagi circle economy berjalan?"

Itu kerja orang kaya dan kerajaan.

Kita yang simpanan belum ada, kekalkan menyimpan dan belanja keperluan sahaja.

Dapat sesuatu?

Kredit Dr AAA

Konsisten Simpan Emas
#TabungHutang

DUNIA SEDANG DILIPAT?

1. Tanpa kita sedar, kita bukan bekerja untuk majikan kita lagi.

2. Bank ciptakan produk produk hutang agar kita lama 'bekerja' buat mereka dan kekal setia. Mereka adalah majikan baru kita.

3. Bank tak hasilkan rumah, bank hanya jual rumah pemaju dan kita beli dengan berhutang.

4. Setiap tahun bank kekal untung, tetapi kakitangan bank tetap ada yang diberhentikan atau diberikan pilihan berhenti.

5. Bank mula memperkenalkan dan memperkasakan perbankan online.

Tanpa bantuan manusia atau bantuan kakitanganya, kita akan mula membayar hutang secara bijaksana.

6. Hutang hutang ini dalam tempoh yang lama, ada yang 30-35 dan 40 tahun pun ada.

7. Kita akan setia membayar hutang ini selama tempoh kita kekal kerja atau sama usia kerja kita.

8. Dengan teknologi AI dan sistem online, bank semakin tidak perlukan manusia (kakitangan sebenarnya). Kita yang kerja gomen atau swasta yang bekerja buat bank menjadi kaya raya sebenarnya.

9. Cukup bulan dapat gaji, kita akan setia membayar hutang hutang ini. Jika lewat, ada kadar penalti menanti untuk dikena.

10. Kita tidak pernah bekerja dengan bank, tanpa kita sedar kita menjadi sebahagian dari keuntungan bank dan setia menjana keuntungan buat mereka.

Kawan kawan,

Tulisan ini tentang hutang.

Tanpa kita sedar, majikan kita adalah bank. Kita kerja hanya untuk bayar hutang bank.

Bank tak perlu risau, jika kita gagal bayar. Apa sahaja boleh jadi hak mereka.

Jangan berlebihan menjana hutang. Fahami bahawa jika kita beli sebuah rumah dengan harga RM600k, bagi tempoh 20 tahun kita biasanya kita membayar RM1.2 juta sahaja.

Jika 30 tahun, nilainya menjadi 3 kali ganda.

Dunia sedang dilipat, kita semua adalah mangsa jika kita tidak memahami lipatannya.

Bank mula menjadi majikan kepada semua.

Azizul Azli Ahmad
Catatan Malam 1 Syawal di Makkah
#TabungHutang

PELIHARALAH 'SINGA'

1. Berhutang itu ibarat memelihara seekor singa. Jika kita pintar dan berilmu, kita boleh jana pendapatan dengan singa itu.

2. Kita boleh kutip duit tiap kali orang datang melihat, kita boleh buat dandan bulu singa dan masuk TV3.

3. Kita boleh jual tudung  gaya singa dan boleh buat acara sentuh hidung singa atau bergambar dengannya.ehm..

Kita jana pendapatan dengan singa kita.

4. Kita juga boleh dapat kecederaan jika gagal kawal singa tersebut.

5.  Lebih malang jika kita tiada ilmu, kita boleh berada dalam perut singa dalam sekelip mata.

6. Orang kaya menjana pendapatan dengan hutang mereka.

7. Wang mereka disimpan untuk ke Pulau Andaman bersama keluarga atau bercuti luar negara

8. Mereka jana kekayaan dengan ilmu hutang yang mereka ada. Ingat orang beli rumah banyak dengan tunai mereka? Tidak jawapannya.

9.Mereka bina hutang untuk jana kekayaan mereka. Tetapi hati hati, jangan sampai tercedera atau anda sedar dah dalam perut singa.

Gegadis tak suka lelaki garang seperti singa, sebab mereka susah nak bermanja.

#JanaHutangSecaraSihatDanBijak
#TabungHutang

TIP MEMINJAM

1. Tanya diri kenapa aku meminjam?

Nak bergaya dihari raya atau nak nampak hebat dimata Fazura? Jangan pinjam untuk bergaya itu DOSA

2. Ini hutang baik atau hutang jahat?

Apa manfaat hutang ini?  Jadi aset atau libialiti nanti.  Beli hartanah yang baik itu hutang yang baik,  beli bulu mata che ta atau hutang kereta Audi untuk bergaya itu hutang jahat macam setan dik!

3. Mampukah membayar semula? Jangan main congak saja,  guna calculator untuk kira.

Dengan gaji kita bukan OT atau berniaga online bolehkan saya bayar Honda City ini?

Gegadis tak suka kita pinjam lama lama hati mereka,  mereka suka kalau kita meminang mereka :-p

#JanganBuatHutangJahat
#PinjamanAdalahPilihanTerakhir