Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
isy
#Resepimommyaisy
#Resepilempengsantan

*10) MASAK LEMAK LABU*

Labu
Garlic
Santan pekat 1sudu
Lada hitam sikit
Bilis(bersihkan,tumbuk halus)
Beras
UB

-tumis bwg putih n bilis dgn ub.. masukkan air,beras,labu.. masak smpai kembang nasi.. masuk santan n lada hitam sikit.. done πŸ€—

#BySitiFaiza
Apakah 3 Pekerjaan Utama Anak Usia Bawah Usia 6 Ini Ya ?

#GoldenAgeParenting

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Kudapan Kedua Melur Hari Ni Dah Siap.
Yeay😍 Carrot Muffin πŸ₯•πŸ§
Naik Gebu Hari Ni, Bahagian Dalam Pun Lembut Je. Alhamdulillah☺️

RESEPI CARROT MUFFIN πŸ₯•πŸ§

Tepung Unbleach 1 Cup
Baking Powder 1 Sudu Kecik (Aluminium Free)
Minyak Masak 1/2 Cup
Madu 1 Sudu Besar (1Tahun Keatas)
Carrot 1/2 Biji Sagat
Telur 2 Biji

Asingkan Telur Putih Dan Kuning. Blend Telur Putih Sehingga Kembang. Masukkan Minyak Masak & Madu Blend Lagi. Campur kan Bahan Blend Bersama Telur Kuning, Tepung Gandum Unbleach & Baking Powder. Gaul Sebati. Masukkan Carrot Yang Dah Disagat. Gaul Lagi. Bakar Suhu 170Β°c Selama 30Minit. SiapπŸ₯°

*Bawah 1Tahun Boleh Tukar Madu > Puree Kurma
*Kalau Adunan Terlalu Pekat Tambah Air/Fullcream
*Kalau Adunan Terlalu Cair Tambah Tepung Gandum

#MelurFoodJourney
Kek kurma cheese dragon fruit
For my baby girl πŸŽ‰

Semalam punye birthday 11/7 . Celebrate simple2 je sbb siang kalut kt klinik, timbang ngn cucuk feeya 1 tahon. Lgpon mama nak buat sendiri kek utk feeya. Yg Penting baby boleh makan.. No sugar.

Feeya suka Sgt buah nie. So mama buat dgn penoh kasih syg.. First time buat dan deko2 kek nie. Mama tak berseni bab2 deko kek. Tgn nie berseni pada art n drawing je. 😌. Xpelh nak. Mama try the best ok walaupon luaran tak cantik tp kalau anak mama makan tu kira sedap la kan πŸ˜‚

πŸŽ‚ Bahan2 πŸŽ‚

🍰 Tepung gandum (setengah cawan-agak agak)
🍰 Serbuk penaik - 1sk
🍰 Minyak masak - 1/2 cawan
🍰 Puree Kurma - 4- 6 biji
🍰 Telur 2 biji
🍰 esen vanilla - 1sk

Caranya :
🌸 Campurkan semua bahan dan blend
🌸 Masukkan dalam pengukus dan kukus dalam setengah jam/ sehingga masak.

Toping :
🍰 Cream cheese - 100g (agak agak)
🍰 Susu full cream - agak agak
🍰 Madu (agak agak bagi ada rasa manis sikit untuk 1y above- optional)
🍰Dragon fruit. - utk hiasan dan mix dgn cheese.

Caranya :
🌸 Masukkan dalam mixer dan pukul sampai sebati.
🌸 Hias dekat tengah kek & atas kek
🌸 Potong lebihan buah dragon fruit untuk hiasan.

Dragon fruit lover boleh la cuba! 😍

#Afeeyaturn1
#Afeeyafoodjourney
#kekkurmacheesedragonfruit
#birthdaykek
Sarapan Aina pg td nuget ayamπŸ—... Abg pun mkn sme2 jgakπŸ˜‰

Bhn
πŸ—Isi ayam
πŸ—Carrot
πŸ—Kentang
πŸ—Bwng merah&putih
πŸ—Bayam merah
πŸ—Telur sebiji
πŸ—Tepung jagung 1sdb

Cara
πŸ—Kukuskn isi ayam,carrot,kentang
πŸ—Dah sejuk blh blendkn smua bhn
πŸ—Dah siap blend blh msukkn syur(dicincang)gaul sebati
πŸ—Masukkan dlm loyang kukuskn skjap(loyang sapu minyak)
πŸ—Dah masak terus kluarkn,tggu sejuk bru potong2
πŸ—Celup telur & goreng

#Ainafoodjourney
#9m24d
Sarapan deejah hari ni !

Dragon fruits cake ! Lembut , tak padat tau ! πŸ₯°

🌷 Telur gred A 2 biji
🌷 dragon fruits - ambil juice 3-4 sudu besar
🌷 Tepung kek 4 sudu besar
🌷 Madu asli 1/4 cup
🌷 1/4 cup minyak jagung

1. Pukul asing putih telur, ummi guna whisk je nak cepat..
2. Masukkan kuning telur dan madu kaup balik hingga sebati.
3. Masukkan tepung kek, kaup balik sahaja.
4. Masukkan air dragon 3 atau 4 sudu besar. *saya lenyekkan buat pada penapis dan ambil airnya*
5. Gaul sebati.. tabur potongan buah dan bakar.
6. Bakar pada suhu 180Β°c 25minit api atas bawah.

Siap !

#ummideejah
#khadeejahsolidfoodjourney
#1year6month
#healthycake
Sarapan anak soleh di hujung minggu.
RingkasΒ² shj tapi mampu memikat selera eshan.
Sebenarnya dah buat spageti goreng tadi tp sebab baba eshan request nak makan roti telur ni, so buatkanlah sekali utk eshan.

ROTI TELUR CHEESE BUNGKUS
πŸ₯ͺroti
πŸ₯ͺbeqa slice cheese
πŸ₯ͺtelur
πŸ₯ͺmixed herbs
πŸ₯ͺgarlic powder
πŸ₯ͺserbuk lada hitam


⚠️resepi ini sesuai utk baby yg telah pass telur.
⚠️penggunaan cheese boleh ditukar mengikut jenis cheese dan kesesuaian umur baby.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar
#1y10m
Lunch dengan Bone Broth Cookies?
Why not?!

Sampai satu masa baby akan kurang rasa nak makan. Nak main sahaja. Makan pun hujung-hujung sudu. Itu pun disembur-sembur jek bubur tu alahai. πŸ˜πŸ˜‚

Boleh gantikan dengan finger food yang berkhasiat contohnya Bone Broth Cookies.

BBC bukan sahaja ada protein malah karbohidrat, lemak dan tenaga. πŸ’ͺ

=====================================

πŸ“WhatsApp πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
http://www.wasap.my/+60197533656/biskutrushbaby

πŸ“Atau dapatkan produk dari

πŸ“Shopee πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
shopee.com.my/hajar_h

πŸ“FB: Hajar Hashim

πŸ“Agent Kerteh

#bbccookies
#rushbabyfoodtrading
#babyfood
#makananbaby
#snackuntukbaby
#babycookies
#biskutbaby
#bonebroth
#bbcrush
#biskutbabybbc
#biskutbabybonebroth
Japanese Fluffy Stick PancakeπŸ₯°

Mudah dan senang sahaja !

πŸ₯ž 2biji telur
πŸ₯ž 1/2 cup tepung gandum (unbleached)
πŸ₯ž 3 sudu besar madu atau kurma ⚠️ Madu hanya 1 tahun ke atas

1. Asingkan putih telur. Pukul putih telur hingga gebu terhasil meringue.
2. Sebatikan kuning telur bersama madu dibekas yang lain.
3. Masukkan tepung di dalam adunan kuning telur.
4. Kemudian masukkan meringue ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balik sehingga sebati. Adunan akan fluffy.

Selamat mencuba !

Free from soda bikarbonat dan serbuk penaik ! πŸ₯°

#adminhbfm
#healthypancake
#deejahturn2solidfoodjournal
#2y1m
BAYI KEMBUNG

Bayi kembung atau infantile colic atau abdominal colic ini adalah perkara biasa pada bayi.

Ianya didefinisikan apabila bayi berusia 2 minggu hingga ke 4-5 bulan menangis selama lebih 3 jam untuk lebih 3-4 hari tanpa sebab yang nyata.

Please jangan kaitkan dengan jinπŸ™πŸ»
Pakai tangkal tu syirik. Syirik adalah haram.
Jumpa bomoh adalah syirik. Syirik adalah haram.
Tak perlu letak surah Yassin bawah bantal, lebih baik baca sendiri😊

Bayi dikatakan kembung bila dia menangis dengan lantangnya.

Jika ibu bapa sudah periksa, bayi tidak demam, menyusu dengan elok, berak kencing juga elok, tidak ada simptom lain seperti muntah, cirit, tak boleh berak, batuk, selsema, bernafas seperti biasa, InshaAllah bayi itu cuma mengalami kembung sahaja.

Namun, jika risau, eloklah bawa berjumpa doktor dulu untuk pemeriksaan ya😘

Perkara paling penting adalah kena chill.
Rileks.
Sabar.

Sebab ibu bapa yang gelabah takkan mampu berfikir secara waras dan logik.
Malah ada kes bayi disepak sebab menangis kuat sangat dan ibu/bapa jadi stress.

Sabar.
Bayi kecil, gigi pun tak ada, yang mereka tahu cuma teriak dan nangis sahaja.
Depa nak cakap depa sejuk ka depa hangat ka depa lapaq ka depa tak selesa ka depa takmau tidoq ka depa mengantuk ka, depa tak boleh cakap. Jadi depa nangis to grab our attention.

β€˜Mummy, lapaaaaqqqq’
β€˜Daddy, sejukk gilaaaa’
β€˜Yibu, hangat laaaaaa’
β€˜Babah, sakit belakang laa jom p rondaaa’

Begitulah maksud teriakan depa tuπŸ˜‰

Jadi, apa yang perlu kita buat jika tak boleh gelabah?

Periksa pampers dia. Kot ada nappy rash ka atau pampers tu dah ketat ka atau ada yang tak kena ka.

Periksa suhu badan depa. Termometer adalah alat penting yang ibu bapa kena ada di rumah bila ada anak kecil. Kalau suhu lebih 38, maknanya demam.

Periksa abdomen mereka. Sepatutnya lembut sahaja. Kalau keras bak batu, sesuatu yang sudah berlaku. Maka, bawak mai jumpa doktor.

Periksa seluruh badan mereka. Kot kot ada kurap ka ada semut gigit ka ada merah ka ada lebam ka ada darah ka.

Periksa hidung depa kot sumbat ka.

Monitor feeding mereka. Depa menyusu seperti biasa tak. Kalau rasa kurang sangat, means biasa minum 3-4oz dalam 3-4 jam sekali, tapi kali ni cuma minum 1 oz dalam masa 6-7 jam then sesuatu tak betul.

Monitor juga pampers mereka. Air kencing berkurang tak. Kalau dalam masa 12jam, tukar pampers dan perasan cuma sekali sahaja ada air kencing dan jumlah pun sikit, bawak mai jumpa doktor. Ataupun biasa salin pampers 3-4 jam, pampers penuh tapi ni dah salin pampers 3-4 kali, pampers kosong or sikit ja, pun bawak mai lah jumpa doktor. Maksudnya dia dehidrasi aka kurang air dalam badan.

Jika sudah periksa dan semuanya ok seperti biasa, inilah yang dikatakan kembung.

Tak perlu risau.
Kebanyakan bayi akan alami kembung.

Tak perlu beri ubat yang dibeli sendiri ya. Bahaya. Bawa jumpa doktor dulu.

Ibu bapa boleh cuba buat ni:
1. Sapu minyak panas (janganlah panas sangat) pada bahagian abdomen, hujung kaki, belakang badan sedikti dan urut perlahan lahan. Siapa yang tak suka massage kan?πŸ˜‹

2. Tak perlu barut bayi. Yang perlu adalah bedung bayi. Kesian saya tengok bayi kena barut dengan ketat. Bahaya dan kesian pada bayi. Dah la barut sampai ke dada, dia nak bernafas nak menyusu pun tak selesa. Angin tak masuk ikut kulit ya. πŸ™πŸ» Bedung perlu untuk bagi mereka rasa secure dan selesa kerana ada setengah bayi yang mudah rasa sejuk dan rasa selamat jika dibalut. Tapi janganlah ketat sangat.

3. Pastikan tiada kipas atau aircond yang menghala terus ke hidung bayi.

4. Dukung mereka. Masa kembung, mereka biasanya tak suka diletak atas tilam. Kalau boleh bawa jalan jalan, tak kisahlah naik kereta atau jalan jalan dalam rumah, lihat alam sekitar, ambil angin. Mereka akan rasa sedikit lega. Semak jugak kan asyik tengok siling rumah ja😝

5. Periksa puting anda jika dia menyusu, kot susu tak keluar betul ke atau ada apa apa ke kan.

6. Periksa juga botol susu jika bayi menyusu guna botol. Kadang puting botol tu kecil sangat ke atau besar ke. Depa tak selesa.

7. Tak perlu terus tukar susu jika sudah guna susu yang sama berb
ulan bulan. Cuma pastikan suhu susu tu betul. Tak panas sangat dan tak sejuk sangat.

8. Please jangan bagi air kosong pada bayi bawah 6 bulan. Please please please πŸ™πŸ» perut mereka tidak matang lagi dan kita nak elakkan kuman. Bayi bawah 6 bulan hanya boleh diberi susu sahaja.

9. Bercakap cakap atau berzikir zikir dengan mereka. Ada setengah bayi merasakan alunan bunyi yang lembut tambah tambah dari ibu bapa mereka adalah satu lullaby yang menenangkan mereka.

10. Tukar tempat tidur mereka ke bilik lain pun boleh. Mungkin mereka tak berapa selesa di satu tempat yang sama.

11. Jangan berikan susu sewaktu mereka tengah menangis kuat sangat tu. Risau tersedak. Bagi masa depa berhenti menangis.

12. Pastikan suasana sekeliling aman damai dan tenang. Ada setengah bayi yang sensitif dengan bunyi kuat atau hingar hingar atau cahaya yang terang sangat atau bunyi vacuum ke.Mereka mahukan kedamaian.

13. Boleh juga cuba mandikan bayi dalam warm water sambil urut urut mereka sambil nyanyi sikit sikit ke. Mereka akan rasa macam kat spaπŸ˜‰

14. Boleh juga buat skin to skin cuddles. Ada setengah bayi rasa bahagia bila dapat bersentuh kulit ke kulit dengan ibu bapa mereka kerana hangat badan ibu bapa ni nikmat tau untuk bayi bayi.

15. Paling penting jangan gelabah dan jangan jerit dan jangan pukul bayi andaπŸ™πŸ»

Kembung akan hilang sendiri selepas 3-4 hari biasanya.

Ada juga bayi yang alami kembung akibat dari ketidakselesaan bila ada organ badan nak membesar. Contoh macam usus yang semakin memanjang, atau otot badan makin membesar dan ada juga yang sebab nak tumbuh gigi atau nak pandai sesuatu yang baru.

Ok, boleh kan?
InshaAllah boleh😊

Pstt: Bayi yang gembira apabila ibu bapa gembira bahagia InshaAllah β™₯️

Dr. Erna Nadia
Pernah juga gelabah ayam masa anak first dulu tapi kita semua pun belajar kan walaupun doktor ✌🏻
Hai Mommies!

Pagi ni ibu buatkan Ilham pengat pisang pasta. Taktau la nak buat makan pagi ke petang haha πŸ˜‚. Buat je siap2.

Pengat ni takde gula atau garam. Tapi ibu dah rasa tadi. Memang cukup dah manis dari pisang tu. Bolehlah kita share sama2 ye Ilham.

Pasta tu pengganti sagu. Sagu takde. Letak jela star pasta hahaha πŸ˜†.

#IlhamMakanApa
#GengMemasakUntukAnak
#EatalianExpressPasta
#menu8bulan
Kehidupan memang tidak ada yang mudah.
Kejayaan hadir setelah hadapi susah.

Nampak indah di atasnya atau di luarnya,
Ketahuilah mereka telah ada jerih payah di bawah atau di belakangnya.

Pelangi amat indah dan berlapis-lapis 7 warna,
Ia hadir setelah hujan turun,
Bersama panas setelah itu.

Wahai IbuAyah,
Menangis hari ini, mungkin anda akan tersenyum di kemudian hari,
Ketahuilah bersama kesulitan itu ada kemudahan sekali,

Sentiasa kembali kepada Dia Yang Maha Tahu,
Kerja kita sentiasa perbuat dan usaha,
Menuruti landasanNya,
Doa tidak putus.

Selamat malam dan teruskan hari esok dengan sinar positif,
Bahagia, indah, menghargai.

Senyum lebar lebar tau.

Maznah Ibrahim.

Meh masuk Telegram Chanel saya agar tak terlepas info berkaitan keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya:

T.mazn.me/chan
πŸ’“ PANNA COTTA VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

1/4 cawan agar agar tali
2 cawan susu penuh krim
topping pilihan

Cara Cara :

basuh dan rendamkan agar agar tali sehingga lembut .
kemudian masak agar agar tali tersebut bersama susu sehingga agar agar larut sepenuhnya .
tutupkan api .
tapis dan tuangkan ke dalam acuan / bekas yang bersesuaian .
sejukkan seketika di dalam peti sebelum diletakkan topping pilihan .
mama letak topping buah mangga sebab nak habiskan buah mangga yang ada nie .
biar lama lama nanti dah tak boleh makan pula buahnya .
panna cotta nie sangat lembut , tekstur dia hampir sama macam dadih .
untuk versi baby , mama gunakan agar agar tali je sebagai pengganti gelatin .
sedap dimakan sejuk sejuk .
sesuai sangat untuk baby yang tengah gatal gusi tu .
selamat mencuba !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea #8m
πŸ‘ΆπŸ» JANGAN BERI AIR MASAK PADA BAYI BAWAH UMUR 6 BULAN πŸ‘ΆπŸ»

❀️ Air masak tak memberi khasiat pada bayi umur bawah 6 bulan.

❀️ Air masak tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.

❀️ Buah pinggang bayi tu masih belum matang sepenuhnya dan tak mampu nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.

❀️ Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu sebab perutnya dah penuh.

❀️ Bila boleh beri air masak pada bayi?

πŸ‘‰πŸ» Selepas anak mula diberi makan, barulah boleh beri air masak pada bayi.

https://t.me/NotaRedzaZainol
πŸ‘ΆπŸ» HIDUNG BAYI TERSUMBAT πŸ‘ΆπŸ»

Guna Semburan / Titisan Normal Saline

πŸ‘‰πŸ» bertindak mengurangkan bengkak pada lapisan mukosa hidung.

Cara-cara penggunaan:

❀️ Baringkan bayi secara menelentang.

❀️ Titiskan 2 titis Normal Saline ke dalam 1 lubang hidung dulu. Biarkan selama 30 saat.

❀️ Ulang pada lubang hidung sebelah.

❀️ Kemudian, alihkan bayi supaya berada dalam keadaan meniarap atau mengiring supaya hingus yang cair boleh mengalir keluar.

❀️ Lapkan lelehan hingus dan bersihkan sekeliling lubang hidung menggunakan kain yang lembut dan bersih.

❀️ Jangan guna putik kapas untuk bersihkan hingus.

❀️ 2 titisan Normal Saline boleh diberi setiap 3 hingga 8 jam dalam sehari.

https://t.me/NotaRedzaZainol
Selamat bersama keluarga di hari Ahad semua❀.

Kita ajari diri, dan anak anak untuk

πŸ‘ fokus kepada kesyukuran dan nikmat walau kecil

πŸ‘ jauhkan dari rungutan kecil atau besar

πŸ‘ agar dapat menambah nikmat dan kebahagiaan

Kerana anak belajar direct dari kita,
Mereka ada teropong ajaib,

Zoom in, copy cut paste : behaviour / respons kita kepada persekitaran

.

Maznah Ibrahim

Join telegram parenting dan psikologi anak di

T.mazn.me/chan