Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Kwashiorkor.

Semalam saya sudah sampaikan ilmu pengetahuan kenapa jangan bagi bayi di bawah umur 6 bulan minum air kanji.

Saya sudah berikan penjelasan bahawa kanji itu hanya mengenyangkan bayi dengan karbohidrat dan tiada protin. Apa yang bayi perlukan ialah protin susu ibu untuk membesar. Jika kekurangan protin, pembesarannya boleh terbantut.

Jika bayi hanya dikenyangkan dengan kanji dan tidak diberi susu ibu, kekurangan protin yang serious bukan hanya menyebabkan pembesarannya terbantut tetapi akibat yang lebih serious ialah penyakit kwashiorkor.

Inilah bayi yang ada penyakit kwashiorkor. Perutnya kembung. Kenapa kembung?

Sebabnya yang pertama ialah, tanpa cukup protin, fungsi hatinya merosot dan hatinya menjadi bengkak. Sebabnya yang kedua ialah, salah satu fungsi hati ialah membuat sejenis protin yang dinamakan albumin. Tanpa protin dalam pemakanan bayi ini, kandungan albumin dalam darah berkurangan. Albumin ini diperlukan untuk menarik air di dalam darah. Jika kekurangan albumin dalam darahnya maka air dalam saluran darah akan meresap keluar dan berkumpul di bahagian badan yang lain. Sebab inilah bahagian abdomennya bengkak dengan air, pembesaran terbantut dan boleh mendapat kerosakan otak.

Masalah kwashiorkor ini masih lagi kita lihat di kalangan bayi di benua Afrika dan beberapa negara miskin di Asia, dimana ibu tidak memberi susu ibu kepada bayi dan mengenyangkan bayi dengan hanya kanji .

Jadi, janganlah tuduh susu ibu menyebabkan perut bayi kembung. Jangan menakutkan ibu-ibu yang menyusukan bayi dan tuduh apa ibu makan menjadi penyebab perut bayi kembung melalui susunya. Sebaliknya TIADA yang lebih baik dari susu ibu dan kita mesti terus memberi galakan positif kepada ibu-ibu yang berusaha menyusukan bayinya tanpa tuduh ibu macam-macam.

Dr Imelda Balchin
First time buat Aiskrim homemade utk Afeeya. Panas2 nie enjoy betol tgok dia makan. Sedapp sangat Sampai habis feeya makan sendiri πŸ˜‹

Ada 4 perisa mama buat.😍
🍦-Aiskrim yogurt mangga susu
🍦-Aiskrim yogurt kurma susu
🍦-Aiskrim yogurt betik mix grape
🍦-Aiskrim yogurt mix mangga & grape

Bahan2 :
🎈Full cream milk
🎈Natural yogurt
🎈Puree Kurma + Betik + Mangga
🎈Buah potong (Mangga + Anggur)

Tak ada sukatan yang betol. Sy campak2 je. Yogurt tu tak kesah pon banyak mana. Utk baby yg kurang suka rasa masam2 yogurt tu boleh campur dgn susu atau puree buah yg manis. So rasa tu balance. Tak masam sgt. Sedapp! Mama pon suka πŸ€—

#icecreamhomemade
#Afeeyafoodjourney
#11month
Done buat stock aiskrim buah πŸ₯­πŸŒπŸŒ½ untuk si Amnani

Bahan2 :

♦️Buah pisang 🍌
♦️Buah mangga πŸ₯­
♦️Jagung 🌽
♦️Susu fullcream (panaskan dulu untuk bawah setahun), xnak letak pon xpe

Blend bersama buah - buahan yang anak suka 😘
Anak saya tak suka buah naga, tapi colour aiskrim dia lawa kan.. 😬

Btw, pisang tu saya lambat ikat, dah tukar colour sikit laa .. Ok je kan.. πŸ˜…

#baby7bulan+
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
8 Jenis Makanan untuk 6 Bahagian Otak.

1. Olive oil kaya dengan monosaturated fat atau lemak baik bantu perkembangan Prefrontal Cortex, tempat kita buat keputusan. Ambil 3 sudu teh setiap hari olive oil bantu tajamkan problem solving skill.

2. Buah sitrus seperti oren, lemon dan grapefruit ada lambakan flavonols, perhebatkan bahagian parietal lobe atau otak tengah kita yang kawal penguasaan bahasa, visual dan mengira. Kerja-kerja mencongak jadi pantas. Tidak perlu banyak 1 biji sehari memadai.

3. Kekacang seperti walnut, badam, gajus dan hazelnut bantu fokus dan konsentrasi, bantu pembelajaran, yang pusatnya di temporal lobe atau otak sisi terletak antara 2 telinga manusia. Boleh dimakan sebagai snek harian, 30gram sehari, 5 kali seminggu.

4. Ikan yang kaya Omega 3 dan Vitamin D bantu tingkatkan IQ. Kajian menunjukkan anak yang makan ikan mempunyai saiz otak yang 14% lebih besar berbanding anak-anak yang tiada ikan dalam dietnya. Kajian menunjukkan 140gram seminggu minimum keperluan ikan untuk feed brain keluarga kita.

5. Dark chocolate 70%, bantu tajamkan daya fikir. Macam sharp-shooter. Kawalan tepat. Sehari makan dalam 40gram pun dah ok. Bahan power nama catechin beri alert luar biasa. Pastikan coklat hanya dari 70% keatas baru efektif. Milk coklat tak termasuk.

6.Keenam adalah buah keluarga berries. Ambil saja segenggam sehari antara buahan jenis Strawberry, raspberry, blueberry, semuanya bantu tingkatkan memori, dan besarkan hippocampus, pusat memori.

Hah, itu antara yang menarik yang dikongsi oleh Puan Noraliza Alwi dalam Ebook 8 Jenis Sarapan Brain Booster nak bagi anak anda.

Apa yang special sangat pasal eBook ni?

Tips yang ada dalam eBook ni sangat rare!

Yang paling syok, banyak tips basic untuk mendapatkan otak yang sharp ada dalam eBook ni.

Ada banyak lagi tips dalam ebook 26 mukasurat ini. Beliau beri sekali bonus ebook resepi sarapan untuk anak-anak.

Mudah untuk ibu bapa dapat idea nak sediakan sarapan sihat untuk anak. Semuanya lengkap termasuk bahan dan cara penyediaan.

Nak cuba masak makanan sihat waktu pagi bolehlah follow resepi dalam ebook ni.

Boleh download dari link Puan Noraliza Alwi share dalam telegram ini;

https://bit.ly/LinkDownloadEbookSarapanBrainBooster
Malam ni mama buatkan sweet potato cheese ball untuk bekal fairel esok. Guna 3 bahan je dah siap! Tak susah pun, jom la cuba mommy!

SWEET POTATO CHEESE BALL❀️

Keledek oren
Cream cheese/serbuk cheese
Tepung gandum unbleach

Rebus keledek sehingga empuk. Lenyek, kemudian tambah serbuk cheese/cream cheese & tepung gandum. Siap!

Letak chiller tahan 3 hari. Frozen tahan sebulan.

IG : NURHAZWANANAZIR / FAIRELMAKAN

#mamamasak #fairelmakan #11bulan
🍠Potato Cheese Ball🍠

Sesuai utk mkn petang, boleh bt frozen. Klau nk mkn, goreng ja. πŸ˜‹

Bahan bahan:
🍠1biji ubi kentang besar
πŸ—1sudu bsr ayam
🌿1sudu bsr sawi
🌽1sudu bsr tepung jagung
🍢Beqa block cheese Tasty (9m+) / Tatura cream cheese (8m+)
🍞Serbuk roti Homemade (Optional)

#11months #fingerfood
Kudapan malam ni bukan dik Hannan je ni... kami skluarga pun join... Sedaap sangat🀣... Potato Cheese Ball dan Carrot Cheese Ball...

Resepi
------------
πŸ₯”Potato rebus/kukus hingga lembut
πŸ₯”1sdb cream cheese
πŸ₯”Tepung gandum

Cara2
-----------
πŸ‚Lenyekkan potato hingga hancur
πŸ‚Masukkan cream cheese
πŸ‚Masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga adunan boleh bentuk... Tkperlu letak bnyak2 tepung sedikit je... Asal boleh bntuk je dah ok... Bnyak sngat tepung nnti jadi keras..
πŸ‚Bulat2 kan dan bolehla goreng seperti biasa

Carrot Cheese Ball
----------------------------------
πŸ₯•Carrot di rebus/kukus
πŸ₯•Cream cheese
πŸ₯•Tepung gandum

πŸ‚Sama juga cara seperti di atas... Jngan letak bnyak2 sangat tepung ya... Asal boleh gentel je dah ok... Jika agak melekit sapu je minyak di tangan baru gentel

#HannanHumairahFoodJourney
#1y6m
"Happy babies happy mommies"

Potato chicken cheese ball.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
1 biji ubi kentang.
Lobak merah.
Sayur pakchoy.
Cream cheese 1 sudu besar.
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil.
Tepung jagung 2 sudu besar.
1 ketul isi ayam direbus dan ditoskan.

1: Rebus ubi kentang bersama lobak merah sehingga lembut kemudian lenyek dalam 1 bekas.

2: Masukkan sayur pakchoy,cream cheese,serbuk lada hitam,isi ayam dicarikkan dan tepung jagung.

3: Gaul sebati dan boleh dibentukkan.Boleh digoreng salut dgn telur,oat atau grill dgn sedikit minyak atas pan.Sedia untuk dihidang. 🍽️
Selalu mama buat potato stick je,pagi ni tambah cheese pulak..potato cheese stick&potato cheese ball untuk adik qhaira breakfast..
#qhairafoodjourney
#11m22d

Bahan bahan:
Kentang 3 biji(rebus/steam)
Tepung jagung(3sdb)
Tepung gandum(3sdb)
Ub((1sdb)
Cheese(1sdb)
Sayuran pilihan:
Lobak(sagat)
Kacang buncis(hiris nipis)

Lenyekkan kentang sewaktu panas&masukkan ub..dah suam masukkan pula sayuran,cheese,tepung jagung&tepung gandum..gaul sebati,bila dah tak melekat kat tangan boleh la bentukkan..goreng dalam minyak yang panas
Sarapan apa tu rakan-rakan Qayl semua? hehehe πŸ₯°

Resepi cedok dari group ni jugak thank you ye mummies. ✨πŸ₯°

✨ Cheese ball sweet potato ✨

🍠 Sweet potato rebus/steam sampai lembut

🍠 Lenyek ketika masih suam (nak blend pun boleh tapi sikit je so saya lenyekkan je)

🍠 Tabur tepung gandum sikit tepung jagung sikit (saya letak nisbah 1:1 sudu makan je sebab sweet potato ni sebiji besar tapak tangan je kecil)

🍠 Bulatkan sebesar bola pingpong (nak besar macam bola tennis pun boleh) ok gurau πŸ˜‚

πŸ₯„ Buat lubang di tengah masukkan cream cheese sikit dan bulatkan semula cantik-cantik

🍳 Goreng minyak sikit yang untuk simpan saya goreng separuh masak je

*Baki saya simpan dalam chiller esok pula makan senang xyah fikir menu esok dah. 😁

#menuqayl
#8bulan
#cheeseball
CHICKEN RICE BALLS
🍒isi ayam
🍒carrot
🍒sawi pakchoy
🍒bebawangs
🍒kentang
🍒cream cheese tatura
🍒nasi
🍒unsalted butter

mulaΒ² rebuskan kentang. setelah empuk, lenyekΒ² dsn ketepikan. dalam kuali, tumiskan bebawangs dgn menggunakan unsalted butter sehingga naik bau. setelah itu masukkan isi ayam dan carrot yg telah dicincang kecil. apabila telah masak, masukkan pula sawi pakchoy dan cream cheese dan tutupkan api. tuangkn kentang lenyek, nasi dan tumisan ayam dlm bekas lain. gaulΒ² sehingga sebati. kemudian bentukkannya bulatΒ² atau mebgikut kreativiti ibuΒ². cara saya, saya akan masukkan di dalam chiller sebelum menggoreng agar ketulan rice ball kukuh dan tidak berderai ketika digoreng.
30minit sudah memadai ya. boleh digoreng menggunakan salutan telur, bancuhan tepung atau tanpa disalut apaΒ². jika tidak mahu menggorengnya juga boleh sbb bahanΒ² telah masak semuanya.

boleh juga jika ingin difrozenkan. golekkan rice ball di atas tpung gandum secara nipis dan gorengkan seketika, dan boleh frozen spt biasa.
Dh lama aim nk buat potato cheese ball ni. Adunan mcm lembik so mommy bentukkn gn sudu. Bila dh goreng ok pulak hihi.

Steam potato + sweet potato
Blend kering
Tmbah tepung gandum dan tepung jagung agk2 je
Bentukkn dan masukkn cream cheese tatura di tgh (potong dadu)
Sejukkn dlu bru goreng

Siap dan boleh ngap!

#10months
1Y3M 10.5kg!!! Ibu Terharu berat fateh makin naik. Alhamdulillah syukur🀲

Ibu x pandai nk share tips berat anak naik, tapi apa yg ibu blh share adalah breakfast.. ibu mmg x kan skip breakfast fateh..untuk meal fateh hari2 ibu mmg ibu menumis untuk fateh, kdg guna minyak, kdg guna unsalted butter dan kdg2 menu bersantan.. untuk snack or western food pula mmg kebanyakan ibu add on cream cheese..

Kekerapan fateh makan pula 3x heavy meal (breakfast, lunch, dinner), dan 3x snack.. untuk snack kdg fateh mkn cookies, buah, cucur, puding dan sbgainya..

Alhamdulillah fateh mmg berselera makan especially menu2 yg berasaskan santan dan cream cheese.. Untuk menu hari ni pula ibu buat bekal untuk fateh πŸ‘‡

Breakfast : Cheezy ball + nudget ayam
Lunch: Nasi putih + ikan goreng + sayur masak lemak
snack: buah- buahan + mix fruits cookies

More recipe at instagram
http://instagram.com/syazalwidad_bukhri

#fatehajakmakan
#1Y3M
Fasa tolak nasi saya buat mcm ni Alhamdulillah licin anak makan 😊🀲

Rebus kentang smpai masak, lepas tu lenyek sampai halus masukkan sikit susu full cream cair dalam sesudu mcm tu, gaul2 dan bentuk sesuai selera (saya bulat2kan pakai rice ball beli kat mr diy) Taburkan sikit mixed herb.

Resepi mac & cheese :
- Ayam/ikan salmon potong kecik2
- bawang merah, bawang putih cincang halus
- tomato 3 slice potong halus
- sayur saya pakai daun sawi potong halus2
- Susu full cream
- Cream cheese ( saya pakai cheese cheddar beqa)
- Lada sulah secukupnya
- mixed herb secukupnya
- tepung gandum
- Minyak masak

Tumis bawang sampai harum, masuk ayam atau ikan (gaul2 sekejap smpai stengah matang) masuk tomato dan sawi, bagi sikit air masak supaya tak kering, lepas tu masuk susu, lada sulah, dan mixed herb, masuk cheese kacau sampai larut, last masuk tepung gandum setengah sudu kacau sampai agak pekat. Siaapp memang sedap hehehe

#MuhammadQaayed #12bulan
RICE BALL AYAM

Bahan - bahan (agak2 saja ):

Nasi lembik
Bwg merah
Bwg putih
Unsalted butter
Lobak merah (@ sayur pilihan)
Isi ayam
Serbuk cheese (optional)
Serbuk ayam homemade (optional)
Rice ball mould
Telur
Tepung gandum unbleached

Cara-cara :

Masak nasi (lebihkan air)

Panaskan unsalted butter dan goreng bebawangs sampai naik bau. Ketepikan.

Potong halus lobak merah (sy pakai chopper tupperware) dan isi ayam cincang halus. Rebus isi ayam.

Dalam mangkuk campurkan nasi lembik, bebawangs, lobak merah, dan isi ayam. Gaul rata.

Isi campuran nasi dalam rice ball. (Lepas dah bentukkan boleh simpan dlm peti ais bawah sekejap supaya semasa goreng nanti nasi tak terlerai)

Celup rice ball dalam telur dan golek2 dlm tepung. Goreng sedikit garing. Tutup api dan siap!

#9months
#toothless
#umarmuadz
Hi..
Breakfast n lunch wafiy hari ni
Baru beli rice ball maker smlm.. Senang betol nk buat n jimat masa..

Resepi dates cheese stick
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
3biji kurma
1 sudu besar cream cheese
2 sudu unsalted butter

Cara2
Blend air, kurma dan cream cheese.
Panaskan bahan blend dlam kuali. Guna api kuat dan masukkan unsalted butter.. Dah mendidih tutup api..
Masuk kan tepung..kacau laju dan cepat hingga sebati.
Bole buat bentuk stick or guna acuan semperit..
Goreng api sederhana.

#wafiyfoodjourney
#AhmadImanWafiy
#11m15d
Hai kawan kawan. Harini sarapan apa? Fateh sarapan cekodok ball cheese favourite fateh. Fateh panggil ni ball 😁

Masa bulat fateh suke makan. Bila dah gigit, jadi leper fateh letak balik dan ambil cekodok bulat yang lain πŸ˜‚

Ok jom buat cekodok ball cheese fateh πŸ‘‡
1 cawan unbleach flour
1 sudu cream cheese
1 cawan air panas
Sedikit sayur sayuran

πŸ‘©β€πŸ³ Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul rata dan biarkan sejuk seketika. Kemudian, bulat bulatkan adunan itu tadi (untuk elakkan adunan melekat kat tangan, letakkan sedikit air kat tangan jadi basah basah manja gitu) Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan (minyak kene banyak ye sampai cekodok ball tu tenggelam)

πŸ”΄ PERHATIAN πŸ”΄
Gaul adunan ni guna sudu/senduk ye. Saya guna garfu, lagi mudah. Adunan panas mommy oi, jangan guna tangan. Melecur nanti tangan gebuss mommy πŸ˜†

Selamat mencuba !

#hbfmalfateh
#budakbanyakakal
Assalamualaikum ibu-ibu semua
Selama ni memerhati je, hari ni saya nak share menu breakfast yang menjadi kegemaran anak saya

SWEET POTATO BALL

Nampak anak sangat berselera makan sebab
πŸ€anak saya suka makanan berbentuk bulat (tak tahu kenapa)
πŸ€warna purple yang menarik dan memikat selera
πŸ€letak cheese sikit bagi rasa manis-manis berlemak

Habis 5 ketul sekali makan🀭

Bahannya mudah je
Sweet potato (rebus dan lenyek)
Unbleach flour sikit
Serbuk cheese sikit

Lepas tu goreng je sampai masak

Selamat mencubaπŸ˜‰
Harini mamy cuti, sempat topupkn mknn frozen Haisha.. Bergedil, Cekmek, Keledek Purple & Cheesy Ball.. Alhamdulillah.. No salt no sugar.. Semoga membesar dgn sihat ❀️

Bergedil Ayam
🌸Kentang
🌸Carrot
🌸Mixed Herb
🌸Ayam
Nnt nak goreng celup dgn telur.

Keledek Purple
🌸Tambah Tpg Jagung

Cekmek
🌸Keledek Oren
🌸Tepung Gandum Unbleached

Cheesy Sweet Potato Ball
🌸Tatura Cheese (inti)
🌸Keledek Oren
🌸Tepung Gandum Unbleached

Simple.. Janji mknn sihat.
Tanpa garam gula 😊

#HaishaZuhaira
#9Months25days