Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
👶 Nak tau tak kenapa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk si comel? 👶

Susu ibu mengandungi

👉 lebih banyak protein whey berbanding susu lembu

Protein whey ialah sejenis protein yang bersifat

🌟 anti-jangkitan
🌟 sangat mudah dihadam

Sebab tu mak ayah mungkin akan nampak bayi yang minum susu ibu ni seolah oleh lebih cepat lapar dan lebih kerap minum susu berbanding bayi yang minum susu lembu. 😉

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://t.me/notaALB
Lempeng Nasi Berlauk
All in 1 - carbs, protein, fiber.

Ingredients :
Bwg holland (hiris)
Garlic powder
Nasi
Tepung Gandum
Isi ayam (steam)
Sayur Park Choy (steam dan hiris)
Air

Instagram : Rinduismyname

#RinduFoodJourney #RinduMakan #9month #babyfood #RinduMakanApaTu
Bekal Makan Petang Hari Ni. Lempeng Nasi & Sambal Telur. Alhamdulillah❤️

LEMPENG NASI SEJUK

Nasi 1 Senduk
Tepung Gandum Unbleach 4 Sudu
Air 100ml

Blend Semua Bahan & Masak Atas Non Stick Pan. Siap!

SAMBAL TELUR

Paste Sambal
Bawang Holland Blend
Serai
Bawang Merah
Carrot
Sawi
Madu Asli 1 Sudu

Tumis Serai, Paste Sambal & Bawang Holland Blend Dengan Sedikit Minyak. Masukkan Air. Masukkan Carrot. Tambah Sedikit Madu. Sebelum Tutup Api Masukkan Sawi. Siap!

#MelurFoodJourney
Assalamualaikum ibu2 hebat! 🥰
Sejak anak demam nk tumbuh gigi, jadi kurang sgt mkn. Gigi dah keluar ni pon taknak makan nasik. Dah buat rice ball pon tolak juga. Dia tau ibu dia sorok nasi 😅

So harini cuba buat lempeng kurma. Alhamdulillah banyak sgt makan. And lembut betul lempeng tu. Sy sapu ala2 jem kurma jugak and roll kan, potong kecik2 sekali suap. Abis 2 keping.

Sedap sgt. Ibu die pon ngap skali🤣

Petang ni repeat lagi..😄 yang lain sy cuba frozen..hopefully okey.

Thank you admin❤️

#anasfaiq8months
#lempengkurma
#tolaknasi
Lempeng nasi for #Adawiyah

Nasi
sebiji telur
Carrot
Ubi kentang
Sedikit daun sup dan bawang
Serbuk ikan bilis @ ayam

Blend kasar nasi dan telur , masukkan carrot , ubi kentang dan sedikit daun sup dan bawang yang dipotong halus.Jangan lupa masukkan serbuk ikan bilis atau ayam sebagai penambah rasa.

Goreng menggunakan non stick pan.Jika melekat gunakan sedikit saja minyak semasa menggoreng.

Tq
Selamat mencuba
Serious sedap!!!!!

#DarLynnS
Assalamualaikum 💞
.
Breakfast apa tu 😆
.
Pagi ni Izzan breakfast Lempeng Nasi la😋.. Mama pun tumpang sekali 😂
.
Mama ambil resepi Lempeng Nasi ni dari Mama Aydan Yaaqub (Shima nama mamanya) kalau xsalah Sis la😘
.
Resepi :-
Nasi Segenggam
Telur 1biji
Santan 2cube(ni mama Tukar ke SUSU FARM FRESH)
Air agak²
1/8 Cup Tepung Gandum Unbleach atau dalam 2SuduBesar
Blend semua n bakar atas kuali non stick 😉
.
Yang Penting kan.... NO SUGAR NO SALT NO MSG 😚
.
TQ Admin 😊
.
#MohammadIzzanKhalid
#7bulan25hari
#gigibawah2batang
Ilham dah start taknak makan bubur nasi. Bagi nasi lenyek lembut2 (kot dah tak suka texture bubur kasar), pun dia taknak...🤐

So Ibu buat lempeng untuk breakfast & lunch.
Alhamdulillah luak jugak dia makan.
Good boy Ilham. 🥰😘

LEMPENG LABU & KURMA
🎃 Labu - steam & lenyek
🎃 Kurma - basuh bersih, buang kulit & lenyek
🎃 Tepung gandum
🎃 Air suam

Campurkan/blend kan aje semua bahan, dan fry on pan. 😘

#IlhamEats
#7m28d
Harini lunch Ariana ibu buat ala2 lempeng ke murtabak gitulah..kemain byak dia mkn. Tp dah besar xnk bersuap dah. nak mkn sndri. perh kecah nye sabar jela. xpelah janji nak mkn ibu redha kemas je.. 😆

Lempeng Nasi Vege
Bahan2
🍚Nasi 4 sudu besar
🍚telor 1 biji
🍚ayam cincang halus
🍚sawi pak choy potong halus
🍚lobak merah sagat
🍚cheese ptong kecil2
🍚serbuk lada hitam sikit
🍚cfs
🍚unsalted butter

Cara2
🍛pecahkan telor sebiji dalam mangkuk.
🍛pukul2 letakkn serbuk lada hitam sikit,sawi,ayam,carrot dan cheese dan nasi dan cfs
🍛panaskan unsalted butter atas non stick pan.. letak adunan tadi, biar masak smpi garing sikit baru terbalik kan. kalau x t berderai..
🍛siap sedap tau boleh tmbat hati anak2 kalau xnk mkn nasi.

#ArianafoodJourney#
#RealFood#
#NoSugarNoSaltNoMsg#
#1year4month#
Semalam buat cucur nasi untuk Al-Fateh. Al-Fateh dalam fasa tumbuh gigi ketiga dan belajar berjalan. Terima kasih kepada ibu-ibu yang berkongsi resepi cucur nasi. Saya ubah sedikit untuk sesuaikan dengan selera Al-Fateh. Kuantiti bahan ikut kesesuaian ibu-ibu ya. 👩‍🍳

Cucur nasi untuk Al-Fateh:
1. Tumis bawang besar @ Holland, daun saderi dan lobak merah dengan sedikit mentega. Biarkan sejuk seketika dan kisar halus.
2. Gaul bersama nasi lembut, 2 sudu besar tepung beras dan 1 sudu besar tepung jagung. Tambah sedikit air rebusan ayam.
3. Kepalkan dan goreng. Tadaaa!

Boleh tambah ayam atau telur atau daun sup atau bahan-bahan lain. Ikut selera masing-masing. 😍

#imanizzbakken #alfath
Hanan Qistina tengah fasa teething. Dia reject nasi. So, hari ni mama buatkan cucur nasi cheese untuk dia.

Cucur nasi cheese mama hanan

Bahan:
Nasi 1 senduk*
Telur sebiji*
Ikan bilis segengam*(rendam dulu bagi hilang masin)
Tepung gandum 7 sudu (unbleached)
Bawang cincang halus
Carot cincang halus
Serbuk cheese
Air

Cara-cara
Blend bahan bertanda *
Masuk tepung gandum
Masuk serbuk cheese
Masuk carot & bawang yang dah dicincang halus.
Gaul sebati pstu kalau cair sangat tambah tepung. Adjust la mana patut. Pastu goreng.
Cucur nasi utk Medina yg susah makan nasi 🌸
Bahan2
2senduk nasi
1/2 sb tepung gandum
2biji telur
Sotong(nk letak ayam, udg,ikan pon bole)
Bawang putih
Karot
Sawi
Daun sup/bawang
Mix herb(optional)

Cara2
Tumis bwg putih, masuk sotong, karot
Dlm mangkuk lain pecahkan telur n masukkan bahan2 yg ditumis dan bahan2 yg lain
Masak ats nonstick pan 🤤
CUCUR NASI TUNA
___________________

Hye semua. Rindunyaaa dkt group ni, lama sgt2 dah xpost kt sini. Safa pun dh besar berlari dh sekarang, umur 1 tahun 4 bulan 😂 Alhamdulillah, selera makan Safa masih baik sampai sekarang.

Harini Mama buatkan cucur nasi tuna untuk Safa.. 8 ketul dia habiskan, berebut dengan abahnya 😆 kalau ada nasi masih elok yg xhabis elokla buat cucur, tak membazir. Ok jom kita tgk resepi cucur mudah ni:

[Bahan 1]:
-carrot
-6 ekor Ikan bilis buang tulang, bersihkan
-2 biji bawang ros, 5 ulas bawang putih

***Tumbuk hingga hancur.

[Bahan 2]:
-Sebiji telur
-Separuh tin Tuna in Water (tin biru)
-1 ke 2 senduk nasi
-sedikit lada hitam
-Sayur pakchoy (hiris)
-sedikit air panas
-6 sudu tepung gandum (boleh dilebihkan atau dikurangkan sesuai kepekatan)

***Gaulkan bahan 1 dan 2 hingga sebati. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Siap. Boleh juga letak kucai hiris, jagung ditumbuk atau sayuran lain jika mahu.

#SafaMaisarahFoodJourney
#1tahun4bulan
#14batanggigi
Ikan Masak Halia Version Auji

Menu Auji 7 bulan.

*goreng ikan dengan kunyit menggunakan apa apa jenis minyak asalkan masak 🤪

1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Masukkan air agak² then masukkan saderi agak lembut masukkan tomato.
3. Sudah sebati masukkan ikan yang telah digoreng.
4. Nasi masak asing.
5. Bismillah, suap pada kesayangan.

Simpleeeee sangat dan paling penting sedap.
Habis semangkuk Auji makan.

Alhamdulillah penerimaan yang baik dari Auji. Sedap Auji makan. Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih anakanda Auji 🤍

Moga Auji membesar dengan sihat kuat cerdas 🤗
Cuba bagi anak minum air kembang semangkuk kalau diorang selalu sangat batuk.

Atau kalau batuk, lambat nak sembuh.
Atau kalau silap makan sikit, makin menjadi batuk.

Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Orang kita suka makan dengan laici kang. Sedap hirup air laici kang waktu panas kan.

Kembang semangkuk ni, ada kandungan bassorin. Bantu untuk kurangkan radang pada sel badan kita.

Kalau anak demam, batuk, selesema, saya akan bagi air putih yang dah direndam kembang semangkuk. Rasa dia sama je, takde beza pun dengan air putih.

Ambil sebiji, rendam dalam satu jug air. Bagi anak minum sampai habis. Buat setiap hari, selagi anak tak sembuh.

Kadang tu bila minum, kahak pun jadi cair dan mudah nak keluar. Maka, batuk anak jadi cepat baik. Dengan izinNya.

Saya beli dari Giant je. Korang boleh cari kat mana-mana pasaraya, bahagian rempah ratus. Atau cari di kedai sensei Cina pun biasanya ada.

Satu lagi, kembang semangkuk ni boleh jadikan air pelawas jugak tau. Kalau ada anak yang kerap sembelit, korang boleh gantikan air kembang semangkuk dan bagi anak setiap hari, macam anak minum air putih.

Saya percaya, setiap jenis makanan yang Allah cipta, ada khasiatnya tersendiri pada kesihatan kita.

Nampak biji kembang sembangkuk ni kecil je, macam takde apa-apa kepentingan pun. Tapi, nilainya pasti sangat besar kalau Allah izinkan ianya serasi dengan anak kita.

Sama-sama kita cuba ya.

Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak k. ❤️
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Kek Buah inspired by Omar & Hana

Salam, just sharing idea Kek Buah yang saya dan suami buat untuk 1st birthday anak kami.

Yang paling saya suka pasal kek ni selain dia healthy dan mudah untuk disediakan adalah, suami saya turut serta menghias 🥰, dan dia lagi pandai menghias dari saya 😅🤭.

Untuk kek ini saya guna:

Sebiji tembikai - 6kg
2 biji buah naga
2 biji mangga susu gold
10 strawberries kecil
1 biji limau mandarin kecil

Alhamdulillah, kek buah memang lajuu je habis, takde simpan2 dalam peti macam kek² sebelum ni 😊
Fresh Fruit Cake @ Kek Buah-buahan Segar

Senang je rupanya.

1. Tembikai potong 3 bahagian. Saya guna sebiji tembikai besar. Hubungkan dengan lidi panjang. Jangan lupa serap air di bahagian tepi tembikai dengan tisu dapur. Kalau tak nanti dia jadi berair. Letak atas papan kek. Saya guna saiz 12 inci.

2. Cucuk buah-buahan dengan lidi pencungkil gigi ikut kreativiti. Saya guna buah strawberi, anggur, kiwi & mangga.

3. Lekatkan kulit tembikai yang ditekap mengikut acuan huruf dengan menggunakan lidi. Saya beli di Daiso lama dah. Beli sebab comel. Tapi jarang guna. Haha.

4. Drizzlekan coklat. Saya guna coklat Callebaut 811. Coklat tu saja letak bagi naik seri. Baby makan buah yang tak kena coklat la ea. Banyak lagi yang tak kena tu 😆

5. Cucuk Happy Birthday topper. Dah siap! 😍

P/s : Hati-hati waktu bagi anak makan sebab ada banyak lidi tersembunyi. 🤗
Assalam semua saya share resepi kek buah buahan buat anak saya 1tahun.. Alhamdulillah anak suka sebab mcm mcm buah ada.

RESEPI KEK AGAR BUAH-BUAHAN:-
Bahan-Bahan 🍉🍋🍐🍏
Buah Tembikai
Buah longan
Buah naga
Buah betik
Agar dalam paket
Air

Cara-cara
1.Panas kan air serta letak agar agar gaul sehingga agar agar cair.
2. Masukkan buah longan Sebab nak dapat air yang manis dari buah
3. Semua buah potong segi empat susun dalam bekas cantek cantek
5. Tuang agar agar tadi dalam bekas tersebut dan sejuk kan letak dalam peti ais.

Siap.
Hi Mommies. semalam birthday anak sy ke setahun. doakan Umar Aryan jadi anak yg soleh yea acik-acik🥰.

nak try buat sendiri cake untuk baby tak?
boleh try resepi ni.

Cheese Cake Baby Version

-250g cream cheese(tatura)
-60g unsalted butter
-200 ml full cream milk
-4 biji telur kuning
-5 sb telung unbleach
-2 sb madu asli

bahan frosting(pukulkan sajer)
-100g cream cheese
-40g unsalted
-1 sb madu

Cara:
-Masak atas api, cairkan cream cheese, full creamilk dan butter.
-sejukkan, letak telur.
-masuk tepung sikit-sikit
-madu.
-kukuskan dalam 15-20 minit. api sederhana.
-kek dah sejuk, boleh letak guna buttrrcreamcheese frosting.

Selamat mencuba Mommies.🥰

#1year #UmarAryan
Anak umur 2 tahun, belum boleh bercakap?

1) lihat kemahiran bermain. Biasanya anak 2 tahun suka main bola, kereta, belon, main teddy bear atau anak patung.

Anak yg ada masalah perkembangan, selalunya masih baling-ketuk barang mainan. Bila main pun, jenis mainan yg dia main terhad sangat.

2) lihat apa yg dia faham.
Dia boleh tunjuk anggota badan bila disuruh?
Dia boleh ambilkan barang yg diminta?

Anak yg ada ciri autism selalu tak respon bila nama dipanggil. Jadi dia langsung tak peduli juga bila kita minta ambilkan apa-apa barang.

3) adakah dia boleh buat isyarat komunikasi?

Kanak-kanak umur 2 tahun patut boleh dah lambai tangan bye bye, salam tangan, flying kiss, high 5, buat gaya shhhh (diam), buat gaya busuk, angguk kepala dan sebagainya.

Kebolehan untuk komunikasi secara bukan verbal ini menandakan sejauh mana kanak-kanak itu ada usaha untuk berkomunikasi, walaupun dia tak boleh bercakap.

Pada usia 2 tahun, kita lihat dia sangat comel, manja, suka melasak dan menangis.

Tapi kanak-kanak usia 2 tahun sewajarnya sudah ada lebih 50 perkataan spontan dan boleh cakap dalam ayat. Dia boleh gabung 2 perkataan jadi ayat ringkat.
Nak mama, nak ikut, nak susu,
Adik punya, mama punya,
Bola adik, kasut abah,
Roti canai, nasi ayam, nasi lemak

Pelat pada umur 2 tahun adalah normal. Dia baru belajar cakap, memang cakap pelat lagi.

_Ruby Atika_
Kalau anak susah nak tidur, atau kerap tak sihat, atau asyik meragam banyak tantrum, korang cuba bagi magnesium kat anak.

Saya guna magnesium, sejak mengandung anak kedua, tahun 2015. Punyalah best magnesium ni, dah hampir 8 tahun saya guna tanpa putus langsung stok di rumah.

Asalnya saya guna sebab nak hilangkan lenguh kaki setiap hari masa mengandung anak kedua. Lepas sebulan guna secara konsisten, tiba-tiba eh mana pergi sakit kaki dah tak ada. Energy lain macam, dah tak cepat lesu sejak guna magnesium.

Kalau sakit kepala stress dengan kerja, balik rumah terus saya rendam kaki dengan magnesium. Sakit kepala hilang, tidur pun jadi mudah sangat.

Semalam saya share pasal buang kahak anak, dan magnesium ni salah satu yang membantu. Bukan setakat nak cairkan kahak anak, kita nak tambah imuniti anak pun dengan bantuan magnesium jugak, dengan izinNya.

Kurangkan gatal kulit.
Cepat sembuh luka sunat anak lelaki saya waktu umur sebulan.
Cepat sembuh luka bersalin.
Jadi deoderan letak di ketiak hilangkan bau badan.
Kurangkan suhu badan anak waktu demam.
Cairkan kahak.
Tingkatkan imuniti.
Kuatkan tulang.
Hilangkan lenguh kaki dan sengal badan.
Hilangkan sakit kepala.
Tidur lebih berkualiti.

Baaaaanyak sangat tau manfaat yang ada. Korang kena cuba, baru tahu hasilnya macam mana.

Magnesium ni, salah satu mineral yang sangat diperlukan oleh semua. Tak kira umur. Dari bayi sampai lah warga emas.

Tapi hakikatnya, ramai sangat yang tak cukup magnesium dalam badan.

3 bentuk megnesium yang saya guna di rumah.

1. Magnesium flakes
- Yang ini untuk rendaman. Rendam kaki boleh, rendam satu badan pun boleh kalau ada bath tub.
- Ambil 1 cawan magnesium flakes, masukkan dalam air suam kuku. Rendam kaki atau badan sekurangnya 30 minit.
- Boleh buat setiap hari, nak buat selang sehari boleh, nak buat 3 kali seminggu boleh. Nak buat bila perlu pun boleh, contoh time sakit sangat kepala, atau letih sangat badan.
- Untuk baby dan anak kecil, letak sikit je, segenggam macam tu. Biar anak berendam waktu mandi petang. Mesti anak mengantuk awal nanti.

2. Magnesium oil (ada dalam botol dan roll)
- Tuang 3 titik di tapak tangan, dan sapu tapak kaki kanan. Tuang lagi 3 titik, dan sapu tapak kaki kiri.
- Buat macam ni konsisten untuk 1 bulan. Lepas sebulan, baru korang boleh sapu di bahagian badan lain jika perlu.
- Badan baru nak balance kan magnesium, sapu je tapak kaki kulit tebal dulu, supaya perlahan-lahan akan terserap.
- Untuk baby, seawal usia anak boleh sapu, letak 1 titik je. Dalam pantang saya buat untuk anak kedua saya. Nikmatnya saya boleh tidur dengan tenang waktu malam.

3. Magnesium lotion
- Yang ni mak-mak mesti suka kan. Takyah dah cari lotion banyak chemical merbahaya. Korang ganti je dengan magnesium lotion ni.
- Untuk baby dan anak korang pun boleh guna jugak. Sapu je lepas mandi. Tak perlu dah bedak semua tu. kita sapu magnesium lotion tak ke lebih membantu tingkatkan mineral magnesium dalam badan anak.

Saya share siap-siap, kat mana saya dapatkan semua ni. Sepanjang 8 tahun guna, hanya brand Elementz yang saya suka dan saya akan suggest pada pesakit saya. Saya share dengan korang jugak k.

Shopping terus, dah sampai nanti dah boleh start guna untuk anak dan seisi keluarga.

Magnesium flakes - https://shp.ee/h29rcp9

Magnesium oil dan magnesium lotion - https://shp.ee/kq22st9

Saya racun barang baik je tau. Yang baik untuk saya dan keluarga, mesti saya akan share dengan semua. ❤️

Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak k. ❤️
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat