Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelongโฉhttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š
Download Telegram
*ASAS STRATEGI ASB FINANCING*

Sebelum melabur, pastikan kita faham konsep dan peluang yang ada dalam setiap pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko dan potensi keuntungan. Jadi, kita harus gunakan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko.

Perkara asas yang perlu kita faham untuk memaksimumkan pulangan pelaburan A$B Financing adalah seperti berikut:

*1. Tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun*
Sebab: Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin murah bayaran bulanan. Kita mampu memiliki Nilai Sijil yang besar dengan modal yang kecil. Jadi bayaran tahunan adalah jauh lebih murah berbanding dividen yang lebih banyak. Tiada masalah untuk pelabur yang mengamalkan teknik Rolling Dividen, malah terdapat lebihan cash yang banyak. Bagi yang berumur lebih daripada 30 tahun, gunakan formula 70-umur sekarang untuk mendapatkan tempoh maksimum.

Kalau nak stop awal, takda masalah. Ada yang buat tempoh 40 tahun tapi stop selepas 3, 5 tahun apabila sudah capai target simpanan. Itu barulah bijak. Invest guna akal, jangan guna kepala lutut.

*2. Tanpa takaful*
Sebab: Bayaran takaful dimasukkan kedalam jumlah pembiayaan. Jadi jika anda melanggan takaful, hutang anda lebih tinggi berbanding nilai sijil. Bayaran bulanan juga akan meningkat. Kesan takaful bila anda menamatkan pembiayaan adalah pulangan prinsipal yang sedikit. Awas, andai pembiayaan ditamatkan terlalu awal, anda bakal dikenakan bayaran tambahan oleh pihak bank jika nilai hutang semasa adalah lebih tinggi dari nilai sijil A$B.

*_Option:_* Ada sesetengah bank menawarkan kadar interest yang rendah jika pemohon mengambily takaful di dalam A$BF. Bagi kes sebegini, digalakkan mengambil takaful min 5 tahun sahaja sekiranya bayaran bulanan lebih murah berbanding tanpa takaful (kerana perbezaan interest yang rendah). Ini kerana bayaran takaful untuk tempoh perlindungan 5 tahun adalah minima. Sebagai contoh, bagi sijil RM100K, penambahan bayaran takaful cuma RM3-5 sahaja. Jika berlaku kematian atau cacat kekal, sekurang-kurangnya waris mendapat pampasan. Memang berbaloi dengan harga secawan kopi McDonalds setiap bulan, anda dapat sediakan wang pampasan kepada waris yang memerlukan jika anda sudah tiada nanti.

Tiada masalah untuk menamatkan pembiayaan awal kerana nilai sumbangan takaful yang minimum. Maka hutang akan cepat berkurang.

_Nota: Tidak digalakkan mengambil takaful untuk tempoh yang lebih panjang bagi short term game plan._

*3. Pembiayaan Islamik*
Sebab: Sebab utama perlu ambil pembiayaan islamik adalah supaya mendapat rezeki yang halal. Selain itu, pembiayaan islamik tiada "lock in period". Maka, anda boleh menamatkan pembiayaan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

*4. Kadar keuntungan bank yang Rendah*

Bagi mengurangkan bayaran bulanan dan meningkatkan nilai prinsipal, sebaiknya pilih pembiayaan yang memberikan kadar keuntungan bank yang rendah.

Contohnya pembiayaan 200K, 40 tahun. Bagi kadar 5.0%, bayaran bulanan RM965. Bagi kadar 4.3%, bayaran bulanan RM880. Beza sebanyak RM85. Buat apa kita bayar lebih untuk dapatkan benda yang sama.

Nilai serahan prinsipal (jika terminate sijil) selepas 5 tahun:

- Baki hutang bagi kadar 5.0% sekitar RM191,000. Maka 200,000 - 191,000 = RM9,000โœ”๏ธ

- Baki hutang bagi kadar 4.3% sekitar RM189,500. Maka 200,000 - 189,500 = RM10,500โœ”๏ธ.

Sudah tentu pelabur bijak memilih bayaran yang lebih murah dan mempunyai pulangan prinsipal yang tinggi.

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
*Berapa amount yang sesuai untuk apply ASBF?*

Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan bulanan perlulah ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Contoh situasi:

1. Abu mampu simpan bulanan RM400. - Apply ASBF 100K *(Bulanan RM385 je)*

2. Ali mampu simpan bulanan RM600. - Apply ASBF 150K *(Bulanan RM577)*

3. Ajib mampu simpan bulanan RM800 - Apply ASBF 200K *(Bulanan RM770)*

4. Leman mampu simpan bulanan RM200. Tapi ada simpanan cash RM5,000. - Apply ASBF 150K *(2 sijil berasingan. Sijil pertama 50k buat compounding, bulanan RM193. Sijil ke2 100k buat rolling dividen. Modal setahun cuma RM4,620) Teknik Hybrid berlaku serentak.*

5. Husin tak mampu simpan bulanan sebab komitmen dah tinggi. Tapi ada simpanan cash RM10,000. - Apply A$BF 200k teknik rolling dividen. Modal setahun cuma RM9,240.

Setiap orang berbeza situasi dan kemampuan masing-masing. Jadi buatlah pelaburan ikut kemampuan diri sendiri. Jangan ikut orang lain.

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

๐Ÿ“ŒBagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ”Š *Wabak Covid19 dah merebak teruk setiap hari*.

๐Ÿ—ฃ๏ธSebelum keluar rumah baca dulu ayat-ayat pendinding sebagai ikhtiar:๐Ÿคฒ๐Ÿป

โœ’๏ธ *Baca 3 kali*
ุจูุณู’ู… ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูˆูƒู‘ูŽู„ู’ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุง ุญูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุง ู‚ููˆุฉูŽ ุฅู„ุงู‘ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

โœ’๏ธ *Baca 3 kali*
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑู‘ู ู…ูŽุนูŽ ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู„ูŽุง ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ูุŒ

โœ’๏ธ *Baca 3 kali*
ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุงู…ู‘ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ

โœ’๏ธ *Baca 7 kali (ayat 9 surah Yasin)*
ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู…ูู† ุจูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูŠู’ุฏููŠู‡ูู…ู’ ุณูŽุฏู‘ู‹ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฎูŽู„ู’ููู‡ูู…ู’ ุณูŽุฏู‘ู‹ุง ููŽุฃูŽุบู’ุดูŽูŠู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ููŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูŠูุจู’ุตูุฑููˆู†ูŽ

๐Ÿ“ *Ijazah drp Sheikh Zainul Asri Kedah*

๐Ÿ“ŒBagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
KAPAL

Kapal tidak tenggelam kerana air yang berada di sekelilingnya. Ianya tetap terapung, melayar atas lautan yang bergelora.

Tetapi kapal itu akan tenggelam kerana air yang masuk di dalamnya.

Sebab itu, jangan biarkan orang sekeliling yang selalu memperlekehkan kita, masuk dalam jiwa kita sehingga mereka dapat menjatuhkan kita.

Sebab itu, jangan biarkan orang sekeliling yang selalu cuba merosakkan hidup dan perniagaan kita, masuk dalam hidup dan perniagaan kita sehingga mereka dapat menjatuhkan kita.

Jaga fikiran kita, jaga jiwa kita, jaga hati kita, jaga hidup kita, dan melayar sahaja atas "air" tersebut, tanpa perlu gelisah.

Kita kuatkan dalaman kita, kita tingkatkan kualiti hidup dan jiwa kita, dan kita ingat pada Tuhan yang menentukan segalanya.

Lautan ini luas, pelbagai jenis cabaran dan dugaan akan melanda.

Yang penting, kita jaga hati dan jiwa kita agar jangan bagi "air" masuk ke dalam.

Yang lain, cukuplah dengan bersandar kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius

#Share
#HafizHiew
-15K. Mereka guna ASBF je untuk kumpul cash dalam masa 2-3 tahun. Cara ini juga sesuai untuk golongan bujang yang ada matlamat yang jelas.

๐Ÿ“Œ Jadi pilihan di tangan masing-masing. Bagi sesiapa yang belum terjebak, kita bernasib baik. Yang dah terjebak, memang sukar nak melepaskan diri. Jadi pesanlah kepada anak-anak dan adik-adik kita supaya mereka juga tidak tersalah langkah. Ajar ilmu kewangan kepada mereka. Ajar selok-belok pelaburan.

Ilmu kewangan tak diajar di sekolah dan universiti. So jangan kita expect semua graduan yang ada ijazah pandai bab kewangan. Mereka juga antara golongan yang terperangkap dalam jerat kewangan. Yelah, ada degree takkan keluar universiti nak pakai kereta 2nd hand. Paling kurang Honda City. Haha

โš ๏ธ Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
โœ… 5.Tips Hadapi Zaman Gawat.
โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Sebagaimana duit kita berdepan dengan musuh utama iaitu inflasi, ekonomi kita juga berdepan dengan cabaran kemelesetan ekonomi.

Samada suka atau tidak, kitaran kemelesetan ekonomi pasti kita tempuh .Ianya suatu jaminan. Apa persediaan kita untuk menghadapi situasi ini?

.

โ–ถ๏ธ 1.Perkemaskan Simpanan Tunai.

Semasa kemelesetan ekonomi, akan ada 2 kategori manusia yang bakal kita jumpa:

Pertama, yang mula sengsara akibat kurangnya persediaan simpanan tunai/kecemasan mereka.

Bila berdepan dengan risiko pemberhentian kerja, pemotongan gaji atau tawaran pemberhentian secara sukarela, mereka tak mampu survive & terpaksa menjual harta/aset yang mereka ada.

Kedua, golongan yang mula menjadi pemburu harta. Semasa kemelesetan ekonomi, mereka manfaatkan lebihan simpanan yang ada untuk membina keuntungan berlipat kali ganda.Mereka menjadi penyelamat golongan pertama.

โ–ถ๏ธ 2.Belajar Kemahiran Yang Bersifat Kalis Kemelesetan Ekonomi.

Semasa kemelesetan ekonomi, kita dapat lihat banyak sektor & perniagaan yang terpaksa gulung tikar, berpindah lokasi dan terpaksa mengecilkan skop operasi.

Di suatu sudut, ada juga bisnes-bisnes yang berjaya buat keuntungan berkali ganda berbanding semasa keadaan ekonomi biasa.Contohnya dalam sektor kemahiran, bisnes online & pendidikan.

Semasa gawat, ramai yang cenderung belajar untuk menambah pendapatan ke-2, mengurus serta merancang kewangan dengan lebih bijak.

Banyak juga peluang kerjaya baru diwujubkan yang bersifat online, bekerja dari rumah serta bermula dengan modal yang rendah. Cuba manfaatkan peluang yang tercipta.

Dalam keadaan ekonomi normal, kebanyakan kita lebih cenderung hidup cara biasa & berbelanja apa yang kita suka.Bila kitaran ekonomi mencabar memaksa kita untuk bertindak dengan lebih bijak.

โ–ถ๏ธ 3.Sediakan bajet Bulanan Yang Lebih Praktikal.

Semak semula belanja bulanan, bil-bil keperluan serta pembiayaan bank kita.Lihat pada bahagian yang mampu kita jimatkan.Beralih kepada plan yang lebih menjimatkan.

Plan internet yang berjaya dijimatkan hanya RM 10 sebulan membantu penjimatan sebanyak RM 120 setahun.Berapa jumlah yang berjaya diselamatkan bila 5 orang ahli keluarga yang gunakan plan yang sama?

Semak juga dengan bank pengendali pembiayaan anda sekiranya ada menawarkan tawaran kadar interest lebih rendah.

Lihat kepada barang keperluan bulanan yang kita belanja.Lihat samada semuanya keperluan atau kehendak. Potong belanja tidak perlu jika lebihnya kepada kehendak.

โ–ถ๏ธ 4. Kecilkan Bayaran Pembiayaan.

Rundingcara dengan pihak bank untuk kecilkan bayaran pembiayaan kita. Supaya dana kecemasn tersedia mampu bertahan lebih lama.

Lihat juga keperluan kepada pembiayaan semula hutang-hutang kita. Pembiayaan semula mampu kurangkan beban bayaran bulanan kita. Cuma tempoh masa pembiayaan akan bertambah semula.

Gunakan penjimatan dari pembiayaan semula untuk besarkan tabungan simpanan kecemasan kita.

Boleh gunakan juga konsep "debt console" untuk lupuskan hutang yang ansuran bulanan lebih tinggi serta baki hutang dengan kadar interest lebih tinggi.

โ–ถ๏ธ 5.Sedar Kemelesetan Ekonomi Tidak Akan berakhir.

Cabaran ekonomi akan bermusim lebih panjang bagi individu yang tidak bijak merancang & mengurus wang yang mereka ada dengan bijak.

Sentiasa manfaatkan simpanan & kemahiran yang ada untuk terus menambah pendapatan kita.Hidup di bawah paras kemampuan.

Usahakan untuk sentiasa berbelanja kurang daripada pendapatan yang kita cipta.Jadikan tabiat untuk menyimpan lebih daripada apa yang kita belanja.

Duit punya bahasa,

"Selamatkan saya segera, supaya hari esok anda beri lebih bahagia"


Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
*KESILAPAN UNTUK ORANG YANG BUAT ASB FINANCING*
=========================

โ›”Tidak meletakkan sebarang matlamat. So, bila niatnya nak jadikan ASB ni mcm bank biasa, maka duit keluar masuk keluar masuk. Lepastu kau hairan kenapa dividen dia bagi rendah)

โ›”Tidak ukur baju di badan sendiri. Anda mungkin layak tapi yang mampu hanya anda seorang sahaja yang tahu. maka tak hairan la kalau tersangkut nak bayar. (tapi ni jangan risau, kita ada tekniknya)

โ›”Tidak tahu menilai potensi diri sebenar untuk pulangan yang maksimum. Pergi bank nak buat asb financing memang la dia suruh buat pinjaman maksimum. Tapi siapa nak ajar anda game plan, teknik2-teknik yang sesuai, diversify keuntungan anda? Orang macam saya juga anda kena jumpa.

โ›”Nampk dividen masuk bulan januari je, gelap mata. Terus keluarkan, lepastu merungut "tanggung bayaran bulanan la, kena komit la, lagi senang simpan cara biasa la". Seolah-olah komitmen asb financing ini satu pinjaman negatif padahal yang negatif tu anda.

โ›”Memegang fahaman ASB financing ini bayar setahun sahaja, selepas itu dividen boleh digunakan semula pada tahun berikutnya (rolling dividen) padahal anda mampu untuk buat teknik compounding dividen.

โ›”Hanya Nampak pada zahirnya dividen tetapi tidak nampak yang tersirat; pengurangan baki principal pembiayaan juga akan memberi anda keuntungan sekiranya anda terminate ASB financing.

โ›”Tidak tahu mengira keuntungan, rata-rata saya tanya orang yang datang ke ASNB, berapa keuntungan yang dia dapat selepas setahun, 80% memang tak tahu berapa keuntungan dia dapat.. adakah anda salah seorang daripada mereka?


Berubahlah.

The more you learn,the more you earn.

Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah;

https://wa.me/601110090729?text=saving

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
Apa kata Expert !!!

SIMPANAN TERBAIK JANGKA PANJANG

Guru emas, Tuan Zulkifli cakap, nak simpan duit dalam jangka panjang, jangan simpan di bank. Itu rugi sebab makin lama nilainya makin kecil. Lebih baik simpan duit tu dalam bentuk rumah, tanah dan emas.

Rumah, tanah, dan emas; harganya boleh dikatakan confirm naik dalam jangka panjang disebabkan duit kertas nilainya menurun kerana kuasa belinya confirm makin lama makin susut.

Cuma kalau nak pakai duit segera nanti, emas yang paling mudah. Boleh jual atau pajak je bila-bila nak pakai duit.

Rumah dan tanah pun bagus. Cuma kalau nak pakai duit, mungkin makan masa bertahun-tahun baru boleh dapat buyer yang sanggup membelinya. Masalah begini tak pernah berlaku kepada emas.

Simpan emas, sebenarnya sama macam simpan duit juga. Cuma dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya dalam jangka panjang.

Harap bermanfaat ....

Seperti hartanah, emas juga dikategori sebagai aset kerana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa.

Bezanya ialah emas memberi peluang kepada kita untuk menyimpan walaupun dengan bajet yang kecil dan kita boleh membeli dan mengumpul untuk membeli aset yang lebih besar dengan lebih cepat.
Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Emas
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius

#Gold4uInfoSharing
Ramai penyimpan emas yang berilmu akan buat simpanan emas untuk mereka capai matlamat untuk mengerjakan umrah atau haji.

Perbezaan yang sangat ketara dari mengumpul duit untuk tujuan yang sama.

Malah apa-apa matlamat pun sekiranya simpanan anda adalah dalam bentuk emas, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.

Bukan itu saja, nilai simpanan anda berganda dan anda hanya perlu keluar sedikit dari simpanan emas anda untuk capai matlamat tersebut.

Harap dapat sesuatu ๐Ÿ‘Œ

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Hartanah
#Emas
#Kewangan
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
#Sharing
Pagi ini saya ingin berkongsi pembacaan saya mengenai keadaan ekonomi sekarang.

Negara diseluruh dunia sekarang sedang bertarung dengan keadaan kadar inflasi yang tinggi, dan salah satunya untuk membendung inflasi ialah menaikkan kadar faedah yang juga memberi impak negative kepada ekonomi, tetapi ia terpaksa dilaksanakan juga untuk membendung inflasi yang tinggi yang memberi kesan kepada nilai matawang sesuatu negara.

Pada saya persediaan perlu ada dan kita perlu buat pilihan yang betul dalam situasi ekonomi global sekarang.

Kita telah lihat banyak business telah gulung tikar, kita telah lihat ramai mengalami kesukaran hidup sekarang tanpa ada apa-apa simpanan. Kita mungkin masih lagi bertahan sekarang, tetapi belum tentu lagi di masa hadapan. Ini keadaan sekarang, ia akan lebih sukar bila kita memasuki fasa kemelesetan ekonomi dunia.

Tambah ilmu, sila baca sedikit perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

Apa yang penting kita buat pilihan dan rancang kewangan kita sekarang dan leverage kemudahan yang ada di Public Gold. Banyak kaedah yang ada untuk membuat simpanan. Leverage harga emas rendah untuk konsisten menyimpan untuk masa hadapan.

Happy Reading!!!

***
What Do
Fund Managers Think About Gold & Silver Right Now? They Told Me at the  Precious Metals Beaver Creek Summit
By Jeff Clark, Senior Analyst
Sumber: 20 Sep 2022 GoldSilver.com

โ€œI find it useful to hear different opinions, check oneโ€™s assumptions, and hear what some institutional people are thinkingโ€”and just as important, how they might invest their dollarsโ€

Jawapan yang diberi ramai apabila ditanya berkenaan pengaruh pergerakan harga emas ialah โ€œstatementโ€ dan tindakan dari Federal Reserve itu sendiri.

Anda mungkin tahu Pengerusi Fed Jerome Powell menjelaskan pada mesyuarat bulan lepas bahawa mereka akan kekal agresif untuk menaikkan kadar faedah. Ini mengejutkan ramai kerana mesejnya lantang dan jelas: mereka berhasrat untuk terus meningkatkan kadar untuk memerangi inflasi.

Sama ada ia benar-benar berkesan atau tidak adalah perkara lain; memandangkan โ€œhotโ€ CPI mempunyai lebih banyak kaitan dengan isu rantaian bekalan dan permintaan, kadar yang lebih tinggi sebenarnya boleh memberi impak yang lebih besar daripada membantu, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Either way, konsensus adalah bahawa Fed mungkin akan menaikkan kadar beberapa kali lagi, mungkin lebih, kemudian mereka akan berhenti seketika. kenapa?

Alasan utamanya ialah mereka akan menaikkan kadar "sehingga mereka memecahkan sesuatu".

Apa yang boleh mereka pecahkan yang akan memaksa mereka berhenti seketika?

Kemelesetan. Kejatuhan pasaran saham. Krisis kredit. Percetakan wang untuk membayar faedah yang lebih tinggi ke atas hutang. Atau โ€œblack swan eventโ€, sesuatu yang tidak dijangka yang melanda ekonomi atau pasaran.

Apa yang paling disetujui dalam tinjauan tidak rasmi ialah sesuatu akan pecah. Kitaran kenaikan kadar akan berakhir, lambat laun. Dan ketika itulah keadaan berubah.

โ€œGold: Short-Term Neutral, Medium-Term Bullish, Long-Term Very Bullishโ€

Kenapa
emas tidak melakukan banyak prestasi dalam jangka masa terdekat? Kerana pada pandangan mereka ia berkaitan dengan polisi dan tindakan Fed dan kesannya terhadap dolarโ€”ini adalah sebab terbesar emas menjadi lemah.

Menurut mereka, dalam jangka sederhana (melebihi 3 bulan), emas akan memulakan satu lagi aliran menaik apabila Fed berhenti (โ€œpauseโ€) seketika. Sebahagiannya disebabkan oleh โ€œpauseโ€ itu sendiri, atau juga disebabkan oleh kesan ekonomi terhadap tindakan itu.

Mengikut sejarah, Emas menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua-dua kemelesetan dan kejatuhan pasaran saham. Dan sudah tentu sebarang peristiwa kewangan akan positif untuk emas.

Dalam persidangan itu, konsensus untuk harga jangka panjang emas adalah trend harga yang lebih tinggi, dan dalam beberapa kes harga yang jauh lebih tinggi. Pada ketika itu akan ada perkara besar yang dipertaruhkan. Dan ini semua positif untuk emas.

***

Belum mula? Jangan tunggu lagi, daftar percuma di bawah.
https://publicgold.me/mairaumairah

#Umairahfazli
#emas
#Kewangan
โœ…Bagi yang masih konfius apa itu ASB Financing. Saya kongsikan secara ringkas.

ASB Financing adalah satu cara untuk kita force saving setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan cara biasa. Masih ramai yang tak tahu pasal ni.

Pulangan ASBF ni ada dua:
1. Dividen
2. Prinsipal

Saya bagi contoh simpan RM431 selama setahun @12 bulan.

431x12= RM5,172 (simpanan setahun)

๐Ÿ“Dengan bajet simpanan RM431 sebulan, pelabur boleh buat ASBF 100k. Duit RM100K bank akan masukkan dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM431.

๐Ÿ“Selepas setahun, Jika dividen ASB diumumkan pada kadar 5.50% , pelabur dapat dividen RM5,500. Dividen ASB tu PNB/ASNB yang bagi, bukan bank. Jadi kalau apply dengan mana-mana bank pun, dividen yang dapat tetap sama.

๐Ÿ“Andai stop pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bulan, bank akan pulangkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang). Bayaran bulanan RM431 tu adalah termasuk interest dan prinsipal. Yang interest tak dapat balik. Hanya dapat part prinsipal.

โ–ช๏ธPrinsipal (Surrender Value) = Nilai sijil - Baki hutang

(Boleh download & guna financial calculator untuk kira baki hutang)

Anggaran;

๐Ÿ“100,000 (nilai sijil) - 99,015 (baki hutang) = RM985

๐Ÿ“So total pulangan pelaburan (dividen + prinsipal):
5,500 + 985 = RM6485โœ“

๐Ÿ“6,485 - 5,172 = RM 1,313 extra daripada simpanan biasa (untung).

๐Ÿ“Jika  hasil RM6,485 dibahagikan kepada 12 bulan = RM540 sebulan. Simpan RM431 sebulan tapi hasil sama seperti menyimpan RM540 sebulan. Kita dah untung RM109 setiap bulan. Jadi menyimpan dgn ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung berbanding simpanan cara biasa.

๐Ÿ“Yang bestnya, ASBF ni ada macam2 teknik yang kita boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik pula adalah berbeza-beza. So, perkara paling utama yang perlu ada sebelum buat ASBF adalah ILMU.

(Kiraan berdasarkan dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.20%. Hasil sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi.)

http://wasap.my/601110090729/asbf
#Umairahfazli
#Kewangan
#asbf
#AsbFinancing
๐๐ˆ๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐–๐’๐ ๐€๐“๐€๐” ๐๐„๐‹๐ˆ ๐„๐Œ๐€๐’?

Ini cerita benar kawan saya sendiri bertanya kepada saya. Beliau baru pencen dan kalau tenguk pangkatnya dan tahun perkhidmatan, duit KWSP beliau paling minima ialah 1 juta ringgit.

Beliau bertanya, apa pendapat saya? Patutkah beliau mengalihkan sebahagian dari duit KWSP kepada emas.

Jawapan saya sangat simple:

โ˜‘๏ธ Gunalah duit itu untuk membayar segala komitment hutang sekiranya masih ada
โ˜‘๏ธ Alihkan kepada simpanan emas jumlah bahagian yang tidak akan digunakan dalam masa 3 tahun
โ˜‘๏ธ Untuk masa hadapan anak-anak agihkan bahagian kepada simpanan emas untuk setiap anak, sebagai permulaan untuk anak juga membuat simpanan emas untuk masa hadapan mereka

Di bawah adalah satu contoh dari mentor untuk senang faham.

โ€œKalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!โ€

Ianya sangat โ€œWowโ€ bagi siapa yang tak faham tentang โ€œtime value of moneyโ€ - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, โ€œsavers are losersโ€! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, simpan emas sebagai simpanan jangkamasa panjang, dan kalau bajet tak besar, mulakan juga simpan emas kerana kemudahan sudah ada di mana semua orang boleh simpan emas dalam akaun emas serendah RM100 atau menggunakan kemudahan Easy Payment Purchase di Public Gold.

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nampak takโ€ฆ Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli #kewangan
#simpananemas #kwspvsemas
Ramai yang bergosip mengatakan pelaburan ASBF dah tak menguntungkan sebab dividen makin menurun.

Masih ramai orang tak faham tentang kelebihan ASBF. Yang ruginya bila kita melabur tanpa ilmu.

Cuba kita tengok balik dividen ASB 3 tahun kebelakangan ni:

Dividen + bonus 2019 = 5.5%
Dividen + bonus 2020 = 4.25%
Dividen + bonus 2021 = 5.0%

Andai kata kita dah mohon ASBF 100K 3 tahun lepas, hasil yang kita akan dapat:

Hasil 2019 = RM5,885
Hasil 2020 = RM4,797
Hasil 2021 = RM5,000

Jumlah terkumpul 3 tahun kita menyimpan:
= RM15,682

Ramai yang yang kurang ilmu tentang asbf ingat bila buat ASBF ni hanya dapat dividen je. Tak tahu pun apa itu "Surrender Value".

Kalau orang yang betul-betul faham bagaimana ASBF berfungsi diaorang mesti akan tahu apa itu 'surrender value'. Surrender value ni hanya akan dapat selepas kita jual semula sijil ASBF kepada bank.

Dalam situasi dividen dari 3 tahun lepas, hasil yang kita akan dapat:
= RM3,505

Jumlah keseluruhan yang kita akan peroleh lepas 3 tahun:
= RM19,187

Betul la trend dividen ASB semakin menurun, nama pun pelaburan mesti ada naik dan turun.

Walaupun menurun, simpanan kita selama 3 tahun pun dah boleh capai RM19K.

ASB Financing bukan boleh buat kita jadi jutawan tapi sekurang-kurangnya kita ada simpanan tunai RM19K dalam masa 3 tahun. Dapat juga buat simpanan kecemasan.

Melabur dengan ilmu insyaallah menguntungkan.

Semoga bermanfaat.

http://wasap.my/601110090729/asbf

#asbfinancing
#UmairahFazli
#kewangan
Perbezaan Gold Bar Dan Dinar Emas? ===========================
Gold Bar adalah jongkong emas dan dinar adalah sejenis syiling emas.

Jadi perbezaan Gold Bar dan Dinar adalah pada bentuknya. Jika anda suka bentuk segi empat, anda boleh pilih jongkong. Jika anda suka bentuk bulat, anda boleh pilih dinar. 

Bagaimana pula dari sudut keuntungan? ============================
Dari sudut keuntungan pula kita perlu ambil tahu 'Margin Spread' emas dan setiap syarikat pengeluar emas mempunyai kadar Margin Spread tersendiri.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas anda perlu pilih juga syarikat yang betul untuk maksimakan keuntunngan anda.

Semakin rendah โ€˜margin spreadโ€˜ bermaksud semakin tinggi keuntungan anda dengan produk emas tersebut. Kesimpulannya, jongkong dan dinar adalah sama saja dari sudut keuntungan.

Jika anda ada bajet lebih, anda boleh pilih untuk membeli emas yang lebih berat seperti 100gram, 250gram atau 1kilogram.

Ukur baju di badan sendiri simpan emas ikut kemampuan.

Klik link di bawah untuk daftar secara percuma dan mengalihkan simpanan / saving anda kepada emas.

Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#MairaUmairah #Emas #Kewangan #KewanganBijak #Financial #EmasPelaburan #Emas24K #PublicGold
โœ…ASB financing vs Rumah

Mana lebih untung? Buat ASBF atau beli hartanah?

Jawapan dia, korang buat lah dua2. Tapi mulalah dengan ASBF dulu. Sebab apa? Jika korang dah biasa atau mampu serve ASBF dengan nilai yang tinggi, nnti bila korang beli rumah pun InsyaAllah blh bayar.

Ini buat ASBF 200K, bulanan RM800++ pun korang rasa azab dan perit nak bayar, mcm mana nk beli rumah yang belum tentu ada penyewanya. Tak sampai setahun nanti tak pasal- pasal pulak kena lelong.

Kedua, kumpul dulu cash reserve korang utk support rumah korang nanti. Invest hartanah ni macam2 hal sebenarnya, rumah rosak, penyewa lari, cukai pintu. Kat sini mmg kene pakai cash. Kalau korang tiada reserve, kumpul la dulu dgn ASBF.

Bila nak beli rumah, korang bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja. korang kena ukur juga kemampuan korang menyimpan.

Kalau ada kelayakan rumah harga RM 150k, ansuran bulanan lebih kurang RM 750 sebulan.Cek balik setiap bulan korang mampu tak menyimpan RM 750.

Kalau mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu. Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu. Jangan nanti rumah idaman korang termasuk dalam listing lelong pulak.

Sebab tu masa mula- mula kerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform korang boleh mulakan. Unit Trust, ASB, ASBF , emas dan macam-macam lagi.Bila dah start yakin, then upgrade ke pelaburan hartanah.

Menyimpan ni pun boleh menyebabkan ketagihan.Kalau korang dah biasa menyimpan, kalau sebulan tak menyimpan, mesti susah hati kan?Paling sedih bila mula kena โ€œkorekโ€ keluar simpanan tu.

Start bina tabiat kewangan baik dari sekarang.

Semoga Bermanfaat

http://wasap.my/601110090729/asbf

#kewangan
#asbfinancing
#UmairahFazli
Kumpul Emas Untuk Kekalkan Nilai Duit Dan Elakkan Miskin..Guna Tool Asbf Juga Untuk Gandakan Duit..

Teknik Duet Pasangan Suami Isteri
Cara Kumpul 61k Dalam 3 Tahun Dengan ASBF
Jemput Like N Follow๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://vt.tiktok.com/ZS8Nw3RRA/
.
Ramai yang nak melabur dalam ASB tapi takut dividen ASB jatuh lagi.

Ramai juga suka simpan ASB cara biasa, tak ramai yang faham teknik melabur dalam ASB Financing untuk dapatkan pulangan berganda-ganda.

Saya dah guide ramai anak muda cipta simpanan, kumpul modal kahwin, beli kereta, rumah & langsai hutang cepat guna Teknik Booster ASB Financing ni.

Kalau Nak Belajar Join La..Free je.

โฃ๏ธKlik link di bawah untuk join group:
https://chat.whatsapp.com/ILx4Mvc2dix4TvqWaXuIUm
โฃ๏ธLebih Lagi Tips Percuma Dan Service Saya?
https://linktr.ee/maira_umairahfazli

p/s:
Nak pandai, jangan sorang-sorang. Share juga link ni dengan kawan-kawan untuk joint.Link ini halal untuk dikongsikan.
โœ…Teknik Proksi - Alternatif Bagi Pelabur yang Sudah Berusia โœ“โœ“โœ“

Saya dah berumur 50 tahun, untung lagi ke buat ASBF?

Apabila umur semakin meningkat, tempoh pembiayaan semakin pendek. Jadi bayaran bulanan semakin tinggi. Untung tu tetap untung, cuma margin keuntungan tu tidak setinggi orang muda. Jadi teknik yang paling sesuai adalah menggunakan proksi.

Siapa proksi tu?

Kalau ada anak yang berumur 18 tahun ke atas, boleh gunakan nama anak sebagai proksi. Buat gameplan sekitar 5 tahun sahaja. Mak atau ayah boleh jadi pemohon bersama jika anak masih belum bekerja.

Kenapa 5 tahun?

Katakan anak sekarang berumur 18 tahun, lagi 5 tahun anak berumur 23 tahun. Masa ni kebiasaannya anak-anak dah berkerja. Jadi mereka mesti nak simpan duit sendiri. So, boleh terminate dan apply sendiri pula nanti.
Teknik apa nak buat?

Guna teknik rolling dividen sahaja. Tak payah pening-pening. Guna simpanan cash yang ada untuk bayaran setahun (12 bulan). Tahun kedua dan seterusnya bayar guna dividen. Contoh kiraan;

_ASBF 200K TEKNIK ROLLING DIVIDEN 5 TAHUN_

Tempoh 40 tahun (Berhenti selepas 5 tahun)
Rate 4.40%
Bulanan RM887
Tahunan RM10,644 (MODAL)
Gameplan 5 tahun

Bayar modal sendiri untuk 12 bulan sahaja

_Pengiraan berdasarkan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza._

Tahun 1
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke2.
Baki RM356 simpan.

Tahun 2
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke3.
Baki RM356 simpan.

Tahun 3
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke4.
Baki RM356 simpan.

Tahun 4
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke5.
Baki RM356 simpan.

Tahun 5
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000
Stop selepas 5 tahun. Hasil dividen tahun ke 5 tidak diusik.

Hasil Simpanan

Jumlah Dividen Selepas 5 tahun;
356+356+356+356+11,000 = RM12,424

Selepas 5 tahun, baki hutang anggaran sekitar RM189,754. Jika terminate, bank akan pulangkan prinsipal yang sudah dibayar.

Jumlah Prinsipal;
Nilai sijil - baki hutang (anggaran)
200,000-189,754 = RM10,246

Jumlah simpanan keseluruhan;
12,424 + 10,246 = RM22,670โœ“

โš ๏ธ Hasil simpanan menjadi hampir 3 kali ganda modal yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau dibiarkan duit RM10,644 tu berkembang cara biasa dengan kadar 5.5% setiap tahun, hasil selepas 5 tahun lebih kurang RM13,911 sahaja. So nak pilih RM22K atau RM13K?

_*Nota: Pengiraan berdasarkan dividen 5.5% dan interest 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza*_

Buatkan teknik ini untuk setiap anak yang sudah cukup umur 18 tahun. Selepas 5 tahun, anak dah ada cash lebih kurang RM22K. Apa yang boleh dimanfaatkan?

1. Boleh buat deposit untuk beli rumah.
2. Boleh buat duit kahwin.
3. Boleh buat modal bisnes.
4. Boleh buat duit pergi umrah satu keluarga.
5. Boleh beli kereta cash, so anak-anak tak perlu berhutang nanti.
6. Boleh beli emas..dan lain-lain lagi...

p/s: Kalau mak/ayah nak ambil balik pun boleh duit tu... terpulang kepada matlamat masing-masing...

Semoga Bermanfaat๐Ÿ˜Š

http://wasap.my/601110090729/asbf

#asbf
#UmairahFazli
#Asbfinancing
#Kewangan
Prestasi harga emas ada naik dan turun dalam jangkamasa pendek. Pergerakan harga emas sangat volatile & harga emas pernah mencatatkan kejatuhan harga melebihi 10% dalam tempoh kurang setahunโ€ฆ

โ€ฆ tetapi bagi penyimpan emas berilmu yang masih dalam proses mengumpul emas sebagai simpanan jangka panjang, prestasi harga emas turun naik dalam jangka pendek adalah satu bonus kerana ada masa emas dapat dibeli pada harga rendah. Ini akan merendahkan purata harga pegangan emas mereka.

Bagaimana pula dengan prestasi duit Ringgit. Sama juga ia ada naik dan ada turun dalam tempoh jangkamasa pendek. Tapi pergerakan duit ringgit tidak seโ€volatileโ€ seperti pergerakan harga emasโ€ฆ

Banyak fakta yang mempengaruhi prestasi nilai emas dan matawang semasa. Kedua-duanya akan berubah mengikut keadaan dan sentimen pelabur terhadap satu-satu keadaan ekonomi.

Yang penting apa-apa pelaburan sekali pun kita kena berpandangan jauh dan faham untuk kita leverage kedua-dua keadaan ini iaitu prestasi jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang untuk dapat hasil yang lebih menguntungkan di kemudian hari.

Kita boleh lihat Perbezaan yang sangat ketara diantara prestasi harga Emas dan prestasi harga Duit Ringgit dalam jangkamasa panjang.

Dalam jangkamasa panjang:
โœ… Harga Emas meningkat naik tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Emas meningkat naik melebihi +133% (+13% purata kenaikan dalam setahun)

Dalam jangkamasa panjang:
๐Ÿšซ Harga Duit Ringgit jatuh merudum tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Duit Ringgit jatuh teruk melebihi -35% berbanding USD.

Lebih parah lagi bila kuasa beli duit ringgit turut jatuh dalam jangkamasa panjang disebabkan faktor inflasi yang semakin menekan kita.

Dulu โ€ฆ Kita boleh beli 5biji murtabak dengan duit RM5.00

Hari ini โ€ฆ Kita hanya boleh beli 1biji murtabak dengan duit RM5.00 yang sama. Berkemungkinan lebih mahal lagi.

Dalam contoh ini kita hilang sebanyak RM4.00 tanpa sedarโ€ผ๏ธ

Sebab itu Pakar Kewangan Robert Kiyosaki berpesan โ€œSavers are losersโ€ kepada mereka yang simpan duit yang banyak dalam bank dan dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

Emas adalah medium kewangan yang terbaik untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang sebab:

โœ… Harga Emas meningkat naik dalam tempoh jangka masa panjang

โœ… Kuasa beli Emas sangat utuh terhadap inflasi. Kita boleh rujuk dengan sirah Rasulullah saw berkenaan harga seekor kambing bersamaan dengan 1Dinar.

Jangan lepas peluang, kini semua orang boleh buat simpanan emas.

Kita boleh mula menabung emas dengan modal serendah RM100 sahaja melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...

Atau boleh guna kaedah Easy Payment Purchase EPP6x atau EPP10x bayar.

Mulakan Menabung Emas Public Gold dengan ilmu dan grablah ketika harga masih rendah hari ini.

Yang baru nak bermula serendah RM100:
https://wasap.my/601111053591/EmasRM100

Sila baca kelebihan simpanan emas di sini:
https://publicgold.me/mairaumairah/kelebihan-emas

Join telegram channel saya
https://t.me/MairaUmairah

Follow Tips Di Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZS8jRBhnK/

#UmairahFazli
#kewangan
#emas
#simpananmasahadapan
Wang Hantaran Dinilai Berdasarkan Taraf Akademik Pengantin Perempuan Punca Lelaki Kahwin Lambat. Wajarkah Perkara Ini Dan Apa Pendapat Anda?
==========================

Perkahwinan itu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam dan ia merupakan sebuah ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Namun ada sesetengah ibu bapa meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi terhadap anak gadis mereka.

Dikaitkan pula dengan taraf pendidikan anak gadis tersebut. Makin tinggi tahap pendidikan, maka tinggi jugalah wang hantaran perkahwinan.

Adakah anda setuju mengenai budaya ini?Sehubungan itu, kongsi pandangan anda berhubung cabaran, dilema dan isu dihadapi kaum lelaki serta penyelesaiannya.

Rasulullah bersabda:
โ€œWahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)โ€ (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kebanyakan alasan yang diberikan untuk menangguhkan perkahwinan adalah kerana faktor permintaan wang hantaran yang terlalu tinggi, khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan wang hantaran?

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, wang hantaran adalah wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan dalam perkahwinan.

Sebelum membincangkan perkara ini, penulis ingin merangkan sedikit mengenai konsep wang hantaran atau mahar dalam Islam.

Mahar: adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: โ€œBerilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.โ€ โ€“ (An-Nisa:

Semoga perkongsian nasihat ini supaya dapat dijadikan renungan pembaca. Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Nukilan ini dikongsikan oleh saudari Farisya Yusof di blog beliau.

https://vt.tiktok.com/ZS8jRj4mb/

#UmairahFazli
#Kewangan
Jujur saya sedih beli emas belilah dengan ilmu..
Kalau sekeping kad emas 0.25 gram dah kurang 0.09 gram kalau anda beli 10 gram 20 gram?

Pilih tempat yang betul untuk beli emas anda dan ingat beli emas mesti dapat emas dan ingat konsep pelaburan emas sebenar sebelum beli emas, jangan hanya melabur ikut-ikutan orang sahaja..

https://vt.tiktok.com/ZS8BKaHox/

Nak Tahu Lebih Lanjut Info Kewangan, Emas dan Hartanah๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://linktr.ee/maira_umairahfazli