Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
RANCANG NAK BERKAHWIN? JOM! INI CARA PANTAS KUMPUL MODAL KAHWIN.

" Ada tak cara pantas nak kumpul duit kahwin? Bakal isteri saya dah bising ni. Ajak kahwin cepat. Tapi saya tak cukup duit lagi. Nak kena ada sekurang-kurangnya 18K "

" Sekarang simpanan saya baru ada 4K++. Nak kena kumpul lagi 14K. Tiap2 bulan saya boleh simpan 400 je. Nak kumpul 14K kena tunggu 28 bulan lagi baru cukup. Lama tuan...pening saya"

Ini antara kebanyakan masalah yang melanda kebanyakan pasangan muda yang merancang nak berkahwin.Seru dah sampai tapi simpanan masih masih terkapai-kapai.Last-last buat pinjaman peribadi untuk berkahwin.

Jom saya kongsikan tips untuk bantu anak muda ini capai target simpanan untuk berkahwin lebih cepat.Yang penting tak perlu buat personal loan pun.

.

Langkah 1
....................

➡️Apply A$BF 100K
Rate 3.45%.
Tempoh 40 tahun.
Bulanan RM384.
Tahunan RM4,608.
Teknik Rolling Dividen.

▶️ Encik bayar terus guna cash untuk setahun @ 12 bulan.

▶️ Kalau apply skrg, start bayar 1/3/2022. Bermakna bayaran tu akan cover sampai 1/2/2023.

Andaian dividen 5%,

▶️ Pada 1/1/2023. Encik akan dapat dividen RM 4,167 sebab Encik cuma simpan 10 bulan sahaja untuk tahun 2022. Encik simpan dulu dividen tu sampai bulan 2 tahun 2023.

▶️ Pada 1/3/2023, Encik dah kena start bayar guna dividen sebab dah masuk bulan ke 13. So untuk bulan 3-12 masih ada 10 bulan yang perlu dibayar.

384 X 10 BULAN = RM3,840

▶️ Ambil 3,840 drpd 4167 untuk bayar baki 10 bulan installment. Baki dividen RM327 simpan dalam A$B. So setel bayaran untuk tahun 2023.

▶️ 1/1/2024 Encik akan dapat dividen full RM5000.

▶️ Jadi dividen terkumpul Encik secara kasar dah ada RM5327.

▶️ Prinsipal terkumpul Encik masa ni ada sebanyak:

100,000 - 98,213 = RM1,787.

▶️ Total hasil simpanan sijil pertama;
5327 + 1,787 = RM7,114

▶️ Dalam masa 18 bulan Encik dah kembangkan RM4K++ jadi RM7K.

Langkah 2
....................

Setiap bulan Encik mampu simpan 400. So Encik apply lagi satu sijil A$BF guna Teknik Compounding.

Apply A$BF 100K.
Rate 3.45%.
Tempoh 40 tahun.
Bulanan RM384.
Teknik Compounding.

Yang ni Encik maintain bayar setiap bulan selama 18 bulan. Dividen dia Encik jangan usik langsung.

Katakan start 1/3/2022. So untuk tahun 2022 Encik dah bayar selama 10 bulan. Jadi dividen Encik dapat:

10/12 x 5% x 100,000 = RM4,167

Tahun 2023 Encik bayar setiap bulan dari bulan 1 sampai 12. So Encik akan dapat full dividen.

5% x 104,167 = RM5,208

Jadi jumlah dividen terkumpul Encik;
4,167 + 5,208 = RM9,375

Prinsipal terkumpul;
100000-98,213= RM1,787

hasil sijil kedua RM11,162.

.

📌Jumlah hasil simpanan Encik sekarang;
📌 Langkah 1 + Langkah 2 :
📌 RM7,114 + RM11,162 = RM18,276.

Eh, dah lebih daripada 18K.

Kesimpulannya, kalau Encik bijak, Encik boleh jimatkan masa Encik untuk kumpul duit. Bukan saja duit kahwin, kalau Encik kumpul duit untuk deposit rumah pun boleh jugak kalau guna cara ni.

Semoga Bermanfaat

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
SIAPA KITA 5 TAHUN AKAN DATANG?
=======================

1️⃣. Ilmu kekayaan tak diajar di sekolah dan di universiti. Ini kerana sistem pendidikan dibuat bukan bertujuan untuk ajar kita jadi kaya, tapi untuk penuhi pasaran pekerjaan.

2️⃣. Maka kalau nak kaya, kita kena belajar dari orang kaya. Orang yang terbukti kaya. (Oh ya, kaya dan mewah adalah dua perkara berbeza!).

3️⃣. Bagaimana nak belajar daripada orang kaya? Cara paling mudah, bacalah buku yang ditulis oleh orang kaya.

4️⃣. Bila dah baca buku, ikuti pula seminar atau program ilmu yang mereka sampaikan. Buku membuatkan kefahaman kita lebih lengkap. Seminar pula membuatkan kefahaman kita lebih tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh penulis.

5️⃣. Saya sangat bersyukur, Allah rezekikan saya bertemu dengan dua orang kaya ini - yang telah mengubah kehidupan kami sekeluarga.

6️⃣. Di saat saya buntu bagaimana nak keluar dari masalah kesempitan wang pada tahun 2003, Allah tunjukkan saya buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan Tuan Azizi Ali Mentor Wang (Pakar Kewangan No. 1 di Malaysia!) sebagai panduan.

7️⃣. Itulah titik permulaan saya serius belajar dan explore ilmu kewangan dan kekayaan (serta mula membina IMPIAN untuk masa depan kewangan yang lebih baik). Saya boleh katakan, hampir kesemua buku Tuan Azizi Ali sudah saya baca dan khatamkan! Alhamdulillah.

8️⃣. Setelah saya bebas daripada hutang dan mempunyai simpanan yang kukuh, Allah pertemukan saya dengan guru emas dan Public Gold (pada tahun 2010) iaitu En Syukor Hashim (Mahaguru Emas Malaysia!) melalui blog beliau.

9️⃣. Bertitik tolak dari situ, kekayaan saya melonjak di luar jangkaan, hingga membolehkan saya mencapai “financial freedom” (tak kerja pun ada duit) ketika usia saya 33 tahun. Alhamdulillah.

🔟. Syukur, hari ini dua nama besar ini bukan lagi sekadar guru yang telah mengubah kehidupan saya sekeluarga, tapi kami juga adalah rakan bisnes yang sedang membina masa depan lebih baik bersama #PublicGold. InsyaAllah.

1️⃣1️⃣. Maka memang benarlah nasihat yang mengatakan; siapa kita pada masa akan datang ditentukan oleh (1) apa BUKU yang kita baca, (2) dengan siapa kita BERKAWAN rapat, dan (3) apa IMPIAN hidup kita pada hari ini.

1️⃣2️⃣. Pesan Tuan Azizi, kalau kita berkawan rapat dengan 5 orang jutawan, maka kita adalah jutawan yang ke-6! InsyaAllah.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Berita Baik. PROMO RATE 3.45% dilanjutkan sehingga 30 April 2022.

NAK UNTUNG MAKSIMUM DALAM ASB FINANCING?

Dah buat ASB FINANCING sebelum ni tapi bayaran MAHAL GILER?

YANG BAYAR MAHAL WAJIB BACA

Jom Restructure balik ASB Financing anda..Jimatkan bayaran bulanan.

Tengok siniii..gaji minimum 1,000 dah boleh apply!! (T&C)

200K / RM 769
150K / RM 577
100K / RM 385
50K / RM 193


Murah gila kannnn!!! Jangan lepaskan peluang ni.

Paling Penting
--------------

➡️Asb financing - Islamik
➡️Tiada lock in period
➡️Bayaran bulan termurah
➡️Takaful pilihan

- Jangan bazirkan wang KWSP anda
- Jangan bazirkan lebihan duit penangguhan bayaran pinjaman anda
- Gunakan sebaik-sebaiknya. Kembangkan simpanan anda.

Yang tertangguh2 nak apply ASB Financing better apply sekarang.Sementara masih promo rate & kuota ASBF masih ada. Jangan terlepas keemasan pulak..Sy akan guide sekali.

http://wasap.my/601110090729/Asbf

Jika ada sahabat-sahabat & saudara mara tuan/puan yang nak belajar tentang teknik2 ASBF & Tips Hartanah boleh bagi link channel telegram saya. Semoga ilmu-ilmu dapat dikongsi bersama & disebarkan.

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
4.Beli Rumah Ikut Kemampuan
••••••••••••••••••••••••••••••••••

1.Bila nak beli rumah,bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja.Paling penting ukur kemampuan simpanan semasa kita.

2.Nak beli rumah harga sekitar RM 160k, ansuran bulanan lebih kurang RM 760 sebulan.Cuba semak semula setiap bulan mampu atau tidak kita menyimpan RM 760.

3.Jika mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu. Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu.

4.Jika was-was lagi tapi teringin sangat dah nak ada rumah sendiri, saya selalu cadangkan untuk mula melabur dalam ASB.

5.Mohon pelaburan ASB RM 200k, ansuran bulanan RM 775. Ambil pembiayaan tanpa takaful. Rate 3.5%. Ambil tempoh maksima, 40 tahun.Paling lama.

6.Layankan tahun pertama.Anggap saja korang dah miliki rumah pertama. Cuba bayar selama setahun ini.

7.Jika tahun pertama bayar pelaburan ASB ini tanpa merana, selesa ikut poket kita then masuk tahun ke-2, boleh teruskan hajat untuk beli rumah pertama kita.

8.Pelaburan ASB teruskan dengan kaedah rolling dividen sahaja.Jika tidak, gunakan saja hasil dividen tahun pertama sebagai deposit rumah.

9.Guna konsep pairing ASB supaya bila tamat tempoh pembiayaan rumah kita, aset ada, simpanan pun ada.

10.Jika tidak, buat pembatalan pelaburan ASB supaya hutang rumah selesai lebih awal dari tempoh sepatutnya.

Kawan-kawan yang segak bergaya,

Masa mula bekerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform kita boleh bermula.

Unit amanah, ASB, ASB financing, emas dan macam-macam lagi platform pelaburan sah yang ada di malaysia.

Menyimpan & melabur ni pun boleh menyebabkan ketagihan juga.Kalau kita dah terbiasa & mula sedari usia muda.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
3. DUIT FREE DENGAN ASB
•••••••••••••••••••••••••••••

" Tuan, dengan keadaan ekonomi sekarang masih untung ke buat ASB Financing ni?"

" Kawan saya kata, dah la ada interest bank, lepas tu dividen makin menurun pula. Berbaloi ke? "

.

Ini antara "ketakutan" salah seorang peserta semasa sesi Online Sharing My ASB Mastery anjuran Team Pelabur Genius baru-baru ini.

Target beliau untuk kumpul deposit rumah impian 3 tahun dari sekarang.Beliau ingin kumpul cash semaksima yang boleh.

Saya kongsikan kaedah pelaburan ASBf untuk bantu beliau dapat "extra cash" berbanding kaedah simpanan beliau sekarang.

1.Mohon pembiayaan ASB financing 200k.Ambil tanpa takaful.Modal RM 775 sebulan (rujuk rajah 2).

2.Guna kaedah "Compound divident".Jangan usik hasil selama 3 tahun.

3.Jumlah dividen terkumpul dari tahun pertama hingga tahun ke-3 berjumlah RM 34,848.27 (rujuk rajah 4).

4. Anggaran baki pembiayaan ASBF RM 200k pada bulan ke- 36 sekitar RM 192,744.22 (rujuk rajah 3).

5.Anggaran nilai Surrender value yang diperolehi RM 7,255.78
(RM 200,000 - RM 192,744.22).

5. Hasil tambah keseluruhan pada tahun ke-3 bersamaan RM 42,104.05

6.Jika simpan cara biasa di ASB sahaja, hasil terkumpul cuma RM 30,333.19 (rujuk rajah 1).

7.Bila kita congak dengan bijak, hasil simpanan di ASB tapi kaedah yang berbeza menggunakan modal yang sama tapi bawa beza RM 11,771

8.Ini untung menarik & menawan sebenarnya.Ini cara orang kaya berfikir & bertindak. Usaha cari cara guna modal yang sama tapi untung berganda-ganda.

Kawan-kawan,

Bila keliru atau buntu dalam hidup, tak salah untuk kita minta nasihat dari kawan-kawan cuma pastikan jangan terima nasihat yang salah.

Rujuk kepada orang yang sudah melabur & melabur atas landasan ilmu.

Kata Iman Syafie,

" Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu "

Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Terkini BNM umumkan kenaikan OPR Daripada 1.75% kepada 2.00%
(Part 1)

📌APA ITU OPR?

Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) merupakan kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap pinjaman dana ke atas bank-bank di Malaysia.

📌 KENAPA OPR DINAIKKAN?

➡️ Menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.
➡️ Memperlahankan perbelanjaan aliran tunai negara untuk meningkatkan simpanan negara.
➡️ Melawan inflasi.

📌 KESAN KENAIKAN OPR

➡️ Bank tempatan akan menaikkan Base Lending Rate (BLR), Base Financing Rate (BFR) dan Base Rate (BR).
➡️ Tempoh pinjaman peribadi dipanjangkan pada kadar yang sama, ATAU
➡️ Tempoh pinjaman peribadi kekal sama namun pada kadar yang lebih tinggi.
➡️ Pembiayaan berasaskan Fixed Rate tidak terkesan dengan OPR.

📌 Kenaikan OPR ini bagus atau tidak?
Daripada sudut ekonomi memang inilah tanda2 ekonomi makin rancak dan semakin pulih. Biasanye bila ekonomi makin pulih maka rate akan naik dan kalau ekonomi merosot rate pulak akan turun mcm 2 tahun sebelum ni.
Bagi pelabur yang berilmu akan kekal tenang sebab kita akan faham perubahan OPR berlaku disebabkan keadaan ekonomi. Kenaikan OPR menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelum ni. Insyaallah kadar pulangan pelaburan akan lebih baik daripada sebelum ni.

Melabur dengan ilmu.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
8) Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata:
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" ( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])

9) Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (Riwayat Imam Muslim)

Marilah Renungkan Sama2 Apakah Persediaan Kita?
Belum Mula Simpan Emas?Mula Sekarang🤗
Melabur dengan ilmu. Daftar Percuma https://publicgold.me/mairaumairah

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
📌 TEKNIK PANTAS KUMPUL MODAL KAHWIN

Ajal maut, jodoh & pertemuan di tangan tuhan, kita merancang tapi Allah yang tentukan.

Ada yang jodohnya sampai lewat, jadi ada masa yang mencukupi untuk mula bina dana kahwin & ada yang sampai awal jodohnya.Saat tak terduga.

Rancang perjalanan kewangan bersama bakal pasangan seawalnya.Jauhkan diri dari bantuan personal loan sebagai modal kahwin kita.

Saya dah lihat ramai pasangan muda yang berkahwin dengan gunakan personal loan mengeluh & menderita.

Anak dah masuk 5, hutang personal loan masih belum langsai juga.Lebih parah bila budaya berhutang mula jadi tabiat & ketagihan dalam hidup kita. Bahaya!

Saya kongsi kaedah kumpul modal kahwin cara mudah. Ianya antara cara yang berkesan kita boleh gunakan sebagai orang bujang yang bakal berkeluarga.

Gunakan platform ASB Financing sahaja. Lebih bijak bila kita berjaya ajak bakal pasangan tiru cara yang sama.

▶️ Apply ASBF 200K
Tempoh 40 tahun
Rate bank 3.65%
Bulanan RM 793
Tahunan RM9,516

▶️ Hasil dividen jangan diusik. Biarkan terkumpul.Selepas 2 tahun baru tuai hasilnya.Andaikan kita bakal berkahwin bermula 2 tahun dari sekarang.

▶️ Tahun pertama, dividen terkumpul berjumlah RM 10,000 dengan mengambilkira dividen ASB 5.0% sahaja.

▶️ Tahun Ke-2, bertambah lagi dividennya.RM 10,500. Hasil melebihi tahun sebelumnya disebabkan dividen tahun pertama yang kita tidak "usik" keseluruhannya.

▶️ Hujung tahun ke- 2,dividen terkumpul sudah berjumlah RM 20,500.Hasil tambah dividen selama 2 tahun.

Tahun 1 = RM 10,000
Tahun 2 = RM 10,500

▶️ Baki pembiayaan RM 200k pada hujung tahun ke-2 ( bulan ke-24) sekitar RM 195,413(rujuk financial calculator)

▶️ Anggaran Surrender value yang kita peroleh apabila tamatkan pembiayaan pada bulan ke-24 berjumlah RM 4,587.

▶️ Hasil terkumpul Dana Perkahwinan selepas 2 tahun menyimpan berjumlah RM 25,087.

Jumlah ini pasti mencukupi jika kita mula urus kewangan & buat perancangan perkahwinan bersama bakal pasangan.

Berbelanja ikut kemampuan. Selepas berkahwin, belanja akan semakin membesar.

Jika sebelum ini belanja hanya tentang kita tetapi selepas berkahwin, ianya akan melibatkan 2 keluarga pula.

Jauhi tabiat berhutang untuk berkahwin.Masalah hutang bakal melarat menjadi masalah keluarga bila kita ambil mudah & kurang peka tentang kesannya.

Semoga bermanfaat.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Jika ada di antara ibu bapa menyimpan atau menyediakan dana pendidikan anak-anak dalam Tabung Haji, SSPNI atau Bank tidak mengapa.

Teruskan sahaja.
Kekalkan sahaja.

Tapi jika ada di antara ibu bapa yang mencari-cari kaedah menyediakan Dana Pendidikan anak-anak, boleh cuba menyimpan emas.

Emas sesuai untuk simpanan jangkamasa panjang. Tambahan pula emas melindungi duit daripada dimamah inflasi.
.

Target dan fokus #sebulansegram untuk dana pendidikan anak.

Jom kira-kira :
1bulan = 1 gram
1tahun = 12 gram
18tahun =  216 gram

Jika ibu bapa konsisten menyimpan emas untuk anak-anak seawal kelahiran bayi, apabila umur anak cecah 18 tahun nanti, jumlah terkumpul simpanan emas mencecah 216 gram.

Harga emas hari ini sekitar RM264 segram. Bermaksud nilai atau berat 216 gram bersamaan RM57,024.

Itu harga segram untuk hari ini.
Cuba kita fikir semula, bagaimana harga emas 18 tahun lagi?

Adakah masih RM264 segram?

Saya ulang,
Adakah masih RM264 segram?

18 tahun tu jauh lagi perjalanan.
18 tahun tu lama lagi perjalanan.

Boleh jadi 18 tahun lagi harga emas telah cecah RM500 segram.
Entah-entah capai RM1,000 segram.

Dalam sejarah, nilai dan harga emas tempoh jangkamasa panjang tidak pernah mengecewakan.

Kredit : PGBO Intan Zahira

Dah mula simpan emas?
RUGI bertangguh.
Jom mula! 👇

" Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu "

Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Pemilihan Tempat Simpanan Yang Tepat Adalah Penting Supaya Kita Dapat Menyelamatkan Simpanan Kita.

Jangan Berdisiplin Menyimpan Tetapi Duit Simpanan Semakin Berkurang. Ini Adalah Contoh Tempat Simpanan Yang Beri Pulangan Melebihi Kadar Inflasi Sekarang iaitu 3-4%.

Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#hartanah
Apa Itu CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod kredit yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda. CCRIS dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.

Maklumat yang direkodkan dalam laporan CCRIS termasuklah:

Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN)

Kredit Yang Tertunggak: Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuklah sebarang tunggakan

Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts): Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank

Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula

Permohonan Kredit: Sebarang permohonan kredit yang tengah dalam proses, atau yang dah diluluskan dalam 12 bulan lepas.
Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
TikTok: Maira Umairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Pelabur Emas vs Penyimpan Emas Fizikal

Pelabur emas (spot gold) adalah pelaburan jangka pendek. Mereka akan keluar masuk pasaran untuk mengambil untung dalam bentuk wang fiat. Pelaburan ini tiada emas fizikal, hanya pada kertas contract saja. Pelaburan ini perlu modal yang tinggi untuk meraih keuntungan yang tinggi dan perlu mahir analisa teknikal untuk membaca graph perkembangan emas sebelum membuat transaksi jual beli di pasaran.

Sebagai contoh baru-baru ini, harga emas naik 2.25% kepada $1700/oz dan harga perak (silver) naik 8.65% kepada $20.73/oz. Dengan kenaikan sebanyak ini pun mereka boleh meraih keuntungan yang banyak kerana modal mereka besar.

Pelabur emas fizikal ialah pelaburan jangka panjang. Beli emas mesti dapat emas. Mereka mempunyai matlamat dan target simpanan tertentu dan dengan matlamat dan target ini mereka mengumpul sehingga simpanan mencukupi untuk capai matlamat mereka.

Dalam proses mengumpul mereka tahu sekiranya mereka perlu duit kecemasan mereka ada emas dan boleh mencairkan emas dengan menggadaikan (arrahnu) untuk mendapat pinjaman. Duit dapat emas pun masih ada, emas jadi seperti alat pinjaman peribadi sendiri. Bagus kan?

Namun, ada penyimpan emas yang sudah mengumpul gram emas banyak, dan dikalangan ini mereka seperti pelabur jangka pendek, menjual untuk mendapat keuntungan dalam bentuk wang fiat, dan kemudiannya membeli balik bila harga emas rendah.

Ini apa yang berlaku pada bulan March 2022 pada tahun ini di mana bila harga emas mencecah harga rm301/g, ada yang menjual beratus-ratus gram dan ada yang menjual 1kg untuk meraih keuntungan dan membelinya kembali bila harga emas rendah. Ini juga perlu kemahiran teknikal untuk membuat keputusan dalam transaksi jual beli.

Kebanyakan kita ialah penyimpan emas fizikal yang masih mengumpul sedikit-sedikit dari sumber pendapatan kita. Nasihat saya buat perancangan kewangan, set matlamat dan target dan yang paling penting tambah ilmu emas berterusan supaya pengetahuan kita solid dan tak ikut-ikut orang.

Sebagai contoh bila harga emas rendah, yang tak berapa faham akan ikut pula orang yang tak faham juga, mengatakan “harga emas turun, rugi, kenapa nak teruskan simpanan emas”

Rugi sangat. Simpanan masih lagi sikit, takkan nak tunggu emas naik baru nak beli. Nombor 1, janganlah dengar daripada orang yang tak ada simpanan emas atau kalau ada pun mereka juga sendiri blur lagi. Tanyalah kepada mentor anda atau upline anda.

Rugi sangat, dalam contoh ini, sebenarnya bila kita masih sedang mengumpul, kita patut teruskan buat simpanan bila harga rendah. Rugilah tak ambil peluang beli atau buat penambahan pada harga rendah. Betul tak?

Bila harga emas naik sikit, dan dah ada plan untuk mengumpul janganlah berhenti pula. Kena konsisten supaya gram bertambah dan duit itu tak dibelanjakan kepada perkara lain.

Yang faham mengenai pemurataan kos (cost averaging technique) akan focus kepada pengumpulan gram emas dan konsisten menyimpan. Mereka akan terus konsisten menyimpan mengikut duit yang mereka telah agihkan untuk simpanan.

Kepada yang ada bajet besar dan mempunyai portfolio pelaburan yang besar - It is timely for you to review your investment portfolio based on the current global economic condition. Rugi, kalau ada duit yang tak terusik dan memang tujuan untuk simpanan jangka panjang di biarkan dalam bentuk matawang. Nilai matawang kan menyusut, alihkanlah kepada simpanan emas.

Apa-apa jangan buat simpanan menggunakan duit yang diagihkan untuk komitmen bulanan, atau komitmen dalam masa terdekat.. duit tetap kena ada sebab semua ada komitmen tertentu untuk keperluan hidup. Cuma jangan terlepas untuk buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan.

Harap dapat sedikit info!
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
TikTok/FB Page/IG: Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Analogi mudah begini :

Penyimpan emas ni ibarat macam pekebun durian. Hujan ke panas ke, kita tetap tanam dan semai pokok-pokok durian. Yang penting, kuantiti dan kualiti durian ni mesti bertambah dari tahun ke tahun.

Sebab pekebun durian ni tahu sampai satu masa nanti, durian-durian ni akan dijual untuk pulangan yang lazat.

Orang yang tanam durian, mana ada tanam arini jual esok, kan? Sekurang-kurangnya lebih lima tahun. Fokus penanam durian adalah KUANTITI DAN TEMPOH MASA.

Kredit: RakanEmas

Saya nak tambah 😬

Ada beza sikit di sini yang semua perlu tahu!

Dalam proses menyimpan emas, walaupun kemungkinan belum lagi capai target simpanan. Ia boleh digunakan terus sekiranya perlu wang kecemasan.

Emas boleh digadai (arrahnu) untuk dapatkan pinjaman. Duit dapat, emas masih ada! Emas sebagai tool pinjaman kita..

Got it … 👌

Harap dapat sedikit info!
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
TikTok/FB Page/IG: Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
MENGAPA ORANG KAYA SIMPAN EMAS?

Cuba tengok gambar di bawah. Mereka ini mempunyai kekayaan luar biasa nilai bersih berbillion USD. 7 keturunan tak habis makan, namun mereka masih memilih menyimpan emas. Dan akhir-akhir ni makin ramai orang Super Rich yang borong emas. Kenapa ya?

Kenapa nak simpan emas sedangkan duit dah banyak?

Sebenarnya mereka tahu sesuatu dan nampak sesuatu yang kita tak nampak. Sudah tentu semua orang kaya ni bukan sebarangan orang. They are smart and brilliant. Mereka buat sesuatu mesti bersebab dan berdasarkan analisis/fakta. Boleh baca info di gambar

Salah satu adalah kerana emas adalah pelindung kekayaan. Mereka mahu melindungi kekayaan mereka dari kesan inflasi. Mereka yang kaya pun takut dengan inflasi. Jadi, kita lagilah kena risau. Duit simpanan kita pun akan terhakis kerana inflasi. Kebanyakan negara di dunia menunjukkan peningkatan kadar inflasi termasuk Malaysia.

So pelbagaikan simpanan kita 😊
Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Beli emas dengan duit lebihan ya, bukan duit komitmen bulanan, bukan duit kecemasan. Jangan sampai ikat perut semata-mata untuk beli emas. No, that is not the way.

Beli emas dengan sebahagian dari duit simpanan yang memang kita telah ketepikan dengan tujuan untuk simpanan masa hadapan. Ambil 10% dan tukar ke bentuk emas.

Jangan bila sampai terpaksa ikat perut untuk beli emas, mula menyalahkan macam-macam pihak. Anda yang membuat keputusan, anda yang bertanggungjawab penuh atas keputusan sendiri.

Tengok kemampuan kewangan semasa sendiri, bukan terikut-ikut bersaing semata-mata FOMO (fear of missing out). Belajarlah ilmu kewangan selain dari ilmu simpanan emas kerana ada masanya anda tak perlu beli emas pada waktu itu walaupun ada duit.

Jika perlukan bimbingan dan nak mula simpan emas, boleh mendaftar secara percuma ⤵️

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Beza harga emas Public Gold 8 tahun lepas. Kenaikan dalam 98%, hampir 100%. Wow!!!

Kata pakar, emas hanya bercakap satu bahasa.

“If you save gold today, gold will save you tomorrow.

Inilah maksudnya. Emas akan selamatkan nilai kekayaan penyimpannya.

Kita simpan duit, walaupun nilai dalam simpanan kekal, tapi kuasa belinya berkurang setiap tahun. Tengok sajalah pada harga emas.

Tahun 2014, 1 gram boleh dibeli dengan RM138. Tahun 2022, 8 tahun selepas itu 1 gram emas RM273.

Cuba fikir data ini menunjukkan apa? What does this mean to us?

1. Gram emas yang sama tapi nilai emas meningkat
2. Perlu banyak lagi duit untuk membeli barang yang sama, ini bermakna nilai duit telah menyusut

Jadi, dengan dua poin di atas, mana satu pilihan yang lebih baik untuk simpanan jangakamasa panjang?

Simpanan jangkamasa panjang ialah seperti simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan persaraan, simpanan untuk lindungi dari kejatuhan nilai matawang, simpanan sebagai perlindungan atau simpanan untuk capai sesuatu matlamat

Simpanan dalam bentuk matawang ATAU Simpanan Emas?

Lihat gambar di atas, sekiranya anda membeli 100g emas pada tahun 2014, harganya pada tahun itu ialah RM13,800. Anda akan dapat 100g emas dengan pembelian itu.

Tenguk, untuk 100g emas yang sama, nilai emas anda pada tahun ini telah meningkat kepada RM27,300.

Disebaliknya, sekiranya jumlah duit itu dibiarkan saja dalam ringgit. Pada tahun ini duit simpanan itu, jumlahny tetap sama, tapi tidak boleh lagi membeli 100g emas sebab nilai duit telah menyusut. Untuk membeli 100g emas, kita perlu keluar dekat 2 kali ganda jumlah ringgit.

Jadi untuk simpanan jangkamasa panjang / saving anda, mana satu pilihan yang lebih baik?

Sudah tentulah simpanan dalam bentuk emas.

Rugikan kita tak tahu dari dulu lagi. Kalau tahu dah mula lama dah dan simpanan mesti dah banyak sekarang.

Tapi dah tahu sekarang, jangan pula buat tak tahu atau tak terus konsisten menyimpan untuk capai simpanan yang banyak.

Rugilah bila harga dah meningkat banyak di masa hadapan, seperti dalam contoh ini dekat 100% peningkatan, simpanan anda masih sikit.

Klik link di bawah untuk daftar secara percuma dan mengalihkan simpanan / saving anda kepada emas.

Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
CARA UBAH DIVIDEN ASB 5.5% KEPADA 20% KEUNTUNGAN

Ramai yang merungut simpanan ASB sekarang dah tak untung macam dulu-dulu. Betul ke? Sebenarnya jika kita faham dan tahu kaedah yang betul, kita masih boleh buat untung yang banyak walaupun dividen ASB sekitar 5% sahaja. Dengan strategi yang betul, kita boleh ubah dividen 5.5% kepada keuntungan sehingga lebih 20%.

ASB BIASA
Jika kita ada cash RM10,644 dan disimpan di dalam akaun ASB biasa selama setahun, jika dividen 5.5% kita akan dapat;

5.5% × 10,644 = RM586 ✓

ASB FINANCING
Jika kita ada cash RM10,644 kita boleh tukarkan kepada sijil ASB bernilai RM200K. Buat tempoh maksimum 40 tahun dan berhenti pada bila-bila masa yang kita rancang. Ini supaya kita dapat nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil. Semakin besar nilai sijil, semakin banyak dividen yang kita dapat. Contoh pengiraan setahun;

ASBF 200K
- Rate 4.40%
- Tempoh Maksimum 40 tahun (strategi)
- Bayaran bulanan RM887
- Bayaran setahun RM10,644

Andai dividen 5.5%, maka dividen yang diperoleh;

5.5% x 200,000 = RM11,000

Selepas 12 bulan, anggaran baki hutang sebanyak RM198,126. Maka prinsipal terkumpul selepas 12 bulan;

200,000 - 198,126 = RM1,874

Jumlah hasil simpanan selepas setahun;

11,000 + 1,874 = RM12,874

Keuntungan selepas setahun;

12,874 - 10,644 = RM2,230

Peratus keuntungan setahun;

2,230 ÷ 10,644 × 100 = 20.95%✓

Maka dengan menggunakan kaedah Sijil ASB dan teknik yang betul, kita dapat menukarkan keuntungan 5.5% kepada 20.95%. Untung lebih 7 kali ganda berbanding cara simpanan biasa.

*Contoh ini hanya untuk perbandingan kiraan setahun. Sebaiknya simpanlah lebih lama supaya hasil simpanan berganda.

**Prinsipal hanya akan dapat jika kita terminate/jual sijil. Jika dibiarkan lagi lama, semakin banyak nilai prinsipal terkumpul sebab hutang semakin berkurang.

[Kira-kira adalah berdasarkan keuntungan bank 4.40% dan dividen ASB 5.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]


http://wasap.my/601110090729/asbf


#Asbf
#UmairahFazli
#Asbfinancing
#Hartanah
#Emas
24% rumah adalah dibawah RM300K.. pun masih ramai tak layak beli.. kenapa?

Sebenar bukan tak layak sangat.. tapi rumah bawah RM300K di kawasan bandar ni makin kecil, fasiliti makin kurang.. kalau luar bandar pula jauh sangat dari tempat kerja, kemudahan pun takde..

Lagi pulak bila ramai yang ambil loan lain untuk kelangsungan hidup.. mana tak ganggu DSR ketika mohon pembiayaan perumahan?

Selain tinggal sendiri, pilihan lain yang ada ialah untuk disewakan.. kalau rumah pun berharga RM300K, bulan-bulan bayar loan je dah RM1300-1400.. berapa pula nak disewakan.. iklan pula di kawasan luar bandar.. gaji orang luar bandar mungkin RM1800-RM2000 takkan separuh gaji buat habis bayar sewa rumah je kan..

Jadi apa perlu buat?

1. Abaikan dulu carian unit undercon, dan beralih kepada subsale.. masih banyak unit lama yang dijual separuh harga dari unit undercon

2. Kurangkan komitmen dengan settlekan hutang-hutang yang ada untuk cantikkan CCRIS

3. Elak buat loan baru seperti kad kredit atau kereta.. nak buat pun lepas beli rumah..

4. Tidak terlalu memilih unit yang ada di pasaran, kerana lewatnya kita beli, akan memberi peluang kepada pembeli lain untuk dapatkan dulu

5. Jangan terlalu ego konon taknak JV loan walau sendiri dah tahu tak lepas..

6. Tidak mark up loan untuk renovate rumah bagi besar, sedangkan ia tidak menambah nilai unit tersebut..

7. tidak terlalu mengharap adanya penjual menjual unit dibawah harga pasaran.. ikut value semasa pun dah memadai, janji dapat kunci ketika itu

8. Tidak terlalu bergantung kepada bank bank tertentu, cari bank bank yang kurang ternama kerana adakala perkhidmatan dan tawaran mereka lebih baik

9. lambakan unit yang tidak terjual tidak merugi apa-apa bagi kita, tapi rugi bila kita layak tapi masih tak beli-beli..

10. masih banyak skim skim perumahan ditawarkan, SJKP sehingga RM400k, skim perumahan belia, perumahan mytransit..

Jadi biarkan pemaju dengan permainan mereka.. kita jangan leka.. semakin hari tiada apa yang murah.. makin ditunggu, makin mahal jadinya..

#share #malaysia #hartanah
ANTARA ISU JUALBELI RUMAH
————————————————
Urusan jual beli rumah di Malaysia boleh melibatkan pelbagai masalah atau isu yang perlu dihadapi oleh pembeli, penjual, dan pihak yang terlibat.

Antara beberapa isu yang biasa timbul dalam urusan jual beli hartanah di Malaysia adalah seperti berikut :

Ketidakjelasan Dokumen dan Perjanjian:

Salah satu isu utama adalah ketidakjelasan dalam dokumen dan perjanjian jual beli. Butir-butir mengenai harga, syarat-syarat, serta tarikh penyerahan kadang-kadang tidak dinyatakan dengan jelas, yang boleh menyebabkan konflik dan kebingungan.

Isu Pembiayaan:

Pembelian hartanah sering memerlukan pembiayaan perumahan. Isu-isu berkaitan dengan kelulusan pembiayaan, kadar faedah, dan syarat-syarat pembiayaan boleh menjadi cabaran.

Keadaan Hartanah:

Ada masa di mana penjual mungkin tidak mendedahkan masalah tersembunyi berkaitan dengan keadaan hartanah seperti kerosakan struktur atau kebocoran. Ini boleh membawa kepada persengketaan selepas pembelian.

Ketidakpatuhan dengan Undang-Undang Tempatan:

Isu berkaitan dengan peraturan tempatan seperti cukai hartanah atau ubahsuaian tanpa kelulusan yang sah boleh menjadi halangan dalam transaksi hartanah.

Masalah Hakmilik:

Masalah yang berkaitan dengan hak milik atau status tanah boleh menyebabkan penundaan atau pembatalan pembelian hartanah.

Kesulitan Mendapatkan Pinjaman:

Walaupun mempunyai kelayakan pembiayaan, beberapa pembeli mungkin menghadapi kesulitan mendapatkan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan.

Isu Sub Sale:

Dalam pembelian hartanah sub sale (pembelian daripada pemilik semasa), terdapat potensi masalah yang berkaitan dengan hutang pemilik sebelumnya seperti baki harga jualbeli lebih rendah dari jumlah hutang terkini atau masalah undang-undang yang tidak diselesaikan.

Proses Pindah Milik:

Proses pindah milik boleh menjadi rumit dan memakan masa, yang boleh menyebabkan penangguhan penyerahan hartanah, terutamanya hartanah yang perlu mendapatkan kelulusan pindahmilik dan kelulusan menjual hartanah kos rendah.

Pajakan dan Cukai Hartanah:

Pembeli perlu faham cukai hartanah dan tanggungjawab pajakan mereka selepas pembelian, dan ini boleh menjadi isu yang memerlukan penjelasan.

Perundingan Harga:

Perundingan harga yang tidak berjaya boleh menjejaskan transaksi, terutamanya jika penjual dan pembeli tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai harga yang adil.

Kesimpulan:

Penting untuk mengatasi isu-isu ini dengan teliti sepanjang proses pembelian hartanah.

Memperoleh nasihat peguam hartanah, ejen hartanah, atau pegawai bank yang mahir boleh membantu dalam menjalankan urusan jual beli rumah dengan lancar dan sah.

Selain itu, membaca dan memahami sepenuhnya semua dokumen dan perjanjian yang terlibat adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dalam transaksi hartanah.

Nak Miliki hartanah sendiri?
https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#MairaUmairah
#Hartanah
#kongsi
Bulan 1 haritu ada sepasang suami isteri muda ni tandatangan perjanjian sewa rumah berkembar 2 tingkat, 5 bilik 3 bilik air. Tempoh sewaan 3 tahun utk sewa RM1,500.00 sebulan.

Mereka baru berkahwin bulan 12.

Saya masih ingat, saya tanya mereka, kenapa nak sewa rumah besar² sedangkan hidup berdua je, lagipun baru kahwin. Cari rumah kecil pun cukup.

Mereka jawab, keluarga kami ramai. Mak ayah adik beradik. Kami nak mereka selesa bila dtg ke rumah kami, masing² ada bilik kalau dtg bermalam.

Saya kata, sewa rumah teres setingkat pun cukup kot.

Dia kata, isterinya tak bekerja. Dia takut isterinya bosan duduk rumah tak buat apa, sbb tu dia nak sewa rumah yg ada halaman, nanti isterinya boleh tanam pokok ke apa.

Saya tanya lagi, kenapa tak beli je rumah. Kalau bulanan RM1,500.00, rasanya dia boleh beli rumah dlm anggaran harga RM200k. Rumah teres 4 bilik boleh dpt In Shaa Allah.

Dia kata, bukan senang nak beli rumah. Komitmen tinggi. Lagipun dia takkan dpt rumah spt yg dia nak. Lagipun katanya, sewa rumah senang. Kalau taknak rumah tu, boleh pindah rumah lain. Tapi kalau beli, tak boleh nak pindah mana² dah.

Ok, setakat itu saja saya 'menyibok'. Saya ni org tua, pengalaman masa muda, mungkin boleh di adaptasi kpd warga muda, utk jadikan panduan.

Tapi dia dah tahu apa yg dia perlu & nak. Jadi, saya tak boleh nak cakap lebih². Pada saya, dia mampu & dah fikir panjang sblm buat keputusan sewa rumah ni.

Awal bulan 8 baru ni, tuan rumah call saya, katanya penyewa ni tak bayar sewa dah 2 bulan. Deposit pun 2 bulan. Mcmmana? Dia tanya saya.

Saya call penyewa ni tanya kenapa tak bayar sewa dah 2 bulan?

Katanya dia tak boleh bayar. Duit tak cukup. 💆🏻

Komitmen tinggi katanya. Nak bayar duit kereta, hutang perabot kat court mammoth, hutang tv kat Aeon credit. 🤦🏻

Mulanya saya nak menyibok lagi, tanya psl semua hutang² tu, tapi sbb ingat kata²nya dulu, bahawasanya dia lebih tahu apa yg dia perlu & mampu, lalu saya batalkan hasrat nak menyibok tu..hahahaha....

"Jadi, mcmmana skrg?" Saya tanya.

"Saya akan pindah keluar. Tapi kena bagi masa sbb byk barang nak angkut. Kena sewa lori. Isteri saya pulak tgh alahan mengandung tu,". Katanya masih dgn suara yg agak tinggi.

Entahlah kenapa saya rasa beratnya beban kat kepala dia. Tapi takpelah, itu pilihan dia.

Di hujung talian, dia sempat mengungkit kata² saya dulu,
"Kalau saya ikut cadangan puan utk beli rumah, mesti lagi teruk saya kena. Nasib baik saya tak ikut cadangan tu,"

Lalu saya jawab, "Sbb selalunya kalau org mampu sewa rumah RM1,500 sebulan, mestilah pendapatan dia besar, dgn isteri tak bekerja lagi. Sepatutnya dia mampu bayar ansuran RM1,500 sebulan. Tambahan encik nampak yakin dgn kedudukan kewangan encik. Mana tau encik byk hutang. Encik takut komitmen kalau beli rumah, tapi tahu tak berhutang perkara lain, bayar sewa rumah semua tu, itu pun adalah komitmen."

Dia diam.

"Puan tahu tak kat mana ada rumah murah² utk disewa?" Dia tanya.

Saya jawab, "Saya tak tahu kategori mcmmana yg encik nak."

"Tak kisah, asalkan murah," sahutnya. Saya kata kalau ada nanti saya beritahu.

Maaf saya cakap, kalau baru berkahwin, eloklah sewa rumah kecil je. Sedara mara nak dtg rumah berapa hari je, paling lama seminggu. Selain dari tu, berdua je suami isteri.

Tak perlu beli barangan mcm² sampai sanggup berhutang. Beli yg perlu . Kalau nak tv, beli je tv kecil, takyah sampai 40 inci. Bukannya boleh masuk dlm tv tu pun. Kalau perlu kereta, beli yg murah² je. Asalkan elok, boleh sampai ke tempat dituju.

Jgn buat hutang pada kehendak. Kalau mampu takpe. Ni cerita kalau keperluan pun tak lepas, dah hutang utj kehendak. Akhirnya susah.

Baru kahwin, stabilkan hidup dulu. Kukuhkan kewangan. Yg kehendak ni boleh fikir kemudian.

Maaf kalau saya salah cakap.
Saya cuma org tua yg dah lalui mcm² pengalaman.

*Gambar sekadar hiasan

Credit ✍️ Farizal Radzali

Nak Tahu Cara Miliki Hartanah Sendirii Bawah Market Value?
http://wasap.my/601110090729/nkrumah

#mairaumairah
#hartanah
#finance
#jualrumah