Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
HELLOGOLD MENAMATKAN OPERASI DI MALAYSIA DAN THAILAND
==================
Berita Semasa Emas Malaysia

HelloGold, platform simpanan emas patuh syariah pertama di Malaysia, menutup operasinya di negara ini dan Thailand, dengan menyatakan bahawa perniagaan tidak lagi berdaya maju secara komersial dalam keadaan pasaran semasa.

Dalam e-mel kepada pendeposit pada Khamis (26 Jan), ketua pegawai eksekutif HelloGold Robin Lee berkata platform itu akan berhenti beroperasi pada 2 Feb.

“Walaupun kami terus mempercayai nilai emas sebagai sebahagian daripada portfolio kewangan anda, kami telah memutuskan bahawa perniagaan kami dalam bentuk semasa tidak lagi berdaya maju secara komersial dalam keadaan pasaran semasa,” kata Lee.
Sumberhttps: theedgemarkets
****

Pastikan anda tahu dan belajar ilmu emas dahulu sebelum mula #simpan emas supaya anda tahu kebenaran dan jangan terpedaya saya bukan berniaga emas saya bantu kongsikan ilmu emas dan jika nak saya bantu anda link di bio🤭

Kongsikan dan save video ini untuk panduan anda dan mari kita sampaikan ilmu bersama😊
https://vt.tiktok.com/ZS8D1pLTA/

#share #emas24k #goldmalaysia #emas #mairaumairah #info #ekonomi #malaysia #TiktokGuru
24% rumah adalah dibawah RM300K.. pun masih ramai tak layak beli.. kenapa?

Sebenar bukan tak layak sangat.. tapi rumah bawah RM300K di kawasan bandar ni makin kecil, fasiliti makin kurang.. kalau luar bandar pula jauh sangat dari tempat kerja, kemudahan pun takde..

Lagi pulak bila ramai yang ambil loan lain untuk kelangsungan hidup.. mana tak ganggu DSR ketika mohon pembiayaan perumahan?

Selain tinggal sendiri, pilihan lain yang ada ialah untuk disewakan.. kalau rumah pun berharga RM300K, bulan-bulan bayar loan je dah RM1300-1400.. berapa pula nak disewakan.. iklan pula di kawasan luar bandar.. gaji orang luar bandar mungkin RM1800-RM2000 takkan separuh gaji buat habis bayar sewa rumah je kan..

Jadi apa perlu buat?

1. Abaikan dulu carian unit undercon, dan beralih kepada subsale.. masih banyak unit lama yang dijual separuh harga dari unit undercon

2. Kurangkan komitmen dengan settlekan hutang-hutang yang ada untuk cantikkan CCRIS

3. Elak buat loan baru seperti kad kredit atau kereta.. nak buat pun lepas beli rumah..

4. Tidak terlalu memilih unit yang ada di pasaran, kerana lewatnya kita beli, akan memberi peluang kepada pembeli lain untuk dapatkan dulu

5. Jangan terlalu ego konon taknak JV loan walau sendiri dah tahu tak lepas..

6. Tidak mark up loan untuk renovate rumah bagi besar, sedangkan ia tidak menambah nilai unit tersebut..

7. tidak terlalu mengharap adanya penjual menjual unit dibawah harga pasaran.. ikut value semasa pun dah memadai, janji dapat kunci ketika itu

8. Tidak terlalu bergantung kepada bank bank tertentu, cari bank bank yang kurang ternama kerana adakala perkhidmatan dan tawaran mereka lebih baik

9. lambakan unit yang tidak terjual tidak merugi apa-apa bagi kita, tapi rugi bila kita layak tapi masih tak beli-beli..

10. masih banyak skim skim perumahan ditawarkan, SJKP sehingga RM400k, skim perumahan belia, perumahan mytransit..

Jadi biarkan pemaju dengan permainan mereka.. kita jangan leka.. semakin hari tiada apa yang murah.. makin ditunggu, makin mahal jadinya..

#share #malaysia #hartanah