Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Beli emas dengan duit lebihan ya, bukan duit komitmen bulanan, bukan duit kecemasan. Jangan sampai ikat perut semata-mata untuk beli emas. No, that is not the way.

Beli emas dengan sebahagian dari duit simpanan yang memang kita telah ketepikan dengan tujuan untuk simpanan masa hadapan. Ambil 10% dan tukar ke bentuk emas.

Jangan bila sampai terpaksa ikat perut untuk beli emas, mula menyalahkan macam-macam pihak. Anda yang membuat keputusan, anda yang bertanggungjawab penuh atas keputusan sendiri.

Tengok kemampuan kewangan semasa sendiri, bukan terikut-ikut bersaing semata-mata FOMO (fear of missing out). Belajarlah ilmu kewangan selain dari ilmu simpanan emas kerana ada masanya anda tak perlu beli emas pada waktu itu walaupun ada duit.

Jika perlukan bimbingan dan nak mula simpan emas, boleh mendaftar secara percuma ⤵️

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Beza harga emas Public Gold 8 tahun lepas. Kenaikan dalam 98%, hampir 100%. Wow!!!

Kata pakar, emas hanya bercakap satu bahasa.

“If you save gold today, gold will save you tomorrow.

Inilah maksudnya. Emas akan selamatkan nilai kekayaan penyimpannya.

Kita simpan duit, walaupun nilai dalam simpanan kekal, tapi kuasa belinya berkurang setiap tahun. Tengok sajalah pada harga emas.

Tahun 2014, 1 gram boleh dibeli dengan RM138. Tahun 2022, 8 tahun selepas itu 1 gram emas RM273.

Cuba fikir data ini menunjukkan apa? What does this mean to us?

1. Gram emas yang sama tapi nilai emas meningkat
2. Perlu banyak lagi duit untuk membeli barang yang sama, ini bermakna nilai duit telah menyusut

Jadi, dengan dua poin di atas, mana satu pilihan yang lebih baik untuk simpanan jangakamasa panjang?

Simpanan jangkamasa panjang ialah seperti simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan persaraan, simpanan untuk lindungi dari kejatuhan nilai matawang, simpanan sebagai perlindungan atau simpanan untuk capai sesuatu matlamat

Simpanan dalam bentuk matawang ATAU Simpanan Emas?

Lihat gambar di atas, sekiranya anda membeli 100g emas pada tahun 2014, harganya pada tahun itu ialah RM13,800. Anda akan dapat 100g emas dengan pembelian itu.

Tenguk, untuk 100g emas yang sama, nilai emas anda pada tahun ini telah meningkat kepada RM27,300.

Disebaliknya, sekiranya jumlah duit itu dibiarkan saja dalam ringgit. Pada tahun ini duit simpanan itu, jumlahny tetap sama, tapi tidak boleh lagi membeli 100g emas sebab nilai duit telah menyusut. Untuk membeli 100g emas, kita perlu keluar dekat 2 kali ganda jumlah ringgit.

Jadi untuk simpanan jangkamasa panjang / saving anda, mana satu pilihan yang lebih baik?

Sudah tentulah simpanan dalam bentuk emas.

Rugikan kita tak tahu dari dulu lagi. Kalau tahu dah mula lama dah dan simpanan mesti dah banyak sekarang.

Tapi dah tahu sekarang, jangan pula buat tak tahu atau tak terus konsisten menyimpan untuk capai simpanan yang banyak.

Rugilah bila harga dah meningkat banyak di masa hadapan, seperti dalam contoh ini dekat 100% peningkatan, simpanan anda masih sikit.

Klik link di bawah untuk daftar secara percuma dan mengalihkan simpanan / saving anda kepada emas.

Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Website:https://publicgold.me/mairaumairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
TABUNG KECEMASAN 6 BULAN GAJI
=====================================
Tabung kecemasan sangat penting terutamanya bagi individu yang sudah berkeluarga. Kalau bujang, hilang sumber pendapatan masih boleh survive seorang diri. Kalau berkeluarga, takkan nak biar anak-anak turut menderita kan? Jadi perlulah sediakan tabung kecemasan sebaik mungkin.

Bagaimana mencipta tabung kecemasan 6 bulan gaji?

Contoh: Jika gaji kita sebanyak RM3,000 sebulan, dana kecemasan yang ideal adalah 3,000 x 6 = RM18,000.

Macam mana nak kumpul RM18,000?

🔹Kalau mampu simpan RM300 setiap bulan;

18,000 ÷ 300 = 60 bulan @ 5 tahun✓

🔹Kalau mampu simpan RM400 setiap bulan;

18,000 ÷ 400 = 45 bulan @ 3 tahun 9 bulan✓

🔹Kalau mampu simpan RM500 setiap bulan;

18,000 ÷ 500 = 36 bulan @ 3 tahun✓

Contoh di atas adalah kiraan jika kita simpan dalam akaun bank biasa.

⭐️ Kalau nak kumpul lebih cepat dan lebih banyak hasilnya, kita boleh guna kaedah OPM (Other People Money) iaitu menggunakan ASB Financing. Kita ambil contoh jika mampu simpan RM500 setiap bulan.

Dengan kemampuan simpanan bulanan sebanyak RM500, kita boleh dapatkan sijil ASBF RM110K.

▪️ASBF 110K
▪️Tempoh maksimum 40 tahun
▪️Rate 4.40%
▪️Bayaran Bulanan RM488
▪️Bayaran Tahunan RM5,856

Contoh Gameplan 3 Tahun

Dividen:
-Tahun 1: 5.5% x 110,000 = 6,050
-Tahun 2: 5.5% x 116,050 = 6,382
-Tahun 3: 5.5% x 122,432 = 6,733
Jumlah Dividen Terkumpul = RM19,165

Prinsipal:
110,000 - 106,768 = RM3,232

Jumlah Keseluruhan = RM22,397✓

[Kiraan berdasarkan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Jika dibandingkan dengan simpanan RM500 dalam akaun simpanan bank biasa, hanya dapat RM18,000. Apabila menggunakan keadah OPM, hasil simpanan lebih tinggi disebabkan;

1. Dividen yang diperoleh dikira berdasarkan nilai sijil ASB, bukan berdasarkan simpanan bulanan. Semakin besar sijil ASB, semakin tinggi dividen yang diperoleh.

2. Terdapat pulangan prinsipal iaitu bayaran hutang pokok yang dibayar setiap bulan selepas ditolak keuntungan bank.

Kesimpulan:

1. Binalah tabung kecemasan 6 bulan gaji secepat mungkin kerana kita tak tahu bila musibah akan berlaku.

2. Terdapat banyak cara untuk bina tabung kecemasan, ada cara yang lambat dan ada cara yang lebih cepat. Boleh pilih ikut selera masing-masing.

3. Jika pilih kaedah ASB Financing, pastikan ikut kemampuan masing-masing. Jangan ikut kawan. Masing-masing ada komitmen yang berbeza.

semoga bermanfaat.

http://wasap.my/601110090729/asbf


#UmairahFazli
#asbfinancing
#asbf
#kewanganbijak
ASB financing vs Rumah

Mana lebih untung? Buat ASBF atau beli hartanah?

Jawapan dia, korang buat lah dua2. Tapi mulalah dengan ASBF dulu. Sebab apa? Jika korang dah biasa atau mampu serve ASBF dengan nilai yang tinggi, nnti bila korang beli rumah pun InsyaAllah blh bayar.

Ini buat ASBF 200K, bulanan RM800++ pun korang rasa azab dan perit nak bayar, mcm mana nk beli rumah yang belum tentu ada penyewanya. Tak sampai setahun nanti tak pasal- pasal pulak kena lelong.

Kedua, kumpul dulu cash reserve korang utk support rumah korang nanti. Invest hartanah ni macam2 hal sebenarnya, rumah rosak, penyewa lari, cukai pintu. Kat sini mmg kene pakai cash. Kalau korang tiada reserve, kumpul la dulu dgn ASBF.

Bila nak beli rumah, korang bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja. korang kena ukur juga kemampuan korang menyimpan.

Kalau ada kelayakan rumah harga RM 150k, ansuran bulanan lebih kurang RM 750 sebulan.Cek balik setiap bulan korang mampu tak menyimpan RM 750.

Kalau mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu. Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu. Jangan nanti rumah idaman korang termasuk dalam listing lelong pulak.

Sebab tu masa mula- mula kerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform korang boleh mulakan. Unit Trust, ASB, ASBF , emas dan macam-macam lagi.Bila dah start yakin, then upgrade ke pelaburan hartanah.

Menyimpan ni pun boleh menyebabkan ketagihan.Kalau korang dah biasa menyimpan, kalau sebulan tak menyimpan, mesti susah hati kan?Paling sedih bila mula kena “korek” keluar simpanan tu.

Start bina tabiat kewangan baik dari sekarang.

Semoga Bermanfaat

http://wasap.my/601110090729/asbf

#kewangan
#asbfinancing
#UmairahFazli
SUDAH BERKAHWIN TAPI BELUM MILIKI RUMAH? (Bertunang or Couple pun boleh follow langkah ini)

❇️ Husband and Wife boleh apply teknik ni untuk beli rumah kediaman

▶️Bagi pasangan yang sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri adalah salah satu matlamat utama. Sebaiknya, rumah perlu dibeli sebelum berumur 35 tahun untuk mendapatkan tempoh pembiayaan perumahan yang panjang dan bayaran bulanan yang rendah. Semakin rendah bayaran bulanan, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan pembiayaan bank.
Kalau dah berumur 40 tahun baru nak beli rumah, bayaran bulanan dah mahal. Bank susah nak luluskan pembiayaan rumah jika komitmen jadi tinggi. Lainlah kalau gaji tebal dan komitmen rendah.

▶️Back to the point, dengan simpanan sekitar RM400 seorang setiap bulan, husband and wife boleh miliki rumah sendiri dalam tempoh 3 tahun. Boleh follow cara di bawah;

Tahun Pertama - Sijil 100K Pertama
📌 Husband and wife apply ASBF 100K setiap seorang.
📌 Bayaran bulanan RM444 setiap seorang.
📌 Setahun bayar RM5,328
📌 So, setiap bulan husband and wife berkorban untuk menyimpan RM444 daripada duit gaji.
📌 Selepas setahun, guna teknik rolling dividen (Tiada komitmen bulanan untuk tahun ke-2 dan ke-3)
📌 Gameplan 3 tahun (Komitmen bulanan pada tahun kedua dan ketiga digunakan untuk bayar sijil ASB ke-2).

Tahun 1:
Dividen 5.5% x 100,000 = RM5,500
Ambil RM 5,328 bayar untuk tahun ke-2, baki RM172 simpan.

Tahun 2:
Dividen 5.5% x 100,000 = RM5,500
Ambil RM5,328 bayar untuk tahun ke-3, baki RM172 simpan.

Tahun 3:
Dividen 5.5% x 100,000 = RM5,500
Dapat full RM5,500 sebab tak perlu bayar dah. Gameplan 3 tahun sahaja.

Hasil selepas 3 tahun:
Dividen terkumpul (172 + 172 + 5,500) = RM5,844
Principal 100,000 - 97,061 = RM2,939
Jumlah pulangan Sijil1 = RM8,783✓

Tahun Kedua - Sijil 100K Kedua
📌Pada tahun kedua, Husband and Wife apply lagi ASBF 100K setiap seorang.
📌Sijil terkumpul kini 200K setiap seorang.
📌Jangan risau, komitmen masih sama RM444 sebulan sebab installment sijil pertama dibayar guna dividen ASB.
📌Installment sijil kedua ini bayar guna duit gaji selama dua tahun (buat Compounding).
📌Target gameplan 2 tahun sahaja (tahun ketiga bagi sijil pertama).

Hasil selepas 2 tahun:
Dividen terkumpul: RM 11,302
Prinsipal 100,000 - 98,084 = RM 1,916
Jumlah pulangan Sijil2 = RM 13,218✓

Jumlah simpanan setiap orang:

RM 8,783 + RM13,218 = RM22,001✓✓

Hasil berpasangan;
📌RM 22K x 2 = RM44K 💰💰💰

So nak buat apa dengan RM44K ni?

Bila dah ada cash RM44K rancanglah masa depan dengan baik. Penat-penat kumpul duit selama 3 tahun kan. Selain daripada boleh bayar deposit rumah nak buat planning sendiri pun boleh. No problem, it’s your money.


http://wasap.my/601110090729/asbf

#asbf
#KewanganBijak
#UmairahFazli
*Buat ASBF ni tak perlu tunggu setahun pun dah dapat dividen.*

*Jaapar:* Osman, aku nak apply ASBF. Tapi makcik jiran sepupu kawan mak aku cakap kena tunggu setahun baru dapat dividen. Macam lama pulak nak kena tunggu.

*Osman:* Tak betul tu. Berapa lama nak tunggu tu bergantung kepada masa kau apply. Kalau kau apply awal tahun, memang kena tunggu setahun baru dapat dividen. Tapi kalau kau apply sekarang, tunggu 3 bulan je terus dapat dividen.

*Jaapar:* Macam mana tu?

*Osman:* Dividen ASB akan dapat pada bulan 1 setiap tahun. Kalau kau apply sekarang bulan ni lulus. Jadi dividen akan start dikira pada bulan 10. Kau pun akan start bayar pada bulan 10.

*Jaapar:* Ok faham-faham. Kalau macam tu untung la. Kalau buat 100K, dividen 5.5% dapat RM5,500. Bayar cuma 3 bulan je. Betul tak?

*Osman:* Haa..yang tu pun salah. Dividen akan dikira ikut berapa bulan duit tu disimpan dalam ASB. Jadi hanya kira untuk 3 bulan saja untuk bulan 10 sampai 12. Contoh kalau dividen 5.5%, So kau akan dapat 3 / 12 x 5.5% x 100,000 = RM1,375

*Jaapar:* Tadi kau cakap bayar start bulan 10 kan?

*Osman:* Ye betul... Start bulan 10.

*Jaapar:* Kalau macam tu aku cuma bayar RM427 x 3 = RM1,281. Tapi dividen dapat RM1,375. Ok la kan. Itu belum termasuk prinsipal sijil ASBF lagi.

*Osman:* Betul. Tapi prinsipal tu kau tak boleh ambil selagi belum terminate. Anggap je macam simpanan pasif kau. Ibarat untung atas angin kau dapat tiap2 bulan.

*Jaapar:* Sekarang ni musim-musim Covid, malas pulak aku nak ke bank. Bahaya pergi tempat ramai orang ni.

*Osman:* Kau ni hidup zaman 90-an ke? Sekarang zaman teknologi la. Tak payah susah-susah pergi bank dah. Jimat masa dan tenaga.

*Jaapar:* Eh, boleh ke kalau tak pergi bank?

*Osman:* Boleh. Kau wasap banker aku ni. Boleh apply online or kalau ada banker Berdekatan, boleh suruh banker datang tempat kau. Kau tak payah pergi bank. Dah la susah nak parking, kalau silap parking kena saman pulak. Lepas tu kena tunggu giliran. Itu semua perkara sia-sia belaka. Buang masa, duit dan tenaga kau je.

*Jaapar:* Betul jugak kan. Bagus lah ada servis macam ni sekarang.

*Osman:* Betul bro. Kau insan yang bijak. Lagipun sekarang ada promosi. Rate 4.15% je...Klik je link di bawah untuk submission;

http://wasap.my/601110090729/asbf

#KewanganBijak
#UmairahFazli
#asbf
#asbfinancing
PENJAWAT AWAM PLANNING RUMAH KE-5.
=========================

Asist permohonan loan rumah penjawat awam. Kali ni nak buat rumah atas tanah sendiri.

Sebelum ni dia dah guna kouta pertama. Lepas refinance, pindahkan ke bank, boleh guna kouta no-2.

Untung penjawat awam ni, 3x boleh guna loan rumah 100% modal LPPSA & bank.

Kalau pasangan pun penjawat awam.. sampai 6 buah rumah mereka boleh sebat 100% loan.

Plan awal, setakat nak pencen RM 30-40k sebulan tu akan jadi mudah. Tambah lagi dapat duit pencen pastu duit pasif dari wang hadiah lagi.

Jangan sia-sia benefit yang kerajaan dah sedia buat anda. Ada yang bijak atur strategi, pencen sebelum sampai usia yang sepatutnya.

Jom Saya Bantu!
https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#UmairahFazli
#SyoknyaBeliRumah
#TeamPelaburGenius
#TeamRumahLelongUtara
CARA UBAH DIVIDEN ASB 5.5% KEPADA 20% KEUNTUNGAN

Ramai yang merungut simpanan ASB sekarang dah tak untung macam dulu-dulu. Betul ke? Sebenarnya jika kita faham dan tahu kaedah yang betul, kita masih boleh buat untung yang banyak walaupun dividen ASB sekitar 5% sahaja. Dengan strategi yang betul, kita boleh ubah dividen 5.5% kepada keuntungan sehingga lebih 20%.

ASB BIASA
Jika kita ada cash RM10,644 dan disimpan di dalam akaun ASB biasa selama setahun, jika dividen 5.5% kita akan dapat;

5.5% × 10,644 = RM586 ✓

ASB FINANCING
Jika kita ada cash RM10,644 kita boleh tukarkan kepada sijil ASB bernilai RM200K. Buat tempoh maksimum 40 tahun dan berhenti pada bila-bila masa yang kita rancang. Ini supaya kita dapat nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil. Semakin besar nilai sijil, semakin banyak dividen yang kita dapat. Contoh pengiraan setahun;

ASBF 200K
- Rate 4.40%
- Tempoh Maksimum 40 tahun (strategi)
- Bayaran bulanan RM887
- Bayaran setahun RM10,644

Andai dividen 5.5%, maka dividen yang diperoleh;

5.5% x 200,000 = RM11,000

Selepas 12 bulan, anggaran baki hutang sebanyak RM198,126. Maka prinsipal terkumpul selepas 12 bulan;

200,000 - 198,126 = RM1,874

Jumlah hasil simpanan selepas setahun;

11,000 + 1,874 = RM12,874

Keuntungan selepas setahun;

12,874 - 10,644 = RM2,230

Peratus keuntungan setahun;

2,230 ÷ 10,644 × 100 = 20.95%✓

Maka dengan menggunakan kaedah Sijil ASB dan teknik yang betul, kita dapat menukarkan keuntungan 5.5% kepada 20.95%. Untung lebih 7 kali ganda berbanding cara simpanan biasa.

*Contoh ini hanya untuk perbandingan kiraan setahun. Sebaiknya simpanlah lebih lama supaya hasil simpanan berganda.

**Prinsipal hanya akan dapat jika kita terminate/jual sijil. Jika dibiarkan lagi lama, semakin banyak nilai prinsipal terkumpul sebab hutang semakin berkurang.

[Kira-kira adalah berdasarkan keuntungan bank 4.40% dan dividen ASB 5.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]


http://wasap.my/601110090729/asbf


#Asbf
#UmairahFazli
#Asbfinancing
#Hartanah
#Emas
*10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE✓✓*

1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPAN

Apabila mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin ada sesetengah anak muda yang tak tahu apa nak dibuat dengan duit gaji. ASBF adalah salah satu cara untuk kita paksa diri menyimpan setiap bulan. Berbeza dengan simpanan ASB biasa yang kita boleh keluarkan simpanan pada bila-bila masa, ASBF hanya membolehkan kita mengeluarkan dividen sahaja. Jadi simpanan kita lebih terjamin.

2.MENGAJAR PENGURUSAN KEWANGAN

ASBF dapat mengajar pengurusan kewangan bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan personal loan. Ramai yang menggunakan personal loan untuk kahwin. Akibatnya anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum habis bayar personal loan. Ini akan menyebabkan kelayakan untuk mempunyai pembiayaan rumah dan kereta semakin rendah.

3.MENGELAKKAN BOROS

Konsep “force saving” ASBF dapat mengelakkan anak muda daripada boros dan menghabiskan duit untuk perkara yang sepatutnya. Asingkan simpanan tetap untuk ASBF setiap bulan, bakinya baru belanja barang keperluan. Rancang perbelanjaan dengan bijak.

4.FROFIL KEWANGAN

ASBF dapat mencipta profil kewangan iaitu rekod CCRIS. Ramai yang gagal membuat pembiayaan perumahan akibat tiada rekod CCRIS. Jadikan ASBF adalah salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik supaya bank dapat kenal karakter kita.

5. PULANGAN YANG TINGGI

Simpanan ASBF juga memberikan pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa. Kalau kena caranya, boleh dapat keuntungan sehingga 30% setahun. Yang penting ikut teknik dan strategi yang betul.

6. TABUNG PERMULAAN HIDUP

Apabila memasuki alam pekerjaan, kita perlu memikirkan 5 perkara;
-Kahwin
-Beli rumah
-Kereta yang selesa untuk keluarga
-Tabung pendidikan anak
-Tabung Persaraan

Cukuplah 6 Sebab saya kongsi dan kalau anda ada sebab lain boleh komen di bawah😊

Kesemua matlamat di atas perlukan DUIT. Jadi kita kena mulakan simpanan seawal yang mungkin. Kalau lambat bermula, kita perlu berkerja lebih keras untuk menyediakan perkara tersebut.

Kongsi dan save(Favourite) jika bermanfaat.😊

https://vt.tiktok.com/ZS8LXC8nH/

Nak Teknik ASBF PERCUMA?
https://chat.whatsapp.com/ILx4Mvc2dix4TvqWaXuIUm

#UmairahFazli
#Asbf
#Kewanganbijak
Teknik Proksi - Alternatif Bagi Pelabur yang Sudah Berusia ✓✓✓

Saya dah berumur 50 tahun, untung lagi ke buat ASBF?

Apabila umur semakin meningkat, tempoh pembiayaan semakin pendek. Jadi bayaran bulanan semakin tinggi. Untung tu tetap untung, cuma margin keuntungan tu tidak setinggi orang muda. Jadi teknik yang paling sesuai adalah menggunakan proksi.

Siapa proksi tu?

Kalau ada anak yang berumur 18 tahun ke atas, boleh gunakan nama anak sebagai proksi. Buat gameplan sekitar 5 tahun sahaja. Mak atau ayah boleh jadi pemohon bersama jika anak masih belum bekerja.

Kenapa 5 tahun?

Katakan anak sekarang berumur 18 tahun, lagi 5 tahun anak berumur 23 tahun. Masa ni kebiasaannya anak-anak dah berkerja. Jadi mereka mesti nak simpan duit sendiri. So, boleh terminate dan apply sendiri pula nanti.
Teknik apa nak buat?

Guna teknik rolling dividen sahaja. Tak payah pening-pening. Guna simpanan cash yang ada untuk bayaran setahun (12 bulan). Tahun kedua dan seterusnya bayar guna dividen. Contoh kiraan;

_ASBF 200K TEKNIK ROLLING DIVIDEN 5 TAHUN_

Tempoh 40 tahun (Berhenti selepas 5 tahun)
Rate 4.40%
Bulanan RM887
Tahunan RM10,644 (MODAL)
Gameplan 5 tahun

Bayar modal sendiri untuk 12 bulan sahaja

_Pengiraan berdasarkan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza._

Tahun 1
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke2.
Baki RM356 simpan.

Tahun 2
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke3.
Baki RM356 simpan.

Tahun 3
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke4.
Baki RM356 simpan.

Tahun 4
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000.
Gunakan RM10,644 untuk bayaran tahun ke5.
Baki RM356 simpan.

Tahun 5
Dividen 5.5% x 200,000 = RM11,000
Stop selepas 5 tahun. Hasil dividen tahun ke 5 tidak diusik.

Hasil Simpanan

Jumlah Dividen Selepas 5 tahun;
356+356+356+356+11,000 = RM12,424

Selepas 5 tahun, baki hutang anggaran sekitar RM189,754. Jika terminate, bank akan pulangkan prinsipal yang sudah dibayar.

Jumlah Prinsipal;
Nilai sijil - baki hutang (anggaran)
200,000-189,754 = RM10,246

Jumlah simpanan keseluruhan;
12,424 + 10,246 = RM22,670✓

⚠️ Hasil simpanan menjadi hampir 3 kali ganda modal yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau dibiarkan duit RM10,644 tu berkembang cara biasa dengan kadar 5.5% setiap tahun, hasil selepas 5 tahun lebih kurang RM13,911 sahaja. So nak pilih RM22K atau RM13K?

_*Nota: Pengiraan berdasarkan dividen 5.5% dan interest 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza*_

Buatkan teknik ini untuk setiap anak yang sudah cukup umur 18 tahun. Selepas 5 tahun, anak dah ada cash lebih kurang RM22K. Apa yang boleh dimanfaatkan?

1. Boleh buat deposit untuk beli rumah.
2. Boleh buat duit kahwin.
3. Boleh buat modal bisnes.
4. Boleh buat duit pergi umrah satu keluarga.
5. Boleh beli kereta cash, so anak-anak tak perlu berhutang nanti.
6. Boleh beli emas..dan lain-lain lagi...

p/s: Kalau mak/ayah nak ambil balik pun boleh duit tu... terpulang kepada matlamat masing-masing...

Semoga Bermanfaat😊

http://wasap.my/601110090729/asbf

#asbf
#UmairahFazli
#Asbfinancing
#Kewangan
Jom semua sama-sama pasang target untuk capai 1kg.

Kepada yang belum mula, cepat mula sekarang dgn kaedah yang sesuai, paling kurang mula dgn belian minima RM100 dalam akaun emas. Jadikan akaun simpanan emas sebagai tabung jangka panjang.

Tak mula, 5 tahun lagi posisi anda akan masih sama seperti sekarang. Simpanan emas masih kosong. Sangat rugi kerana anda sudah terlepas peluang menabung selama 5 tahun.

Kepada yang sudah mula, yang penting ialah merancang perbelanjaan supaya boleh menabung secara konsisten.

Hanya dengan konsisten, simpanan emas anda akan terkumpul dgn banyak dalam masa 5 tahun akan datang.

Kepada yang ada simpanan jangka panjang dalam bentuk matawang (duit), fikir panjang, kalau anda biarkan saja simpanan dalam bentuk matawang, walaupun jumlahnya banyak, anda rugi kerana nilai simpanan anda sebenarnya menyusut kerana nilai duit menyusut dari tahun ke tahun.

Berbeza dengan emas, nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga 1 kg dalam video ini pada tahun 2018 telah menjadi sejarah. Harga 1kg hari ini akan menjadi sejarah juga 5 tahun akan datang.

Klik link di bawah untuk daftar dan mula sekarang.

https://publicgold.me/mairaumairah

Follow My Tiktok👇
https://vt.tiktok.com/ZS8jdt6Cr/

#umairahfazli #gold4u #emas2u #je24k #simpananemas #tabunganemas #investasiemas #publicgold #publicgoldindonesia
Prestasi harga emas ada naik dan turun dalam jangkamasa pendek. Pergerakan harga emas sangat volatile & harga emas pernah mencatatkan kejatuhan harga melebihi 10% dalam tempoh kurang setahun…

… tetapi bagi penyimpan emas berilmu yang masih dalam proses mengumpul emas sebagai simpanan jangka panjang, prestasi harga emas turun naik dalam jangka pendek adalah satu bonus kerana ada masa emas dapat dibeli pada harga rendah. Ini akan merendahkan purata harga pegangan emas mereka.

Bagaimana pula dengan prestasi duit Ringgit. Sama juga ia ada naik dan ada turun dalam tempoh jangkamasa pendek. Tapi pergerakan duit ringgit tidak se”volatile” seperti pergerakan harga emas…

Banyak fakta yang mempengaruhi prestasi nilai emas dan matawang semasa. Kedua-duanya akan berubah mengikut keadaan dan sentimen pelabur terhadap satu-satu keadaan ekonomi.

Yang penting apa-apa pelaburan sekali pun kita kena berpandangan jauh dan faham untuk kita leverage kedua-dua keadaan ini iaitu prestasi jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang untuk dapat hasil yang lebih menguntungkan di kemudian hari.

Kita boleh lihat Perbezaan yang sangat ketara diantara prestasi harga Emas dan prestasi harga Duit Ringgit dalam jangkamasa panjang.

Dalam jangkamasa panjang:
Harga Emas meningkat naik tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Emas meningkat naik melebihi +133% (+13% purata kenaikan dalam setahun)

Dalam jangkamasa panjang:
🚫 Harga Duit Ringgit jatuh merudum tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Duit Ringgit jatuh teruk melebihi -35% berbanding USD.

Lebih parah lagi bila kuasa beli duit ringgit turut jatuh dalam jangkamasa panjang disebabkan faktor inflasi yang semakin menekan kita.

Dulu … Kita boleh beli 5biji murtabak dengan duit RM5.00

Hari ini … Kita hanya boleh beli 1biji murtabak dengan duit RM5.00 yang sama. Berkemungkinan lebih mahal lagi.

Dalam contoh ini kita hilang sebanyak RM4.00 tanpa sedar‼️

Sebab itu Pakar Kewangan Robert Kiyosaki berpesan “Savers are losers” kepada mereka yang simpan duit yang banyak dalam bank dan dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

Emas adalah medium kewangan yang terbaik untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang sebab:

Harga Emas meningkat naik dalam tempoh jangka masa panjang

Kuasa beli Emas sangat utuh terhadap inflasi. Kita boleh rujuk dengan sirah Rasulullah saw berkenaan harga seekor kambing bersamaan dengan 1Dinar.

Jangan lepas peluang, kini semua orang boleh buat simpanan emas.

Kita boleh mula menabung emas dengan modal serendah RM100 sahaja melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...

Atau boleh guna kaedah Easy Payment Purchase EPP6x atau EPP10x bayar.

Mulakan Menabung Emas Public Gold dengan ilmu dan grablah ketika harga masih rendah hari ini.

Yang baru nak bermula serendah RM100:
https://wasap.my/601111053591/EmasRM100

Sila baca kelebihan simpanan emas di sini:
https://publicgold.me/mairaumairah/kelebihan-emas

Join telegram channel saya
https://t.me/MairaUmairah

Follow Tips Di Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZS8jRBhnK/

#UmairahFazli
#kewangan
#emas
#simpananmasahadapan
Wang Hantaran Dinilai Berdasarkan Taraf Akademik Pengantin Perempuan Punca Lelaki Kahwin Lambat. Wajarkah Perkara Ini Dan Apa Pendapat Anda?
==========================

Perkahwinan itu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam dan ia merupakan sebuah ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Namun ada sesetengah ibu bapa meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi terhadap anak gadis mereka.

Dikaitkan pula dengan taraf pendidikan anak gadis tersebut. Makin tinggi tahap pendidikan, maka tinggi jugalah wang hantaran perkahwinan.

Adakah anda setuju mengenai budaya ini?Sehubungan itu, kongsi pandangan anda berhubung cabaran, dilema dan isu dihadapi kaum lelaki serta penyelesaiannya.

Rasulullah bersabda:
“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kebanyakan alasan yang diberikan untuk menangguhkan perkahwinan adalah kerana faktor permintaan wang hantaran yang terlalu tinggi, khususnya daripada rakyat Malaysia sendiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan wang hantaran?

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, wang hantaran adalah wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan dalam perkahwinan.

Sebelum membincangkan perkara ini, penulis ingin merangkan sedikit mengenai konsep wang hantaran atau mahar dalam Islam.

Mahar: adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: “Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” – (An-Nisa:

Semoga perkongsian nasihat ini supaya dapat dijadikan renungan pembaca. Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Nukilan ini dikongsikan oleh saudari Farisya Yusof di blog beliau.

https://vt.tiktok.com/ZS8jRj4mb/

#UmairahFazli
#Kewangan
Berdoalah kepada ALLAH SWT walau hanya perkara kecil.
============================

WALAU sekecil manapun perkara itu, berdoalah memohon kepada ALLAH SWT kerana Dia tempat kita bergantung harap.

BERDOA amat dianjurkan dalam Islam hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan ALLAH SWT.

Sebagai insan, sudah tentu tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

Ini kerana secara fitrahnya, manusia memang memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain termasuklah ketika menuju ke alam barzakh.

Apabila bercakap mengenai doa, adakah kita boleh berdoa kepada-Nya dan meminta perkara kecil atau remeh-temeh kepada ALLAH SWT seperti diberi peluang makan di restoran yang bagus atau supaya lampu isyarat merah bertukar hijau dengan segera?

Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman:"Dan Tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." (Surah Ghafir, ayat 60)

Ayat itu jelas menunjukkan, ALLAH SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:"Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada ALLAH SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus." (Jami' Tirmizi)

Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis itu menyatakan:"Seluruh khazanah kekayaan milik ALLAH dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh.

"Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya."

Justeru, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang remeh.

Ia bukan setakat dibolehkan, bahkan juga ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat baginda.

Dengan berdoa walaupun hanya sekecil-kecil perkara, ia sebenarnya menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya.

Petikan Daripada Sinar Harian🥰
.
.
Jadi mari berdoa dan memohon kepada Allah walaupon sekecil-kecil perkara yang kita hajatkan. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha penyayang.

Kongsikan Dan Simpan Post ni jika bermanfaat😊
https://vt.tiktok.com/ZS8jjBk2b/

Tips Kewangan/Emas/Hartanah👇
https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#UmairahFazli
#doayangbaikbaik
#DOA
Dalam tempoh 8 bulan, beli 3 buah rumah..

Ada orang tanya untung ke beli rumah? Rumah kan mahal. Baik menyewa.Komuniti Kami pula fikir sebaliknya.

Kawan-Kawan,

Rumah ini aset.Selain beli & boleh dapat cash out, banyak lagi manfaat lain kita boleh dapat.

Keluarkan nama dari bankrupsi.

Beli Rumah - Dapat kereta free.

Cipta dana persaraan teknik OPM.

Modal Settle masalah blacklist.

Dapat bantu saudara yang bergaji rendah untuk beli rumah.

Sebagai "Booster" langsai hutang lebih cepat.

Teknik peredam komitmen dan banyak lagi manfaat lain.

Ini sebahagian kisah dalam Komuniti Team Pelabur Genius yang telah kami bantu.Beli rumah bukan sekadar untuk tinggal sendiri. Ada manfaat lain yang boleh kita nikmati.

Jom! Syoknya Beli Rumah.

https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#UmairahFazli
#TeamPelaburGenius
#BijakWang
Harini gaji!!

Manfaatkan penat lelah 30 hari berkerja dengan simpanan emas!

Jika terlepas, kita perlu tunggu bulan hadapan.

Jika bulan hadapan terlepas juga, maka akan berpindah lagi ke bulan-bulan berikutnya.

Akhirnya tak mula-mula, atau jika dah mula pun, simpanan anda tak bertambah, mungkin masih lagi belian RM100 dulu atau masih lagi 1g?

Pada awal tahun baru 2023, buat perancangan perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur. Sekiranya kita tak mula kita akan terlepas peluang bulan ke bulan, tahun ke tahun, kita tiada cara simpanan yang boleh mengembangkan nilai duit kita.

Terbaik, pakar kewangan mengesyorkan kita asingkan 10% sebahagian sahaja dari gaji untuk masa depan.

Sebagai contoh, Gaji RM 2,000 x 10% = RM 200 untuk emas.

Jika tak mampu, jangan lepas peluang juga dengan kaedah beli dan kumpul dalam akaun emas GAP serendah RM100. Hari ini RM100 dapat 0.3484g, walaupun kecil, yang penting bila konsisten simpanan akan bertambah.

Jangan terlepas peluang alihkan sedikit dari gaji anda kepada emas untuk simpanan jangka panjang anda.

Yang penting, MULA ok 👌 yang dah mula saya sarankan anda plan untuk membolehkan anda konsisten menyimpan supaya simpanan emas anda bertambah berterusan dan yang penting anda tidak terlepas peluang agihkan sedikit duit gaji untuk simpanan masa depan.

Got it ? 👌

https://publicgold.me/mairaumairah

#mairaumairah
#UmairahFazli
#emas
[Alert Harga] Harga emas GAP hari ini sama seperti semalam.

Harga hari ini (26 Jan 2023)

RM 100 = 0.3497 gram
RM 286 = 1.0000 gram

Statistik 2023
Tertinggi: RM291 (15/01)
Terendah: RM278 (06/01)

Sila lihat poster untuk harga silver dan harga emas di Indonesia.

Untuk makluman semua, harga emas Public Gold di update mengikut harga emas dunia. Walau bagaimana pun ia juga bergantung kepada turun naik nilai matawang sesebuah negara.

Teruskan konsisten menyimpan dan leverage harga naik turun jangka pendek untuk mengumpul simpanan aset emas anda.

Berpandangan jauh untuk kita leverage potensi perkembangan emas jangka panjang.

Kenapa ini penting? Bila kita berpandangan jauh kita faham kenapa perlu konsisten menyimpan emas, iaitu supaya bila harga dah tinggi di masa akan datang simpanan emas dah banyak.

Mestilah berbeza jika dibandingkan, sebagai contoh, yang ada simpanan 100g dengan yang hanya ada 50g bila harga emas dah cecah sekurang2nya RM400/g.

Harga emas tahap ini tidak mustahil untuk 5 tahun akan datang, jika kita guna peratus kenaikan 5 tahun lepas iaitu sebanyak 50% (Tahun 2018: RM184/g, dan harga emas hari ini RM286/g. Peratus kenaikan konservatif, 50%)

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.

Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Kepada yang belum bermula, jangan tunggu lagi, klik butang daftar percuma/gratis untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Malaysia

https://publicgold.me/mairaumairah

Indonesia

https://publicgold.me/mairaumairah/indonesia

#umairahfazli #simpananemas
#emas2u #JE24K #AmazingJE24K
#tabunganemas #simpananemas #investasiemas
Bagaimana EMAS membantu anda dalam menyimpan?

Emas adalah aset yang sesuai untuk dijadikan “Forgotten Saving” yakni simpanan yang dilupakan. Caranya mudah, simpan dan lupakan. 👍🏼

Nasihat pakar kewangan, Tuan Azizi Ali,

“Orang yang tidak menyimpan, tidak akan kaya”

Ramai daripada kita susah untuk menyimpan duit setiap bulan sebab tiada disiplin dalam menyimpan. Pantang nampak duit dalam poket, mesti nak berbelanja. Belum hujung bulan, duit simpanan hilang tak dapat dikesan. Di sini lah emas memainkan peranan yang penting sebagai simpanan yang dilupakan supaya tidak terguna dalam berbelanja.

Cara paling mudah, mulakan simpanan dalam akaun GAP 1g 1 bulan. Beli, simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Hujung tahun, dalam akaun dah ada 12g emas. Inilah duit simpanan kita bulan-bulan sebenarnya. Selamat daripada dibelanjakan kepada perkara yang tak penting. 😁👍🏼

“Aku boleh simpan duit setiap bulan, buat apa beli emas” 🤔

Tahniah jika anda konsisten boleh menyimpan duit. Bezanya, dalam jangka masa panjang, nilai emas meningkat manakala nilai matawang kertas yang kita gunakan semakin merosot akibat inflasi yang berlaku. 😄

Sebagai contoh kita ada simpanan RM10,000. Dalam masa 10 tahun, walaupun angka duit masih sama RM10,000 tetapi nilainya telah merosot dan kuasa beliannya menurun. 🤔

Berbeza dengan emas yang nilainya sentiasa kukuh dan bernilai kerana nilai emas bergantung kepada ketulenan dan beratnya manakala duit kertas pula hanyalah kertas yang dipaksa menjadi bernilai oleh kerajaan yang memerintah. 😱

Harga emas jatuh ➡️ ia tetap emas dan bernilai 😁
Nilai matawang jatuh ➡️ ia hanyalah kertas 😱

Haaa, gitu...faham?
Kepada yang belum bermula, jangan tunggu lagi, klik butang daftar percuma/gratis untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

Malaysia

https://publicgold.me/mairaumairah

Indonesia

https://publicgold.me/mairaumairah/indonesia

#umairahfazli #simpananemas
#emas2u #JE24K #AmazingJE24K
#tabunganemas #simpananemas #investasiemas
https://vt.tiktok.com/ZS8XbbenF/

Tips Motivasi untuk menabung..

ASBF merupakan satu "tool" tabungan untuk mendisiplinkan diri bagi anda yang selalu alami kebocoran kewangan.

Gaji selalu habis entah kemana hidup tanpa 6 bulan simpanan anda patut mula menyimpan sekarang

#share
#UmairahFazli
INFO BERKAITAN SPREAD EMAS PUBLIC GOLD:

1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (SELL) dengan harga jualan (BUY).

2. Peratusan SPREAD yang terendah adalah yang TERBAIK (biasanya peratusan bawah daripada 10%).

3. Formula SPREAD = Harga SELL - Harga BUY.

4. Formula % SPREAD = Jumlah SPREAD / Harga SELL) x 100.

5. Kenapa SPREAD penting?

Kerana ia bertindak mengawal untung dan rugi kita jika kita berurusniaga dengan syarikat yang menjual emas! Tak semua org mampu jual sendiri.

So dalam hal ini, SPREAD amat membantu. BELI-SIMPAN-JUAL BALIK.

SIMPAN EMAS SEKARANG .... MUDAH MURAH PATUH SYARIAH 

#simpananemas
#UmairahFazli
#mairaumairah
#AmazingJE24K