Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Salam mommies.
Petang ni mummy buat mini coklat kek untuk Aidan Fayyadh. Menu simple petang ni, sebab Aidan nak pergi jenjalan ๐Ÿšถ

KEK COKLAT LELEH
=================

1 cawan tepung gandum
1 sk Baking Powder
2 sb Serbuk koko
ยฝ cawan Air Panas
ยฝ cawan fullcream
1 sk esen vanila
ยฝ cawan minyak masak
3 sb madu & Puree Kurma

๐ŸŽ‚ Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko dan baking powder.
๐ŸŽ‚ Gaulkan semua bahan hingga sebati. Boleh guna mixer @ blender.
๐ŸŽ‚ Masukkan dalam bekas acuan.
๐ŸŽ‚ Panaskan pengukus dan kukus hingga masak.

Topping :
๐Ÿซ Cairkan cream cheese bersama susu.
๐Ÿซ Tuang diatas kek yang sudah siap dikukus.

#AidanFoodJourney #16months #kekcoklatmesraanak
Menu pencuci mulut Aidan petang ni mummy buat agar agar buah.
Simple, warna yang menarik dan yang penting rasa manis dari buah buah.

AGAR AGAR BUAH
================

Agar agar tali
Air
Buah Strawberry
Buah Naga
Susu fullcream

๐Ÿฎ Blendkan buah naga & strawberry (tanpa air).
๐Ÿฎ Didihkan air, masukkan agar agar tali, masak hingga agar agar larut.
๐Ÿฎ Tapis dan bahagikan kepada dua bekas. Campurkan 1 bekas bersama susu dan 1 bekas bersama buah yang diblend.
๐Ÿฎ Sejukkan sebentar agar agar yang dah dicampur dengan susu.
๐Ÿฎ Kemudian masukkan baki agar agar buah tadi semasa agar agar susu separa mengeras. Sejukkan dalam peti semula.

#AidansFoodJourney #16months
Menu lunch harini, kari daging. Tak tumis harini, semua campak campak je apa yang ada. Simple but tasty!

DAGING MASAK KARI
==================
๐Ÿ–Rebus daging hingga lembut.
๐Ÿ– Kemudian masukkn ubi kentang
๐Ÿ– Bila ubi kentang dah empuk masukkan serbuk kari, bebawang, daun kari, kalau kuah agak sedikit dan pekat masukkan air panas.
๐Ÿ– Masukkan santan. Dah mendidih tutup api. Siap!

#AidansFoodJourney #16months
*RESEPI MENGGUNAKAN BUAH NAGA*

1) *Resepi Bubur Sum Sum Buah Naga tanpa guna santan*

2 kotak kecik susu full cream
4 sdb tepung beras
Buah naga (ikut la nak buh banyak mana pun)
*Masakkan susu n tepung beras. Dah masak, buh la dalam bekas. Buah naga tu potong sikit beda hiasan atas dia. Yg lain buat puri n tuang ja dalam bekas yg letak bubur sum sum tu. Buh dalam peti sejuk. Makan sejukยฒ sedap kot.
**kalo tak nak tepung tu berketulยฒ, buh tepung tu dlam susu dulu n kacau rata. Lepas tu baru masak atas api guna api kecik ja. Ok...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
.
#NurQaisaraAlisha
#10month

2) *Dragon Fruit Milk Shake*

Bahan-bahan
1. Dragon fruit
2. Fresh milk

Cara-cara
1. Campur semua bahan dalam blender & blender lah ia sampai sebati
2. Siappp ๐Ÿ˜‹

Sukatan sesuka hati sesedap rasa

* Selain dragon fruit, buah2 lain pun bole buat milk shake. Contohnye mangga, pisang, strawberry, blueberry, etc. Ummi suka guna dragon fruit sebab ummi suka color purple ๐Ÿ˜ Ok bye! ๐Ÿ˜‚

Credit : UMMI FIRASH ๐Ÿ˜˜

3) *Mashed Potato With Overload Sauce*

1. Lenyek/blend naga
2. Rebus kentang & lenyek
3. Tuang naga tadi di atas kentang & siap untuk dihidang !

#1y
#alfatehfoodjourney

4) *Bread with Dragon Fruit*

1. Lenyek/blend buah naga
2. Carikkan roti
3. Tuang naga & siap untuk dihidang !

#1y2m
#alfatehfoodjourney

5) *Baby Cookies*

๐Ÿช dragon fruit
๐Ÿช 5biji kurma (nak manis lebihkan)
๐Ÿช 250g unsalted butter
๐Ÿช 2 1/4 cup unbleached flour
๐Ÿช 2 1/4cup tepung jagung
๐Ÿช 3/4 cup puri naga + kurma

โ™จ๏ธ panaskan oven suhu 180c selama 10min

1. Blend kurma & naga.m
2. Pukul butter sehingga kembang. Nampak putih/kuning cerah dah kembang
3. Masukkan pula puri & pukul sebati bersama butter
4. Masukkan tepung gandum & jagung. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kalau terlembik tambah sedikit saja tepung gandum
5. Bentukkan mengikut citarasa. Bakar pada suhu 180c selama 20min api atas bawah atau mengikut kesesuaian oven masing2

* untuk kali pertama bakar sedikit dahulu untuk dapat suhu & masa yang sesuai dengan oven masing2
* sukat menggunakan measuring cup

#1y1m
#alfatehfoodjourney

6) *Yogurt Bark*

Musim panas ni sedapnya lahai kunyah-kunyah mende alah ni ๐Ÿ˜‹.

1. Buah pilihan + natural yogurt + sedikit air (xnak bagi masam)

2. Sapu nipis yogurt ke dalam pinggan

4. Tabur buah yang dipotong dadu. Kemudian sejuk bekukan 4/5jam

5. Patah-patahkan & makan dengan slurpnya ๐Ÿ˜‹.

#10months
#alfatehfoodjourney

7) *Agar Agar Buah*

Agar agar tali
Air
Buah Strawberry
Buah Naga
Susu fullcream

๐Ÿฎ Blendkan buah naga & strawberry (tanpa air).
๐Ÿฎ Didihkan air, masukkan agar agar tali, masak hingga agar agar larut.
๐Ÿฎ Tapis dan bahagikan kepada dua bekas. Campurkan 1 bekas bersama susu dan 1 bekas bersama buah yang diblend.
๐Ÿฎ Sejukkan agar agar yang dah dicampur dengan susu sebentar.
๐Ÿฎ Kemudian masukkan baki agar agar buah tadi semasa agar agar susu separa mengeras. Sejukkan dalam peti semula.

#AidansFoodJourney #16months

8) *Donut Dragon Fruit*

1. Gaul yis, tepung unbleach dengan unsalted butter sehingga menjadi seperti serbuk roti
2. Campurkan dragon fruit yang sudah dilenyek
3. Campurkan bancuhan susu formula.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.
5. Terap dengan acuan.
6. Tunggu sehingga kembang.
7. Goreng dalam minyak.
8. Salut bersama tepung formula.
9. Siap !

9) *Sagu Buah Naga*

Simple dessert untuk Aidan Fayyadh harini ๐Ÿจ Guna 3 bahan saja. Simple!

โ€ข Sagu
โ€ข Fresh Milk
โ€ข Buah Naga (boleh tukar buah lain)

๐Ÿจ Rebus sagu hingga kembang.
๐Ÿจ Lenyekkan buah naga.
๐Ÿจ Masuk sagu dalam bekas, masuk buah naga akhir sekali tuangkan fresh milk.
๐Ÿจ Siap! Simple kan?

#AidansFoodJourney #14months #teatime #dessertforbaby

10) *Icecream Dragon Fruit*

โ€ข Blendkan buah naga lepas tu tambahkan susu atau yogurt dan buah naga dipotong dadu. Masuk dalam bekas acuan. Sejukkan. ๐Ÿ˜‰

#AidansFoodJourney

11) *Pancakes Tower*

Bahan :
โ€ข Puree Beetroot
โ€ข Dragon Fruit (dilecek)
โ€ข Tepung Gandum (10 sudu)
โ€ข Susu Fm 2 oz

๐Ÿฅž Masukkan 5 sudu besar tepung gandum gaul bersama puree beetroot dan 1 oz susu fm. Buat bancuhan yang sama untuk flavour buah naga.
๐Ÿฅž Pana
1) *NASI DAGING UTARA*

UNTUK NASI
๐Ÿšberas (jika guna basmathi, rendamkan dahulu setengah jam)
๐Ÿšbebawangs (dimayang)
๐Ÿšhalia (dimayang)
๐Ÿšcbs
๐Ÿšunsalted butter
๐Ÿšserbuk kurma
๐Ÿšserbuk kari daging
๐Ÿš4 sekawan
๐Ÿšsantan fresh
๐Ÿšair rebusan daging
๐Ÿšdaging rebus

tumiskan 4 sekawan dgn menggunakan ub hingga naik bau. kemudian masukkan bebawangs dan halia dan kacauยฒ hingga kekuningan. satukan serbuk kurma dan kari daging utk jadikan pes. barulah dituangkan ke dlm periuk. kacau utk elakkan hangus hingga pecah minyak.
kemudian masukkan beras dan daging. kacauยฒ lagi. masukkan air rebusan daging dan juga santan ikut sukatan beras spt masak nasi biasa. masukkan cbs dan masak nasi spt biasa. (utk lebih kefahaman, boleh refer pd gambar yg disertakan).

UNTUK SUP KOSONG
๐Ÿฅฃbawang putih (dimayang halus)
๐Ÿฅฃcbs
๐Ÿฅฃdaun bawang
๐Ÿฅฃbawang goreng
๐Ÿฅฃair secukupnya

tumiskan bawang putih hingga kekuningan. masukkan air juga cbs. reneh dgn api sederhana.
apabila siap, taburkan daun bawang juga bawang goreng.

UNTUK BAWANG GORENG
๐ŸŒฐbawang merah
๐ŸŒฐbawang putih
๐ŸŒฐtepung gandum unbleached
๐ŸŒฐminyak utk menggoreng

kupas dan potongยฒ bebawangs. jika kelihatan berair slps dicuci tadi, lapkan dgn tisu hingga kering. jika tak, bawang goreng akan lembap dan kurang rangup.
siap dipotong, taburkan sedikit tepung dan masukkan dlm kuali utk digoreng.
jangan kerap dibalik-balikkan. dua kali shj sudah memadai.
goreng hingga nampak kekuningan.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

2) *DAGING MASAK KARI*

๐Ÿ–Rebus daging hingga lembut.
๐Ÿ– Kemudian masukkn ubi kentang
๐Ÿ– Bila ubi kentang dah empuk masukkan serbuk kari, bebawang, daun kari, kalau kuah agak sedikit dan pekat masukkan air panas.
๐Ÿ– Masukkan santan. Dah mendidih tutup api. Siap!

#AidansFoodJourney #16months

3) *BUBUR NASI + SUP DAGING KURMA MERAH*

Tumis 2 ulas bawang putih, masukkan carrot,kentang,hirisan daging (potong dadu kecil2).. masukkan air.. dah mendidih, agak2 daging empuk, masukkan kurma merah & sayur sawi (sayur jgn masak lama2 nnt nutrient hilang)๐Ÿ˜Š

Bahan2 yg sudah dimasak, blend dgn bubur nasi.. siap!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Menu untuk baby, tapi si abang yg umur 2y lebih tu pun sibuk makan jugak๐Ÿ˜„

#7m11d
#2y4m18d

4) *DAGING BLACKPAPER*

~Rebus daging sampai empuk, then racik halus.
~tumis bawang putih bawang merah, black pepper sampai wangi & black pepper masak. Masuk daging dengan sikit air. Biar menggelegak. Tuang bancuhan tepung jagung untuk bagi likat. Siap !
P/s: saya suka letak sayur sekali.
Sedap sangat sampai ibu masak lagi sekali untuk ibu makan pulak ๐Ÿคค

#10bulan

5) *BUBUR LAMBUK VERSI BABY*

Bwg merah *ditumbuk
Bwg putih *ditumbuk
Halia *ditumbuk
Daging *dipotong kecil
Beras sumo
Rempah sup
Rempah kurma
Btg saderi
Sawi
Carrot
Santan
Air

Tumis bebwg dgn minyak masak. Masukkn air & daging,beras & carrot.. Biarkn dlm 10min. Masukkn rempah sup & rempah kurma biarkn sampai daging & beras menjd empuk & menjd bubur. Masukkn btg saderi, sawi & akhir santan. Hiaskn dgn daun sop.
* santan rempah utk baby 8 bln keatas

6) *SUP DAGING KENTANG*

Bahan-bahan:
-bebawangs (ditumbuk)
- halia (ditumbuk)
-kentang
- carrot
- 4 sekawan
-daging (rebus dlu smpai empuk dgn hirisan halia n bawang putih pastu air lebihan simpan utk sup)

Cara-cara :
Tumis bebawangs,halia n 4 sekawan smpai naik bau, masukkan kentang masak sekejap then masuk daging rebus tdi. Pahtu tuang air rebusan tadi masukkan carrot n biarkan dia mereneh n masak sekejap. Siap! ๐Ÿ˜Š

7) *SPAGHETTI BOLOGNESE*

๐Ÿ… Spaghetti
๐Ÿ… 3 cubes tomato paste
๐Ÿ… Bawang holland
๐Ÿ… Daging cincang
๐Ÿ… Tomato cherry
๐Ÿ… Brocoli steam
๐Ÿ… Blackpepper
๐Ÿ… Mixed herbs

๐Ÿฝ๏ธ Rebus daging sampai empuk, air daging jangan dibuang. Kemudian, daging dicincang halus

๐Ÿ Rebus spaghetti sampai masak, kembang
๐Ÿ Dalam periuk lain tumis bawang holland, dah layu masukkan daging cincang dan kacau
๐Ÿ Kemudian masukkan tomato paste dan sedikit air rebusan daging tadi
๐Ÿ Masukkan cherry tomato dan kacau sehingga masak dan letakkan secubit blackpepper
๐Ÿ Waktu nak makan, tabur mixed herbs dan brocoli atas spaghetti.

8) *RENDANG DAGING VERSI BABY๐ŸŒธ*

Bahan-bahan :
๐Ÿ”น1