Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Morning mommies πŸ˜€
Baby mommies dah sarapan?
Belum sempat sediakan lagi? Takde masalah. Multigrain cereal fawwaz kan ada. Boleh makan macam tu je..buat snek boleh. Food finger boleh. Tambah susu atau air suam..kacau2 buat bubur pun boleh.

Untuk breakfast atau lunch. Bila2 masa pun boleh tau. Sebab apa? Sebab multigrain ni ada beras. InsyaAllah boleh mengenyangkan baby πŸ˜„
Nak lagi sedap..boleh tambah snek fruit fawwaz.
Nak tahu lebih lanjut produk babyfood #fawwaz? Boleh pm admin 😊
Anak sy tolak nasi sejak dia demam. Sy cuba resepi ni, Alhamdulillah berselera dia makan. Sy share sini ye.

Resepi Cucur Nasi
Nasi
Tepung gandum
Carrot
Serbuk bilis (homemade)

1. Sy blend dulu nasi + air smpai dapat betul2 halus
2. Campur carrot + bilis
3. Masukan tepung gandum (unbleached) perlahan2 smpai adunan macam cucur
4. Lepas tu goreng guna minyak baru. Siap...! Jangan lupa toskan dulu minyak.

Cucur nasi memang lembut je kat dalam, boleh pelbagaikan rasa. Letak bayam, puree, ayam, labu dll.

#7bulan
ANAK DEMAM

Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.

Demam yang sedikit atau low grade fever tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5Β°C hingga 37.9Β°C.

Demam tinggi atau high grade fever pula ialah bacaan suhu badan 38Β°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga suhu 41Β°C.

Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.

Caranya:

βœ… Guna air suhu bilik sahaja.

βœ… Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.

βœ… Lap guna kain tu pada kawasan tangan, kaki, badan, kepala termasuk leher dan ketiak sampai kita rasa badan anak makin kurang panas.

βœ… Kain tu jangan diletak begitu saja pada kepala atau badan anak. Nanti haba tu terperangkap dalam badan anak.

βœ… Cara yang betul ialah jelum dan angkat kain tu. Biarkan air tu kering atas kulit badan anak. Buat berkali-kali.

βœ… Kalau guna air sejuk, suhu luaran anak memang boleh turun. Tapi ia tak kurangkan β€œcore body temperature” (suhu dalaman).

βœ… Disebabkan perubahan suhu luaran badan, otak mula hantar signal ke otot. Budak tu akan mula menggigil, dan ini akan hasilkan lagi banyak haba.

βœ… Suhu badan anak yang jadi melambung tinggi, boleh pula menyebabkan sawan.

Cara ni taklah 100% sembuhkan demam anak.

Ni sekadar 1 cara untuk buat anak kita jadi lagi selesa sementara tunggu dos ubat demam yang seterusnya.

Kredit Dr Redza
Reposted from @babyfood_ibuhaura LEMPENG PISANG CHEESE
.
Haura breakfast lempeng je harini πŸ˜ƒ.. Semua haura habiskan, ibu sempatla cubit sikit nak rasa.. Even rupe lempeng tu x comel mane tp rase dia best sangat πŸ‘
Rasa lemak dan manis dari pisang, susu n cheese..
.
Bahan - bahan:
πŸ”Έpisang lenyek
πŸ”Έtepung gandum
πŸ”Έtelur
πŸ”Έunsalted butter
πŸ”Έcinnamon
πŸ”Έserbuk cheese fawwaz πŸ’›
.
Angkat je lempeng tu terus tabur cheese, so cheese akan cair..
.
Kat mane boleh dapatkan serbuk cheese fawwaz?
Boleh pm admin untuk order 😁
.
#babyfoodterengganu
#fawwazbabyfood
#babyfood
#babyfoodmalaysia
#makananbayi
#buburbayisegera
#serbukayam
#serbukbilis
#serbuksayur
#babypuree
#biskutbayi
#instantwhiterice
#instantbrownrice
#codkerteh
#codsegamat
#organicbabynoodle
#meesayur
#meebayi
#snekbayi
#instantbabyfood
#healthybabyfood
#babyporridge
#organicbabyfood
#serbukperasabayi
#babyfoodideas
#travelfoodforbaby
#terengganu
Pagi-pagi saya sudah kena tag salah seorang rakan, minta beri penjelasan kisah di pintu Info Ibu Hamil😊

SOALAN IBU:

Umur anak (dalam photo) adalah 1 tahun 11 bulan. Ibu pernah bawa anak periksa gigi di Klinik Desa 5 bulan lepas. Doktor kata tidak perlu sapuan Florida dulu. Tetapi gigi anaknya seperti ini sekarang.

JAWAPAN:

1. Inilah hasil karies gigi susu. Pastikan ibubapa gosok gigi anak bersama-sama.

2. Saya memberi cadangan rawatan ini sekiranya anak ini sihat (tiada sebarang masalah penyakit perubatan contoh masalah jantung).

3. Maka sekiranya pesakit kanak-kanak itu duduk sopan patuh arahan doktor, ala-ala PUTERI SANTUBONG maka boleh ditampal gigi tersebut.

4. Tetapi sekiranya pesakit kanak-kanak ala-ala KAPTEN MARVEL tak bekerjasama, maka jangan bercita-cita berjaya ditampal. Haaa sudahnya huru hara dental chair, barang-barang kami berterabur haha.

CEGAH KARIES GIGI SUSU..lagi dan lagi ini tips ya.

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida
β€’ Secalit nipis umur kurang 2 tahun
β€’ Sebesar saiz kacang β€˜pea’ 2-5 tahun,
β€’ 2 minit x 2 kali sehari

3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

5. Elakkan gula ke dalam botol susu.

6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.

7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.

8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.

9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.

10. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.

Tips lagi click link dibawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2268995326753544&id=100009292952153

Semoga bermanfaat. 🌹😊

Azila Dentist
Klinik Pergigian Azila Bangi
#AathifsFoodJourney
[TEATIME]
.
πŸ‘‰ Kuih Keria
πŸ‘‰ Ciku King
.
πŸ₯― Kuih Keria
.
Bahan Bahan :
πŸ‘‰ 1 Biji Sweet Potato
πŸ‘‰ 2 Biji Kurma
.
Cara Cara :
πŸ‘‰ Steamkan sweet potato hingga empuk bersama kurma.
πŸ‘‰ Dah empuk lenyekkan bersama kurma.
πŸ‘‰ Bentukkan dan goreng hingga kekuningan
.
.
Macam biasa buah tak pernah Aathif tak habiskan. Kuih keria separuh tak habis. Baki masuk perut mummy πŸ˜‚
.
.
#AathifsBLWJourney #blwbaby #7months #blw7months #blwideas #blwmeals #babyleadweaning #7m11d #babyfoods #breakfast #babyleadweaning7bulan #blwteatime #blw7bulan #babyleadweaningideas #happytummy #blwteatime #babyleadweaningrecipes #blwmenu #babyleadweaningmeals #happytummy #babyfriednoodles #gengmemasakuntukanak #happybabyfoodmalaysia #blwteatimeideas
*BABY ASYIK NANGIS JE SETIAP KALI NAK BERAK ATAU KENTUT, kenapa doktor?*

Jangan risau, ni adalah normal sahaja😊

Normal jika tangisnya cuma sekejap dan tidak berlebihan sangat. Sekejap tu tidaklah lebih 10 minit. Dan tangisannya juga adalah yang tangisan biasa.

Tidak normal jika menangis lama sangat sampai lebih setengah jam atau lebih dan tangisannya terlampau kuat sehingga tak boleh dipujuk atau ada diiringi simptom lain juga seperti demam, muntah yada yada yada.

Kenapa jadi macam ni doktor?

Kena faham yang bayi ni baru sangat hidup di dunia. Jadi mereka masih dalam proses adaptasi dengan perubahan proses dalam badan mereka.

Nak berak atau kentut ni akan menggunakan otot dan tenaga lebih sikit. Otot di bahagian atas abdomen akan mengalami sedikit kontraksi manakala otot di bahagian rektum mengalami relaksasi. Dengan itu, akan terkeluarlah tahi atau angin.

Kiranya memerlukan tenaga juga.

Ada bayi yang ok je.
Ada bayi yang sampai merah padam muka.
Ada bayi yang akan ternangis, tengok tengok rupanya nak berak/kentut.

Lain bayi, lainlah ragamnya.
Manusia, kan?πŸ˜‰

InshaAllah dalam 2-3 bulan nanti oklah depa.
Masa tu depa dah adaptasi elok dah dengan perubahan dalam badan depa.

Alaaa macam awal awal lahir la, depa tak nampak secara jelas lagi. Dah sebulan dua, baru nampak warna warna terang. Chill je ok. Semua ni adalah fisiologi badan yang normal untuk bayi yang baru lahir.

Yang penting adalah, bayi bawah dari 6 bulan tak boleh diberikan apa apa selain susu badan atau susu formula sahaja ok😘

Be happy, be healthy🌻

Dr. Erna Nadia
Seronok tengok memek muka Ali, macam macam gaya❀️
Pernah satu hari masa Maryam Nafisah, si kecil saya yang umur 3 tahun tu tengah duk seronok main ngan kakak dia kat tingkat atas, tiba-tiba kami dengar bunyi benda terhempas yang sangat kuat. Bumm!!

Sunyi sepi seketika. Selang beberapa saat lepas tu si Maryam mula menangis. Nyaring benar tangisannya. Tak macam selalu.

Terus saya rasa tak sedap hati lalu berlari naik ke atas.

Rupa-rupanya anak saya tu terjatuh dari kerusi dan bahagian kanan kepalanya meluncur cecah lantai dulu masa dia cuba panjat nak ambil sesuatu kat rak buku. Patutlah bukan main kuat lagi bunyi berdentum tadi.

Jantung saya masa tu jangan cakaplah, memang berdebar kencang sebenarnya sebab saya tahu kecederaan yang melibatkan kepala ni memang tak boleh buat main-main.

Mulalah terbayangkan kes terhentak kepala sampai tempurung kepalanya retak yang pernah kami jumpa sebelum ni. Kecut perut betul bila teringatkan benda macam tu.

Walaupun luarannya tak adalah nampak kesan luka atau bengkak yang teruk, tapi saya tak nampak apa kesan hentakan tadi kat dalam kepala si Maryam tu.

Jadi nak tak nak saya kena perhatikan dia betul-betul sepanjang hari tu sama sebijik macam saya pantau patient saya dekat hospital sana.

Bukan apa, kalau anak kita kepalanya terhantuk lepas tu tiba-tiba ada tanda bahaya, memang kena bawak ke hospital terus lah jawabnya.

πŸ‘‰ Ada muntah-muntah berterusan

πŸ‘‰ Sawan

πŸ‘‰ Pengsan

πŸ‘‰ Atau pun budak tu jadi mengantuk yang teramat sangat sampai hampir tak sedarkan diri

πŸ‘‰ Kat kepala tu ada benjolan yang terlampau besar

πŸ‘‰ Ada luka yang dalam siap dengan berdarah meleleh-leleh

πŸ‘‰ Mana-mana bahagian anggota badan si kecil tu jadi lemah

πŸ‘‰ Ada cairan atau pun darah keluar daripada hidung atau telinga anak

πŸ‘‰ Dia mengadu sakit kepala yang dasyat

πŸ‘‰ Mata jadi kabur, nampak tak nampak je

Itu semua tanda KEMUNGKINAN BESAR kecederaan otak dah berlaku kat anak kita.

Kadang tu benda ni berlaku cepat. Tapi ada jugak kes pendarahan otak (intracranial bleed) yang terjadi secara perlahan-lahan dan tanda-tanda bahaya tu muncul lebih lambat.

Sebab tu tempoh 24 jam lepas anak kita terjatuh tu adalah tempoh yang sangat kritikal untuk kita pantau.

Jika anak kita tu kekal aktif dan tak ada tanda bahaya yang saya beritahu tu, insyaAllah selalunya tiada kecederaan serius.

Saya tuliskan balik cerita ni bukan apa, saya rasa semua mak ayah WAJIB kena ada ilmu penting ni supaya nanti tahu apa nak buat kalau anak terjatuh dan kepala dia terhantuk.

Bantu saya untuk #beritahu info yang sangat penting ni pada pasangan dan ahli keluarga masing-masing ye.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Kalau nak belajar lagi ilmu penting tentang kesihatan anak kecil kita, jemputlah follow FB ni dan set β€˜See First’ siap-siap ye.

#notaDrALB
Brown rice plain fawwaz diperbuat daripada πŸ’―% bubur perang semulajadi tanpa campuran apa2 bahan.

Digemari ramai bayi dan apa yang paling best brown rice mudah hadam dan membantu melancarkan pembuangan najis bayi dari sembelit.

πŸ’•Cara penggunaan:πŸ’•
- Ambil satu sudu brown rice dan masukkan dalam bekas
- Tambahkan air panas dan kacau
- Kepekatan brown rice mengikut perkembangan bayi
- Sedia untuk dihidang

Ada 4 Pilihan Brown Rice
1.Brown rice plain
(100% hanya beras perang tidak dicampur dengan apa2 bahan lain)

2.Brown rice complete chicken cheese
(beras perang, ayam,keju, carrot dan jagung)

3.Brown rice balance Meat kurma
(beras perang, daging, carrot, jagung kurma)

4.Brown rice sweety fruit
(Beras perang, serbuk pisang, serbuk mangga dan serbuk kurma)

Makanan baby untuk baby 6 bulan ke atas
100% bahan digunakan bahan semula jadi
πŸ™…Tiada bahan tambahan
πŸ™…Tiada gula
πŸ™…Tiada msg
πŸ™…Tiada bahan perwarna

πŸ₯°Mesra travel
πŸ₯°Hanya tambah air panas sahaja
πŸ₯°Senang di bawa ke taska

Boleh pm admin untuk pertanyaan 😊
apa nak buat bila baby sembelit berak keras (refer bristol stool chart kat sebelah)

ini antara tips yang saya bagi mengikut pengalaman dan pembacaan saya.
.
.
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
6-7 bulan
beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving)
buah naga, avocado, betik,plum
elak buah buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit)
> epal, pisang,
beri makanan berasaskan
>timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit)
>elak beras . kalau dah start makan bubur nasi :guna baby mix porridge millet quinoa
> elak /delay karot dan kentang
>elak sayuran hijau cth bayam , brokoli. delay lagi 1-2 bulan. > wajib letak 1-2 sudu oil & fat cthnya ghee, olive oil, virgin coconut oil
> elak/ delay ayam, daging, ikan untuk 1 bulan lagi
> dapatkan protein dari sumber millet, quinoa, bean. kalau guna green peas cukup 5- 10 biji sahaja.
> beri air kosong 1-3 oz semasa makan (sebelum selepas)
#tipsmamadayyan
Lama tak share resepi kan? InsyaAllah today Fify akan share beberapa jenis paste yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
.
1) Paste Berasaskan Tomato

Paste ini bertujuan untuk:
1. Menambahkan rasa dalam makanan bayi.

2. Sebagai bahan tumis.

3. Sebagai alternatif untuk bayi atau kanak-kanak yang susah nak makan sayur. Ini merupakan cara tersembunui tanpa berperang. Namun begitu, seiring dengan usia, cuba untuk perkenalkan sayur dalam rupa yang sebenar kepada anak-anak kita ya.

2) Paste Tomato + Capsicums

Bahan-bahan:
1. Tomato 2 biji
2. Capsicums atau lada benggala (1 kelopak)
3. 1/2 Bawang holland

Cara-cara penyediaan:
Kisar semua. Simpan beku.

3) Paste Tomato + Capsicums + Carrots

Bahan-bahan:
1. Tomato 2 biji
2. Capsicums atau lada benggala (1 kelopak)
3. 1/2 Bawang holland
4. Lobak merah sebatang

Cara-cara penyediaan:
Kisar semua. Simpan beku.

4) Paste Tomato + Capsicums + Carrots + Broccoli

Bahan-bahan:
1. Tomato 2 biji
2. Capsicums atau lada benggala (1 kelopak)
3. 1/2 Bawang holland
4. Lobak merah sebatang
5. Brokoli

Cara-cara penyediaan:
Kisar semua. Simpan beku.

5) Paste Tomato + Capsicums + Carrots + Mustard

Bahan-bahan:
1. Tomato 2 biji
2. Capsicums atau lada benggala (1 kelopak)
3. 1/2 Bawang holland
4. Lobak merah sebatang
5. Sawi/mustard

Cara-cara penyediaan:
Kisar semua. Simpan beku.

_Nota: Misal kata bahan tak cukup. It's okay. As long as we have the main ingredient which is tomato_
Dah lama Al Fateh xmkn sndri selain finger food.. So hari ni ibu buat spiral cendawan goreng.. Senang Al Fateh nak suap sndri.. Mkn dgn gembira πŸ₯°

πŸ„ FRIED SPIRAL MUSHROOMS πŸ„

Bahan:
Pasta spiral
Ayam
Cendawan shitake
Pakchoy
Serbuk ayam
Bwg putih
Unsalted butter
Mix herbs
Oregano

Cara:
1. Tumis bwg putih dgn unsalted butter hgga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan cendawan. Goreng seketika shgga ayam masak dan sayur lembut.
3. Masukkan spiral dan pakchoy. Gaul sebati.
4. Akhir skali masukkan serbuk ayam, oregano dan mix herbs.
5. It's done πŸ€—

#AlFatehFoodDiary
#9bulan
#eczema
POTATO FINGER πŸ₯” β €
β €
Bahan2 :β €
Potatoβ €
Carrotβ €
Sawiβ €
Unbleached Flourβ €( Patutnya guna corn flour, tp momma malas nk pegi beli, guna apa yg ada saja lah! πŸ˜…)
Mixed Herbsβ €
Serbuk Ayam #ibuanis β €
β €
Cara2 : β €
Rebus/Steamkan potato, carrot. β €
Lenyekkan/ blend.β €
Masukkan sawi yg dicincang halus.β €
Masukkan sedikit mixed herbs & serbuk ayam.β €
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat pada jari. β €
Bentukkan mengikut kesukaan masing2/keperluan anak.β €
Siap, boleh goreng. πŸ’œβ €
β €
Momma, petang nnti kalau sempat baru nk goreng, kalau x, esok je lah goreng! Hahaha.. yg penting dh ada dlm peti ais πŸ€ͺβ €
β €
β €
#EleenaFoodDiary #EleenaFoodJourney #EleenaEats #BabyEleena #babyfoodjournal #babyfooddiary #babyfood #babyfoodmalaysia #babygirl #bayicomel #bayicomelmalaysia #babytalent #babytalentmalaysia #babyeats
Popia Mushrooms Cheese


Bahan-bahan

Unsalted butter@ub (1 sudu makan menggunung)
Bawang holland (cincang)
Isi ayam (cincang)
Shitake mushroom (cincang)
Lobak (cincang)
Tepung gandum (5 sudu makan)
Cheese (beqa tasty-hijau)
Serbuk blackpepper
Serbuk bawang putih

Cara-cara

1. Cairkan ub dan tumis bawang dan lobak diikuti ayam
2. Gaul sehingga ayam separuh masak dan masukkan air
3. Masukkan mushroom dan biarkan mendidih
4. Bila lobak dah lembut masukkan tepung dan gaul lagi
5. Masukkan cheese, serbuk perasa
6. Gaul sebati dan tutup api.
Bila dah sejuk, boleh buat inti popiah dan letak cheese sebelum gulung. Nak leleh letak cheese lebih. Ibu letak sikit ja sebab leleh susah nuhumar makan. Goreng api perlahan dan toskan. Nuhumar makan 3 🀣

Selamat mencuba πŸ€—

#nuhumarfoodjourney
Carrot fries untuk baby 10m dan sekeluarga.
Carrot ada banyak jadi kita olah macam ni.

Carrot dipotongΒ² dan rebus.
Angkat letak dalam air ais untuk stopkan proses memasak.
Rehatkan kejap.
Salut Unbleach flour tanpa air.
Goreng deep fry.

Boleh makan sekeluarga.
Mudah ke mudah?

By Jue Abdul Wahab
Harini masak baby noodles goreng letak labu dgn carrot utk cik ruby.. nampak sampai ternganga mulut tu, sedap sgt agaknya mami masak ye.. licin semangkuk die makan. Alhamdulillah, suka die dgn noodle niπŸ‘πŸΌπŸ˜˜

Bahan-bahan

Isi ayam - potong dadu
Labu - potong dadu
Carrot - potong dadu
Celery - hiris nipis
Sawi - hiris halus
Onion- mayang halus
Garlic - mayang halus
Vco - utk menggoreng
Organic Baby Noodles ubi beet

Cara-cara

🍜 Masukkan air ke dalam periuk dan rebus bahan2 yg di potong dadu sehingga lembut kecuali labu..
🍜 Carrot dan celery sudah lembut dan masukkan baby noodles bersama labu tadi dan rebus lagi dlm 7min sehingga noodles dan labu lembut. Dah lembut tapis dan ketepikan
🍜 Dalam kuali lain, panaskan vco dan tumis bahan2 yg di mayang halus sehingga naik bau. Masukkan ayam.. kacau sehingga ayam bertukar warna dan sedikit garing masukkan baby noodle yg di tapis tadi berserta sawi.. kacau2 sehingga sebati dan sawi layu tutup api.. siapppπŸ‘πŸΌπŸ˜‰
🍜 Sekian resepi ringkas dari mamiπŸ’ž
#RubyFoodDiary