Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Biskut Susu

Terhasillah biskut susu utk si kecil ibu, Aidan.
Dah ngap 4keping lps siap. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ
Sebenarnya ibu dah lama tak baking sejak pregnant dulu, so nervous sikit takot tak jadi.

Tapi Alhamdulillah, first attempt dah jadi & ibu sngt puas hati. Tak rapuh sngt, Aidan blh pgg & tak hncur tapi melting je kt mulut. Aidan takde gigi lagi even dah 10bulan, tp syok je dia duk kunyah segala benda.
Untuk resepi ni ibu dpt 63biji biskut.
So ni resepi ibu nak share.

Resepi :

115 g Unsalted Butter Emborg
100g Tepung Jagung
80g Tepung Faiza
110g Susu Tepung Fernleaf Full Cream

Cara - cara :

1. Biarkan butter dlm suhu bilik, lenyek2 kan je guna garfu.
2. Lepas tu campurkan susu skit2 ke dlm butter smpai adunan berkilat. Biar dlm 2min & kacau lagi. -> utk bg susu cair dlm butter.

3. Tepung jagung & faiza sukat siap2, campurkan sekali dan ayak.
4. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan butter & susu tadi.

5. Bakar suhu 150Β° 15-20 minit (ikut suhu oven masing2 ya) ..

#biskutsusu
Rendang ayam versi baby

Menu hana humairah harini. Rendang tu buat berkuah sikit sebab cik hana suka makan nasi kuah banjir

Bahan2:
Kunyit hidup*
Bawang merah*
serai*
Halia*
Santan
Puree kurma (ganti gula)
Daun kunyit
Kerisik
Ayam

Cara2nya:
1. Blend tanda * dan tumis sampai naik bau.
2. Masukkan ayam, gaul sebati.
3. Masukkan santan + air sikit. Kecilkan api.
4. Dah nak kering masukkan kerisik, daun kunyit dan puree kurma. Tambah air sikit dan tunggu sampai masak. Siap

Izzah Omar

#dapurmamahana
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
πŸ“Œ Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit

πŸ“Œ Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam

πŸ“Œ Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam

πŸ“Œ Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam

πŸ“Œ Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam

Kredit Dr Redza
Milky Dates Cookies & Milky Raspberry Cookies.

Tekstur cookies ni cair kat mulut.
Ibu buat dua adunan, perisa kurma & perisa raspberry ❀️ boleh ganti dgn buah lain jugak.

Base cookies:
βœ”οΈ200g unsalted butter
βœ”οΈ2 cup unbleach flour
βœ”οΈ 1 cup tepung jagung
βœ”οΈ3-4 tbs fullcream milk powder
Perasa:
βœ”οΈ 2+1 tbs dates paste
βœ”οΈ 2 tbs raspberry puree

Cara-cara:
1. Pukul butter sampai kembang.
2. Masukkan 1 setengah Unbleached flour je dulu &1 cup tepung jagung.
3. Masukkan fullcream milk powder.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Adunan pertama masukkan 2 tbs date paste dan tambahkan unbleached flour sikit-sikit sampai doh tak melekat ditangan.
6. Adunan kedua, masukkan 2 tbs raspberry puree & 1tbs date paste dan tambahkan unbleached flour sampai doh tak melekat ditangan.
4. Terap & bakar pada suhu 160c utk 15mins (depends oven masing2)

*total unbleached flour yg diguna make sure 2 cup je kalau betul2 nak dia rapuh & cair dimulut.
*kalau baby dah ada gigi n nak keras sikit, boleh lebihkan tepung.
*Selamat Hari Raya maaf zahir & batin*

Breakfast for my baby today πŸ˜‹

Alhamdulillah habis semangkuk πŸ‘πŸ»

#8month+

Cara sy masak :
-cairkan unsalted butter
-masuk cream cheese
-masuk broccoli/capsicum and carrot (tumis sampai lembut)
-masuk udang
-masuk organic baby noodles yg dh di rebus ye
-kacau2 sebati
-siap πŸ₯°
MENU RAYA SIMPLE - NASI IMPIT GORENG πŸŒ™βœ¨

Resepi simple utk raya kedua, ada lebihan nasi impit jadi utk mengelakkan pembaziran, kita buat laa menu ni. Ada kata ni menu pagi raya utk org jawa, tak sure pulak tu. Betul ke? Hehe

Bahan-bahan:-
πŸ‘‰πŸ» Nasi impit.
πŸ‘‰πŸ» Bahan tumisan (bawang merah dan putih)
πŸ‘‰πŸ» Carrot (potong dadu)
πŸ‘‰πŸ» Sawi atau pilihan sayur.
πŸ‘‰πŸ» Ayam/sumber protein apa2.
πŸ‘‰πŸ» Telur.
πŸ‘‰πŸ» Tomato paste.

Cara masak:-
✍🏻 Tumis bebawangs. Masukkan carrot masak hingga lembut.
✍🏻 Masukkan tomato paste dan ayam (adjust kelikatan ya, tambah air/CBB jika kurang).
✍🏻 Next, tambah sawi dan biar masak.
✍🏻 Boleh tambah madu sedikit.
✍🏻 Lastly, masukkn nasi impit dan telur digaul sekali. Siap!

Kalau bayi dah pass bahan2 diatas, boleh lah cuba ya. Tiada specific umur tp mungkin sesuai utk 9 bulan keatas 😊

IG : @ yanyan_eats πŸ₯°β€οΈ. Nak beli serbuk ayam/serbuk bilis/serbuk sayur tapi tak tahu dgn siapa? Boleh pm admin 😊
Menu Raya Ahnaf Zahin haritu 🀭🀭

Ayam Masak Merah yg tak berapa nak merah πŸ˜…πŸ˜…

1st time nak post gambar makan anak πŸ˜… segan kita sebab tak pandai masak sgt 🀭🀭 cuba2 je ni , ambil resepi dari group ni . terima kasih semua atas ilmu . anak saya suka sangat , selera dia 🀭🀭 suka ibu tgk dia makan 🀭🀭 sedap sebab ibu pun curi2 rasa 🀣🀣🀣

Bahan2

Ayam
Bawang2
Tomato Paste
Jagung
Carrot
Kacang Buncis
Pure Kurma
Minyak utk menumis

Cara2

Panaskan pan , masukkan minyak , bila dah panas . masuk kan bawang . Dah naik bau , masuk kan tomato paste dan sedikit air . masuk kan ayam dan pure kurma . ( Sayuran tu saya kukus dahulu ) , bila ayam dah nak masak , masuk kan sayuran . Tumis sampai kering sedikit . Siap 🀭

#AhnafZahin
#2BatangGigi
#7Month13Days
Rendang Ayam

Awal Umar raya. Sebab esok ibu makan rendang, so ibu buat rendang version baby utk Umar.
Rasa dia sama lebih kurang mcm rendang dewasa cuma rasa tak pedas, baby friendly.

Ingredients:
βœ”οΈAyam
βœ”οΈ Kunyit hidup*
βœ”οΈHalia*
βœ”οΈ Lengkuas*
βœ”οΈBawang merah*
βœ”οΈ Bawang putih*
βœ”οΈ Serai (ketuk)
βœ”οΈDaun kunyit(potong nipis)
βœ”οΈDaun limau
βœ”οΈ Tomato paste
βœ”οΈ Sweet pepper paste
βœ”οΈKurma @ (madu kalau baby dah 1y+)
βœ”οΈSantan
βœ”οΈKerisik home made
βœ”οΈ Garlic powder(optional)

Cara-cara:
1. Blend kan bahan bertanda*
2. Tumiskan bahan * yg sudah diblend didalam minyak bersama serai.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan tomato paste & sweet pepper paste.
4. Masukkan ayam & tambah air kalau terlalu kering.
5. Masukkan santan dan daun limau.
6. Masukkan kerisik home made dan kacau hingga sedikit kering.
7. Lastly taburkan daun kunyit. Siap❀️
Kenal pasti telur BARU dan telur LAMA. Jangan sampai ada yang KERACUNAN MAKANAN & MATI akibat telur EXPIRED lagi ya.

Pecahkan telur dan perhatikan KUNING telur: ~Sekiranya kuning telur BULAT, bermakna telur BARU atau masih segar.
~Jika kuningnya telah CAIR, bermakna telur itu dah LAMA.

Dato'DrAzlan
Saintis
Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Malaysia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158335065199438&id=845834437
KICAP HOMEMADE 😍

syukur alhamdulillah, hari ni Allah bg kesempatan share resipi kicap homemade..

bahan-bahan :
tulang ayam
air
bawang putih organik
cellery ausie
halia bentong
garam himalaya
jaggery
tepung ubi kayu

1)masak air + bawang putih + halia bentong + cellery sehingga mendidih
2)masukkan ayam biarkan sehingga sedikit pekat

3)tapis keluarkan ayam
4)air rebusan tadi + jaggery + garam himalaya

5)kacau rata
6)masukkan bancuhan air + tepung ubi kayu

7)kacau rata atau sebati sehingga sedikit pekat
8) sejukkan.. isi dlm botol

*simpan dlm peti sejuk tetapi ketahanan berape lama bukan mcm kicap komersial ya. rasanya pon xsama tp kicap homemade ini tetap ada rasa dan pilihan yg lebih sihat kan

cuba tau!
tapi maaf sgt2 tiada sukatan.. jarang sukat sebab agak2 je bahannya..

terima kasih!
inshaAllah masakan sedap tanpa msg, kiub2, secukup rasa kerana kita menggunakan bahan semulajadi atau istilahnya "real food" + doa doa doa jangan lupa tau!

Kredit tibu Adam Intan Nornie Sheika #1y #dapoumi
kudap2 utk ank ibu. kalau kuih raya buat bentuk comel gini mst bdk2 suka. tambah pulak resepi sihat #nosaltsugarmsg kn 😊 Resepi sy olah2 je drpd resepi dlm ni. Tq to mommies yg share 😊

Healthy Baby Cookies by IBu Baariq

(Resepi ni guna sudu dan cup matrik ya)

πŸͺ 2 sudu besar unsalted butter
πŸͺ 2 sudu besar minyak masak
πŸͺ 2 sudu besar madu (utk ank setahun keatas shj ye) setahun kebawah ganti dgn puri kurma atau puri buah-buahan lain
*baariq dah 1y10m tp sy campur madu 1 sudu dan puree kurma 1 sudu
πŸͺ 1 sudu besar cream cheese
πŸͺ 1 sudu besar tepung jagung
πŸͺ 1 cawan tepung gandum unbleached
πŸͺ 1 sudu besar air msk

>> Cara2
. Campur butter, minyak, madu/puree buah, cream cheese ke dlm bekas. pukul sampai butter bertukar putih sikit. (sy pkai hand wisk)
. Tambah tepung jagung, pukul sebati kemudian masukkan tepung gandum sikit2 sampai jd doh. kalau mcm berderai sgt tambah air sikit2 dan uli sampai jd doh yg cantik.
. Tekap cantik2 comel2 lps tu bakar suhu 150 selama 20 minit atau ikut oven masing2.

πŸͺπŸͺ Dah siap healthy cookies utk anak2. Boleh jd kuih raya jugak. Yg pasti sihat. 😊😘
Resepi sy ni rebus je, kalau nak tumis pun boleh😊

*SUP IKAN* Untuk baby 10m++

Bahan :
Bwg merah
Bwg putih
( tumbuk lumat )
Halia ( hiris )
Ikan tenggiri ( or ikan2 ape2 pun boleh )
Cauliflower
Celery
Asparagus
CFS

Tumiskan bebawangs dan halia sehingga naik bau. masukkan air
Rebus bahan2 keras dulu spt celery dan cauliflower
Dua bahan tadi dah separuh empuk dan masukkan ikan dan asparagus
Masukkan cfs, semua dah layu dan ikan pun dah masak. Tutup api
Siapp
*MENU 7 BULAN*

Antara menu2 yusoff masa 6 bulan lebih dgn 7 bulan skrng..
Smua ni msak dlm pan kemudian blend biarkan sejuk sekejap tmbh evo oil dlm bubur atau serbuk ikan bilis..😊

🍚 Beras Frozen + Brokoli + Zucchini + Carrot + Ayam
🍚 Beras Frozen + Butternut Squash + Zucchini + Bayam Merah + Serbuk Ikan Bilis
🍚 Beras Frozen +Sweet Potato + Bayam + Ayam
🍚 Beras Frozen + Jagung + Carrot + Ayam
🍚 Beras Frozen + Celery + Carrot + ikan Tenggiri
🍚 Beras Frozen + Brokoli +Cauliflower +Chicken + Raisin
🍚 Beras Frozen + Sweet Potato + Brokoli + Jagung + ikan tenggiri + cfs
🍚 Beras frozen + ikan tenggiri + red spinach + Celery+ Butternut Squash + cfs
🍚 Beras Frozen + cauliflower + chicken + corn + red spinach + cfs
🍚 Beras Frozen +chicken + Sweet potato + Celery + Brokoli + cfs
🍚 Beras Frozen + chicken + string bean + corn + carrot + cfs
🍝 Organic Noodle + Sweet potato +Zucchini +meat + tomato paste + cfs
🍝 Organic noodle + corn + red spinach + ikan tenggiri + tomato paste +cfs
🍝 Organic noodle + Butternut Squash + String bean+chicken + tomato paste + cfs

By Nurul Suhada Zainudin
#YusofFoodJourney
#BabyToddlerFoods
#AdorableBabyAwesomeMoms
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara bancuh bubur dari Fawwaz

Serbuk beras putih/white rice
Serbuk lobak
Serbuk kurma atau mana-mana set puree #fawwazbabyfood

Guna air panas je tau.

Amat mudah disediakan. 😊
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Senang sangat. Tekstur bubur halus. Mommies boleh adjust sendiri..nak cair ke nak pekat πŸ˜‹
*MENU 7-8 BULAN*

1) Mee hoon sup

Bahan-bahan:
βœ”οΈ Baby noodle
βœ”οΈAyam
βœ”οΈGarlic
βœ”οΈBawang
βœ”οΈChicken Feet Stock (CFS)
βœ”οΈBroccoli
βœ”οΈCarrot
βœ”οΈ Serbuk Ikan bilis
βœ”οΈUnsalted butter

Cara:
1. Tumiskan bawang putih & bawang besar dgn unsalted butter.
2. Masukkan air setengah cawan, dan masukkan CFS
3. Masukkan ayam dan carrot. Lepas ayam & carrot dah masak baru masukkan broccoli ( sbb sy guna puree so dia dah masak)
4. Masukkan anchovies powder dan tggu sampai semua masak. Blend ikut tekstur yg anak suka.
5. Untuk mee, just rebus dalam 3-5 minit & toskan.

Mee ni lembut, takpayah blend hancur terus pon xpe, boleh potong2 je pakai sudu.

#ZhafranUmarEats #7monthsold

2) Sup ikan merah.

Ingredients:
βœ”οΈIkan merah
βœ”οΈBawang merah
βœ”οΈ bawang putih
βœ”οΈ Halia
βœ”οΈ Bunga lawang & kulit kayu manis
βœ”οΈ Celery
βœ”οΈ Carrot
βœ”οΈ Broccoli (ibu guna puree je sbb nak habiskan stokπŸ˜…)
βœ”οΈ Serbuk ikan bilis

Cara:
1. Tumiskan kulit kayu manis & bunga lawang.
2. Masukkan bawang merah,halia & bawang putih sampai naik bau.
3. Tambahkan air sikit. Masukkan celery & carrot.
4. Masukkan isi ikan merah yg dah dibuang tulang.
5. Bila dah mendidih baru masukkan broccolidan serbuk ikan bilis.

Masa blend, ibu termasukkan semua kuah dia sekali. Kalau nak asingkan kuah dia sikit, nak bg anak hirup2 pon sedap.
#ZhafranUmarEats
#7months

3) Star Pasta with Pumpkin & Butternut gravy.

Ingredients:
βœ”οΈStar Pasta
βœ”οΈMirepoix
βœ”οΈGarlic
βœ”οΈOnion
βœ”οΈAyam
βœ”οΈButternut squash
βœ”οΈPumpkin
βœ”οΈ Chicken powder

Cara-cara:
1. Tumiskan bebawangs sampai naik bau.
2. Masukkan mirepoix & ayam.
3. Bila ayam dah nak masak, masukkan pumpkin & butternut squash. Kalau pakai yg fresh, tambahkan air dulu.
4. Masukkan chicken powder & tggu semua bahan masak.
5. Tuangkan kuah/gravy atas star pasta yg dah direbus & ready to eatπŸ’•

#ZhafranUmarEats
#7months

4) Mee Hoon Tomyam version baby
βœ”οΈBaby noodles
βœ”οΈTomato Paste
βœ”οΈCFS
βœ”οΈAyam
βœ”οΈBawang merah
βœ”οΈBawang Putih
βœ”οΈHalia
βœ”οΈSerai
βœ”οΈCarrot
βœ”οΈBroccoli
βœ”οΈDaun Limau purut
βœ”οΈKurma paste ( takde dlm gambar)

Cara:
1. Tumiskan bawang2, halia & serai
2. Masukkan tomato paste, CFS & daun limau
3. Masukkan ayam , carrot & broccoli
4. Last masukkan kurma paste utk balance kan rasa masam & manis kuah dia.
5. Boleh serve dgn bubur atau baby noodleπŸ’•

#ZhafranUmarEats
#7monthsold

5) Chicken Noodle Aglio e Olio.

Ingredients:
βœ”οΈ Baby Noodle
βœ”οΈ Garlic (cincang halus)
βœ”οΈ Chicken
βœ”οΈ Parsley
βœ”οΈ italian herbs/Mixed herbs
βœ”οΈMirepoix
βœ”οΈBroccoli
Cara:
1. Tumiskan garlic dgn olive oil.
2. Masukkan mirepoix sampai naik bau.
3. Masukkan ayam.
4. Bila ayam dah nak masak, Masukkan baby noodles yg dah direbus & broccoli.
5. Lastly, masukkan italian herbs & parsley. Kalau ada garlic powder boleh masukkan sekali. Done!

6) Bubur sayur + ikan tenggiri grill
Selalu org tanya, sekali masak dpt banyak mana? Kalau utk Umar, boleh dpt 3-4 kali makan sbb portion dia makan tak banyak.
Selalu memang letak dalam bekas ikut portion sekali makan dia utk hantar ke rumah babysitter. Letak dalam chiller je ☺️ Ingredients:
βœ”οΈBeras @littlebabygrains
βœ”οΈGarlic
βœ”οΈRed onion
βœ”οΈPumpkin
βœ”οΈPak choi
βœ”οΈ Ikan tenggiri
βœ”οΈMirepoix

Cara-cara:
1. Perapkan isi ikan tenggiri dengan mirepoix dalam 30minit-1 jam
2. Grill atas non stick pan dgn unsalted butter dan angkat bila dah garing sikit.
3. Utk bubur, tumiskan garlic & bawang merah
4. Tambahkan air dan beras.
5. Masukkan pumpkin & ikan tenggiri yg dah siap grill.
6. Last baru masukkan sayur berdaun & done!
#ZhafranUmarEats
#7months
#7months11days

7) Mashed potatoes with pumpkin sauce.

Sorry la kejadian lepas siap tu nampak ngeri sikit🀣

Ingredients:
βœ”οΈ Kentang
βœ”οΈ Unsalted butter
βœ”οΈ Ayam cincang
βœ”οΈ Mixed Herbs
βœ”οΈ Garlic Powder
βœ”οΈ Pumpkin
βœ”οΈ Date paste (optional)

Cara-cara:
1. Steam/rebus kentang
2. Marinate ayam dgn garlic powder & mixed herbs dlm 30 minit
3. Saute ayam dalam pan dgn unsalted butter.
4. Blend ayam yg dah siap masak sekali dgn potatoes yg dah direbus/steam (tambah air kalau perlu)
5. Tambahkan lg sikit garlic powder & mixed herbs.
6. Untuk sauce, cairkan puree pumpkin dan tambahkan sikit date paste. Taknak tambah pon takpe sebab pumpk
in dah lemak manis.
7. Tambahkan sikit air sampai consistency yg sesuai.

Yg ni fav ibu. Kalau Umar makan tak habis, ibu yg tukang habiskan🀣

#ZhafranUmarEats
#7monthsold
#7months16days

8) Bubur sayur campur with garlic butter salmon.

Gambar dah siap takde sebab yg ni hantar ke rumah babysitterπŸ˜‚

Ingredients:
βœ”οΈ Grains from @littlebabygrains
βœ”οΈSalmon
βœ”οΈ Mixed herbs
βœ”οΈ Unsalted butter
βœ”οΈ Garlic
βœ”οΈ Sweet corn
βœ”οΈ Green peas
βœ”οΈ Broccoli
Cara-cara:
1. Marinatekan samon dgn butter, mixed herbs dan garlic.
2. Grill salmon & garlic atas non stick pan.
3. Untuk bubur, cucikan beras/grainsn rebuskan mcm biasa.
4. Masukkan sayur-sayuran & anchovies powder.
5. Kalau anak still makan yg blend,boleh masukkan salmon yg dah di grill ke dalam bubur sekali dgn garlic & minyak dari butter tu. Siap! πŸ’•

9) Fusilli Bolognese (7 months +)
Menu lama dah ni tp lupa nk post. Hehe.

Bahan-bahan:
βœ”οΈFusilli/any pasta
βœ”οΈAyam/daging
βœ”οΈTomato paste
βœ”οΈMirepoix
βœ”οΈOnion
βœ”οΈGarlic
βœ”οΈPak Choi
βœ”οΈUnsalted butter

Cara-cara:
1. Tumiskan onion & garlic guna unsalted butter
2. Masukkan mirepoix
3. Masukkan tomato paste & tambahkan air sikit
4. Masukkan ayam & paste kurma utk neutralkan sikit rasa masam tomato tu.
5. Masukkan sayur n tumis sampai kering sikit.
6. Untuk pasta, rebus mcm biasa. Masa nak makan baru tuangkan kuah bolognese yg dah siap tu.
Selamat mencubaπŸ’•
#ZhafranUmarEats
#7Months

10) Baby noodle with salmon sauce.

Ibu decide to intro Umar with egg so kena bagi waktu dinner since takut esok kat rumah babysitter Ibu tak boleh nak monitor if any allergic reaction. Dinner Umar dalam keadaan mamai, tido dari lepas maghrib sampai pukul 9.30pm. Nasib baik makan habis jugakπŸ˜‚

Ingredients:
βœ”οΈ Baby noodles
βœ”οΈ Salmon
βœ”οΈ Garlic
βœ”οΈOnion
βœ”οΈ Mirepoix
βœ”οΈ Egg yolk (1 tbs only)
βœ”οΈ Pumpkin
βœ”οΈ Broccoli
Cara-cara:
1. Tumiskan garlic & onion dlm unsalted butter/oil.
2. Masukkan mirepoix dan tambah air sikit utk elak butter hangus.
3. Masukkan pumpkin dan bila dah half cook, masukkan isi ikan salmon & broccoli .
4. Masukkan 1tbs egg yolk tu. Ibu biar dia masak at one side of periuk lpstu baru gaul dia dgn bahan lain.
5. Boleh serve with any pasta or noodles yg dah direbus.

Ibu prefer masak mee/pasta asingkan sauce atau kuah sbb portion 2-3 kali makan so blh tukar2 nak pasta bentuk lain or mee. So konon2 Umar igt tu makanan lain la🀣 *Salmon or any ikan ibu akan perahkan lemon sikit sblm masak sebab nak bg hilang hanyir dia.

#BabyToddlerFoods
#AdorableBabyAwesomeMoms