Bayi Comel Sihat Ceria
482 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Roti Jala 🍴

Boleh lah nanti buat untuk baby di pagi hari raya. hehehee. Sesuai untuk bayi 8bulan ke atas 😊

Bahan2 :

Tepung gandum
Susu farm fresh @ air biase
Telur

warna 1 : buah naga
warna 2 : serbuk kunyit

*blend smua bahan nanti buat 2 bekas asing untuk campur serbuk kunyit dan buah naga. Jala seperti biasa. Siap!

❌gula
❌garam
❌pewarna tiruan
DIY SENSORY SQUISHY BAG FOR TODDLER / KIDS

- bagus untuk belajar mengenal nombor, abc, bentuk,perkataan dan juga nama.

- membantu merangsang motor halus dan jari.
- untuk pra menulis.

Ada bermacam cara untuk buat sensory squishy bag tapi di bawah ini ummi akan kongsi cara ummi pernah cuba. Cukup Simple dan mudah.

Bahan yang perlu ada :

1) zipper bag
2) 1 cawan tepung
3) 6 sudu air ( atau ikut selera kite, nak cair lagi, letak lagi air..)
4) pewarna makanan.

Langkah - langkah :

- sediakan mangkuk

- masukkan tepung gandum

- setelah itu, masukkan pewarna makanan

- masukkan air sikit demi sedikit dan gaul sebati. *jangan terlalu cair sangat

- setelah dah gaul sebati, masukkan ke dalam zipper bag. Dah siap untuk main.

p/s : selain jari, ia juge boleh dimain dengan menggunakan cotton buds.

#sharingiscaring
#littleimranhomeschooling
#playandlearnathome
#homeschoolactivity
#funandlearn
DIY SENSORY BAG FOR BABIES/TODDLER/KIDS

- dapat merangsang motor halus
- meningkatkan penguasaan skill kognitif
- mengalakkan perkembangan Otak

- sensory bag sesuai untuk umur setahun ke bawah.
- untuk toddler pun boleh, mungkin boleh buat lebih adventure..

Contoh : boleh tambah alphabets, numbers, games, color sorting, dan lain lain.

Kalau nak letak kertas, macam pompom icecream tu, boleh salotip kertas di luar di bahagian belakang zipper bag.

Boleh tengok contoh gambar di bawah ye.

Ok jom kita tengok cara nak buat sensory bag, simple aje.

Bahan :

1) zipper bag (boleh dapatkan di giant, shopee, eco pun ade)

2) jelly hair or gel aloe vera
- untuk warna yang jernih
- boleh dapatkan di kedai ECO

3) accesories untuk letak dalam
busy bag. (Boleh dapatkan di DIY)

Contoh accessories :
- pompom balls
- water balls
- googly eyes
- beads
- getah rambut
- button

4) salotip tebal
Salad buah buahan..

Plain yogurt
Buah pilihan
Chia seeds (optional)
Mix nuts (optional)

Gabungkn semua bahan... Kacau rata kan.... Sedia dimkn..

Buah yg sy selalu guna ,dragon fruits, nanas, mangga, buah mata kucing, anggur, strawberry, kiwi, apple merah..

Anak sy suka sgt.. Ibu² boleh cuba 😊
Wadai Kepeng dgn Susu kurma

Semalam suruh husband beli tepung beras dia belikan tepung pulut. Plan asal nak buat bubur sumsum dah jadi wadai kepeng. Bagi yg belum tahu, wadai kepeng ni sejenis pencuci mulut tradisi org banjar. Resepi asal guna gula melaka utk airnya. Tp saya gantikan dgn fresh milk + puree kurma. So free sugar version.

Resepi
πŸ‘‰πŸ»tepung pulut
πŸ‘‰πŸ»fresh milk
πŸ‘‰πŸ»puree kurma

Utk buat wadai kepeng ulikan tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh. Kemudian bentukkan. Kemudian rebuskan. Bila wadai kepeng dah terapung tu tandanya dah masak.

Utk buat susu kurma, cuma campurkan fresh milk dan puree kurma yg dah ditapis.

Kalau ikut resepi asal wadai kepeng direbus bersama2 air gula melaka dan daun pandan. Tp sbb saya guna fresh milk jadi saya rebus asing. Dan tak ada sukatan tetap ya. Semua saya agak2 ikut portion yg nak dimasak.

Ok next is bubur sumsum. Itu pun kalau si husband tak salah beli tepung lagi la ye 😝

#khaylarosedelisha
πŸ’ž TOMYAM AYAM πŸ’ž

Resepi Untuk Baby 8 Bulan.

Alang2 buat tomyam boleh buat lebih sikit, nanti petang boleh makan dengan bihun. Kalau xada tomato paste boleh buat tomyam putih. Dia punya bau so wangi lah, gabungan daun limau & tomato paste. Bau dah serupa dewasa punya tomyam 🀀

- halia
- serai
- ayam
- kobis
- carrot
- daun limau
- bawang putih
- cfs homemade
- bawang holland
- tomato paste homemade (10m)

1. Tumis bawang, serai, halia dan daun limau
2. Masukkan pula air, ayam dan carrot
3. Kemudian masukkan bahan2 lain. Renehkan sehingga masak.

#Noodlesbaby
#HumairaFoodJourney
#BabykiesFoodJourney
#MoreBitesMoreLoves
Buat 3 benda ni untuk elakkan bayi kita yang minum guna botol susu terkena sakit kembung perut:

βœ… Make sure saiz puting botol susu tu sesuai dengan bayi kita. Lubang pada puting yang terlalu besar boleh buatkan bayi mudah kembung.

βœ… Masa beri susu, tolong pastikan bahagian depan botol tu penuh dengan susu.

Elakkan kedudukan botol susu yang terlalu condong sebab nanti baby akan hisap sebahagian udara dan sebahagian susu.

Bila banyak sangat udara masuk, bayi akan cepat kembung dan mudah muntah. Risiko tersedak susu jadi sangat tinggi!

βœ… Lepas selesai minum susu tu terus je sendawakan bayi ye.

https://t.me/notaALB
Info Jaundis/Jaundice/Kuning
πŸ™Lontong

Isi ayam
Bwg putih, bwg merah*
kunyit*
Ikan bilis*
Serai
Santan
Carrot
Kubis

Cara2:
1. Tumbuk bahan * dan tumis bersama serai.
2. Masukkan ayam hingga masak.
3.masukkan santan dan sedikit air.
4. Masukkan sayuran, biar hingga sayur masak.
Sedia dia makan bersama nasi impit.
Done❀️

#8bulan #MenuRayaBayi
πŸ₯œKuah Kacang

Kacang tanah
Tomato paste
Serai
Puree kurma

Cara2:
1. Kacang digoreng kering dan asingkan kulit. Blend hancur.
2. Tumis tomato paste bsama serai. Masukkan kacang yg dh diblend bsama air. Biar hingga masak.
3. Letak puree kurma untuk balancekan rasa. Bila dah pecah minyak kuah kacang is done❀️

#9bulan #MenuRayaBayi #TanpaGulaGaramTambahan #SihatUntukBayi #SelamatUntukBayi
Resepi biji nangka:

3 cawan tepung pulut
Puree dragon fruit (set puree Nurul)
Puree sweet potato (set puree Abdul)
Puree labu
Air blend daun pandan (ditapis & hanya ambil airnya sahaja)
Air secukupnya
3 helai daun pandan
.
Cara-cara:
Campurkan tepung pulut & air. Kemudian uli sampai tepung tak melekat dekat tangan & bekas. Kalau keras, tambah sikit air & uli lagi. Asingkan kedalam 4 bekas. Bekas pertama, campurkan dengan puree dragon fruit. Bekas kedua, campurkan dengan puree sweet potato. Bekas ketiga, campurkan dengan puree labu. Bekas keempat, campurkan dengan air blend daun pandan. Kalau adunan lembik, tambah tepung pulut sedikit. Rebus air di dalam periuk yang diletakkan daun pandan sehingga mendidih. Bentukkan adunan menjadi panjang seperti biji nangka kemudian masukkan ke dalam air rebusan pandan yang mendidih tadi. Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/bersuhu bilik. Biarkan terendam seketika. Boleh buat kuahnya pula 😍
.
#fawwazbabyfood
Resepi kuah:
1/2 kg santan
4-5 helai daun pandan
1/2 sudu kecil halba
Puree kurma (set puree abdul)
Air secukupnya
.
Cara-cara:
Masak air, halba & puree kurma di dalam periuk bersih. Masukkan daun pandan. Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan. Sentiasa kacau & jangan biarkan santan pecah/berkepala. Tapis biji nangka yang direndam dalam air, masukkan ke dalam santan yang sedang dimasak. Biarkan seketika & hanya kacau sekali sekala. Tutup api & sedia untuk dihidang πŸ₯°
.
Sekian sahaja resepi PKP hari ini..selamat mencuba!

Resepi by : hayyu
Siapa kata makanan bayi yang tak ada garam & gula tu ❌ SEDAP❓

Deria rasa bayi sangat sensitif berbanding orang dewasa.
Kita yang β€œ ajar” rasa tersebut berdasarkan level β€œkesedapan” deria rasa kita. Biarkan anak β€œ explore” rasa semulajadi daripada pelbagai jenis kumpulan makanan tanpa β€œdiracuni” oleh rasa dari gula dan garam tambahan.. Baru anak tak cerewet dan terlalu memilih makanan..

Tak usah bebankan buah pinggang anak yang baru nak matang..
Sebagaimana GARAM dan GULA tu tak baik untuk orang dewasa…apatah lagi bayi dan kanak-kanak kann??

#pemakananbayi
#kurangkanguladangaram
#kurangmanis
#kurangmasin
#nutritionistkkm
πŸ₯―Keria Puree Kurma

Ubi keledek
Tepung gandum unbleached
Puree kurma

Cara2;
1. Steam ubi hingga lembut., sejukkan dan lenyek.
2. Campur dgn sedikit tepung, bentukkan.
3. Goreng hingga masak, dan masak boleh sapu puree kurma.
Done❀️

#8bulan
Bosan tengok cucur bulat je kan, nah! Pagi ni mummy buat versi waffle pulak 😁 Dalam ni semua ada sayur, ayam, telur. Complete dah. Sesuai untuk anak yang pandai kunyah, tak keras pun, lembut je waffle ni.

Bahan bahan yang mummy guna,
πŸ₯ž Tepung gandum
πŸ₯ž Bawang putih 1 ulas (ditumbuk)
πŸ₯ž Bawang Holland Β½ biji (ditumbuk)
πŸ₯ž Bunga kobis (ditumbuk)
πŸ₯ž Isi Ayam (ditumbuk)
πŸ₯ž Telur 1 biji
πŸ₯ž Air secukupnya

πŸ₯ž Satukan kesemua bahan-bahan di atas.
πŸ₯ž Gaulkan sehingga sebati
πŸ₯ž Kemudian, boleh lah panaskan waffle maker dan letakkan adunan.
πŸ₯ž Tunggu sehingga masak. SIAP!

Www.instagram.com/aidanfayyadh__

#AidansFoodJourney #breakfast #breakfastidea #babyfoodideas #foodbaby #waffle #anaksihatmalaysia #9m
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Serbuk perasa cheese 😍😍

Nak tambah cheese dalam makanan SI COMEL tapi mommy confused nak beli yang mana ye??

Fawwaz baby food ada serbuk cheese yang menggunakan CHEDDAR CHEESE BLOCK yang paling rendah sodium. Sesuai untuk baby yang 8 bulan ke atas.

Kelebihan cheese dalam makanan SI COMEL πŸ‘ΌπŸ»πŸ‘ΌπŸ»

🌹Memiliki khasiat kalsium yang dapat menguatkan tulang dan gigi.

🌹Protein yang terkandung dalam keju juga dapat memberi pertumbuhan yang optimal.

🌹Keju juga memiliki kalori yang dapat memberi tambahan tenaga pada si kecil di sepanjang hari.

🌟 Boleh pm admin sekiranya berminat πŸ˜„

🌹Fawwazbabyfood
🍞 Puding Roti Kurma

1 keping roti wholemeal
1 biji telur
1/2 susu kotak dutch lady full cream (kotak kecil)
2 biji kurma

Cara2:
1. Blend semua bahan hingga sebati, dan kukus selama 30minit.
2. Sblom makan boleh sapu puree kurma sikit kat atas puding.
Done❀️

#9bulan
🍌Jemput2 Pisang

Pisang
Tepung gandum

Cara2;
Lenyekkan pisang dan campur dgn sedikit tepung.
Goreng dan sedia dimakan.
Done❀️

#8bulan
Biskut Raya mesra Baby ! πŸ₯° Biskut raya pertama deejah 2020 ni πŸ˜„
Biskut untuk 1 tahun ke atas ya

⚠️ pengggunaan madu asli & unsweetened koko

Bahan bahannya :

Bubble rice ( nama lainnya Arborio rice) *beli di kedai bakery*
Serbuk koko unsweetened van houten 3 sudu besar
Madu asli 4 sudu besar
Unsalted butter 30gram

1. Cairkan butter pada api perlahan.
2. Kemudian masukkan madu asli dan gaul sebati.
3. Masukkan serbuk koko 3 sudu besar , gaul hingga memekat..
4. Masukkan bubble rice gaul sebati.
5. Sudukan bubble rice ke dalam paper cup kecil dan bakar 10 minit suhu 150Β°C api atas bawah.
6. Sejukkan , dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba !😍

#deejahturn2solidfoodjournal
#khadeejahsolidfoodjournal
#2year2month
#bubblericeraya
#versibaby
Biskut Susu

Terhasillah biskut susu utk si kecil ibu, Aidan.
Dah ngap 4keping lps siap. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ
Sebenarnya ibu dah lama tak baking sejak pregnant dulu, so nervous sikit takot tak jadi.

Tapi Alhamdulillah, first attempt dah jadi & ibu sngt puas hati. Tak rapuh sngt, Aidan blh pgg & tak hncur tapi melting je kt mulut. Aidan takde gigi lagi even dah 10bulan, tp syok je dia duk kunyah segala benda.
Untuk resepi ni ibu dpt 63biji biskut.
So ni resepi ibu nak share.

Resepi :

115 g Unsalted Butter Emborg
100g Tepung Jagung
80g Tepung Faiza
110g Susu Tepung Fernleaf Full Cream

Cara - cara :

1. Biarkan butter dlm suhu bilik, lenyek2 kan je guna garfu.
2. Lepas tu campurkan susu skit2 ke dlm butter smpai adunan berkilat. Biar dlm 2min & kacau lagi. -> utk bg susu cair dlm butter.

3. Tepung jagung & faiza sukat siap2, campurkan sekali dan ayak.
4. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan butter & susu tadi.

5. Bakar suhu 150Β° 15-20 minit (ikut suhu oven masing2 ya) ..

#biskutsusu