Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Pastikan bayi anda diberi makanan yang seimbang dan mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga. Jumlah dan tekstur makanan adalah mengikut perubahan umur. Tip pemberian makanan kepada bayi:

1. Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).

2. Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur.

3. 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.

4. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrien harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

#pemakananbayi
#makananpelengkap
Siapa kata makanan bayi yang tak ada garam & gula tu SEDAP

Deria rasa bayi sangat sensitif berbanding orang dewasa.
Kita yang “ ajar” rasa tersebut berdasarkan level “kesedapan” deria rasa kita. Biarkan anak “ explore” rasa semulajadi daripada pelbagai jenis kumpulan makanan tanpa “diracuni” oleh rasa dari gula dan garam tambahan.. Baru anak tak cerewet dan terlalu memilih makanan..

Tak usah bebankan buah pinggang anak yang baru nak matang..
Sebagaimana GARAM dan GULA tu tak baik untuk orang dewasa…apatah lagi bayi dan kanak-kanak kann??

#pemakananbayi
#kurangkanguladangaram
#kurangmanis
#kurangmasin
#nutritionistkkm