Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*Keria Baby*

Bahan :

*Dapat dlm 20 ketoi mini keria baby utk sukatan bawah ni*

✔️ 5 ketoi sweet potato (size kecik)
✔️ 2 sudu besaq Oatbarley Mango Dragon Fawwaz
✔️ 1 sudu kecik Dragon Fruit Powder Fawwaz
✔️ 1 sudu kecik Mango Powder Fawwaz

Cara-cara :

1. Rebus sweet potato hingga lembut. Toskan dan penyek sampai hancur.

2. Masukkan 2 sudu besaq Oatbarley Mango Dragon, 1 sudu kecik Mango Powder, 1 sudu kecik Dragon Fruit Powder yang dari Fawwaz. (Membantu sangat Fawwaz punya item ni, xyah guna tepung dah)

3. Gaul sebati semua, bentukkan ikot suka mcm mana nak. Bentuk bulat boleh, bentuk panjang boleh, bentuk petak boleh. Yang mudah utk anak nak pegang masa makan nanti.
(Tamau doh melekat dekat tgn, boleh guna aiq masak basahkan jari pastu baru amek doh dan bentukkan)

4. Dah siap bentuk, biaq sat doh tu dlm setengah jam or sejam. Pastu dah boleh goreng. Goreng jgn lama!
Bagi minyak bebetol panas, masokkan coq keria, pusing p pusing mai dah boleh angkat. Dlm seminit dua mcm tu dah ok. Selamat mencuba!
Tauhu Berlauk (baby & toddler) 8 months old dan keatas sebab ada telur 😊
.
Bahan-bahan:
2 keping tauhu
1 tiub kecil tauhu telur
1 biji telur
150g minced chicken (ibu Soffea pakai beef sebab Soffea dah umur 2 tahun 3 bulan)
Carrot (dipotong dadu)
Daun bawang (dihiris halus)
Bawang holland (optional)
2 sudu chicken powder Fawwaz
1 sudu cheese powder Fawwaz
1 sudu trio veggie powder Fawwaz
Serbuk lada hitam
.
Cara-cara:
Tumis bawang holland bersama daging ayam dan ketepikan. Blend tauhu, tauhu telur, telur, chicken powder, cheese powder, trio veggie powder & serbuk lada hitam. Kemudian tuang dalam bekas lain. Masukkan carrot, daun bawang & isi ayam yang telah dimasak tadi. Gaul-gaul sehingga sebati. Tuang dlm bekas yg disukai (separuh bekas sahaja sbb nanti tauhu akan kembang) & masukkan kedalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus sehingga tauhu masak. Biarkan sejuk seketika sblm digoreng. Yg lebih boleh disimpan dlm peti sejuk
.
Bahan nak goreng:
Sebiji telur
2 sudu tepung jagung
.
Selamat mencuba!
💓 SAMBAL IKAN TENGGIRI VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 keping ikan tenggiri
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit herba campuran

Bahan B :
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
pes tomato
serbuk ayam / serbuk ikan bilis
minyak zaitun

Cara Cara :

satukan Bahan A dan gaul sebati .
panaskan minyak dan goreng separuh masak .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
baki minyak tadi , tumiskan bahan bawang sehingga naik bau .
kemudian masukkan pes tomato .
masak sehingga terbit minyak .
tambahkan sedikit air jika perlu .
masukkan ikan yang telah digoreng tadi .
kacau sebati .
masukkan pula bahan serbuk .
masak seketika .
tutupkan api dan tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang 💓

#10m
💓 SOFT TOFU WITH GRAVY MANGO SAUCE VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

1/2 ketul tofu organik
1/2 biji buah mangga manis
1/2 cawan susu penuh krim ( dah dimasak )
1 sk krim keju ( optional )

Cara Cara :

stimkan tofu selama 10 minit .
angkat dan letakkan di dalam pinggan .
ketepikan seketika .
satukan buah mangga , susu dan juga krim keju ke dalam bahan pengisar dan kisar sehingga sebati .
tuangkan ke atas tofu tadi .
mudah bukan ?
kalau mommy2 nak tukar buah lain pun boleh , ikut citarasa masing masing 😘
siap , sedia dihidang 💓

#8m
*NAK TARIK BALIK MINAT ANAK TERHADAP MAKANAN TU MACAM MANA?*

'Silap saya masa weaning diet haritu awal awal saya kenal benda manis awal awal'

'Silap saya asik bagi makanan ready to eat macam N****m aje masa mula makan'

'Saya risau bagi anak amalkan baby led weaming,asik suap je,sekarang bila nak suap anak paling muka'
.
.
Kadang akibat teknik dulu boleh effect anak nak makan pada waktu sekarang bila dah besar sikit.
Mungkin masa tu mommies tak tahu sumber untuk rujuk waktu nak kenalkan weaning diet
ATAU
Mungkin masa tu mommies nak cepat
.
Tapi apa apa sebabnya jangan putus asa untuk bagi anak makan real and natural foods
Jangan salahkan diri
Jangan give up
Normal akan ada masa anak kurang minat terhadap makanan sebab lebih minat dengan nak main...
Normal ye...
So post ni nak bagi tips semula macam mana nak tarik minat anak makan semula
.
.
PERTAMA
sebelum mula...kena pastikan emosi anak stabil sebelum nak makan
Jika anak tengah nangis,kenalpasti tangisan anak jenis apa dan selesaikan dulu baru boleh pujuk anak nak makan

Mengikut pakar ada 5 jenis tangisan
1. Sakit
2. Ngantuk
3. Lapar
4. Sedih
5. Takut

Tiasa istilah nangis mengada...kalau mengada bukan nangis..cuma buat bunyi sahaja.
Atasi punca mereka nangis baru boleh pujuk untuk makan
.
.
Terdapat 5 Teknik menarik semula minat anak kepada makanan

*1. WARNA*
- tukarkan pinggan ke pinggan berwarna tapi elak gunakan warna seperti merah, hitam, dark brown yang kurang mengambil perhatian anak. Warna seperti kuning,hijau,biru,purple warna yang menarik
- gunakan pelbagai warna dalam masakan
- presentation makanan tu penting
- setakat nasi goreng dengan telur je nampak putih, dull, boring ajer....cuba tambah warna dari sayur sayuran, sumber protein atau condiments macam peper,daun sup,daun bawang etc.

*2. BENTUK*
- dari bagi sandwhich 4 segi yang boring potong dalam pelbagai bentuk, segi empat ke, bulat ke, star ke
- boleh beli cookie cutter dekat kedai (ala Mr Diy, Daiso semua ada) dan waktu nak buat bentuk AJAK anak sekali biar dia buat sekali.
- tak terhad kepada sandwhich, buah boleh, ice cream homemade boleh, nasi boleh
- pernah tengok bento yang buat bentuk muka/kartun gitu?
- kalau kita rasa menarik anak pun akan tertarik nak makan

*3. JOIN*
- maksudnya kita bagi mereka join sekali dalam proses nak buat makan
- ini termasuk Proses Pembelian, Proses Penyediaan, Proses Masak dan Proses plating (letak makanan atas pinggan fan hidang)
**ini saya akan explain lagi dalam posting lain ye
- kesilapan ramai ibu bapa adalah tidak melibatkan anak dalam proses ini dari A sampai Z..selalu sekerat jalan...anak tak dapat nak tengok apa jadi kepada makanan dari awal sampai akhir...
- lebih banyak penglibatan anak, lebih tinggi minat anak nak makan

*4. BUNYI*
- yes...bagi anak anak kecil kita boleh buat bunyi kapal terbang ke, choo choo train ke, kereta ke waktu nak menyuap..
- kalau tak reti buat bunyi, SEMBANG dengan anak...ni colour apa, ni sayur apa, ni makanan apa..percayala bila kita sembang anak lagi suka dan lagi seronok waktu nak makan
- masalahnya ramai ibu bapa sekarang waktu makan bukan tengok anak tapi lihat FON, ini lah yang buat anak tak seronok..
Suka ke bila kita makan dengan kawan kawan waktu nak sembang, si kawan sibuk hadap fon???

*5. IKON*
- sebelum waktu makan boleh pasangkan show show yang cerita mengenai makanan sihat atau mereka makan dengan banyak
- ini nak sentuh bahagian psychological di mana secara tak sedar sedang menggalakan anak untuk makan sebab ikon mereka
- ada banyak show show...saya siap buat posting lagi tentang show show yang mak ayah boleh download untuk pasang sebelum makan
- kita boleh guna ikon sebagai model/contoh baik
- Example: haaa tadi nampak tak upin ipin makan buah banyak tadi?

.
.
Perggggghh panjang pulak post pagi ni..tapi sebenarnya baru sentuh 20%
Bila type posting limited sikit nak bercerita ni..posting panjang panjang nanti tak baca pulak.

Nanti dalam posting akan datang saya nak share tentang
1. Kenali tangisan anak dan kenapa ia penting
2. Proses penglibatan (JOIN) tadi
3. Teknik buat bentuk dan warna menarik untuk a
nak anak
Dan macam macam lagi...

Doa saya diberi masa dan idea nak karang ye..
Harap harap ini membantu mommies dan daddies luar sana.
Till next time

Sekian
Dietitian fizah
WARNA WARNI BUAH DAN SAYUR
🍏🍎🍐🍊🍋🍌🍉🍇🍅🍆🥑🥦🥬🌶🌽🥒

Ramai dah tahu kebaikan pengambilan buah & sayur ➡️➡️ kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida..

Tapi perasan tak setiap buah dan sayur mempunyai warna yang berbeza⁉️

Hijau, kuning, ungu, merah, oren…

Setiap warna ini mempunyai zat/ khasiat yang tersendiri..

Setiap warna ini juga memberi kebaikan berlainan kepada kesihatan kita.

Jadi, uols perlu pelbagaikan pengambilan warna buah dan sayur bagi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan badan.

Jadi, jangan takut untuk mencuba warna yang pelbagai dalam pengambilan diet harian kita. Semakin “berwarna-warni” masakan/ hidangan kita dengan pelbagai sayur dan buah ini, semakin banyak khasiat yang akan kita perolehi.

Jika uols tahu khasiat disebalik setiap warna ini, sudah pasti lebih memberi semangat untuk makan pelbagai warna buah-buahan dan sayur-sayuran ..

Ingat! Jangan hanya pilih satu warna sahaja, rugii tauu..

#Warnawarnibuahsayur
#Jommakanbuahdansayur
#kepelbagaian
#nutrien
#NutritionistKKM
*Khasiat Warna Buah/Sayur Warna Merah 🍉*
*Khasiat Warna Buah/Sayur Warna Ungu 🍇🍆🍠*
*Khasiat Warna Buah/Sayur Warna Hijau 🥦🥬🥒*
*Khasiat Warna Buah/Sayur Warna Oren 🍊🥕🎃*
Menu baby 7 bulan.
Hye Assalamulaikum. Ada yg pm tanya mommy apa bayi 7 bulan boleh makan. So mommy nak share sebahagian menu yg mommy masak utk Ayris last month.

First time perkenalkan ayam dalam bubur nasi. Mommy masak 3 hari berturut nasi dan ayam sahaja.

Bubur nasi + Sawi + Carrot + evoo

Bubur nasi + Sweet Potato + Isi Ayam

Bubur Nasi + Brokoli + Isi Ayam + Epal + Unsalted butter (sikit)

Bubur Nasi + Pumpkin +Kacang Buncis + Isi Ayam

Bubur Nasi + Unsalted butter + bawang putih + bawang merah + Carrot + Celery + Isi Ayam

Bubur Nasi + Unsalted butter + bawang putih + bawang merah + Pumpkin + Celery + Isi Ayam

Bubur Nasi + bawang putih + bawang merah + Ubi Kentang + Carrot + Isi Ayam

Olive Oil + bawang Putih + bawang merah + Carrot + Sawi + serbuk ikan bilis + bubur nasi

Unsalted butter + bawang holland + bawang putih + jagung manis + Carrot + Isi Ayam + bubur nasi

Snack : avocado / pisang

Snack : Soft Tofu & avocado

Snack : Dragon Fruit

Snack : Soft Tofu + Betik

Snack : Soft Tofu + Dragon Fruit

#AyrisEats
#7Months
#BabyToddlerFoods
Soalan ni kerap ditanya pada saya

Soalan
Anak saya sudah berusia 7 bulan. Sekarang saya bagi bubur + carrot/kentang + ayam. Bila saya mula menu macam ni nampak anak macam susah nak berak..kenapa ye

Jawapan
Setiap pemberian menu kepada anak usia 7 bulan ke atas perlu ada 3 perkara
Sumber karbohidrat
Sumber protein
Sumber serat

Di atas menu tersebut hilang punca serat.
Carrot, kentang termasuk dalam sumber karbohidrat (sayuran berkanji) dan tidak dikira sebagai sumber serat (sayur/buah buahan)
Dalam menu ini perlu bagi sumber serat dengan samada
1. Tukar sayur kepada sayur yang hijau
2. Memberi buah buahan sebagai snek/finger foods

Antara sumber 'sayur' yang sebenarnya adalah karbohidrat
1. Ubi ubi (ubi kentang, ubi keledek,ubi keladi etc)
2. Lobak merah/putih
3. Jagung
4. Labu

Sumber serat
1. Sayuran bewarna hijau
2. Buah buahan

Lihat semula adakah sumber 'sayur' mommies sebenarnya sumber sayur yang ada serat atau dikategorikan sebagai sayuran berkanji?

Apabila ada sumber serat barulah anak akan senang nak membuang

Sekian
Dietitian Fizah Sobri
"DOKTOR, BOLEH TAK ANAK SAYA MANDI KETIKA DEMAM?"

'Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?

1. APA ITU DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5'C iaitu lebih 37.5'C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM

A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

B) Adalah satu kesilapan jika anda:
Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.
Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?


3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

4. KERAP MINUM AIR

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38'C.

Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik "Fibrile Fit". - Dr Rich'
Breakfast / Finger Food / Tea time Fiya harini.. rangup diluar dan lembut didalam .. 5 ketul dah ngap .. ada carbo ada protein ada fiber . Kalau anak2 taknak mkn nasi ..boleh cuba bagi ni as long dia pass makan bahan2 ni ye .. sedap !

Potato Fritters

Kentang 2 biji ( sagat kasar)
Telur 1 biji
Sawi
Tepung jagung 4 sudu makan
Tepung gandum The Baker 3 sudu makan
Serbuk ayam homemade (optional untuk perasa)

Gaul semua bahan sebati .. JANGAN masukkan air ..adunan ni akan automatik berair lepas gaul2 nanti .. panas kan minyak kemudian sudukan leper dan goreng .. siap !
Ingat boleh pau seketul tapi habis kat alfateh pulak dah 😅

💞 SAUSAGE 💞

🌭 4-5ketul isi ayam *
🌭 carrot *
🌭 daun sup *
🌭 1biji kentang *
🌭 2biji telur *
🌭 lada sulah *
🌭 blackpapper *
🌭 4sb tepung ubi
🌭 1/2cawan air
🌭 plastik aiskrim

1. Kacau tepung ubi di dalam 1/2cawan air. Masukkan bahan * dan blend sekali air tadi
2. Masukkan dalam plastik aiskrim, kemudian ikat hujung kiri kanan
3. Bekukan. Kemudian buka plastik & steam 10-15min
6. Goreng dengan sedikit minyak & siap untuk dihidang !

#alfatehfoodjourney #8m
Harini menu Fiya bergedil ayam dgn bergedil daging . Mama buat untuk stock frozen skali.. so nanti tinggal celup telur dan goreng

Kentang (potong bulat dan goreng)
Ayam ( cincang dan goreng sampai masak )
Daging (cincang dan goreng sampai masak)
Sawi pendek (potong halus)
Bawang goreng

Cara2

Kentang yg dah siap goreng tumbuk guna lesung sampai lenyek ..
Bahagi 2.. 1 bahagian untuk ayam 1 bahagian untuk daging
Gaul sebati setiap bahan dengan kentang .. bulat2kan
Simpan bekas masuk freezer . Nak makan celup telur dan goreng .
Siap !