Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*RESEPI PUDDING*

*1) PUDING JAGUNG GEDIK*

Bahan :
Jagung 1 cawan ( blend kasar/halus ikut texture makanan anak )
Susu full cream / santan fresh 2cawan ( 8month keatas )
Agar-agar tali

Masak mcm buat puding biasa cuma tak letak gula /garam . Kemudian masuk ke dalam bekas kecil2 untuk sekali makan . 😘

Puding jagung gedik is done ~~~~~

*2) PUDING JAGUNG*

🌽Jagung di steam - blend
🌽Kurma tanpa kulit - blend
🌽Fresh Milk/Full cream milk/Santan
🌽telur

Masak semua sekejap atas api, tuang dalam bekas , tabur jagung steam sikit, kemudian steam sampai masak -siap! πŸ€— #1y1m

*3) PUDING BUAH NAGA BERSUSU*

🍎agar-agar tali
🍎buah naga (lenyek)
🍎susu full cream
🍎3 sudu madu @ puree kurma
🍎air

Agar agar tali + buah naga hancurkan+ air.
Air dan agar agar ikut sukatan nak banyak mana.
Kacau sampai sebati masukkan susu full cream + 3 sudu madu.
Agak dah sebati tuang dalam bekas dan sejukkan seketika baru letak dalam peti sejuk.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

*4) PUDING ROTI*

Roti - 2 keping (carik-carik letak dlm bekas)
Telur - 1biji (optional)
Susu full cream *tuang sikit je biar roti tu serap sampai lembik (anggaran 3-4sudu besar je)
Tepung gandum (2 sudu)
Puree kurma

Gaul je semua bahan sampai sebati guna sudu pastu bakar dan siap!

Bakar suhu 160c, masa 20minit. (nak garing atas lebihkan 5minit buka api atas sahaja)

#menuqayl
#8monthsabove

*5) PUDING ROTI KURMA DAN PLUM*

πŸ₯£ Roti wholemeal 3-4keping
πŸ₯£ Fresh milk full cream sikit
πŸ₯£ Air sikit
πŸ₯£ Puree kurma
πŸ₯£ Buah plum
πŸ₯£ Cream cheese

Blend semua lepas tu kukus 20-25mins. Boleh makan sejuk so simpan je dalam chiller untuk makan sejuk.

*Tapi baby saya suka makan suam-suam so tiap kali nak makan keluarkan dari chiller dan biar dulu suhu bilik sebelum makan.

*Steamer tengah guna untuk lain jadi saya kukus je la guna dapur. Guna je apa yang ada hehe

#menuqayl
#8bulan
#pudingroti

*6) PUDING ROTI SOS LABU*

Blend 2 keping roti + setengah gelas susu full cream + 1 biji telur + sebiji kurma.
Carik2 1 keping lagi roti letak dlm loyang.
Siram bahan blended tadi dan bakar oven 170cc 30 minit.
Sos labu :
Puri labu + full cream milk kacau sehingga mendidih.

#8m16d

*7) PUDING ROTI KASTARD VERSI BABY*


Puding roti (bakar suhu 160Β°C, 45 minit. Campur semua sekali bahan kecuali roti , kismis & butter) - sukatan sy agak2 je tadi

Roti wholemeal 2 roti
Susu segar 80 ml
Puri kurma 1 biji
Kacang badam hancur (tabur atas roti)
Unsalted butter sikit
Vanila extracts secukup rasa
Air 20 ml
Kismis secukup rasa

1. Sapu loyang dengan butter. Atau boleh juga guna parchment paper.
2. Koyakkan 1 keping roti.
3. Tabur kismis
4. Tambah sekeping roti yang dikoyak.
5. Tuang semua bahan Cecair tadi. Rehatkan roti 10 minit supaya bahan mix well dengan roti.
6. Tambah kismis atas roti yang direndam bahan cecair tadi.
7. Lepas tu masuk oven . Kalau xwangi lagi tambah lah masa. Sy buat kecik je so cukup 45 minit. Depends pada oven juga ye.

Sos kastard (masak api perlahan sehingga pekat yang nak)

Kuning telur 2-3 biji
Susu 80 ml
Air 20 ml
Puri kurma 1 kurma
Vanila extracts secukup rasa
Tepung jagung sikit

Kalau berketul boleh blend. Kalau tak nak texture koko sbb kurma, tapis je.

Lepas tu hias dengan buah masam supaya mix well manis kurma , plain badam & masam buah.

1y3m

*8) PUDING CARAMEL*

Bahan:
πŸ₯―Susu fresh milk
πŸ₯―Kurma (puree)
πŸ₯―Roti putih @ wholemeal (wholemeal tak ada so ibu guna roti putih ja🀭)
πŸ₯―Telur
πŸ₯―Esen vanila

Caranya:
πŸ₯―Satukan roti , susu , telur , esen vanila dan blend sehingga sebati
πŸ₯―Masukkan puree kurma di dalam bekas dan sejukkan
πŸ₯―Tuang adunan yang diblend tadi di dalam bekas yang ada puree kurma dan kukus selama 20minit atau sehingga masak
πŸ₯―Siappppp !

Sedap makan sejuk2 πŸ˜‹

P/s : untuk 1tahun ke atas boleh gunakan madu instead of kurma . 😍

#ldfoodjourney

*9) PUDING ROTI BERLAUK*

Bahan untuk Puding Roti
2 keping roti wholemeal
2 biji telur
200ml susu fernleaf full cream

Bahan untuk lauk
isi ayam
Carrot
Brokoli
1 biji bwg
Lada sulah ( yg ni xnak letak pun xpe )

Cara Membuatnya

Pukul telur dan susu sehingga kembang
Tumiskan bwg sehingga
*10 RESEPI MENGGUNAKAN ROTI*

*1) PUDING ROTI*

Bahan bahan :
Roti wholemeal
Kismis ( rendam bg lembut sekejap )
2 biji telur
Susu full cream
Unsalted butter
1 titis esen vanilla

Cara cara
Pecahkan 2 biji telur, masukkan susu. Kacau2 bg telur sebati dengan susu dan masukkan sedikit esen vanilla
Lengserkan ub pada dulang pembakar dulu
Carikkan roti dan letakkan dlm dulang pembakar. Tuang bancuhan susu sehingga roti tenggelam dan taburkan kismis di atas roti tadi
Bakar 160c selama 10-15 min , bergantung kepada oven masing2 dan sehingga masak
( mami bakar dlm air fryer dan guna bekas kecik2 tu )

Utk sos ala custard
Susu full cream
Puree kurma
1 biji telur
1 sdk Tepung jagung ( bancuh dgn air )

Cara2
Campurkan kesemuanya di dalam periuk dan kacau sebati.
Masak menggunakan api perlahan sehingga susu menggelegak
Last sekali masukkan bancuhan air tepung jagung
Siappp

#RubyFoodDiary
#1y4m

*2) ROTI PISANG*

Bahan-bahan:
2 keping roti wholemeal
1 biji telur kuning(Aqeef tak pass telur putih lagi)
Mixed herbs
Pisang berangan-potong tipis

1) Lenyek roti wholemeal bagi tipis permukaan roti.
2) Telur dipukul bersama mixed herbs.
3) Letakkan pisang yang telah dipotong tipis ke atas roti dan gulungkan roti tu.
4)Roti yang sudah digulung tadi salutkan dengan telur.
5) Goreng seperti biasa.😊

#8months

*3) PUDING CARAMEL*

Bahan:
πŸ₯―Susu fresh milk
πŸ₯―Kurma (puree)
πŸ₯―Roti putih @ wholemeal (wholemeal tak ada so ibu guna roti putih ja🀭)
πŸ₯―Telur
πŸ₯―Esen vanila

Caranya:
πŸ₯―Satukan roti , susu , telur , esen vanila dan blend sehingga sebati
πŸ₯―Masukkan puree kurma di dalam bekas dan sejukkan
πŸ₯―Tuang adunan yang diblend tadi di dalam bekas yang ada puree kurma dan kukus selama 20minit atau sehingga masak
πŸ₯―Siappppp !

Sedap makan sejuk2 πŸ˜‹

P/s : untuk 1tahun ke atas boleh gunakan madu instead of kurma . 😍

#ldfoodjourney

*4) ROTI SUSU BERSOS MANGGA & ROTI GORENG*

Roti wholemeal
Susu full cream
Buah mangga ( atau buah pilihan )

Potong cube roti dan masukkan ke dalam bekas, tuangkan susu dan taburkan dgn buah pilihan
Siapp

ROTI GORENG :
Roti wholemeal
Serbuk bwg merah
Serbuk bwg putih
Parsley flakes
Telur

Kepuk telur hingga hancur, masukkan serbuk bebawangs dan parsley fakes. Kacau sebati
Celupkan telur dan goreng sehingga masak
Siapp

*5) CRUNCHY GARLIC BREAD BITES*

🍞roti
🍞garlic (sagat halus) *
🍞unsalted butted (defrostkan tanpa ada ketul²) *
🍞mixed herbs *
🍞serbuk lada sulah *

satukan bahanΒ² bertanda * dan gaul sebati.
setelah itu sapukan di atas roti secara sekata.
bakar dgn menggunakan suhu 150 selama 10minit.
setelah itu keluarkan roti dan potongΒ² ikut saiz yg anda gemari.
ulang bakar sekali lagi dengan suhu dan masa yg sama seperti bakar yg pertama tadi.
siap.
**boleh rujuk gambar kedua utk lebih detail.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

*6) KEK PISANG VERSI BABY*

Resepinya :-
*3 biji pisang emas
*2kpg ROTI wholemeal
*2 sudu tepung unbleached
*2 oz susu fm@fresh milk
*1 sudu cream cheese tatura
* 1 biji telur

Caranya:
Satukan kesemua bahan di dalam blender.blendkan dan kukuskan selama 25mnt.siap utk dimakan. πŸ˜€

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar

*7) ROTI SARDIN GORENG RANGUP*

🐟 RESEPI IKAN SARDIN

Ikan sardin
Bawang Merah
Bawang Putih
Tomato (blend)
Air Secukupnya

πŸ… Tumiskan bebawang kemudian masukkan tomato yang dah diblend, masak hingga kuah jadi pekat.
πŸ… Masukkan kuah yang ditumis tadi dan ikan ke dalam slow cooker/pressure cooker.
πŸ… Tambahkan air dalam 2 cawan ke dalam periuk.
πŸ… Biarkan hingga ikan masak dan kuah menjadi pekat.

Cara Cara Membuat Roti Sardin Goreng :

1. Tumiskan bebawang, cili kering hingga naik bau. Masukkan ubi kentang yang dipotong dadu, kuah ikan sardin dan sedikit air. Biar hingga ubi kentang lembut.
2. Kemudian masukkan ikan sardin dan serbuk ikan bilis. Gaul rata. Angkat dan lenyekkan (buang cili kering).
3. Ambil roti, buang keliling roti dan roll roti bagi nipis.
4. Masukkan inti,gulung dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung (tepung+air) supaya tidak terbuka.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap!

#AidansFoodJourney #babytoo