Bayi Comel Sihat Ceria
483 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Cucur Nasi Versi Baby Untuk Qarizh

Bahan2:

1.Nasi- blend*
2.Isi ayam*
3.Daun sup- potong halus
4.Bawang Holland- potong dadu
5.Carrot- potong halus
6.Cheese- potong dadu
7.Tepung
8.Air

Korang boleh olah resepi sendiri nak tambah ikan bilis ke ape ke😍

1. Nasi dan isi ayam diblend sehingga halus

2. Masuk dlm bekas, masuk kn tepung, air gaul sebati dan masuk kan bahan2 yg potong td

3. Dah sebati boleh dah goreng dan siap untuk dimakanπŸ˜‹

Resepi untuk 1 tahun, lembut je sedap kakak qistina dgn mama pun tumpang mkn.
First Time saya buat untuk Ank Puree Sumsum Add Mangga n Naga.. No Sugar No salt πŸ˜‹ Tergugat Iman mama masa masak petang Tdi untuk Anak πŸ˜… thank you mummy yg Share resepi ni.. Sangat bermanfaat 😍😘

Resepi

-Tepung Beras (4 sudu)
-Tepung Jagung (1sudu)
-Satan Fresh (2 Cawan) kecik

Step ( letak santan Dalam periuk, tambah Kan tepung jagung Dan tepung Beras then Gaul smpai sebati.. Baru bukak api kacau sampai dia likat ) Jangan Tinggal Yaa mummy Semua kalau tak dia Akan berketul

Perisa boleh add buah kesukaan anak πŸ˜‹πŸ˜

#BABYRAFIQI
9 months
First time buatkan bubur sumsum untuk ain sofea.

Resepi by ibu ain : *BUBUR SUM SUM*
Santan fresh 1 cawan
Tepung gandum 2 sudu
Tepung jagung 1 sudu
Susu formula 2 sudu
Buah naga Β½ biji
Buah mangga 1 biji

Kacau santan, tepung gandum dan tepung jagung sampai sebati. Panaskan atas api sederhana, kacau sampai likat (jangan tinggalkan). Tutup api dan masukkan susu formula.

Boleh layerkan dalam bekas dgn puree buah-buahan kesukaan anak dan letak buah potong.

#realfood #nosalt #nosugar #nomsg #10months
Apa maksud 4 DAYS RULES?
.
.
.
Baby dah masuk 6 bulan? Nak cuba bagi baby makan?

Sebaik-baiknya mulakan dengan puree buah atau sayur dahulu. Sebagai pengenalan kepada perut bayi.

Beri 1 kali sehari selama 4 hari atau "4 day rules". Apa maksudnya?

Contoh
Puree Carrot - Hari 1 - Hari 4
Puree Apple - Hari 5 - Hari 8

4 day rules adalah untuk mengenal pasti sebarang alahan oleh bayi. Jika ada alahan,boleh berhenti beri puree tersebut dan mulakan semula lepas 1@2 minggu.

*_CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR_*
πŸŽπŸπŸ“πŸ…πŸ‡πŸŒ½
1)Pilih sayur/buah yg bersesuain dgn umur anak
2)bersihkan n potong sayur/buah pilihan
3)kukus sehingga empuk
4)blend halus n tapis
5)sejukkan n boleh bg anak makanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
6)jika nk simpan dlm freezer disarankan pack utk sekali makan.
Simpan dlm freezer tahan selama 3 bulan.
Peti biasa tahan dlm 3-5 hari..
puree pisang, avokado, betik x perlu kukus, terus blend halus n tapis
*Siapa sini ada anak usia 7 bulan?*
*Atau ada anak bakal masuk 7bulan?*
πŸ™‹πŸ»

Ok, jom kita tgk sikit apa perkembangan dan apa keperluan baby pada usia 7bulan.

Pada usia 7 bulan bayi perlukan nutrisi yang dapat memberikan pertumbuhan baik bagi bayi anda.

Berikut Nutrisi yang diperlukan pada usia 7 bulan :

1. Karbohidrat
Rata2 pada usia 7bulan bayi memerlukan 95g karbohidrat. Karbohidrat memberi tenaga kepada bayi kita. Yelah, baby pada usia ini dah start meniarap, angkat dada, angkat punggung, nk cube merangkak ke dpn ke blkg dan ada tu dah boleh merangkak. Jadi kadar penyusutan berat badan boleh berlaku pada usia ini jika sumber tenaga tak ditambah dgn baik.

Antara sumber karbohidrat ialah kategori bijiran seperti beras, quinoa, oats, millet.

Dalam usia ini kita boleh memperkenalkan bubur pada anak.

2. Lemak Sihat / Protein
Kandungan lemak sihat yang terdapat pada minyak dan buah avocado merupakan keperluan bagi bayi anda di usia 7 bulan, dengan memberikan lemak sihat sesuai portion yang diperlukan omeh bayi anda maka akan membantu dalam penyerapan vitamin, seperti vitamin D,A,K dan E.

Lemak Sihat / Protein ini membina,mengekalkan serta memperbaiki tisu2 baru, jantung, hati, otak serta organ yang lain.

Antara sumber lemak sihat/protein ialah ikan bilis, avocado, olive oil, coconut virgin oil, bean, sayuran, telur

3. Mineral
Mineral yang dibutuhkan pada usia 7 bulan adalah zat besi untuk membangun hemoglobin di dalam tubuh, kalsium yang berperang dalam meningkatan pertumbuhan tulang dan gigi,kromium adalah nutrisi yang membantu proses metabolisme insulin di dalam darah.

4. Vitamin
Vitamin yang diperlukan oleh bayi dapat dipenuhi dari sayuran dan buah-buahan. Vitamin yang didapatkan dari sayur dan buah adalah vitamin C,K,E dan B . Selain itu kandungan sumber haiwan akan memberikan vitamin A, D, B12 dan B6 yang berasal dari hati dan susu.

Jadi bila nk sediakan makanan utk anak tu kenela pastikan sumber makanan itu ada seperti di atas ye tak? Supaya pemakanan anak kita seimbang gitu.


#ibuanis
#babyfood
#dlashomemade
#solidfoodbaby
#homemadebabyfood
9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada baby

Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu

Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja

Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu

Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu

Minggu 7: 1 biji penuh telur

Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu

Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur.

Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan allergic.

Selamat mencuba
Selamat Pagi. Breakfast Simple Dayyan pagi ni.
- roti bakar
- Pouch Egg
- Navel Orange

#dayyaneatdiary
#dayyan 24monthsold

Poach Egg tu rebus air, pecah telur dalam air mendidih ja.
Tips elakkan anak tercekik buah/sayur

1. Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.

2. Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat, dsb.

3. Buah kecil seperti anggur, hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.

4. Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.

5. Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.

6. Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.

Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.

#SharingIsCaring
Antara menu yang mommy masakkan untuk Adam sepanjang Adam 10 bulan.. πŸ˜‹

[MAIN DISH]

β–ͺMi goreng : Organic baby noodles, unsalted butter, telur, tomato paste, sweet peas
β–ͺKari ikan merah : Ikan merah, minyak masak, tomato paste, carrot, serbuk kari, santan
β–ͺAyam goreng kunyit : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, sweet peas, serbuk kunyit
β–ͺButtermilk prawn : Unsalted butter, bawang besar, bawang putih, udang, sweet peas, fresh milk, daun kari
β–ͺStir fried chicken : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, cauliflower, sweet peas, black pepper
β–ͺButter fried chicken : Unsalted butter, bawang besar, nasi, telur, cauliflower, sweet peas, black pepper
β–ͺIkan kembung goreng + sweet peas goreng : Ikan kembung, serbuk kari, serbuk kunyit. Sweet peas, bawang putih
β–ͺMi bandung : Organic baby noodles, minyak masak, tomato paste, ayam, ikan bilis, carrot, cauliflower, sweet peas
β–ͺAyam goreng kari : Minyak masak, bawang besar, bawang putih, ayam, carrot, serbuk kari
β–ͺIkan kembung masak merah + stir fried pak choy : Ikan kembung (goreng dengan serbuk kari dan kunyit), tomato paste. Bawang putih, pak choy
β–ͺMi goreng Singapore : Organic baby noodles, unsalted butter, bawang besar, ayam, black pepper, carrot
β–ͺRice egg muffins : Nasi, telur, carrot, saderi, black pepper
β–ͺSup ayam : Minyak masak, bawang besar, ayam, carrot, cauliflower, rempah sup, lada sulah

[FINGER FOOD/FRUITS/SNACKS/KUIH-MUIH]

β–ͺNugget ikan : Isi ikan, tepung jagung, telur, saderi, carrot, mixed herbs
β–ͺBergedil telur : Kentang, telur, carrot, saderi, lada sulah, daun sup
β–ͺTauhu berlauk : Tauhu, ayam, saderi, carrot, black pepper, mixed herbs
β–ͺMashed potato with chicken gravy and baby corn : Kentang (steam dan lenyek). Unsalted butter, bawang besar, tepung gandum, formula milk, ayam, black pepper, mixed herbs. Baby corn (steam dan potong)
β–ͺVege pancake : Tepung gandum, pak choy
β–ͺDates pancake : Tepung gandum, kurma
β–ͺPotato pancake : Tepung gandum, kentang
β–ͺApam kurma : Tepung gandum, kurma, telur, fresh milk, baking powder, esen vanila
β–ͺApam labu : Tepung gandum, labu, telur, fresh milk, yis, esen vanila
β–ͺCheesecake : Cream cheese, telur, formula milk, esen vanila
β–ͺDragon fruit muffins : Buah naga, telur, tepung gandum, formula milk, baking powder, yis
β–ͺDates muffins : Kurma, minyak jagung, telur, tepung gandum, baking powder
β–ͺBiskut kurma : Kurma, unsalted butter, tepung gandum, tepung jagung
β–ͺBuah naga, pisang emas

*Tomato paste : Bawang besar, bawang putih, capsicum, carrot, tomato, saderi
*Tepung gandum brand Faiza (unbleached)
*Semua rempah brand Adabi

#adammakanmakan #10bulan #10months #menu10bulan #realfood
πŸ₯•πŸŽπŸŽπŸ₯•Makanan bayi mengikut usia : 6⃣ bulan.πŸŽ‚πŸŽ‚

Bagaimana ibu ayah tahu anak sudah bersedia menerima 1st solid food?
1. Dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak2 KKM
memberi panduan untuk memperkenalkan makanan pelengkap selain susu
hanya apabila berusia 6 bulan.
2. Bayi sudah menegakkan kepalanya sendiri.
3. Minat πŸ’• terhadap makanan orang disekelilingnya.

Panduan memperkenalkan makanan pelengkap
1. Mulakan pada usia bayi 6⃣ bulan.
2. Perkenalkan dalam kuantiti yang sedikit dahulu,
beransur ansur pertambahan kuantiti.
3. Sediakan rangkaian makanan dari pelbagai jenis nutrien.
4. ELAKKAN PENAMBAHAN GULA & GARAM

》》》Makanan pejal pertama bayi bukanlah pepejal:malah, ia sepatutnya bersifat separa cecair kerana makan ialah kemahiran yang perlu dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan.

Apakah yang sesuai sebagai permulaan?
1. Mulakan dengan sesudu kecil bijirin dicampurkan
dengan 4 ke 5 sudu kecil susu ibu @ formula.
2. Buah-buahan yang dipurikan 🍌 🍐 🍎 πŸ₯‘
3. Sayuran yang dipurikan (pastikan telah distim terlebih dahulu)πŸ₯¦ πŸ₯•πŸŒΏ 🍠 πŸ…
⏩⏩(Rujuk carta makanan untuk peringkat umur)

β€’β€’Bayi yang baru mula makan tidak bergantung sepenuhnya pada solid food untuk nutrien. Kekalkan pemberian susu ye ibu ayah.

Tips ini diambil dari
πŸ‘ΆπŸΌ Buku Rekod Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak KKM
πŸ•Έ babycenter.com.my
*KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA*
.
'Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit'

'Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa'
.
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..
.
'Kesian anak puan...makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja'
.
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam..
Begini cerita nya
.
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja
Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru
SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby
.
Mungkin baby suka.
Ada yang menolak..
Ada muka pelik tapi makan juga..
Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima
Ini ikut kepada personalti anak masing
TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan bayu
.
*3 sebab utama*

*1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG*
- bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
- jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah
- tetapi bayi tak mampu lagi...yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak

*2. DERIA RASA BAYI 1000X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA*
- Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita
- deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain
- walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambaha apa apa lagi dah

*3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER*
- Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang 'sedap' akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa
- ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa 'tawar' dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
- biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal
.
Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe
.
Biar rasa semulajadi ye makanan baby
.
Sekian
Dietitian mommy dua
Dietitian Fizah Sobri
www.nasihatdiet.com
*TAMBAH GULA DAN GARAM DALAM MAKANAN BABY* πŸ‘Ά
.
Bila baby dah start boleh makan (weaning) pada umur 6 bulan, parents / anasir luar mesti ada cakap β€˜tambahlah garam/gula dalam makanan baby tu, kesian makan takde rasa’ .Hmm.Bolehkah kita tambah gula / garam dalam makanan baby? πŸ§‚
.
Sebenarnya baby dah mendapat garam semulajadi yang secukupnya daripada susu ibu. Kalau beri susu formula pun cukup juga. So kalau kita tambah lagi garam dalam makanan baby, ia akan memudaratkan baby sebab buah pinggang baby tak cukup matang lagi nak memproses garam berlebihan di dalam darahnya. Kang kecil2 dah rosak buah pinggang. Kesian anak. πŸ˜₯
.
Untuk gula pula, bakpo nak tambah gula atau kasi makanan/minuman manis kat baby? Orang dewasa pun tak patut mengambil makanan/minuman bergula, apatah lagi baby. Nanti obese pulak baby. N kalau baby ada gigi, nanti senang nak mereput gigi dia (tooth decay). πŸ˜”
.
Yang paling merisaukan kalau baby dah didedahkan dengan makanan manis/masin dari kecil, ia akan membentuk taste preference baby iaitu dia akan suka makan manis/masin je. Yang lain taknak. Kesan jangka masa panjang ialah dia akan membesar dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, obesity atau diabetes. Pilihlah mana2.
.
So ibu bapa , elakkan tambah garam dan gula dalam makanan baby. Kita orang dewasa pun tak digalakkan makan garam n gula berlebihan. Kalau boleh, makanan baby tu beli yang memang khas untuk baby. Bukannya beri baby makanan orang dewasa sebab kandungan garam/gula tak sesuai langsung untuk baby. Jagalah amanah anda dengan baik dan bertanggungjawab.πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ #drizzarshares

Sumber: Dr Izzar Anwari
*NAJIS BAYI*

Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?

Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM
- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU
- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM
- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR
- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS
- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH
- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS
- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH
- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.

*Terus bawa bayi anda berjumpa doktor jika anda rasa najis dia pelik dari biasa.*

Jangan main google semata mata ok.
Biar cakna, jangan kecewa dikemudian hari.

Anak kita, amanah kita.

Dr. Erna Nadia😊
Buttermilk Chicken version baby πŸ₯˜

Bahan-bahan:
Dada ayam
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Bawang putih
Daun kari
Unsalted butter
Fullcream milk

Cara Membuat:
Gaulkan dada ayam bersama tepung jagung dan serbuk kunyit
Goreng sehingga ayam keperangan dan angkat
Panaskan unsalted butter
Tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau
Kemudian masukkan fullcream milk
Tunggu sehingga kuah sedikit pekat
Akhir sekali masukkan ayam yang telah siap digoreng

#9bulan29days
Baby MA Food Journey : Mawaddah Macaroni goreng. Cari yang simple dan susah nak basi. 😁

Lunch & dinner : Macaroni Goreng Telur Rebus

🍝 Telur
🍝 Macaroni
🍝 Evoo
🍝 Bawang holland (cincang dadu)
🍝 Bawang putih (cincang dadu)
🍝 Pes tomato (blend tomato, capsicum merah, bawang holland dan bawang putih)
🍝 Sayur pilihan (steamkan/rebus)
🍝 Mixed herb
🍝 Serbuk lada hitam
🍝 Serbuk lada putih
🍝 Minyak masak

1. Rebus telur hingga masak. Kupas kulit dan lenyekkan. Ketepikan.
2. Rebus macaroni dengan sedikit titisan evoo atau minyak masak untuk elak macaroni kering dan keras bila ditoskan. Toskan macaroni dan ketepikan.
3. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan pes tomato dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan macaroni dan sayuran. Kacau sebati.
6. Masukkan telur rebus, serbuk lada hitam dan putih serta mixed herb. Kacau sekejap. Siap!

Love, ibu. ❀

#mafoodjourney
#9months
#hbfmmawaddahaffiyah
Breakfast Haarra Samiyya hari ni: Cucur Kentang

Bahan-Bahan:
Kentang ( hiris memanjang)
Carrot (hiris memanjang)
Daun Sup (sebab takde daun bawang)
Cili (optional)
Tepung Jagung
Tepung Gandum
Telur
Serbuk Ayam
Serbuk Sayuran
Air

Masuk semua bahan dlm bekas, tambah sedikit air & gaulkan. Gaul sampai tepung melekat diantara kentang. Goreng Deep Fried. Siap!

Selamat Mencuba!
#menuhaarrasamiyya
πŸ₯CHICKEN POWDER /SERBUK AYAM FAWWAZ.
.
βœ”οΈ ISI AYAM, carrot, celery, bawang putih, minyak zaitun, bawang holland, halia
.
βœ”οΈ Boleh digunakan dalam bubur, pasta, mee dan macaroni.
.
βœ”οΈ Boleh juga letak dlm cucur baby. .
βœ”οΈ Boleh dibuat nasi goreng, mee goreng utk bayi 1 tahun ke atas.
.
βœ”οΈ Lebih mudah jika dicampur dengan brown rice /white rice plain Fawwaz.
.
.
Berminat boleh pm admin 😊