Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Hii mommies, kita nak share pulak snack & meal utk Raisha hariniπŸ€—

By Mieza Adam

*1)Blueberry mash potatoe πŸ‡πŸ₯”*
- potatoe (rebus/stim) - blend
-blueberry + kurma + sedikit air (blend)
(stok blueberry bnyk so kita berberry lg harini☺️)

#sharingiscaringπŸ€—
πŸ’“ CEKODOK PISANG VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

5 biji pisang
70g tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 sk soda bikarbonat (1y ++)
1/2 sk serbuk penaik (1y ++)
minyak untuk menggoreng

Cara Cara :

lenyekkan pisang .
kemudian campurkan dengan bahan bahan yang lain .
kacau sebati .
panaskan minyak dan jemputkan adunan .
goreng sehingga keemasan .
angkat dan toskan .
siap πŸ’“
Seronok bila tengok baby boleh habiskan sebijik cupcake tu. Abangnya pun makan sekali. Sedap mama ! πŸ˜‹

Tapi, bila bg pada cousin umur 7 tahun tak sedap katanya. TAWAR ! 🀣

Betul sangatlah yang anak anak takkan memillih utk yang manis manis sahaja selagi kita tak perkenalkan pada mereka.

Resepi cupcake dragonfruit :

- 1 cwn tepung gandum*
- 1 sudu teh tepung jagung*
- 1/2 cawan minyak
- 4 biji kurma (nak letak lebih pun tak apa)
- 2 biji telur
- 1 sudu teh baking powder*(aluminium free)
- 2-4 sudu besar dragonfruit yang dilenyek

Cara - cara :

- Ayak bahan bahan bertanda *
- Blend telur dan kurma then tuang ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati.
- Masukkan minyak dan dragonfruit yang dilenyek. Gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan cupcake.
- Kukus api sederhana besar 25 minit/ bakar suhu 160Β° selama 30 minit
- Siap !

*untuk topping saya just campur creamcheese 3 sudu besar dengan 4 sudu besar susu fullcream. Masak atas dapur 2 ke 3 minit. Then curah atas cupcake.

Semoga bermanfaat ibu ibu πŸ€—

#8monthsbaby
Fasa baby aydan xmau makan bubur nasi..ibu buat finger food utk dia..
BahanΒ² mudah ja..
Kentang 5 biji (rebus dan lenyek)
carrot (kisar halus)
pak choy (hiris halus)
daun sup (hiris halus)
ayam (kisar)
tepung gandum 2 sudu
tepung jagung 3 sudu..

Buat la bentuk apa pn..frozenkan pastu boleh la goreng..
Harap aydan suka la..ibu dh buntu sbb adik tolak nasi..πŸ˜„ #8m
Info

Mengapa Nestum/Cerelac Tidak Sesuai Untuk Bayi?
Nestum mengandungi gula, bahan sintetik, GMO, trans fat dan sebagainya.
Bila besar, anak boleh obes, tidak mahu makan makanan yang tidak manis i.e freshly cooked food, jadi picky eater, hyper.
Bila dah tua dapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

Apa itu GMO?
- Genetically Modified Organism = Organisma Ubahsuai Genetik.

Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan sernagan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.

Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.

Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.

Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.

Kesimpulannya, kita tidak makan makanan yang asli tetapi sudah diubah unsur genetiknya.
Ada tak anak-anak yg masih tidak pandai utk suap dan mkn sendiri? Ada tak anak-anak yg masih tak pandai utk telan sesuatu makanan walaupun dh umur 1 tahun ke atas? Tapi tak tahu nak handle mcmana? Boleh beri finger food pada anak.
.
Finger food ni penting sgt dlm perkembangan anak2 kerana

πŸ“Œ Membantu dlm kemahiran asas utk anak makan
πŸ“Œ Membantu meningkatkan kemahiran motor halus
πŸ“Œ Membantu dlm kemahiran yg berkaitan perkembangan normal anak especially kemahiran oral motor (juga main peranan utk asas bercakap)

Kalau mommy daddy semua ada mslh mcm dekat atas jgn panik dan tak terlambat utk ambil tindakan. Ajar semula anak2 ini utk makan makanan dlm bentuk finger food ; iaitu yg boleh dipegang dan dimakan. Kalau anak tak pandai jugak?

Mommy daddy kena bantu la anak-anak tu. Bantu mereka untuk ambil makanan, pegang dan bawa ke mulut. Kali pertama mungkin anak akan takut (takut kpd makanan) tapi lama kelamaan anak akn biasa dgn mknan dan akan selesa utk makan seperti biasa.
FINGER FOOD & MOTOR SKILL

Latih anak seawal 6 bulan untuk mencuba finger food. Biar anak pegang & explore makanan sendiri : ramas-ramas & sebagainya untuk melatih fine motorskill, koordinasi tangan & mulut.

Finger food juga bagus untuk sensory anak. Makanan bukan sahaja melibatkan rasa tetapi melibatkan gabungan deria yang lain seperti pandangan, sentuhan, pergerakan ketika makan, bau, pendengaran. Baby bukan hanya belajar makan, baby juga belajar memproses semua sensory signal ketika makan.

FINGER FOOD DARI SAYURAN
1. Labu
2. Squash
3. Broccoli
4. Kobis bunga
5. Zucchini
6. Carrot
7. Seleri
8. Sweet Potato
9. Kacang panjang
10. Lada benggala merah
11. Kentang

FINGER FOOD DARI BUAH-BUAHAN
1.Epal dan pear
2. Buah sitrus – oren
3. Blue berry
4. Strawberry
5. Anggur (buangkulit dan belah)
6. Kiwi
7. Avocado
8. Mangga
9. Betik
10. Pisang

KUIH MUIH YANG BOLEH DIJADIKAN FINGER FOOD
1. Homemade Fries
2. Homemade Chicken Nugget
3. Pasta ( Fusili Shape)
4. Keria
5. Pancake
6. Garlic Bread
7. Baby Cook
INFO MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL):

*Extra virgin olive oil (EVOO)*
Adalah hasil perahan pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

*Virgin olive oil (VOO)*
Adalah hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititis atau direnjis ke dalam makanan/bubur bayi.

*Pure olive oil (POO)*/*olive oil*
Boleh digunakan untuk menumis makanan. Tapi untuk deep fried, minyak sawit adalah paling sesuai digunakan. Minyak zaitun tidak boleh digunakan pada suhu yang tinggi.

#fawwaz #evoo #info
Restock frozen foods for my boy. Walaupun sy housewife kena bijak urus masa sbb mmg always bz dgn hal2 tertentu. Sentiasa kena restock sbb ank sy ni mmg jenis pemakan Sgt kejap2 dia mintak mknan lgi2 tgk org mkn, Kadang2 nk kluar boleh terus goreng sekejap je dlm 3~4minit mcm tu 😊. Jd ni antara beberapa jenis :
~ Potato Stick
~ Donut
~ Bomboloni
~ Chakoii

Utk donut & bomboloni & chakoii tu guna adunan yg sama je. Mudah Sgt 😊

-Donut boleh Di salut kan dgn FM nanti
-Chakoii boleh Di mkn bersama sos madu homemade / kurma / jem homemade
-Bomboloni boleh Di masukkan inti cream cheese mix dgn any puree utk Jadikan filling.

Resepi nya :

** 2 sudu kecil Yis larutkan dlm air suam setengah cawan
** 3 cawan tepung gandum (unbleached)
** 3 sudu besar full cream milk (powder)
** UB 2 sudu
** 1 biji telur ( tak letak pun boleh πŸ‘)
** air secukupnya (Agak2 je)

Potato stick :

Potato rebus & lenyek
Campur dgn tepung gandum 😊 serta masuk daun sup sikit. Satukan smua bahan2 smpai xlekat Di tangan 😊 Dan bentuk kan

Sebelum Di frozen kan, boleh goreng separuh masak guna Api kecil 😊

Selepas sejuk, boleh Di masukkan dlm plastik / any bekas utk di frozenkan.

Selamat mencuba! 😊
Makan apa petang ini kawan semua. Hari ini baby Jia Li makan tang yuan. Kakak Jia Hui request, so mama buatkan untuk baby makan sekali.

Bahan-bahan:-

Tepung pulut
Dragon fruit
Sedikit serbuk kunyit (untuk warna kuning)
Halia
Susu full cream dutch lady (kotak)

1. Lenyekkan dragon fruit. Tambah tepung pulut dan gaulkan sampai sebati. Tidak melekat di tangan.
2. Untuk warna kuning pula mama guna sedikit saja serbuk kunyit. Tambah air dan tepung pulut.
3. Bentukkan bulat kecil supaya bby mudah makan dan rebus di dalam air mendidih.
4. Untuk sup pula, didihkan air dan masukkan halia serta daun pandan. 5. Biarkan sehingga mendidih dan naik bau, masukkan tang yuan yang sudah di masak tadi ke dalam sup. Boleh juga tambah puree kurma untuk rasa manis. Siap!! Mama buat 2 jenis sup untuk bby Jia Li. Cuma panaskan susu full cream kotak dan masukkan daun pandan serta tang yuan. Done! #8m
πŸ„ NASI GORENG CINA VERSI WANI πŸ„
Credit to mommy wani 🌸

Asyik share resepi baby je kan. Apa kata hari ni sis kongsi resepi nasi goreng versi baby dan orang dewasa 😍

Bahan-bahannya :- .
πŸ‘‰ Nasi .
πŸ‘‰ 3 ulas bawang merah .
πŸ‘‰ 2 ulas bawang putih .
πŸ‘‰ Isi ayam .
πŸ‘‰ Telur .
πŸ‘‰ Carrot .
πŸ‘‰ Sayur kubis .
πŸ‘‰ Sawi .
πŸ‘‰ Cheese powder Fawwaz .
πŸ‘‰ Trio veggie powder Fawwaz .
πŸ‘‰ Planta naturel (sis guna yang tanpa kolestrol tu)

Cara penyediaan :- 1) Tumbuk bawang merah dan putih kemudian tumis bersama sedikit minyak

2) Masukkan isi ayam. Kemudian, masukkan carrot, sayur kubis dan sawi.

3) Kacau seketika sehingga sayur agak masak. Kemudian masukkan telur.

4) Masukkan nasi yang telah siap digaul dengan planta.

5) Akhir sekali, taburkan sedikit cheese powder dan trio veggie powder Fawwaz.

6) Siap dihidang!
Selamat mencuba ❀️

#fawwazmenu
πŸ’“ KUIH KERIA VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

keledek oren
krim keju
tepung gandum tanpa bahan peluntur
minyak untuk menggoreng

Cara Cara :

rebuskan keledek sehingga empuk dan toskan air .
kemudian lenyekkan keledek bersama krim keju .
masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh .
oleskan sedikit minyak pada kedua belah tapak tangan .
ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti donat .
ulang sehingga habis .
panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan .
angkat dan toskan .
kalau nak buat ala kuih keria gula melaka , boleh salutkan kuih dengan puree kurma sebagai pengganti gula .
baby sy tak makan manis jadi sy buat macam nie je , letak keju pun dah sedap πŸ˜„
selamat mencuba ! #8m
πŸ’“ SUP UDANG VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

pati minyak zaitun ( poo )
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
lobak merah
kentang
saderi
serbuk ikan bilis / cbb
udang ( dibuang kepala dan kulit )
daun sup
tomato
air secukupnya

Cara Cara :

panaskan minyak , tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu .
kemudian masukkan lobak merah , kentang , saderi dan air secukupnya .
masak sehingga mendidih dan sayur empuk .
masukkan pula udang , tomato dan serbuk ikan bilis / cbb .
masak seketika , tutup api dan taburkan daun sup .
siap πŸ’“ #1y
#Nasi_Ayam πŸšπŸ”
----------------------------
πŸ‘ΆπŸ» Isi Ayam
πŸ‘ΆπŸ» Halia
πŸ‘ΆπŸ» Rempah Tumis
πŸ‘ΆπŸ» Unsalted Butter
πŸ‘ΆπŸ» Bawang Putih (cincangkan)
πŸ‘ΆπŸ» Beras (rendamkan & toskan)

Cara Memasak πŸ₯°
⬇

πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Rebus isi ayam, halia & rempah tumis
πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Setelah masak, gunting / koyakkan isi ayam (supaya senang si manja makan)

πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Panaskan kuali & masukkan unsalted butter
πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Tumis bawang putih
πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Masukkan beras & gaul sehingga kering sedikit

πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Gunakan air rebusan ayam tadi untuk masakkan beras (saya lebihkan air rebusan untuk di jadikan nasi lembut / lembik buat si manja)
πŸ‘©πŸ»β€πŸ³ Campurkan isi ayam yang telah di gunting / koyak ke dalam beras untuk di masak sekali

❀ Lebihan air rebusan boleh buat sup

#Amsyar_11months
Senarai 20 makanan penambah berat bayi
==================================

1. Susu segar full cream (1y)
2. Susu soya (1y)
3. whole cream yoghurt (bukan yang berperisa) (8m)
4. Cheese (8m)
5. Pisang (6m)
6. Millet (6m)
7. Avocado (6m)
8. Sweet potato (6m)
9. Telur (8m)
10. Kentang (8m)
11. Unsalted butter (8)
12. Ghee (8m)
13. Peanut butter (10m)
14. Minyak zaitun (6m)
15. Kekacang (10m)
16. VCO (7m)
17. Kacang kuda (10m)
18. Dal (10m)
19. Kacang merah (10m)
20. Oat (6m)
First time ibu wt nugget ayam tuk my bby Haq! Sgt lembut, gebu n plg pntg sdp dr yg dijual kt luarπŸ˜‚πŸ˜‚.... yg pntg no salt,no sugar,no msg! Bila Haq dlm fasa x mw mkn nasi,ibu kena cr idea tuk bg Haq mkn! Enjoy your nugget syg

Bahan bahannya
Dada Ayam*
Nasi*
Bwg merah&bwg Putih*
Telur sebiji*
Sawi@bayam*
Cream cheese
Karrot(cincang kecil@sagat)
Daun bawang

Cara-cara
Blendkan kesemua bhn bertanda*.. nk blend,msukkan air sedikit sj(jgn smpi lmbik).. lps blend,brulah cmpur karrot,daun bwg n cream cheese. Kukus 20-25 minit... lps kukus, tgu biar sjuk dlu n bru potong ikut bntuk yg kita suka... frozenkan...kalo nk mkn trus, celup dlm telur n bread crumbs...x nk celup telur@bread crumbs pun bole... then grgkan! Sy grg gna minyk skit saja..

#haqfoodjourney
#9m++ _Ct Suhaida_
R O C K E T πŸš€ B R E A K F A S T ⁣
β€’pancakes ⁣
β€’strawberries ⁣
β€’banana ⁣
β€’grapes⁣
β€’apples

#10m
Haa ni untuk makan bukan untuk sensory play πŸ˜‚

Dragon Fruits Jelly! πŸ˜‹

1. Rebus agar agar tali, lebihkan air untuk jelly yg lembut..
2. masukkan susu segar dan 1sudu besar madu..
3. Masukkan dalam acuan dan potong cube dragon fruits. Bekukan dan siap!

#khadeejahsolidfoodjourney
#1year4month
#ummideejah