GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
724 subscribers
2.72K photos
370 videos
2 files
1.37K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
April 6, 2021
April 15, 2021
April 26, 2021
August 11, 2021
November 28, 2021
Jom baca sedikit berkenaan inflasi.

Persediaan kita dan keluarga adalah yang paling penting sekarang. Ambil iktibar dari keadaan ini, dan bayangkan worst-case-scenario that can happen dan buat persediaan awal. Di Amerika sudah pula mula bercakap berkenaan stagflation, dragflation, keadaan ekonomi yang berkemungkinan berada pada tahap hyper-inflasi, dan keadaan ini juga akan mempengaruhi pasaran saham.

I N F L A S I

Apa itu Inflasi?
Daripada perspektif ekonomi, inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang mewakili keseluruhan ekonomi negara. Ia adalah satu keadaan ekonomi dimana harga barang meningkat dan kuasa beli menurun, justeru menurunkan nilai matawang. Jika hari ini dengan jumlah duit yang sama, kita tidak dapat membeli barang yang sama seperti 10 tahun lepas.

Inflasi berlaku kepada semua negara di seluruh dunia, apa yang beza adalah tinggi atau rendah kadar inflasi. Ada sesetengah negara pernah dilanda hiper-inflasi.

Hiper-inflasi bermaksud kadar inflasi sangat tinggi sehinggakan harga boleh naik mendadak dalam hari yang sama, contohnya harga barang keperluan pada pagi harga RM10 boleh jadi RM12 pada sebelah petang.

Contoh negara terdekat yang teruk dilanda hiper-inflasi adalah Venezuela, hari ini kalau rakyat Venezuela nak beli telur ayam perlukan berbilion Bolivar Venezuela.😅

Rakyat Venezuela semuanya billionaire tetapi hakikatnya miskin sebab terkesan oleh kejatuhan ekonomi dan nilai matawang negara mereka. Kaya diatas kertas tapi realitinya miskin. 😢

Nilai duit kertas tidak mampu untuk membeli barang, ada yang gunakan duit kertas sebagai kertas untuk buat beg kraftangan. Duit kertas kembali kepada sifat asalnya sekeping kertas dan tiada nilai.

Lihat video tentang hyperinflation di Venezuela:
https://youtu.be/FHNW8riAIII

Inflasi turut berlaku di negara kita, dalam kadar sekitar 3-5% setiap tahun, namun kadarnya masih tinggi dan dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ia amat membimbangkan, ditambah dengan nilai matawang yang menurun.

Dulu mak ayah kita pergi kedai belanja barang dapur RM100 dapat penuh troli, hari ini RM100 kita cuma dapat 6-7 barang keperluan sahaja. Itulah kesan inflasi yang merompak kita dalam diam setiap hari tanpa kita sedar.

Salah satu usaha yang kita boleh buat untuk mengurangkan kesan inflasi adalah dengan membuat simpanan dalam bentuk emas, kuasa beli menggunakan emas tetap kekal dari dulu sampai ke hari ini dan seterusnya sampai bila-bila.

Rujuk kisah pada zaman nabi SAW pada 1400 tahun dulu meminta sahabat membeli seekor kambing dengan 1 dinar, hingga ke hari ini 1 dinar mampu membeli seekor kambing. Itulah kuasa beli emas.

Emas terbukti beribu tahun sebagai penyimpan nilai dan duit yang sebenar, gunakan emas sebagai pelindung kepada nilai harta kekayaan kita. Fakta yang semua tahu, nilai matawang menyusut, manakala nilai emas meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Jadi mana satu pilihan anda?

Rujuk kisah yang terjadi di negara Venezuela, nilai matawang jatuh kosong. Walaupun sebanyak mana simpanan dalam matawang, nilainya jatuh kosong.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan buat sesuatu sekarang kerana ekonomi dunia sedang bergolak. Jangan tunggu lagi. Kepada yang belum mula, mula sekarang, sekiranya anda tak mula sekarang, posisi kewangan anda tetap sama dan tak berubah, malah dikhuatiri terkesan dengan keadaan ekonomi di masa akan datang.

Klik link di bawah untuk daftar percuma dan saya akan bantu anda untuk mula buat simpanan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#inflasi
December 17, 2021
February 17, 2022
February 19, 2022
February 20, 2022
Harga emas berkeadaan tenang tapi menurun dibandingkan semasa pasaran ditutup Jumaat lepas, tetapi harga masih kukuh di atas paras USD $1,900. Namun ia berkemungkinan akan bergolak lagi minggu ini selepas mensyuarat Bank Pusat FOMC pada hari Rabu ini.

Menurut Bloomberg, Bond trader berpendapat Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sebanyak 1/4% point. Pasaran akan sekali lagi tersentak sekiranya Fed Chair Jerome Powell memberi indikasi semasa mesyuarat bahawa kadar inflasi semakin meningkat.

Apa Kesan Kenaikan Kadar Faedah terhadap harga emas?

Bila kadar faedah dinaikkan, pelabur akan beralih kepada pelaburan atau bond yang memberi peratus pulangan yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan aliran keluar wang kepada instrumen pelaburan seperti ini dan akan memberi kesan segera kepada pasaran saham dan berkemungkinan juga memberi kesan kepada harga emas.

Perancangan oleh Fed Reserve Bank Pusat Amerika untuk menaikkan kadar faedah adalah seperti tiada pilihan lain, kerana ia perlu dilaksanakan juga untuk membendung kadar inflasi yang tinggi.

Terkini kadar inflasi Amerika dalam bulan Februari sudah meningkat kepada tahap tertinggi iaitu 7.9% dalam 12 bulan, disebabkan peningkatan harga minyak, makanan dan kos perumahan. Ini merupakan tahap tertinggi dalam 40 tahun semenjak tahun 1982. Inflasi dijangka akan naik lebih tinggi berikutan penjajahan Russia ke atas Ukraine.

Keputusan akan dapat kita tahu dalam mesyuarat FOMC yang akan diadakan pada hari Rabu 16 March 2022.

Sedikit info mengenai kesan kenaikan kadar faedah.

Sejarah membuktikan, kesan penurunan harga emas tidak berlaku bila kadar faedah dinaikkan, malah harga emas meningkat.

Satu kajian semasa emas massive bull market yang berlaku pada tahun 1970, menunjukkan harga emas melonjak ke tahap tertinggi abad ke-20 sejurus setelah kadar faedah dinaikkan tinggi dengan pantas.

Harga emas melonjak dari bawah usd $50 seaun kepada harga yang tak dapat dibayangkan menghampiri usd $850 seaun. Ini satu situasi dimana harga emas ada “positive colleration” dengan kadar faedah dan menaik seiring dengan kenaikan kadar faedah. Saya pun tak boleh bayangkan kalau ini berlaku, yang ada simpanan yang banyak pasti akan mengambil peluang keemasan seperti ini.

Semasa emas berada dalam “bull market” 2000s, kadar faedah pula menurun dengan banyak sementara harga emas pula menaik.

Jadi tak banyak bukti menunjukkan kaitan secara langsung mengenai kesan harga emas terhadap kenaikan atau penurunan kadar faedah.

Kita pun dah saksikan sekarang walaupun kadar faedah menghampiri kosong, harga emas juga ada kalamya menurun.

Walaubagaimana pun harga emas dari tahun 2008 semasa berlakunya krisis kewangan global, terus naik maju kehadapan dan kini nilai emas meningkat mengkagumkan sebanyak 261% (anggaran RM80 per gram 2008 dan kini harga emas 13 Mac 2022 semasa artikel ini dituliskan ialah rm289 per gram).

The Bottom Line

Kenaikan kadar faedah akan menaikkan matawang dollar Amerika, jurus akan menurunkan harga emas kerana harga emas adalah diukur dengan matawang US. Namun fakta lain yang lebih memberi impak kepada harga emas ialah harga ekuiti di pasaran saham dan turun naik harga bersama dengan permintaan dan pengeluaran (Supply and Demand) adalah penggerak utama harga emas.

Impak segera yang lebih besar ialah kejatuhan harga saham di pasaran saham yang akan memberi kelebihan kepada emas sebagai satu pelaburan alternatif selain dari pelaburan ekuiti.

Kita nantikan satu lagi kesan jangkamasa pendek harga emas minggu ini, dimana mensyuarat FOMC akan diadakan pada hari Rabu 16 Mac 2022.

Apa-apa pun sebagai penyimpan atau pelabur emas fizikal kita perlu pandang jauh, kumpul untuk target yang lebih besar ie RM500 per gram.

Jom join team saya dan kami bantu untuk anda buat simpanan dengan strategi yang sesuai.

Tekan link di bawah untuk daftar percuma.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#inflasi
#ekonomi
March 14, 2022
Ringgit mengalami kejatuhan mendadak terburuk sejak 2021 menghampiri kejatuhan yang dicatatkan pada 2020.

Untuk mereka yang tak biasa monitor USD-MYR, inilah realiti yang sebenar berlaku kepada mata wang ringgit.

Kenapa benda ni penting untuk kita? Kerana kita tahu kebanyakan komoditi dan makanan di Malaysia di import dari luar dan kejatuhan ringgit ini akan memberikan kesan kepada harga barang di pasaran runcit.

Macam mana benda ni boleh berlaku, adakah Malaysia dah nak bankrap? Hal ini berlaku disebabkan oleh expectation pada polisi bank pusat US untuk meningkatkan kadar interest sebanyak lebih dari 50 mata asas dan juga tightening of money supply di pasaran US.

Kalau kita lihat pada pergerakan mata wang serantau berbanding USD, juga mencatatkan kejatuhan dan ini adalah perkara yang dialami oleh mata wang yang lain.

Apa kesan seterusnya? Sudah tentu bagi mengstabilkan mata wang tempatan, bank negara akan meningkatkan meningkatkan kadar pinjaman dan melakukan tightening of monetary policy.

Sebelum ini kebanyakan penganalisa menyasarkan kenaikan sebanyak 25-50 mata asas, tetapi dengan perkembangan semasa tidak mustahil kenaikan sehingga 75 mata asas berkemungkinan boleh berlaku.

Ini seterusnya akan meningkatkan kadar pinjaman untuk pengguna. Sebagai contoh anda membayar loan rumah sebanyak 2245 sebulan, selepas kenaikan anda akan membayar sekitar 2459 sebulan.

Jika anda mempunyai hutang sedia ada, atau tengah merancang nak buat hutang baharu, maka fikir lah masak-masak kerana anda berkemungkinan akan membayar kadar faedah yang lebih tinggi selepas ini.

Buatlah tindakan bijak hari ini dengan bermula dengan simpanan emas. Ini antara sebab kenapa ramai yang dah mula membuat simpanan emas berbanding simpanan duit (matawang)

Nilai matawang menyusut dalam sesuatu jangkamasa. Dengan keadaan krisis ekonomi global sekarang penyusutannya akan lebih cepat.

Orang kaya mengalihkan pelaburan mereka kepada emas untuk melindungi duit mereka dari kejatuhan nilai matawang. Seperti apa yang berlaku sewaktu Krisis Kewangan Asia (atau krisis matawang Asia) pada tahun 1997, dimana banyak business gulung tikar bila matawang jatuh lebih 50%. Sebagai contoh jika seseorang mempunyai simpanan duit sebabyak RM100,000 dengan kejatuhan matawang ini nilai duit itu menjadi RM50,000.

Kebanyakan penyimpan menyimpan emas untuk membina kekayaan mereka. Ada yang menyimpan sebagai pelindung (backup) atau untuk mencapai sesuatu matlamat dengan lebih cepat.

Orang business cuba fikir, dengan ekonomi sekarang sekiranya modal pusingan anda dalam bentuk matawang ie ringgit apa akan jadi?

Sudah tentu modal pusingan anda tidak akan mencukupi lagi untuk menampung kos yang diperlukan untuk meneruskan business anda seterusnya. Jadi jangan berdiam diri dan mula sekarang kerana anda perlu masa untuk mengumpul. Berbeza dengan matawang, emas kalis inflasi dan nilainya berkembang. Dalam ekonomi yang mengalami hyperinflasi harga emas melambung tinggi kerana ramai pelabur akan beralih kepada pelaburan emas.

Harap dapat sedikit maklumat!

Kepada yang belum bermula, boleh daftar secara percuma di link bawah

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#inflasi
#kejatuhannilaimatawang
April 28, 2022
July 3, 2022