GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
SEJARAH HARGA EMAS

Ikuti sejarah harga emas yang proven menaik dalam jangkamasa panjang !!!

Boleh lihat harga emas Ringgit Malaysia di https://goldprice.org dimana harga emas dunia dalam dolar berbeza dengan harga emas dalam ringgit Malaysia.

Apa yang kita perlu tahu ialah harga emas yang dipaparkan di sini adalah harga emas maya (spot gold). Harga ini lebih murah dari harga fizikal kerana harga fizikal ada kos pembuatan dan sebagainya.

Harga emas dalam ringgit Malaysia juga dipengaruhi oleh nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding dolar.

Sebagai contoh bila kita mengalami inflasi, ia mempengaruhi nilai matawang kerana kita memerlukan lebih banyak jumlah ringgit untuk membeli barang atau mendapatkan perkhidmatan yang sama sebelum itu. Ini bermaksud nilai matawang ringgit menyusut. Bila nilai matawang ringgit menyusut sudah tentu harga emas Malaysia akan naik kerana harga emas juga diukur dalam dolar Amerika. Jadi bila ditukar ke ringgit Malaysia sudah tentu harga emas akan naik walaupun harga emas dunia tiada kenaikan.

Contoh harga emas dunia Sept 2011 iaitu 1800 us/oz harga emas Malaysia adalah RM190 segram, manakala pada harga emas dunia yang sama 1800 us/oz harga emas Malaysia berharga RM263 segram.

Satu lagi contoh adalah pada gambar ketiga di atas menunjukkan 3 point dimana harga emas seaun sama iaitu ia berada pada usd1,200 tetapi harga emas di Malaysia walaupun untuk berat yg sama harganya berbeza.

Point 1, harga pada 7 Mei 2015, RM149 segram.

Point 2, harga pada 2 Jan 2016, RM159 segram.

Point 3, harga pada 21 November 2018, RM177 segram.

Sepatutnya harga emas sama, sebab berada pada titik yang sama. Betul tak?

==> Nampak tak bagaimana nilai matawang kita menyusut. Walaupun di Amerika boleh membeli dengan harga yg sama untuk berat yang sama, tapi tidak di Malaysia.

Dalam contoh di atas, kita perlu membayar lebih banyak jumlah ringgit untuk memperolehinya berat emas yang sama.

Berbeza dengan aset lain seperti tanah, rumah yang memerlukan modal yang banyak untuk memperolehinya, emas adalah aset modal kecil yang boleh dimiliki dengan hanya RM100 melalui akaun emas, juga melalui kemudahan Easy Payment Purchase Patuh Syariah 6x atau 10x.

Ayuh, sekiranya anda dah nampak, kongsikan kepada adik beradik, kawan2 tentang kelebihan emas dan kemudahan yang ada di Public Gold.

Kumpul emas sedikit demi sedikit sebagai penyelamat kejatuhan nilai matawang melalui kemudahan simpanan yang disediakan oleh Public Gold.

Kini harga emas sudah mencecah RM279 segram. Jangan tunggu lagi kerana harga ini akan pergi lebih jauh. Harga emas tertinggi ialah pada harga RM304 pada Ogos 2020.

Bayangkan harga emas sudah mencecah RM500/g. Ada 2 senario:

1. Anda tersenyum syukur kerana when it gets to that price, simpanan anda sudah mencecah beratus-ratus gram dan simpanan anak-anak juga sudah banyak.

2. Anda menyesal sebab tak mula-mula lagi, 1 gram pun anda tak ada tapi duit tetap habis.

Bertindak tukar wang kepada emas segera, klik link di bawah untuk daftar percuma, daftar juga untuk ibu ayah, anak-anak anda dan mulakan simpanan sekarang kerana keadaan ekonomi dunia sekarang telah berada pada tahap inflasi yang sangat tinggi.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#sejarahhargaemas
#simpananemas
#inflasi