GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Tahniah Public Gold!!! satu pencapaian yang mengkagumkan dan kami penyimpan dan pelabur sangat berbangga berada bersama2 dengan syarikat jual beli emas patuh syariah terbesar di Malaysia yang sangat kukuh.

Kini Public Gold sudah memiliki bangunan / menara sendiri di KL dengan pembelian menara JCorp di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Satu pencapaian yang hebat dalam tempoh 15 tahun sejak penubuhannya dan kini sudah mempunyai lebih dari 700,000 penyimpan.

Public Gold juga akan berkembang lebih besar di negara Indonesia dengan pembukaan 12 cawangan. Tiga cawangan beroperasi iaitu di Jakarta, Bandung dan Yogjakarta.

Tahniah Public Gold!!!

Sewaktu kita dilanda krisis ekonomi yang teruk, syarikat2 atau business lain banyak gulung tikar atau tidak dapat lagi memberi dividen yang tinggi kepada pelabur-pelaburnya, prestasi Public Gold disebaliknya.

Kenapa ya?

==> Kerana ramai pelabur-pelabur besar telah mengalihkan pelaburan mereka kepada emas untuk melindungi kekayaan mereka dari kejatuhan matawang.

==> Kerana ramai yang mengalihkan pelaburan mereka kepada emas sebagai aset selamat ketika ekonomi merosot.

==> Kerana ramai sudah sedar dan tidak mahu membiarkan pelaburan mereka berada pada instrumen pelaburan yang pulangannya tidak lagi menguntungkan sewaktu krisis ekonomi.

==> Kerana ramai sudah sedar nilai matawang menyusut dan boleh jatuh kosong seperti mana yang telah berlaku di sesetengah negara. Mereka mengalihkan dari simpanan dalam bentuk matawang kepada simpanan dalam bentuk emas.

==> Kerana ramai sudah sedar sekiranya ada satu2 matlamat yang hendak dicapai, melalui simpanan emas matlamat itu dapat dicapai dengan lebih cepat kerana nilai emas meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Ramai telah sedar bila mereka menyimpan dalam bentuk matawang ie ringgit, kerana nilainya menyusut ie kuasa belinya menurun, walaupun simpanan mereka dah banyak, mereka masih tidak dapat capai matlamat mereka. Kerana apa ya? Sebab by the time duit dah banyak dalam simpanan, barang2 dah naik harga… mereka seakan2 terkejar2. Ini belum lagi ditambah dengan isu kebocoran duit.

Belum lagi mula buat simpanan? Daftar percuma di link bawah sekarang dan saya akan contact untuk bimbingan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli


#ShuhaidaRamli
#Gold4u
#Publicgold
#menarapublicgold
#simpananemas
Perkongsian dari seorang penyimpan emas dari team Gold4u yang sangat beremosi, katanya 5 Dinar EPP yang dia buat akhir tahun lepas tinggal lagi 2 payment saja dan dia sangat terharu dan bersyukur kerana sudah capai tahap simpanan setakat ini, katanya kalau dia tak buat apa-apa tindakan dulu, dia masih tiada simpanan apa-apa sekarang.

Dia telah teruskan dgn cara ini dan sudah pun mengambil peluang harga emas rendah kali ini dengan EPP.

Syukur Alhamdulillah.

Ramai yang masih teragak-agak untuk mulakan. Masih berfikiran mahu dapat untung cepat. Saham pun tak akan dapat memberi pulangan yang cepat kecuali anda mahir dengan teknik pasaran saham jangkamasa pendek.

Simpanan untuk masa hadapan ibarat orang yang berusaha penat lelah gigih menanam pokok durian untuk dapatkan hasilnya di kemudian hari. Ia perlu perancangan, matlamat yang jelas dan usaha untuk meraih pulangannya di masa hadapan.

Instrumen pelaburan emas lain sedikit kerana ia boleh dijadikan sebagai pelindung kejatuhan matawang, sebagai modal pusingan, sebagai backup, dan untuk mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Nasihat saya untuk penyimpan / pelabur emas fizikal

Ambil peluang harga emas turun naik jangkamasa pendek untuk mengumpul gram simpanan emas anda secara konsisten.

Focus kepada pengumpulan gram. Bila kita konsisten ada kala kita membeli harga tinggi, ada kala kita membeli pada harga rendah. Teruskan focus kepada pengumpulan gram emas anda.

Juga ambil peluang guna teknik EPP bila harga emas rendah untuk miliki gram yang lebih besar.

Bila kita konsisten, dan guna teknik tertentu, purata harga emas pegangan kita akan menurun.

Sila baca lanjut mengenai strategi pemurataan kos di sini

https://gold4ubiz.com/strategi-dan-konsep-menyimpan-atau-melabur-dengan-pemurataan-kos-cost-averaging/


Ambil peluang kenaikan harga emas jangkamasa panjang untuk kembangkan nilai pelaburan anda. Bagaimana ni? Bila kita pandang jauh, ada matlamat, ada target dan konsisten, simpanan emas kita juga akan bertambah.

Dan bila harga emas naik tinggi di masa hadapan, mestilah nilai emas anda lagi tinggi bila simpanan emas terkumpul anda banyak.

Nilai simpanan terkumpul 10g/50g tak akan sama pulangannya dibandingkan dengan nilai simpanan terkumpul 100g/200g/500g etc.

Betul tak?

Harap info bermanfaat untuk pembaca.

Belum mula lagi?

Belum daftar untuk pasangan atau anak-anak lagi?

Sila daftar percuma di link bawah untuk mulakan simpanan anda …

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#SimpananEmas
#StrategiSimpanEmas
Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.

Ia adalah satu kaedah yang digunakan oleh 5 portfolio penyimpan emas di bawah bimbingan saya:

1) Penyimpan emas jangkamasa panjang yang membeli dan mengumpul sedikit demi sedikit untuk perolehi gram yang besar untuk capai sesuatu matlamat.

2) Pelabur yang mempelbagaikan pelaburan mereka dengan mengagihkan pelaburan mereka kepada pelaburan emas untuk mengimbangi risiko pelaburan kerana mereka faham impak sesuatu pelaburan terhadap keadaan ekonomi semasa berbeza.

Selain dari emas fizikal, ada diantara mereka memilih akaun emas GAP untuk simpanan gram emas yang banyak sebagai permulaan, dan meneruskan simpanan mereka dengan konsisten untuk mengumpul gram emas yang lebih banyak.

3) Penyimpan yang ada simpanan jangkamasa panjang dalam bentuk matawang ringgit yang banyak mengalihkan simpanan ringgit kepada simpanan emas, untuk melindungi duit mereka dari kejatuhan nilai matawang.

4) Bagi penggemar emas fizikal untuk simpanan sendiri, mereka juga memilih Akaun Emas GAP sebagai platform untuk mereka mengumpul emas sikit-sikit untuk mengeluarkan emas fizikal yang lebih besar.

5) Penyimpan emas yang membuka akaun dan mengalihkan simpanan jangkamasa panjang anak-anak mereka kepada simpanan emas

Yang penting semua perlu tahu bahawa akaun emas GAP bukan akaun emas digital yang hanya boleh nampak nombor saja.

Boleh baca info lanjut mengenai akaun emas GAP di link bawah dan ambil peluang untuk daftar akaun simpanan emas anak-anak sebagai tabung yang boleh mengembangkan nilai simpanan mereka.

Untuk anak-anak ==>
Dulu PILIH simpanan ringgit, sekarang dah ada ilmu PILIH simpanan emas

Fakta:
1) Nilai duit menyusut dalam jangkamasa panjang, malah penyusutan akan lebih cepat bila kita berada dalam ekonomi global yang kadar inflasinya sangat tinggi

2) Nilai emas meningkat dalam jangkamasa panjang, malah dalam ekonomi global yang tidak stabil dan “volatile”, akan tiba masa nilai emas melonjak bila demand tinggi.

Jadi untuk simpanan jangkamasa panjang untuk anak-anak ataupun untuk simpanan hari tua, yang mana pilihan yang lebih tepat?


https://publicgold.me/shuhaidaramli/akaun-gap

#ShuhaidaRamli
#SimpananEmas
#Gold4U
#Emas2U #AmazingJE24K
𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒?

Ini cerita benar kawan saya sendiri bertanya kepada saya. Beliau baru pencen dan kalau tenguk pangkatnya dan tahun perkhidmatan, duit KWSP beliau paling minima ialah 1 juta ringgit.

Beliau bertanya, apa pendapat saya? Patutkah beliau mengalihkan sebahagian dari duit KWSP kepada emas.

Jawapan saya sangat simple:

☑️ Gunalah duit itu untuk membayar segala komitment hutang sekiranya masih ada
☑️ Alihkan kepada simpanan emas jumlah bahagian yang tidak akan digunakan dalam masa 3 tahun
☑️ Untuk masa hadapan anak-anak agihkan bahagian kepada simpanan emas untuk setiap anak, sebagai permulaan untuk anak juga membuat simpanan emas untuk masa hadapan mereka

#ShuhaidaRamli

Di bawah adalah satu contoh dari mentor untuk senang faham.

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, simpan emas sebagai simpanan jangkamasa panjang, dan kalau bajet tak besar, mulakan juga simpan emas kerana kemudahan sudah ada di mana semua orang boleh simpan emas dalam akaun emas serendah RM100 atau menggunakan kemudahan Easy Payment Purchase di Public Gold.

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nampak tak… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?


#simpananemas #kwspvsemas #Gold4u #Emas2u #JE24K
Petikan dari tulisan Azizi Ali; Pakar kewangan Malaysia

TUKARKAN WANG KERTAS KEPADA HARD ASSETS

1. Salah satu realiti kehidupan ialah inflasi. Dan sepertimana kita semua tahu, inflasi mengurangkan kuasa belian wang kertas dan punishes savers.

2. Worse, oleh kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang, nilai ringgit telah jatuh dari paras sekitar $1 = RM3 lima tahun lepas ke paras sekitar $1 = RM4.7 sekarang (tarikh 17/10/22).

3. And by the look of things, situasinya tidak akan menjadi lebih baik dalam masa2 terdekat. Malah ianya mungkin akan menjadi lebih buruk di masa depan.

4. Bagaimanapun, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk melindungi diri dan keluarga daripada kesan2 buruk ini. Salah satu langkah tersebut ialah dengan MENUKAR WANG KERTAS KEPADA HARD ASSETS SEPERTI HARTANAH DAN EMAS. Ini adalah kerana hard assets akan mengekalkan nilainya walaupun ketika wang kertas jatuh nilai.

5. Saya merupakan Dealer Public Gold dan akan membantu anda mulakan simpanan emas. Tiada komitmen bulanan dan boleh mula serendah RM100 sahaja dalam Akaun Emas GAP Public Gold.

Boleh dapat maklumat lanju dan daftar percuma di link website saya di bawah atau boleh hubungi saya (link whatsapp ada juga di website) untuk bimbingan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#Gold4u #Emas2u #JE24K
#SimpananEmas
Perkongsian daripada team Dealer. Good info, semoga bermanfaat.

𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 10 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀.

1. Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit.

2. Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

3. Emas boleh dijual atau di ar rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin mencari.

4. Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Tenang je.

5. Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

6. Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila ambil tahu tentang zakat apabila anda menyimpan emas.

7. Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh sesiapa pun, ia tanggungjawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pula.

8. Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh cuba gigit, Takde masalah, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

9. Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan emas.

10. Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri daripada memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.

These are my thoughts 💭 #ShuhaidaRamli

==> Tak rugi buat simpanan. Yang rugi tak ada simpanan apa-apa dan anda tak ada backup bila perlu wang emergency.

Yang bagus mengenai simpanan emas ini ialah semasa kita masih mengumpul, dan sekiranya kita memerlukan wang emergency, kita boleh guna (gadai/arrahnu) emas untuk dapatkan pinjaman sementara dan tebus balik bila keadaan kewangan pulih semula. Duit dapat, emas masih ada.

Bestnya kan?, emas jadi alat pinjaman peribadi. Habis bayar dapat emas balik.

Kalau pinjaman bank, habis bayar, tak dapat apa-apa. 🤔

==> Bila dah simpan. Tak rugi kita merancang supaya kita boleh konsisten menyimpan. Yang rugi kalau tak buat perancangan yang betul dan duit anda tiap-tiap bulan habis begitu saja.

Memang rugi bila tak konsisten. Bayangkan bila dah sampai 2 atau 3 tahun hadapan simpanan anda masih beberapa gram saja. Sebab dalam jangka panjang, ie pada masa tu harga emas sudah meningkat dan harga sekarang sudah menjadi sejarah.

Sekiranya anda dah ada 10 Dinar (seperti dalam gambar ini). Ia bermakna anda sudah berjaya simpan sebanyak RM11,479 (harga emas hari ini 25 Oct 2022).

Kalau nak simpan duit sebanyak itu, memang susah, berbeza dengan simpanan emas, sedang kita mengumpul kemungkinan besar jumlah simpanan duit itu akan berkurang kerana chances kita menggunakannya sangat tinggi. Bukan hanya jumlahnya berkurang, nilainya pun menyusut.

Got it!

Jom simpan emas, buka juga akaun simpanan emas untuk anak-anak. Akaun anak adalah akaun jangka panjang, sangat sesuai dan menguntungkan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#SimpananEmas
#ShuhaidaRamli
#Gold4u
#Emas2u
#JE24K
Jom semua sama-sama pasang target untuk capai 1kg.

Kepada yang belum mula, cepat mula sekarang dgn kaedah yang sesuai, paling kurang mula dgn belian minima RM100 dalam akaun emas. Jadikan akaun simpanan emas sebagai tabung jangka panjang.

Tak mula, 5 tahun lagi posisi anda akan masih sama seperti sekarang. Simpanan emas masih kosong. Sangat rugi kerana anda sudah terlepas peluang menabung selama 5 tahun.

Kepada yang sudah mula, yang penting ialah merancang perbelanjaan supaya boleh menabung secara konsisten.

Hanya dengan konsisten, simpanan emas anda akan terkumpul dgn banyak dalam masa 5 tahun akan datang.

Kepada yang ada simpanan jangka panjang dalam bentuk matawang (duit), fikir panjang, kalau anda biarkan saja simpanan dalam bentuk matawang, walaupun jumlahnya banyak, anda rugi kerana nilai simpanan anda sebenarnya menyusut kerana nilai duit menyusut dari tahun ke tahun.

Berbeza dengan emas, nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga 1 kg dalam video ini pada tahun 2018 telah menjadi sejarah. Harga 1kg hari ini akan menjadi sejarah juga 5 tahun akan datang.

Klik link di bawah untuk daftar dan mula sekarang.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#shuhaidaramli #gold4u #emas2u #je24k #simpananemas #tabunganemas #investasiemas #publicgold #publicgoldindonesia
[ FAKTA DUIT DAN EMAS ]

Bertahun-tahun simpan kekayaan dalam bentuk duit semata-mata, apa yang kita dapat?

1. Duit sentiasa bocor dibelanjakan.
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun (inflasi).
3. Tak sempat kumpul dana kecemasan asbab duit selalu bocor.

Tapi, apa kita akan dapat kalau tukar duit kepada aset seperti emas ?

1. Simpanan tak bocor.
2. Nilai emas semakin meningkat.
3. Mudah nak capai dana kecemasan dan bertahan ketika gawat.

Kata pakar, orang yang ada duit tak semestinya ada emas.

Tetapi orang yang ada emas, sudah tentu ada duit.

Jom simpan emas !
https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli #Gold4u
#je24k #amazingJE24K
#SimpananEmas
𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟

Saya sangat yakin semua orang teringin nak memiliki 1000gram (1kg) Emas...

Tapi tak semua yang mampu dan berjaya simpan 1kg Emas walaupun gaji mereka lebih RM20ribu sebulan... Tetapi ramai juga yang mampu capai 1kg walaupun berpendapatan kecil dan sederhana.

Apa-apa pun bukan besar mana pendapatan menjadi ukuran kekayaan seseorang. Apa yang menjadi ukuran ialah berapa banyak simpanan yang ada.

Sebagai contoh sudah ramai pelajar-pelajar yang bermula buat simpanan emas walaupun mereka belum bekerja. Mereka ini akan kaya dengan emas sebelum mereka bekerja.

Apa-apa simpanan atau pelaburan yang kita buat perlu strategi yang betul..

Apakah strategi itu? Inilah formula strategi yang selalu saya tekankan sebelum ini, iaitu kita kena ada iMTP. Boleh baca posting saya sebelum ini mengenai iMTP 👇

https://t.me/ShuhaidaRamli/894

In sya allah dengan ILMU, MATLAMAT YANG JELAS, TARGET dan PERANCANGAN KEWANGAN yang betul sesiapa saja mampu memiliki 1kg Emas...

Bila iMTP sudah ada:

Kita akan lebih berdisiplin kerana semua sudah diatur dengan baik
Bila ada matlamat yang jelas kita tahu kenapa kita membuat simpanan
Bila kita ada target, kita boleh susun target yang kecil untuk capai target yang besar. Kita set milestones achievement. Sebagai contoh untuk capai 1 kg, kita susun target milestone untuk 100g, 200g, 500g and so on.
Kita faham ilmu penting supaya pengetahuan kita solid dan tak ikut-ikut orang, in fact dengan ilmu ia bukan hanya memberi manfaat kepada kita, tetapi yang lebih baik bila kita berkongsi ilmu itu pula kepada yang lain supaya yang lain pun dapat manfaatnya..

Best tak formula iMTP ini… ???

1kg Emas memang nampak besar tapi nak simpan Emas tak perlu modal yang besar pun.

Kita boleh mula simpan Emas dengan mana-mana cara yang sesuai mengikut bajet kita, paling rendah kita beli dan kumpul 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...

Nak tahu 3 cara simpanan emas? boleh klik link dibawah ini.

Saya guna ketiga-tiga cara serentak
Belian tunai untuk item kecil seperti 0.5g, 1g goldbar, 1/4 dan 1/2 dinar.
Belian Easy Payment Purchase 10x bayar untuk item 100g ke bawah. Cara ini saya boleh miliki gram yang besar dengan membayar sedikit-sedikit setiap bulan
Akaun emas saya jadikan tabung saya untuk saya beli dan kumpul dan target gram yang besar, sebagai contoh untuk capai 1kg

https://publicgold.me/shuhaidaramli/cara-beli-emas

Share posting ini dengan adik beradik, sahabat-sahabat dekat anda

Jom join Telegram channel saya untuk mendapat info terkini dan menambah ilmu mengenai simpanan / pelaburan emas.

https://t.me/ShuhaidaRamli

#ShuhaidaRamli
#Gold4u #simpananemas
#1kg1keluarga
Saya masih lagi menerima soalan bertanyakan kenapa perlu buat pelaburan emas dan simpan emas?

Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak nampak potensi dan kenapa perlu membuat pelaburan emas dan simpan emas.

⭐️Sebab utama ramai memilih menyimpan emas bukanlah hanya untuk menjadi kaya raya, tetapi bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan lebih cepat. Kalau kita tenguk graph perkembangan emas pun kita nampak kan ? bagaimana nilai duit kita yang kita labur boleh berkembang.

Dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk matawang, sebagai contoh duit RM100 sekarang tidak lagi boleh membeli barang yang sama seperti beberapa tahun yang lepas. Jadi untuk mencapai sesuatu tujuan dengan menyimpan duit yang nilainya menyusut, amatlah sukar dan mengambil masa yang lama, seakan terkejar-kejar, duit terkumpul dah banyak masih lagi tak cukup-cukup.

Ini adalah kerana duit kita semakin berkurang nilainya disebabkan oleh inflasi. Dalam bahasa yang mudah, inflasi membawa maksud harga barang meningkat atau kuasa membeli berkurang.

Berbeza dengan emas, contoh (lihat graph) sekiranya kita membeli 1g emas pada tahun 2016 pada harga RM181, nilai 1g emas kita sekarang sudah lebih dari RM300. Dengan peratus kenaikan yang sama, harga emas boleh mencecah lebih RM400/RM500 masa hadapan. Ini baru 1g. Kebanyakan penyimpan emas yang telah bermula awal, mempunyai beratus-ratus gram terkumpul, malah ramai juga yang telah mencapai simpanan emas sehingga berkilo.

⭐️ Dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, penting untuk kita review balik portfolio pelaburan mengikut keadaan ekonomi semasa. Rugi kalau dibiarkan begitu saja, kerana dalam keadaan ekonomi global sekarang syarikat-syarikat saham yang dulunya boleh memberi dividen yang tinggi, tidak akan lagi boleh berbuat demikian, malah peratus dividennya rendah dan berkemungkinan besar di bawah peratus kadar inflasi.

⭐️ Selain daripada itu, emas juga adalah aset yang bernilai yang boleh dikumpul sedikit-sedikit dan boleh dicairkan (dijual) bila-bila masa dengan cepat. Jadi jangan rasa rugi simpan emas, sebenarnya kita juga mengumpul harta dan semua mampu mengumpul harta dengan emas.

Emas adalah aset yang mampu dikumpulkan oleh sesiapa saja juga atas tujuan untuk membeli aset yang lebih besar seperti rumah.

Rumah, tanah adalah aset. Semua mahu memiliki rumah dan tanah. Cuma ia memerlukan dana yang sangat tinggi dan memerlukan deposit yang tinggi dan kewangan yang baik untuk mendapat pinjaman perumahan.

Dengan emas, ramai mampu mengumpul dan mencairkan untuk dijadikqn sebagai deposit rumah.

Ramai juga telah menjadikan akaun emas GAP sebagai “supporting” dokumen untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Jadi banyak sangat kegunaannya dan jangan rasa rugi menyimpan emas kerana dalam proses menyimpan, emas mudah dicairkan sekiranya dana kecemasan diperlukan.

Bottom line, emas akan menyelamatkan kedudukan kewangan dan nilai duit kita pada masa akan datang.

Beli dan simpanlah emas bermula dari sekarang. Yang penting kita konsisten supaya simpanan emas kita bertambah. Saya doakan kepada semua yang membaca posting ini dapat capai simpanan emas sehingga berkilo. Aamiin…

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#Gold4u #Emas2u #JE24K
#SimpananEmas #tabunganemas #investasiemas
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wow terkejut saya tenguk pendant ni cantik sangat. Teruja terus nak share kepada semua..

Sambil menyimpan boleh melaram best tak?

Siapa yang buntu nak bagi hadiah apa kepada yang tersayang atau hadiah kawan2 yang akan bersara atau juga sebagai hantaran.. hadiah ini terbaik kerana nilai 1/2 dinar ni akan berkembang. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya.

Bestkan bagi hadiah macam ni.

Boleh juga hadiah pada diri sendiri 😬

Cepat grab sebab hari ni ada promo diskaun RM100 dengan menggunakan kod DP100AH

#shuhaidaramli #gold4u #emas2u #JE24K #hadiahanniversary #hadiah #simpananemas


https://t.me/Gold4uPGJewel/457
🌟 *Adakah anda pemenang bertuah yang seterusnya?*🌟

Kami sedang mencari pemilik PG Code PG1500000 untuk membawa pulang hadiah istimewa Gold Bar 1 gram bersama Introducer anda! 🏆 Kedua-duanya akan menerima hadiah eksklusif ini sebagai tanda penghargaan kami! 🎁

Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi, jadi nantikan dengan penuh debaran! Untuk semua PGBO, ini adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan manfaat simpanan emas Public Gold kepada pelanggan baharu anda 💫

💛 Simpanan Emas untuk Masa Depan Terjamin!
💛 1 Bulan, 1 Gram

Teruskan langkah bijak menyimpan emas dan jadikan masa depan anda lebih cerah dan berjaya! 💫

#GoldBar1Gram #PublicGold #PemenangBertuah #GoldBar #PGBO #PublicGoldBusinessOwner #SimpananEmas
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🎊 *TAHNIAH BUAT PEMILIK PG CODE PG1500000*🎖

Public Gold dengan bangganya kini mengumumkan rekod baru tercipta dengan 1.5 Juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada pemilik bertuah bagi PG Code PG1500000 🥳

𝓣𝓪𝓱𝓷𝓲𝓪𝓱 kepada pemegang PG Code PG1500000 : HALEEMAH BEE BINTE MOHAMED HIDAYATULLAH dan

Introducer AMIMAH UMMAH BINTE MOHAMED HIDAYATULLAH SAHIB PG01376430 yang telah memenangi Gold Bar 1gram (Au 999.9) setiap seorang 🎉

Mulakan simpanan emas anda hari ini demi kehidupan yang lebih baik dengan Public Gold 🪄

Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemilik bertuah sama yang akan memenangi hadiah seterusnya untuk PG Code PG 1,550,000 👀‼️

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#PublicGold #pemenangbertuah #tahniah #goldsavings #pgbo #simpananemas #luckycustomer #goldbar #bungamas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
JANGKAAN HARGA EMAS USD $3000 SEAUNS TAHUN DEPAN ‼️

Dijangka harga emas akan terus meningkat pada tahun 2025. Kebanyakan pakar berpendapat logam berharga itu boleh meningkat antara AS$2,900 dan AS$3,000 seauns, atau lebih tinggi lagi.

Antara sebab adalah:

💁🏻‍♀️Pembelian bank pusat: Bank pusat di seluruh dunia membeli emas sebagai pelaburan yang selamat, terutamanya China.

💁🏻‍♀️Ketegangan geopolitik: Krisis geopolitik dan dasar ekonomi dijangka terus menyokong harga emas.

💁🏻‍♀️Inflasi: Emas adalah lindung nilai yang berkesan terhadap tekanan inflasi yang meningkat.

💁🏻‍♀️Kadar faedah: Kadar faedah global dijangka menurun.

💁🏻‍♀️Rintangan psikologi: $3,000 ialah nombor bulat yang dianggap oleh ramai pelabur sebagai tahap rintangan psikologi utama.

💁🏻‍♀️Aliran bermusim: Aliran bermusim mencadangkan rali yang kukuh pada bulan Mac dan April 2025.

Harga emas kini berada diparas USD $2610 seauns dengan harga Public Gold berada pada RM409 segram. Dengan jangkaan kenaikan harga emas pada paras USD $3,000 seauns pada tahun 2025, harga emas boleh mencapai paras RM480 segram.

Bila nilai emas makin naik! Ini sebenarnya menunjukkan bahawa nilai wang (kuasa beli duit) menurun kerana kita perlu tambah lagi duit untuk membeli setiap gram emas.

Jadi jangan tunggu-tunggu lagi rebut peluang sekarang untuk menambah simpanan anda serendah RM100 untuk kumpul emas sedikit demi sedikit melalui SIMPANAN EMAS GAP PUBLIC GOLD

Kepada yang belum mula boleh mula dengan simpanan emas GAP

https://publicgold.me/shuhaidaramli/akaun-gap


Kepada yang dah mula, buat autodebit untuk simpanan dalam akaun emas GAP. Dengan kemudahan ini, simpanan emas akan meningkat secara berterusan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli/auto-debit-gap


#emas #jangkaanhargaemas2025 #pelaburanemas #simpananemas #pelaburanemaspublicgold