GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Jom semua sama-sama pasang target untuk capai 1kg.

Kepada yang belum mula, cepat mula sekarang dgn kaedah yang sesuai, paling kurang mula dgn belian minima RM100 dalam akaun emas. Jadikan akaun simpanan emas sebagai tabung jangka panjang.

Tak mula, 5 tahun lagi posisi anda akan masih sama seperti sekarang. Simpanan emas masih kosong. Sangat rugi kerana anda sudah terlepas peluang menabung selama 5 tahun.

Kepada yang sudah mula, yang penting ialah merancang perbelanjaan supaya boleh menabung secara konsisten.

Hanya dengan konsisten, simpanan emas anda akan terkumpul dgn banyak dalam masa 5 tahun akan datang.

Kepada yang ada simpanan jangka panjang dalam bentuk matawang (duit), fikir panjang, kalau anda biarkan saja simpanan dalam bentuk matawang, walaupun jumlahnya banyak, anda rugi kerana nilai simpanan anda sebenarnya menyusut kerana nilai duit menyusut dari tahun ke tahun.

Berbeza dengan emas, nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga 1 kg dalam video ini pada tahun 2018 telah menjadi sejarah. Harga 1kg hari ini akan menjadi sejarah juga 5 tahun akan datang.

Klik link di bawah untuk daftar dan mula sekarang.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#shuhaidaramli #gold4u #emas2u #je24k #simpananemas #tabunganemas #investasiemas #publicgold #publicgoldindonesia
Saya masih lagi menerima soalan bertanyakan kenapa perlu buat pelaburan emas dan simpan emas?

Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak nampak potensi dan kenapa perlu membuat pelaburan emas dan simpan emas.

⭐️Sebab utama ramai memilih menyimpan emas bukanlah hanya untuk menjadi kaya raya, tetapi bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan lebih cepat. Kalau kita tenguk graph perkembangan emas pun kita nampak kan ? bagaimana nilai duit kita yang kita labur boleh berkembang.

Dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk matawang, sebagai contoh duit RM100 sekarang tidak lagi boleh membeli barang yang sama seperti beberapa tahun yang lepas. Jadi untuk mencapai sesuatu tujuan dengan menyimpan duit yang nilainya menyusut, amatlah sukar dan mengambil masa yang lama, seakan terkejar-kejar, duit terkumpul dah banyak masih lagi tak cukup-cukup.

Ini adalah kerana duit kita semakin berkurang nilainya disebabkan oleh inflasi. Dalam bahasa yang mudah, inflasi membawa maksud harga barang meningkat atau kuasa membeli berkurang.

Berbeza dengan emas, contoh (lihat graph) sekiranya kita membeli 1g emas pada tahun 2016 pada harga RM181, nilai 1g emas kita sekarang sudah lebih dari RM300. Dengan peratus kenaikan yang sama, harga emas boleh mencecah lebih RM400/RM500 masa hadapan. Ini baru 1g. Kebanyakan penyimpan emas yang telah bermula awal, mempunyai beratus-ratus gram terkumpul, malah ramai juga yang telah mencapai simpanan emas sehingga berkilo.

⭐️ Dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, penting untuk kita review balik portfolio pelaburan mengikut keadaan ekonomi semasa. Rugi kalau dibiarkan begitu saja, kerana dalam keadaan ekonomi global sekarang syarikat-syarikat saham yang dulunya boleh memberi dividen yang tinggi, tidak akan lagi boleh berbuat demikian, malah peratus dividennya rendah dan berkemungkinan besar di bawah peratus kadar inflasi.

⭐️ Selain daripada itu, emas juga adalah aset yang bernilai yang boleh dikumpul sedikit-sedikit dan boleh dicairkan (dijual) bila-bila masa dengan cepat. Jadi jangan rasa rugi simpan emas, sebenarnya kita juga mengumpul harta dan semua mampu mengumpul harta dengan emas.

Emas adalah aset yang mampu dikumpulkan oleh sesiapa saja juga atas tujuan untuk membeli aset yang lebih besar seperti rumah.

Rumah, tanah adalah aset. Semua mahu memiliki rumah dan tanah. Cuma ia memerlukan dana yang sangat tinggi dan memerlukan deposit yang tinggi dan kewangan yang baik untuk mendapat pinjaman perumahan.

Dengan emas, ramai mampu mengumpul dan mencairkan untuk dijadikqn sebagai deposit rumah.

Ramai juga telah menjadikan akaun emas GAP sebagai “supporting” dokumen untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Jadi banyak sangat kegunaannya dan jangan rasa rugi menyimpan emas kerana dalam proses menyimpan, emas mudah dicairkan sekiranya dana kecemasan diperlukan.

Bottom line, emas akan menyelamatkan kedudukan kewangan dan nilai duit kita pada masa akan datang.

Beli dan simpanlah emas bermula dari sekarang. Yang penting kita konsisten supaya simpanan emas kita bertambah. Saya doakan kepada semua yang membaca posting ini dapat capai simpanan emas sehingga berkilo. Aamiin…

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#Gold4u #Emas2u #JE24K
#SimpananEmas #tabunganemas #investasiemas