GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Harga emas berkeadaan tenang tapi menurun dibandingkan semasa pasaran ditutup Jumaat lepas, tetapi harga masih kukuh di atas paras USD $1,900. Namun ia berkemungkinan akan bergolak lagi minggu ini selepas mensyuarat Bank Pusat FOMC pada hari Rabu ini.

Menurut Bloomberg, Bond trader berpendapat Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sebanyak 1/4% point. Pasaran akan sekali lagi tersentak sekiranya Fed Chair Jerome Powell memberi indikasi semasa mesyuarat bahawa kadar inflasi semakin meningkat.

Apa Kesan Kenaikan Kadar Faedah terhadap harga emas?

Bila kadar faedah dinaikkan, pelabur akan beralih kepada pelaburan atau bond yang memberi peratus pulangan yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan aliran keluar wang kepada instrumen pelaburan seperti ini dan akan memberi kesan segera kepada pasaran saham dan berkemungkinan juga memberi kesan kepada harga emas.

Perancangan oleh Fed Reserve Bank Pusat Amerika untuk menaikkan kadar faedah adalah seperti tiada pilihan lain, kerana ia perlu dilaksanakan juga untuk membendung kadar inflasi yang tinggi.

Terkini kadar inflasi Amerika dalam bulan Februari sudah meningkat kepada tahap tertinggi iaitu 7.9% dalam 12 bulan, disebabkan peningkatan harga minyak, makanan dan kos perumahan. Ini merupakan tahap tertinggi dalam 40 tahun semenjak tahun 1982. Inflasi dijangka akan naik lebih tinggi berikutan penjajahan Russia ke atas Ukraine.

Keputusan akan dapat kita tahu dalam mesyuarat FOMC yang akan diadakan pada hari Rabu 16 March 2022.

Sedikit info mengenai kesan kenaikan kadar faedah.

Sejarah membuktikan, kesan penurunan harga emas tidak berlaku bila kadar faedah dinaikkan, malah harga emas meningkat.

Satu kajian semasa emas massive bull market yang berlaku pada tahun 1970, menunjukkan harga emas melonjak ke tahap tertinggi abad ke-20 sejurus setelah kadar faedah dinaikkan tinggi dengan pantas.

Harga emas melonjak dari bawah usd $50 seaun kepada harga yang tak dapat dibayangkan menghampiri usd $850 seaun. Ini satu situasi dimana harga emas ada “positive colleration” dengan kadar faedah dan menaik seiring dengan kenaikan kadar faedah. Saya pun tak boleh bayangkan kalau ini berlaku, yang ada simpanan yang banyak pasti akan mengambil peluang keemasan seperti ini.

Semasa emas berada dalam “bull market” 2000s, kadar faedah pula menurun dengan banyak sementara harga emas pula menaik.

Jadi tak banyak bukti menunjukkan kaitan secara langsung mengenai kesan harga emas terhadap kenaikan atau penurunan kadar faedah.

Kita pun dah saksikan sekarang walaupun kadar faedah menghampiri kosong, harga emas juga ada kalamya menurun.

Walaubagaimana pun harga emas dari tahun 2008 semasa berlakunya krisis kewangan global, terus naik maju kehadapan dan kini nilai emas meningkat mengkagumkan sebanyak 261% (anggaran RM80 per gram 2008 dan kini harga emas 13 Mac 2022 semasa artikel ini dituliskan ialah rm289 per gram).

The Bottom Line

Kenaikan kadar faedah akan menaikkan matawang dollar Amerika, jurus akan menurunkan harga emas kerana harga emas adalah diukur dengan matawang US. Namun fakta lain yang lebih memberi impak kepada harga emas ialah harga ekuiti di pasaran saham dan turun naik harga bersama dengan permintaan dan pengeluaran (Supply and Demand) adalah penggerak utama harga emas.

Impak segera yang lebih besar ialah kejatuhan harga saham di pasaran saham yang akan memberi kelebihan kepada emas sebagai satu pelaburan alternatif selain dari pelaburan ekuiti.

Kita nantikan satu lagi kesan jangkamasa pendek harga emas minggu ini, dimana mensyuarat FOMC akan diadakan pada hari Rabu 16 Mac 2022.

Apa-apa pun sebagai penyimpan atau pelabur emas fizikal kita perlu pandang jauh, kumpul untuk target yang lebih besar ie RM500 per gram.

Jom join team saya dan kami bantu untuk anda buat simpanan dengan strategi yang sesuai.

Tekan link di bawah untuk daftar percuma.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#inflasi
#ekonomi