53 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
๐Ÿ’ฅGabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
๐Ÿ’ฅIlmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
๐Ÿ’ฅKenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
2 teknik yang sangat penting untuk pelabur emas adalah:

1. Beli secara konsisten
2. Fokus untuk tambahkan gram.

Huraian.

Beli secara konsisten adalah satu disiplin. Samada harga naik atau turun, anda beli aja.

Apakah kelebihan melabur emas secara konsisten?

i. Ia mengajar jiwa anda disiplin.

ii. Anda boleh mendapat kelebihan pemurataan harga. Sila rujuk gambar.

Anda boleh lihat harga emas pada setiap bulan dan anda boleh melihat purata harga.

Bila anda konsisten membeli emas maka dalam jangka masa panjang anda akan mendapat kos perata per gram yang rendah.

Fokus untuk tambahkan gram.
=======================

Semakin banyak gram emas anda maka semakin tinggi keuntungan anda.

Sebagai contoh, jika harga emas naik sebanyak RM10 segram, maka orang yang memiliki 10gram emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM100 (RM10 x 10g)

Namun orang yang mempunyai 1kg emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM10,000 (RM10 x 1000g)

Mengikut pengalaman saya, halangan utama kejayaan pelabur emas adalah sifat nak untung cepat dan tak sabar tunggu.

Kalau ada mana-mana agen emas yang suka promote produk yang untung cepat dan untung banyak, percayalah cakap saya bahawa produk tersebut berisiko tinggi.

Sebagai contoh invest emas secara leverage. Apa itu leverage?

Leverage itu ibarat melabur dengan meminjam duit.

Ia boleh membesarkan keuntungan berkali ganda jika trend menaik, namun ia boleh menyebabkan kerugian berkali ganda bila trend harga emas jatuh

Bukan semua orang sesuai melabur dalam produk berisiko tinggi.

Ada segelintir orang adalah risk taker (pengambil risiko) dan ada segelintir orang adalah Risk avoiders (mengelakkan risiko).

Tepuk dahi ๐Ÿคฆ dan tanya otak ๐Ÿง 

Kalau salah pilih produk, anda boleh rugi besar!

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
APA ALASAN ANDA UNTUK TIDAK MELABUR DALAM EMAS?

Saya terlalu muda untuk melabur >>> Abdul Rahman merupakan seorang Founder Master Dealer di PG dengan jumlah klien melebihi 1,600 orang. Beliau baru sahaja habis study dan berumur 24 tahun. Jika beliau boleh melakukannyaโ€ฆ

Saya terlalu tua untuk melabur >>> Azizi Ali berumur 60 tahun dan masih melabur dalam emas setiap bulan. Jika beliau tetap melaburโ€ฆ

Pendapatan saya sedikit jadi saya tidak cukup modal untuk melabur >>> Odah Solehah masih belajar di universiti; beliau melabur dalam emas dengan menyimpan dengan menggunakan wang poket beliau dan wang komisen sebagai seorang Dealer di PG. Jika seorang student boleh melakukannyaโ€ฆ

Saya terlalu sibuk kerana terlalu banyak kerja >>> Kak Lopa (Marlia Ramli) merupakan seorang 3 Star Founder Master Dealer di PG dengan jumlah klien melebihi 10,000 orang. On top of this, beliau masih berkerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai seorang HR Manager. Jika beliau ada masaโ€ฆ

Saya tidak confiden untuk melabur kerana tidak ada ilmu tentang emas >>> Apabila anda melabur di dalam emas di PG, anda menyertai syarikat emas yang di sokong oleh Syukor Hashim, Mohd Zulkifli Shafie, Samsuddin Kadir, Dr Azizul Azli dan Azizi Ali โ€“ 5 sifu emas terhebat di Malaysia! Anda akan di guide oleh sifu-sifu ini, team mereka dan juga staff PG.

Saya tidak confiden untuk melabur kerana takut kena scam >>> Syarikat Public Gold telah ditubuhkan pada 2008 (14 tahun lalu). Ia merupakan saudagar emas investment grade yang terbesar dan tersohor di Malaysia. Jumlah pelaburnya melebihi 709,500 buat masa ini, dan meningkat setiap hari.

Emas yang dijual oleh PG semuanya adalah emas fizikal! PG menjual emas pelaburan (gold bar, dinar, wafer) dan juga emas perhiasaan (rantai, gelang, dsb). Sistem jual beli emas di PG juga adalah patuh-syariah.

Syarikat PG kini menawarkan akaun emas yang di namakan Gold Accumulation Program (GAP) dimana pelabur boleh membeli emas fizikal scara online dengan modal serendah RM100! PG juga adalah satu-satunya syarikat yang boleh poskan emas (ada insurans) kepada pelabur dengan sistem Gold-In-Transit (GIT).

Jadi banyak kelebihan dan keuntungan yang ditawarkan kepada pelabur oleh PG.

Awak boleh mendapatkan lebih info tentang PG dan harga emas di laman webnya > https://publicgold.com.my
#TabungSimpanan

"Abang asik suruh orang menyimpan jer, bila nak rasa nikmat gaji nie?"

"Selama nie tak belanja gaji, simpan semua?"

"Tak der lah simpan, tapi saya baca macam abang tak bagi enjoy langsung"

Mesti baca tak habis nie, ok abang lukis pula ya. Guna formula ini ya.

50 : 30 : 20

Bahagikan setakat mana keperluan hidup sekadar 50% . Ushakan jangan lebih.

Peruntukkan kehendak 30% dari gaji nak enjoy dan nikmati diri. Besar tu, kalau nafsu kuda pun tak habis.

Sediakan 20% sebagai simpanan dan pelaburan.

"Tak cukup lagi?"

"Awek saya kuat makan bang, tak cukup 30% belanja dia".

"Jika gaji sekarang RM3000, dan 30% belanja awek setiap bulan. Bagi mak ayah berapa sebulan?"

"Bencilah abang ni, lain orang tanya lain jawabnya. Malaslah menyimpan"

Kawan kawan,

Belajar urus gaji dengan baik. Jangan asal ada duit habiskan sahaja.

Langit tak selamanya cerah, adakala awan hitam datang menyelubungi.

Azizul Azli Ahmad
Belilah Rumah Seawal Usia

#JadilahBijakAgarTak dipijak
#BacaBukuPowerIni Dik

https://bit.ly/3KMMT06
https://bit.ly/3KMMT06
Apa Jaminan Yang Kita Dapat Jika Simpan Emas?

๐Ÿ‘‰๐ŸปNilai jangka panjang terjamin
Nilai emas sentiasa naik dalam jangka panjang

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Mudah dicairkan
Emas adalah tunai dan boleh dijual pada bila-bila masa

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kekayaan di tangan kita
Nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Boleh dijadikan modal pusingan
Orang berniaga perlukan modal rolling boleh pajak emas di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Aset mudah alih
Aset fizikal paling mudah alih dan boleh dibawa ke mana sahaja

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Menutup nafsu berbelanja
Bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Aset fizikal mampu milik
Boleh beli dengan bajet yang rendah bermula dengan RM100

JOM MULA MENYIMPAN SEKARANG! ๐Ÿ˜Š

CEO of Amboi,
Pembimbing emas anda,
Shukri Hanafi (PG032390)
Star Founder Master Dealer Public Gold.
Pahit rasanyaโ€ฆ Tapi kena telan!!
(RM 10k kita kini nilainya RM 8k sahaja..)

Tak sampai setahun, kedai ECO RM2 kini RM2.40

Kenaikkan 40sen ini bermaksud dah naik 20%!! Kalau nak mudah faham, RM dah jatuh 20%!!

Jika dulu kita masuk kedai eco ini beli mainan anak RM 2.. kini kita kena bawak RM 2.4 baru dapat mainan yang sama..

Jika dulu kita masuk kedai eco ini beli barang2 goodies kenduri kawin RM 1000.. kini kita kena bawak RM 1200 untuk dapat barang yang sama..

Jika di bank simpanan kita ada RM 10kโ€ฆ kini nilainya RM 8k sahaja sebab RM dah jatuh 20%. Pernah tak nilai RM naik kembali? kalian bukak chart, dan fahamkan.. you will know the answer!!

Ini baru tak sampai setahun.. inilah yang pakar kewangan katakan apa yang akan berlaku selepas pandemik ini iaitu INFLASI!! atau maybe HYPERINFLASI!!

Bagaimana pula dengan emas? Kenapa saya sarankan kalian alihakan SIMPANAN RM jadi aset EMAS??

Sejarah dah menunjukkan.. walaupun dalam jangka pendek.. Emas ada turun naik harganya.. tapi jangka panjang.. Harga emas akan terus pecut naik melawan inflasi!!

Buktinya..

1- Zaman nabi, 1 ekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar.. selepas 1400++ tahun pun, seekor kambing masih boleh dimiliki dengan 1 dinar emas!!

2- Tahun 2000, 2kg emas RM 80k dapat kita miliki sebuah rumah. Dengan 2kg emas yang sama, kini RM 550k pun dapat miliki rumah yang selesa!!

3- Tahun 1990, 1kg emas dapat kita miliki kereta maruti, kini 1kg emas kita dapat miliki BMW 5series!!

Kalian nak contoh apa lagi?

Dah mulakan simpanan emas?

Nak tahu cara yang betul dalam simpanan dan pelaburan emas? Klik link ini:
publicgold.me/rose.n.gold
Gais,

Hari ini saya terima parcel daripada Public Gold. Yeay!!!

Perkhidmatan ini dipanggil GIT (Gold In Transit).

Ia berinsuran sepenuhnya. Jika apa-apa berlaku seperti kehilangan, maka insurans akan ganti balik secara percuma.

Parcel ini mengandungi gold bar yang saya withdraw daripada akaun GAP.

Apa gold barnya? Sila tengok video unboxing ini.

Jadi jika anda adalah customer Public Gold, beli emas dan pakai ajer GIT nie. Gold bar akan sampai kat rumah atau office anda.

Sila tunggu dengan senyuman ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim
Salah satu strategi pelaburan emas adalah dengan membeli emas secara konsisten.

Ia membolehkan anda mendapat harga purata.

Di dalam jangka masa panjang (lebih 3 tahun) anda akan mendapati harga purata untuk emas anda akan berada di bawah harga emas semasa.

Satu lagi strategi pelaburan emas ialah dengan membeli ketika harga emas berada di support yang kuat (daily atau weekly support).

Yang nie agak panjang cerita, saya akan ceritakan di posting lain.

Saya mempunyai seorang customer, seorang cikgu yang bernama Kak Ita, yang konsisten membeli 1 gram emas setiap bulan untuk anaknya sejak tahun 2014.

Jadi dah 8 tahun kak Ita konsisten membeli emas. Waktu tu harga emas 999.9 segram hanyalah sekitar RM140.

Best kan jika mampu konsisten? ๐Ÿฅณ ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

#NotaEmasMentorMamaGold
Untuk pasangan yang akan berkahwin terutama sekali perempuan, saya cadangkan pihak perempuan meminta dan berpakat dengan pihak lelaki untuk menerima dinar emas (jika tidak membebankan) sebagai maskahwin ataupun hantaran.

Jom saya senaraikan manfaatnya,

1. Ianya bagus untuk jangkamasa panjang kerana lebih bertahan daripada Handbag, kasut, baju yang mereput sebagai hantaran.

2. Kebiasaanya kalau diberikan duit tunai untuk maskahwin atau hantaran, orang perempuan akan menukarkan kepada emas juga sebagai kenangan dan lebih bertahan. Jadi kalau dah dapat dinar, tak perlu tukar kepada emas kerana dinar itu sendiri adalah emas.

3. Berguna ketika suami kecemasan kelak. Boleh menjadi penyelamat dengan cara gadai dinar emas dan berikan suami pinjam. Pastikan suami bayar semula untuk tebus dinar itu ya.

4. Harga meningkat dalam tempoh jangkamasa panjang.

Tahun 2009 harga 1Dinar sekitar RM490
Tahun 2022 harga 1Dinar sekitar RM1100

Nampak kan meningkat? Simpan dan peram pun dah untung. Itu baru 1Dinar. Jadi pihak perempuan minta la 20Dinar jika tidak bebankan ๐Ÿ˜

Tips ini untuk yang belum berkahwin.
Untuk yang mahu berkahwin lagi, saya tidak bertanggungjawab ya. ๐Ÿ™ˆ

Nota : Tahniah kepada Tuan Audi Danial yang menjadikan Dinar Emas sebanyak 8 Dinar sebagai maskahwin untuk Isteri beliau. Alhamdulillah โค๏ธ
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
GUIDE BELI EMAS

Kecoh pula pasal pelaburan emas sehari dua ni.
.
Kalau boleh JANGAN lah letak duit kita di tangan orang. Beli sendiri lah emas.
.
Baca info yg poknik pernah share ni ye.
.
Jom success!

=======
.

SIMPANAN EMAS - nak pilih yang mana satu.
.
1. emas perhiasan - yang ni ada kos upah pada harganya. Harga lebih tinggi dari nilai emas. Bila nak jual, spread dia tinggi - harga tolak lebih kurang 35% dari nilai emas sebab dia dah jadi emas terpakai.
.
emas ini hanya elok utk digadai. Jangan sekali kali jual sebab akan hilang duit dengan banyak sekali.
.
kalau nak beli emas perhiasan, elakkan beli emas baru, sebaliknya beli emas terpakai - harga lebih murah tapi bila gadai nanti akan dapat duit yang senilai dengan berat dia.
.
jangan sekali kali beli emas perhiasan ( barang kemas) yang ada batu permata. Apabila ia ada batu permata, maka ia tidak lagi boleh digadai. Kalau nak jual, kedai akan buang dulu batu permata baru timbang barang kemas.
.
harga pun jatuh teruk - kadang2 kedai pun tak jujur bila menggred barang kemas, ini supaya mereka untung lebih.
.
2. gold bar 999 - ini paling baik untuk menyimpan nilai. Kalau jual, dia tetap jual sebagai gold bar dan dia tak jadi emas terpakai walaupun dia dah kemek atau calar atau dah 50 kali masuk gadai.
.
kalau jual balik, biasanya spread hanya 5% sahaja ditolak dari harga semasa.
.
kalau nak untung, jual pada individu pada harga pasaran. Gold bar ni walaupun bertukar tangan 10 kali, ia tetap dijual pada harga pasaran seperti emas baru.
.
3. Dinar - juga satu medium yang sangat baik untuk menyimpan nilai. Kalau kita jual, dia tak jatuh harga dan akan dibeli dengan harga dinar.
.
mudah untuk jual pada orang lain, sebab dinar merupakan matawang, walaupun dia buruk dan hodoh sebab dah banyak kali bertukar tangan, ia tidak akan jatuh harga.
.
kalau jual balik pada company, akan kena spread 5%. Kalau jual pada orang perseorangan, ia akan dijual pada harga nilai semasa.
.
4. Barang kemas designer - poh kong, habib, tomei
barang kemas ni harga dia mahal pada design dan jenama. Kalau nak gadai kita akan rugi banyak sebab emas dia tidak sepadan dengan harga dia.
.
tidak disyorkan jika nak guna untuk menyimpan nilai sebab susah nak jual dan gadai.
.
tapi jika dah kukuh kewangan, dan dah ada cukup simpanan, beli lah satu atau dua barang kemas ini sebab ia sangat cantik dan ia akan memberi satu feel yang lain kepada si pemakai.
.
tengok objektif apa sebelum beli.
.
kalau nak bermula - beli barang kemas terpakai dan suruh isteri pakai.
.
kalau di peringkat pertengahan - beli gold bar atau dinar dan pastikan letak dalam safe deposit box
.
kalau dah ada duit yang cukup - beli emas designer untuk meningkatkan keyakinan diri dan reward diri setelah lama mendisiplinkan diri menyimpan.
.
.
jom success!!
Apakah kelebihan Public Gold?

Jawapan: Public Gold sangat fokus kepada pemilikan emas fizikal.

Anda boleh beli terus emas fizikal, anda boleh buat pembelian syariah epp10x dan 6x dan juga akaun simpanan emas yang boleh keluarkan emas fizikal.

Terdapat banyak pemilihan emas fizikal untuk anda, samada gold bar, dinar emas dan juga gram bar (gold bar kecil).

Sila baca poster dengan senyuman ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from Emas2U
8 kelebihan menyimpan emas fizikal yang ramai pandang remeh

BACA: https://emas2u.com/8-kelebihan-menyimpan-emas-fizikal/
๐—ก๐—ฎ๐—ต ๐—”๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ!

RM tak simpan NILAI kawan-kawan.

NILAI 12.5K tahun lepas tak sama dah dengan tahun ni.

Sebab 12.5K yg kita simpan tahun lepas bawa ke tahun ni, dah tak mampu pun beli benda yang sama.

Contoh paling mudah, 50 Gram ni. Benda sama, berat sama.. Eh, dah kena tambah sekitar 1.5K nak dapatkanya tahun ni. #kuasabeliduitmakinkecil

๐—ฆ๐—ผ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ : Mintaklah tolong EMAS tu simpankan NILAI RM kita.

Bukan untuk orang kaya. Bukan tunggu kaya. Tapi sebab tak kayalah kena simpan & ikat NILAI kekayaan yang ada.

Mudah & sudah fahamkan?

Tiada alasan dah tak boleh bina simpanan aset emas fizikal ni sebenarnya.

Sebab di Public Gold, kita boleh menabung sikit-sikit serendah RM100 macam saya dan 850 000 penyimpan emas lain buat.

Jom mulakan! ๐Ÿฅฐ