50 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
#TabungSimpanan

Belajar menabung emas seperti Puan Suri Rumah tangga ini kawan kawan. Tak banyak sikit sebagai permulaan

https://bit.ly/pgaccountadult
#TabungSimpanan

"Abang asik suruh orang menyimpan jer, bila nak rasa nikmat gaji nie?"

"Selama nie tak belanja gaji, simpan semua?"

"Tak der lah simpan, tapi saya baca macam abang tak bagi enjoy langsung"

Mesti baca tak habis nie, ok abang lukis pula ya. Guna formula ini ya.

50 : 30 : 20

Bahagikan setakat mana keperluan hidup sekadar 50% . Ushakan jangan lebih.

Peruntukkan kehendak 30% dari gaji nak enjoy dan nikmati diri. Besar tu, kalau nafsu kuda pun tak habis.

Sediakan 20% sebagai simpanan dan pelaburan.

"Tak cukup lagi?"

"Awek saya kuat makan bang, tak cukup 30% belanja dia".

"Jika gaji sekarang RM3000, dan 30% belanja awek setiap bulan. Bagi mak ayah berapa sebulan?"

"Bencilah abang ni, lain orang tanya lain jawabnya. Malaslah menyimpan"

Kawan kawan,

Belajar urus gaji dengan baik. Jangan asal ada duit habiskan sahaja.

Langit tak selamanya cerah, adakala awan hitam datang menyelubungi.

Azizul Azli Ahmad
Belilah Rumah Seawal Usia

#JadilahBijakAgarTak dipijak
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
#TabungSimpanan

BANYAK MANA WANG KECEMASAN?

1. Seumur hidup secara purata orang bertukar kerja sebanyak 10 kali.

2. Buat simpanan wang kecemasan sebanyak 3 hingga 6 bulan kos sara hidup kita dan keluarga.

3. Untuk lebih mudah, hitung gaji kita dan darabkan dengan 3 atau 6 bulan simpanan.

Gaji RM4000 x 3 = RM12,000.
Gaji RM4000 x 6 = RM 24,000.

4. Letak sahaja simpanan ini dalam ASB atau Tabung Haji. Jangan laburkan dimana mana agensi.

5. Tiga bulan simpanan adalah paling minimum. Jangan sesekali guna duit ini untuk beli apa sahaja termasuk kahwin 'sekali' lagi 😉

Azizul Azli Ahmad

#MulaKerjaIniTabunganUtama
#ShareJikaBermanfaat
Forwarded from Tips Kewangan & Hartanah Azizul (AZIZUL)
#TabungSimpanan

"Aku bosan la kerja kat tempat kerja aku, boss garang gila"

"Tiap minggu kena kerja, sampai bila aku nak dapat cuti nie"

"Aku kerja sini dah 15 tahun simpanan RM10,000 pun tak der lagi bro".

"Tunggu umur 40 lah baru mula menabung, sekarang muda lagi"

Kawan kawan,

Kita sedang berada dalam rat race kata orang Jawa. Kita buat rutin yang sama sepanjang masa. Secara berulangan.

Tanpa kita sedar, ia telah makan usia kita dan kita belum ada simpanan. Ingat, hari tua kita jangan bebankan sesiapa.

Lebih malang sepanjang kita kerja, kita hanya baru ada kereta dan belum ada satu aset berharga. Rumah masih menyewa.

Lakukan sesuatu sekarang.

1. Nilai kembali hidup kita, jika hari ini kena berhenti. Apa simpanan yang ada untuk hidup?

2. Lima tahun kedepan, apa akan berlaku pada hidup ini?

3. Berapa simpanan yang kita akan ada 5 tahun kedepan?

Selamat berjuang untuk hidup ini

Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

"Abang asik suruh orang menyimpan jer, bila nak rasa nikmat gaji nie?"

"Selama nie tak belanja gaji, simpan semua?"

"Tak der lah simpan, tapi saya baca macam abang tak bagi enjoy langsung"

Mesti baca tak habis nie, ok abang lukis pula ya. Guna formula ini ya.

50 : 30 : 20

Bahagikan setakat mana keperluan hidup sekadar 50% . Ushakan jangan lebih.

Peruntukkan kehendak 30% dari gaji nak enjoy dan nikmati diri. Besar tu, kalau nafsu kuda pun tak habis.

Sediakan 20% sebagai simpanan dan pelaburan.

"Tak cukup lagi?"

"Awek saya kuat makan bang, tak cukup 30% belanja dia".

"Jika gaji sekarang RM3000, dan 30% belanja awek setiap bulan. Bagi mak ayah berapa sebulan?"

"Bencilah abang ni, lain orang tanya lain jawabnya. Malaslah menyimpan"

Kawan kawan,

Belajar urus gaji dengan baik. Jangan asal ada duit habiskan sahaja.

Langit tak selamanya cerah, adakala awan hitam datang menyelubungi.

Azizul Azli Ahmad
Belilah Rumah Seawal Usia

#JadilahBijakAgarTak dipijak
#BacaBukuPowerIni Dik

https://bit.ly/3KMMT06
https://bit.ly/3KMMT06